[hcshort id=”5″]


PENGUASA KASTAM GRED W41

Jawatan Penguasa Kastam merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

Bidang Tugas Penguasa Kastam Gred W41

Bidang tugas seorang Penguasa Kastam adalah luas, merangkumi tugasan berikut :

  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Penguasa Kastam juga turut memproses permohonan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
  • Selain dari itu, Penguasa Kastam juga bertanggungjawab untuk mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM DAN PENOLONG PENGUASA KASTAM CONTOH SOALAN
    Syarat Lantikan / Kelayakan Penguasa Kastam Gred W41

    Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan Penguasa Kastam ini, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau

    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
    • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Cara Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di Laman Web Rasmi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di www.spa.gov.my.

    PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

    Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam dilakukan secara bertulis. Tetapi, mulai tahun ini, SPA telah membuat pembaharuan, di mana, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan diadakan secara online, sama seperti 5 peperiksaan SPA sebelum ini.

    Sebelum dilantik sebagai Penguasa Kastam, calon perlulah lulus dalam peperiksaan khas, lulus Assesment Center dan juga lulus temuduga.

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

    Secara umumnya, soalan-soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 Seksyen Utama, iaitu :

    1) Seksyen A : Pengetahuan Am
    2) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
    3) Seksyen C : Ujian Psikometrik

    Download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam