Pengalaman Beli Buku Di MPH Online Guna Baucer Buku 1 Malaysia

beli buku di mph online guna baucer buku 1 malaysia BB1M

 

Hari ni nak kongsikan pengalaman aku beli buku di MPH Online menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).

Seperti yang aku nyatakan dalam entri MPH Online Terima Baucer Buku 1 Malaysia, salah satu tempat yang boleh menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia ialah MPH Online.

 

Memandangkan ini adalah baucer buku terakhir yang aku terima, kali ni, aku pilih dengan penuh teliti buku-buku bertuah yang bakal mendarat di tangan aku.

 

Jika baucer buku pertama dulu aku beli lebih banyak novel, ada juga aku beli sling bag, casing hard disk dan tumbler, baucer buku kedua pula aku banyak beli buku agama,  untuk baucer buku ke-3 ni pula, target aku lebih kepada buku buat duit di internet.  Jadi, buku bisnes lah yang aku beli kali ni.

 

Jika baucer buku pertama dan kedua aku banyak habiskan di Popular, tapi untuk kali ni, aku banyak habiskan di MPH.

 

RM 50 je aku gunakan di Popular. RM 50 aku gunakan di kedai buku MPH dan baki RM 150 aku beli di MPH Online.

 

Kenapa kali ni aku beli banyak di MPH Online pula?

 

Sebab kebanyakan buku yang aku nak beli ni tak terdapat di kedai-kedai buku MPH dan Popular. Dah banyak MPH dan Popular termasuk Harris aku survey, tapi buku yang aku nak ni tak ada pula.

 

Jadi, tiada pilihan lain, aku perlu beli di MPH Online juga. Tu pun nasib baik kat MPH Online ada jual. So, dapatlah aku memiliki buku-buku yang aku idamkan. 🙂

 

CARA BELI BUKU DI MPH ONLINE GUNA BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)

 

Syarat untuk gunakan baucer buku di MPH Online ni, belian mestilah minima RM 100.

pengalaman beli buku di MPH Online guna baucer buku 1 malaysia

 

Kesemuanya 5 buku aku beli di MPH Online, jumlah keseluruhan RM 199. 60.

 

Tapi, aku hanya perlu bayar RM 9.60 sahaja dekat MPH Online.

 

Pembayaran RM 9.60 aku berikan kepada pakcik Poslaju tu. Memang baki kena bagi kat pakcik Poslaju semasa menerima buku. Masa nak ambil buku tu, perlu tunjukkan kad matrik dan juga baucer buku kepada pakcik poslaju tu. Kad matrik penting sebagai pengesahan.

 

Ok, mungkin ada yang pelik, kenapa harga total buku dekat RM 200, tapi aku cuma bayar RM 9.60 sahaja, sedangkan baucer buku yang aku gunakan cuma RM 150 sahaja!.

 

Sebenarnya aku gunakan rebate 20%. Sebab, bila kita nak beli buku di MPH Online, kena daftar dulu di MPH Online.

 

Untuk setiap pendaftaran baru, MPH Online akan bagi baucer diskaun 20%. Jadi, selepas tolak diskaun 20%, jumlah keseluruhan buku yang order ialah RM 159.60 sahaja. Cara nak masukkan kod diskaun, ada tertera di gambar di bawah.

 

cara guna baucer buku 1 malaysia beli buku di mph online 1

 

Memang suka lah sebab aku dapat buku yang harganya dekat RM 200, tapi, duit aku keluar RM 9.60 je. Beli pula buku buat duit.. InsyaAllah, dengan ilmu yang ada dalam buku-buku tu, aku praktikkan, InsyaAllah, atas izin Allah, aku dapatlah generate lebih banyak duit lepas ni. 🙂

 

Salah 1 buku tu aku dah habis baca dah pun. Sehari je baca dah khatam. Satu lagi buku, baru separuh baca. Hehe… I like!.

 

Secara keseluruhannya, aku puas hati dengan MPH Online. Menepati masa yang dijanjikan iaitu 3-5 hari bekerja. Aku order hari Khamis, hari Ahad buku dah sampai.

 

Then, yang best nya lagi sebab penghantaran PERCUMA!.

 

Ok, lepas ni aku buat 1 entri, khas untuk pelajar yang tak ada idea nak beli apa dengan Baucer Buku 1 Malaysia ni ye.

 

Aku tahu, ramai juga yang tak tahu baucer buku ni nak buat beli apa. So, esok aku bagi idea nak beli apa ya.

 

Don’t worry. Idea tu totally tak sama dengan apa yang pernah aku tulis dalam blog ni. Dan idea ni juga mungkin korang tak terfikir pun nak beli gunakan Baucer Buku 1 Malaysia ni. 🙂

error: Content is protected !!