2 Idea Bernas Nak Beli Apa Dengan Baucer Buku 1 Malaysia Untuk Yang Tak Tahu Nak Beli Apa

idea nak beli apa dengan baucer buku untuk yang tak tahu nak beli apa

Ok, seperti yang dijanjikan dalam entri Pengalaman Beli Buku Di MPH Online dengan Baucer Buku 1 Malaysia sebelum ni, dalam entri kali ni aku nak kongsikan 2 idea bernas yang aku perolehi secara spontan untuk membantu mereka yang tak tahu nak beli apa dengan Baucer Buku 1 Malaysia ni.

Aku tahu ramai yang blur, tak tahu nak beli apa dengan baucer buku ni.

Ada juga yang rasa macam tah apa-apa je dapat baucer buku ni. Dapat duit lagi best!.

Kan…..

Aku tahu memang ada yang rasa macam ni. Ramai kot yang ada perasaan macam ni.

Kalau tanya aku, aku secara personal, memang suka je baucer buku ni. Boleh aku beli buku tanpa keluarkan duit sendiri. Kalau keluar duit pun, sikit je.

Lagipun memang aku suka membaca. Aku cintakan ilmu. Bagi aku, dengan ilmu yang aku dapat dari buku-buku ni, macam-macam yang aku boleh buat. Tapi, bukan maksud aku yang tak suka membaca ni tak cinta ilmu ya. Jangan salah faham pula. Mencari ilmu ni ada banyak cara, tak semestinya dengan membaca je. Cuma, “Membaca Jambatan Ilmu”. Zaman canggih sekarang ni, video youtube pun ada banyak ilmu yang kita boleh perolehi.

Aku pula, kalau tak ada baucer buku ni pun, aku memang tetap akan beli buku di kedai buku. Sebab, memang suka beli buku. Ngeh ngeh ngeh… 😀

Ok, berbalik kepada topik asal….

2 Idea Bernas Nak Beli Apa Dengan Baucer Buku Untuk Yang Tak Tahu Nak Beli Apa : 

1) Beli Al-Quran, kemudian waqafkan Al-Quran ini ke Masjid, Surau atau Maahad Tahfiz. Niatlah Kerana Allah Ta’ala.

2) Beli buku yang bermanfaat, contohnya, buku agama ke, buku motivasi ke… Kemudian, hantarkan buku-buku ini ke perpustakaan universiti masing-masing.

Kalau kat perpustakaan UTM ni, memang ada 1 box disediakan untuk book donation. Student boleh drop buku kat dalam box ni.

Dengan 2 cara ini, setiap kali orang baca Al-Quran dan buku yang disedekahkan ini, anda pun akan dapat pahala juga.

Walaupun anda dah check in 7 kaki bawah tanah pun, selagi buku dan Al-Quran ini orang baca, dan selagi orang-orang yang baca tu amalkan ilmu yang dibaca dari buku dan Al-Quran ini, selagi tu lah, anda juga akan dapat pahala. Nak pahala tak? Nak tak?.

Aku petik sikit ayat yang Prof. Dr. Muhaya selalu cakap – “Pencen Kubur”.

Ok?. Jelas?.

So, pada yang tak tahu nak beli apa dengan Baucer Buku 1 Malaysia ni, boleh lah pertimbangkan idea aku ni. 🙂

Idea ni sebenarnya tercetus masa aku di Masjid kat universiti ni. Aku terpandang sebungkus plastik di atas rak Al-Quran. Aku pun tengoklah apa ada dalam plastik tu. Rupa-rupanya beberapa naskah Al-Quran yang diwakafkan.

Masa tu lah aku dapat idea. Ha…. Boleh guna baucer buku untuk beli Quran dan wakafkan di masjid-masjid, sekolah Tahfiz…

Ok, untuk idea ke-2 tu pula, aku dapat masa survey buku di Kedai Buku Harris Jusco Tebrau, JB.

Begitulah…. Aku cakap kat kawan aku idea ni, dia pun cakap “Tak terfikir pula nak buat macam ni”.

So, ni, aku share kan dengan korang semua, pembaca syaisya.com.

p/s: Yang ada anak, beli buku anak guna BB1M ni. Yang ada anak saudara, beli buku untuk anak sedara. Ada juga yang beli buku resepi untuk mak.

Begitulah…. Baucer Buku ni boleh juga beli buku untuk orang lain. Tak semestinya buku untuk diri sendiri je. 🙂

Masih tak ada idea nak beli apa guna baucer buku 1 Malaysia ni?

Cer baca artikel – artikel berikut, mana tahu boleh dapat idea nanti :

Like page syaisya.com untuk mendapat update info-info akan datang.

Sumber gambar : Sean MacEntee

error: Content is protected !!