Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26

Proses Pengambilan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik proses pengambilan ptd

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


__________________________________________________________

Dalam konteks sektor awam di Malaysia, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

SEJARAH ASAL USUL PTD

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu.

Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia).

Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan.

Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK


_________________________________________________________

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum calon dilantik sebagai pegawai PTD.


3 tapisan sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

1. Peperiksaan
2. PTD Assessment Centere (PAC)
3. Temuduga

TAPISAN PTD #1: PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


_________________________________________________________________

Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Peperiksaan secara online dan mengandungi 3 Seksyen ini adalah format peperiksaan baru, bermula tahun ini (2014).

Sebelum ini, peperiksaan PTD dijalankan secara bertulis dan mempunyai 5 seksyen. Selain dari 3 seksyen di atas, 2 lagi seksyen adalah esei Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sebelum ini, Seksyen C dinamakan Ujian Sahsiah Diri. Tahun 2014, ujian ini telah ditukar nama kepada Ujian Psikometrik.

Ramai calon yang tersingkir dalam PAC kerana tidak mempunyai tahap kecergasan seperti yang dimahukan.

Jika anda dipanggil ke peperiksaan online PTD, 1 November ini, anda boleh buat persediaan peperiksaan dengan menggunakan nota, panduan dan contoh soalan yang terdapat dalam ebook Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di SINI.

TAPISAN PTD #2: PTD ASSESSMENT CENTRE (PAC)


_______________________________________________

Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Pada asalnya, program penilaian PAC ini dilaksanakan selama tiga hari. Namun, kadang-kala ia dilakukan 1 hari sahaja. Dalam PAC ini, calon dinilai dari pelbagai aspek kompetensi.

Jadual di bawah menyenaraikan perkara-perkara yang dinilai sepanjang calon berada dalam PAC :

Pegawai Tadbir Diplomatik Perkara yang dinilai dalam PAC PTD Accessment Centre

Perkara yang dinilai dalam PAC, PTD Accessment Centre

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, calon juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

TAPISAN PTD #3: TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________________

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya calon yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

p/s: Untuk pengambilan PTD tahun 2014, tiada PAC. Jika lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 yang akan diadakan pada 1 November 2014, calon akan terus dipanggil untuk temuduga.

Setelah melalui 3 Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik ini, calon yang berjaya dalam proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru. Anda boleh baca mengenai 4 Tahap Lantikan di artikel 4 Tahap Pelantikan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

Sumber asal : INTAN,
Disusun semula : Sya Isya

PERSEDIAAN TEMUDUGA PTD – PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________

Jika anda berjaya lulus dalam peperiksaan online PTD, dan akan ke sesi temuduga PTD, anda harus buat persiapan rapi agar mudah lulus dan dapat surat tawaran lantikan PTD.

Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.

>> 20 Soalan Temuduga PTD <<

Selain itu, untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan Pakej Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.

Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!
  • Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :

    >> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<

    p/s: Kongsikan maklumat yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Perkongsian anda mungkin dapat membantu rakan anda yang sedang mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD Gred M41. Moga sama-sama mendapat manfaat. 🙂