Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26

blog dr azizan osman siapa dr azizan osman biodata profil

Nama Dr Azizan Osman memang sudah gah dan dikenali ramai. Aku mula kenal dengan Dr Azizan pun melalui kawan sekitar tahun 2011. Banyak juga seminar Dr Azizan yang aku dah pergi. Seminar pertama yang aku pergi ialah Seminar Kenali Potensi Diri. Masa tu speaker bukan Dr Azizan seorang je, tapi ada Puan Fiona Tahir, seorang Perunding Imej.

Seminar paling terkini yang aku sertai ialah Woksyop Pelaburan, di mana ketika itu para peserta didedahkan dengan 3 jenis pelaburan sebagai pendapatan pasif iaitu Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham. Banyak ilmu yang aku dapat belajar daripada Ir Sofian (Jutawan Logam), Saufi Karim dan Faizul (penulis buku WTF) dan Haji Asri (mentor saham).

SIAPA Dr AZIZAN OSMAN?

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran.

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi.

Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk. Ni memang betul. Siapa datang lambat memang kena duduk atas lantai. Aku sendiri pun pernah duduk bersila je atas lantai. Lagi best sebenarnya!. ­čśë

Seminar Dr Azizan Osman

Dr. Azizan seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku┬ápemasaran bertajuk “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” serta buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan” dan usahawan yang telah mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri antaranya :

  • agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan
  • percetakan
  • rekacipta jenama & produk
  • pelaburan hartanah
  • syarikat perkhidmatan korporat.

Dr Azizan merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia.

Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

testimoni peserta seminar dr azizan osman afdlin shauki maizurah hamzah jalaludin hassan

Dr Azizan berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran. Beliau juga pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia.

Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.

Cara jana 2 ribu pertama bisnes online dengan mudah

PRINSIP DR AZIZAN OSMAN

Beliau percaya dengan prinsip sebagaimana riwayat hadis Rasulullah saw:

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN

 

biodata profil dr azizan osman

 

  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd.
  • Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”.
  • Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura.
  • Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia.
  • Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah.
  • Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi.
  • Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program university
  • Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar.
  • Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.

Semua maklumat mengenai Dr Azizan Osman ini aku perolehi dari emel yang aku terima. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Dr Azizan ni, bolehlah layari http://azizanosman.com