12 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KETIKA TEMUDUGA KERAJAAN

12 dokumen perlu dibawa ketika temuduga kerajaan

Tahniah! Jika anda dipanggil ke temuduga kerajaan. Bukan senang nak dapat temuduga kerajaan, lebih-lebih lagi jika anda perlu lulus peperiksaan online yang turut dihadiri oleh berpuluh ribu calon lain seperti jawatan PTD, Penguasa Kastam, Penolong Kastam, Pegawai Kastam, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Imigresen, Pegawai Arkib, Separa Perubatan dan lain-lain jawatan kerajaan yang HOT!.

Pihak SPA telah menyenaraikan senarai dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga. Oleh itu, sebelum hadir ke temuduga kerajaan, pastikan anda bawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT 12 dokumen berikut :

1) Kad Pengenalan;

2) Sijil Kelahiran;

3) Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4) Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

5) Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

6) Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

7) Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);

8) Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

9) Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

10) Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan);

11) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

12) Resume bergambar yang ringkas dan padat. Jika anda tak tahu bagaimana untuk menulis resume, saya sarankan agar anda rujuk artikel 3 Cara Mudah Menulis Resume Kerja Kerajaan dan jangan lakukan 7 kesilapan kritikal menulis resume ini untuk menghasilkan resume yang memikat hati penemuduga.

Anda juga boleh rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa dalam surat panggilan temuduga yang dihantar kepada anda.

Kegagalan anda mengemukakan kesemua 12 dokumen seperti yang dikehendaki di atas, serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. Dalam temuduga, anda perlu jujur. Kalau anda cuba menipu, penemuduga yang berpengalaman akan dapat kesan penipuan yang anda sedang lakukan. Ini akan menyebabkan anda di ‘reject‘ terus kerana sememangnya setiap majikan mahukan pekerja yang jujur dan amanah.

Jangan lupa, anda juga perlu berpakaian sopan semasa menghadiri temuduga. Kerana pakaian juga mempunyai markah dalam temuduga. Jika anda masih tak tahu pakaian apa yang harus anda pakai ketika temuduga kerajaan, anda boleh rujuk artikel INI.

p/s: Jangan lupa baca doa sebelum, semasa dan selepas temuduga, ya. Anda boleh download doa temuduga dan persediaan rohani ini. 🙂

p/s/s: Menurut kajian, 90% calon temuduga GAGAL kerana kurang persediaan. Jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan 90% ini, maka, anda MESTI membuat persediaan penuh dan rapi. Jika anda masih blur, takut dan tak tahu nak buat persediaan apa, anda boleh dapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Bijak Temuduga ini. Ramai yang dah berjaya dapat jawatan kerja kerajaan yang diidamkan selepas membaca dan mengamalkan ilmu temuduga yang terdapat dalam panduan ini. Jadi, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi-baloi. ^_^

Saya nak ucapkan Good luck kepada anda!. Moga berjaya peroleh kerjaya idaman anda ^_^