Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26

Jadual Temuduga Penguasa Kastam 2014

cara semak jadual tarikh temuduga penguasa kastam w41

Jadual Temuduga Penguasa Kastam telah diumumkan oleh pihak SPA dalam web rasminya di spa.gov.my.

Cara Semak Jadual Temuduga Penguasa Kastam W41 2014

Calon-calon Penguasa Kastam yang telah lulus dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 bulan lepas boleh mula membuat semakan tarikh temuduga anda dengan klik pada pautan di bawah :

->> Semak Tarikh Temuduga Penguasa Kastam W41

Seperti yang tertera dalam laman web SPA, temuduga Penguasa Kastam akan dijalankan dari 07 Oktober 2014 – 27 Oktober 2014.

Sila semak jadual temuduga anda dengan teliti. Semak tarikh, tempat dan juga dokumen-dokumen yang anda perlu bawa ke sesi temuduga.

PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA

Berikut adalah 10 Persediaan Sebelum Temuduga yang anda perlu lakukan dengan penuh disiplin bagi memastikan anda mendapat kecemerlangan dalam penilaian temuduga.

1. Selidik seberapa banyak yang anda boleh dapat tentang jawatan Penguasa Kastam.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi profession yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu profession yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

>> Baca Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 di SINI <<

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT!

5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan. Anda boleh rujuk cara berpakaian ke temuduga yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA DI SINI.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat. Bagi perempuan pemakaian adalah sopan dan tidak menjolok mata. Kasut anda juga hendaklah bersih dan kemas.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.

8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, sijil diploma atau ijazah, master, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung. Pastikan semua dokumen yang perlu dibawa telah disahkan.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain butiran mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga kita juga bukan sahaja mempraktikkan apa yang telah diterangkan di atas, malah kita juga hendaklah membuat persiapan rohani dan mental terutamanya.

[bannerbox id=7]

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, share artikel ini di Facebook dan Twitter. Secara tak langsung anda dapat membantu rakan-rakan anda yang lain yang akan menghadiri temuduga Penguasa Kastam ini atau mana-mana temuduga kerja kerajaan :).

Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.