Macam Mana Jadi Kaya Dengan Minat 

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak kecil. Beliau mula menulis semasa masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, beliau tidak putus asa. beliau terus menulis bila-bila masa yang ada. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa beliau membuat Harry Potter, pernahkah beliau fikir yang beliau boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. beliau sekadar menulis. Beliau berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku menurut apa yang beliau fokuskan.

Roger Ebert

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Beliau menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana beliau menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Donald Trump

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan ia tidak boleh dihentikan. Apabila beliau ada satu urusniaga yang berjalan lancar, beliau melabur ke dalam urusniaga lain. Beliau juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Beliau cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang beliau mahu.

Paul Greengrass

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

Ini adalah contoh sahaja. Sebenarnya, ramai lagi orang di dunia ini yang jadi kaya dengan minat yang mereka ada. Dikalangan orang Melayu juga ramai yang berjaya jadi kaya dengan minat.

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

error: Content is protected !!