Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26

Doa Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga Kerja

doa sebelum semasa dan selepas temuduga kerja kerajaan budak comel

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga pekerjaan, bukan sahaja persiapan fizikal seperti persediaan mengetahui soalan temuduga yang ditanya sebelum ini, ilmu temuduga yang anda perlu tahu dan jadual temuduga dan persediaan sebelum temuduga, tetapi kita juga perlu membuat persiapan rohani dan mental terutamanya kerana persediaan mental, rohani dan emosi adalah sangat penting. Jika anda tidak tenang, anda akan kelam kabut ketika menjawab temuduga nanti.

InsyaAllah, amalan-amalan dan doa-doa yang akan saya kongsikan ini akan membuatkan jiwa dan tenang dan rasa lapang sepanjang persiapan temuduga anda dan sehingga selesai temuduga. Dengan izin Allah…

Berikut adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

AMALAN-AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN SEBELUM TEMUDUGA

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT – TURUT : JAM 12 MALAM

Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah
: Baca Ayat Qursi : 3 kali
: Baca Surah Al – Kaafirun : 3 kali

Rakaat Kedua : Baca Surah Al – Fatihah
: Baca Ayat A Manar Rasul (1 kali)
: Baca Surah Al – Ikhlas (5 kali)
Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali, Secara Qosad dalam hati :
: Baca Astaghfirullah Hal A’azim.. : Istighfar panjang (3 kali)
: Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis (3 kali)
: Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis (3 kali)
: Memohon restu Illahi :

Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEBELUM TEMUDUGA

DOA DAN RESTU IBU UNTUK ANAK MENGHADAPI TEMUDUGA (DI BACA PADA MALAM SEBELUM TEMUDUGA)

Sembahyang berjemaah bersama keluarga : Maghrib + Isya’ + Subuh setiap hari

Ayah menjadi imam, Ibu membaca doa (untuk mendapat restu ibu) :

Mulakan doa dengan mukaddimah doa selamat sehingga …. Dalhisaab…. Ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala kekuatan iman, keyakinan diri, kesabaran serta semangat yang tinggi kepada anakku, …bt ….(ibu) yang akan menghadapi temuduga bagi jawatan … Di … Pada pagi esok ya allah, ya allah ya tuhanku, tenangkan lah fikirannya ya allah, lapangkanlah dadanya ya allah, tabahkanlah hati nya ya allah, permudahkan lah segala persoalan yang dikemukakan kepada nya ya allah, ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala petunjuk dan pedoman agar anakku ini dapat menjawab dengan betul, tepat dan padat terhadap semua soalan sperti mana yang dikehendaki oleh penemuduga yang berkaitan ya allah, ya allah ya tuhan ku, tutupi dan lindungilah segala kelemahan anakku ini ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah kejayaan yang cemerlang terhadap temuduga anak ku kali ini agar beliau dapat bekerjaya tetap ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah segala kemudahan dan kesenangan serta keredhaan dan keberkatan mu apabila anak ku ini menghadiri temuduganya ya allah, ya allah ya tuhanku, tempatkanlah anakku ini di kalangan hamba mu yang beriman ya allah, yang berilmu ya allah, yang bertaqwa ya allah, yang bertawakkal ya allah, yang soleh / solehah ya allah samada sewaktu anakku belajar berkursus atau bekerjaya nanti ya allah, aamin ya rabbal ‘aa lamin, rabbana aatina…. Sampai habis.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA TEMUDUGA

  • Baca ayat 21 hingga ayat 24 surah Al Hasyr (1 Kali)
  • Baca ayat 9 surah Yasin : waja ‘alna…. (3 kali)
  • Baca surah Al Insyirah : Alam Nasyrah…. (3 kali)
  • Baca 4 qul : Al Kafirun > Al Ikhlas > Al Falaq > An Nas
  • Baca doa penerang hati + mukaddimah + penutup doa
  • DOA KETIKA HENDAK MASUK KE BILIK TEMUDUGA

    Apabila nak masuk bilik temuduga,

    1. Bacalah surah A-Fatihah sekali dan Surah Al ‘Alak ayat 1-5 (ayat kunci segala ilmu) sekali :

    doa sebelum temuduga doa ayat kunci segala ilmu

    2. Baca Doa Kejayaan Temuduga Pekerjaan :

    doa sebelum temuduga doa kejayaan terang hati temuduga kejayaan

    3. Kemudian, baca Doa di bawah :

    doa sebelum temuduga kerja kerajaan

    DOA SELEPAS TEMUDUGA

    Selepas temuduga, banyakkan berdoa dan solat hajat agar berjaya mendapat karier yang diidamkan.

    Banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Anda usaha sebaiknya, Allah yang menentukan. Jika pekerjaan yang diminta sememangnya baik untuk anda, InsyaAllah, anda akan dapat pekerjaan tersebut.

    Allah Maha Mengetahui!.

    Selamat beramal dan Selamat mendapatkan karier idaman anda. ^_^

    Saya doakan anda mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda!

    p/s: Untuk memudahkan anda, agar anda boleh baca dan amalkan doa dan amalan rohani ini, saya telah susun dan himpunkan semua doa ini dalam bentuk pdf. Klik sini untuk download Koleksi Doa Temuduga ini.

    [bannerbox id=7]

    Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang “f” di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan anda yang akan ditemuduga.

    P/S: Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan tip temuduga dari saya, masukkan nama dan emel anda di ruang yang disediakan di bawah. Tip akan dihantar ke emel anda dari semasa ke semasa. 😀

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.