CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41/

[hcshort id=”5″]


contoh soalan pengetahuan am matematik IQ ujian psikometrik peperiksaan penguasa kastam w41

Baru-baru ini SPA telah memanggil calon-calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 untuk menduduki peperiksaan 6 September ini melalui SMS dan juga emel.

Apa yang saya lihat, calon-calon yang dipanggil ke Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini tercari-cari contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Oleh kerana saya mempunyai banyak maklumat mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini, saya terpanggil untuk berkongsikan mengenainya di blog kesayangan saya ini bagi membantu calon-calon peperiksaan membuat persediaan.

Baca dengan teliti ya, kerana saya akan kongsikan mengenai format peperiksaan dan juga beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Ada antara soalan yang saya berikan di sini dicedok dari Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41 yang dikeluaran oleh pihak SPA manakala sebahagian dari contoh soalan ini, saya cedok dari Rujukan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. πŸ˜€

Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Peperiksaan ini bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Oleh kerana calon-calon yang menduduki peperiksaan ini datang dari pelbagai jurusan, maka, soalan peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Peperiksaan ini merupakan tapisan kedua untuk memasuki perkhidmatan Penguasa Kastam. Tapisan pertama adalah ketika calon memohon dan mengisi borang permohonan jawatan di laman web rasmi SPA.

Tidak semua calon yang memohon dipanggil ke peperiksaan Penguasa Kastam ini. Hanya calon yang layak dan menepati syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam artikel Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan dan Cara Memohon ini sahaja yang akan dipanggil.

Setelah calon LULUS peperiksaan Penguasa Kastam ini, calon akan melalui proses tapisan ke-3 iaitu Assessment Center.

Calon-calon yang lulus ujian PAC ini kemudiannya akan dipanggil untuk ke sesi Temu Duga.

Hanya calon yang LULUS temu duga ini sahaja akan mendapat tawaran sebagai Penguasa Kastam.

Matlamat Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk menguji kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti dan potensi seorang Penguasa Kastam Gred W41.

Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Penguasa Kastam ini terdiri daripada 3 Seksyen utama, iaitu :

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa yang diberikan untuk menjawab soalan pengetahuan am peperiksaan Penguasa Kastam ini hanyalah 40 minit. Dalam tempoh ini, calon dikehendaki menjawab 50 soalan. Calon perlu menjawab kesemua soalan.

Kegagalan menjawab semua soalan boleh menjejaskan markah keseluruhan calon.

Tujuan Seksyen A – Pengetahuan Am ini adalah untuk menguji tahap kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Malaysia (seluruh dunia).

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam Gred W41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam W41

Contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41

Contoh soalan pengetahuan am Penguasa Kastam Gred W41

Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh kerana masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi.

 Tempoh: 45 minit
 Jumlah Soalan: 40 soalan

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM.

Soalan dalam seksyen B ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;

 Penyelesaian Masalah
 Menginterpretasi Data
 Soalan Matematik
 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

Tetapi untuk peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini, tiada pengawas mengawasi anda. Jadi, anda boleh letak kalkulator di sebelah anda untuk mengira!. Tiada masalah! Hehe… ^_^

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik dan IQ) Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Contoh soalan IQ Penguasa Kastam W41 peperiksaan online

Contoh soalan IQ Penguasa Kastam W41

Contoh soalan IQ Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Contoh soalan IQ Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Contoh Soalan Matematik Penguasa Kastam W41

Contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Contoh soalan matematik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 2

Contoh soalan matematik Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik dan perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Wow! Banyaknya!.

Nampak seperti banyak soalan dan terma ‘Psikometrik’ menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 6 September ini nanti.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Format ujian Psikometrik :

 Tempoh: 60 minit
 Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsia dan Minat.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Contoh soalan ujian Psikometrik Peperiksaan Penguasa Kastam W41 1

Contoh soalan ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam 2 exam

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Penguasa Kastam W41 3

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam

Ini adalah beberapa contoh soalan yang dapat saya upload di blog ini. Anda boleh download 40 contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam.

Good luck!.

Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu mereka secara tak langsung πŸ˜€

You May Also Like..

error: Content is protected !!