Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku set up kedai online e-commerce sendiri dengan PERCUMA menggunakan ecwid. Salah satu target aku tahun ini ialah ada produk sendiri dan online store sendiri. Kini, e-commerce online store aku yang pertama telah pun siap. 🙂
Ya, aku tahu, kalau upah orang lagi senang. Jimat masa dan tenaga. Tapi aku suka buat sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Self satisfaction. Dan lagi satu, aku rasa added value pada diri sendiri. Sebab aku dah reti buat 1 lagi benda. Hehe… Skill baru lah ni kiranya. ^_^
Anyway, kedai online ni aku letakkan dalam menu di blog ini. Aku jual genie bra, slimming suit dan arm shapper (bengkung lengan). Simple je kedai ni. Nak setup pun tak susah memandangkan aku pernah set up kedai e-commerce juga sebelum ni di laman web 1nita dengan di guide oleh Noorizam Shah (pakar ebay). Cuma aku kurang berminat dengan kedai online aku yang kat laman web 1nita tu. Tapi ada juga lah sales datang dari laman web tu.
Tak lama pun masa yang diambil untuk set up kedai online ni. Sebab memang simple cara set up e-commerce online store di ecwid ni. Buat malam tadi, memandangkan mata dah mengantuk time tu, so pergerakan pun slow sikit. Kalau tak malam tadi lagi dah siap kedai online ni. Total adalah dalam 6 jam untuk siapkannya.
Buat kedai online ya ?? kayaknya aku belum punya pikiran ke arah itu, harus banyak belajar dulu soal internet marketing …
Terima kasih atas perkongsian ni. Baru saya tahu yang kita boleh setup online store di page macam tu. Layout agak menarik. Setakat ni saya cuma pandai guna Woocommerce untuk buat e-commerce store dan guna MayaShop template yg beli di ThemeForest. InsyaAllah akan cuba guna plugin ni untuk produk akan datang yg nak jual dalam blog.
baru tahu pasal ni,ok saya bookmark,nak juga cuba buat onlien store sendiri 🙂
Free untuk 10 produk. Cubalah. Boleh integrate ke FB juga.