Fuyooohh… Malaysia Best Blog 2015 lah. Caya lah. Aku tengok lepas seorang, seorang blogger senaraikan Blog Terbaik Malaysia 2015 mengikut kaca mata mereka sendiri walaupun ada di antara mereka yang tidak berkaca mata. Rupa-rupanya ada Contest SEO.

Malaysia-Best-Blog-2015

Aku yang dah lama tak update blog ni pun nak lah join sekaki. Tak nak ketinggalan juga, walau aku rasa aku ni dah banyak tertinggal jauh. Almaklum, sejak aku mengenali affiliate, aku dah kurang join contest. Kalau tak, dulu, tiap-tiap hari aku blog walking cari contest yang sedang berlangsung. Pastu laju je aku join. Siap buat checklist due date segala mak nenek contest yang ada, just untuk memastikan aku sempat join contest-contest tu semua. Bukan apa, best join contest ni sebab macam-macam hadiah aku dah dapat. Tapi, dekat 2 tahun juga lah aku pencen join contest ni. Sebab tumpuan dah lari ke buat duit dengan affiliate dan juga buat duit dengan blog. Ehehe πŸ™‚

Jadi, ni kira contest pertama aku join untuk tahun 2015 ni. Contest SEO pula tu. Wuish… ramai kot blogger-blogger power SEO join contest ni. Aku ni, blogging pun dah ke laut aje. Tapi tak apa, join aje. Manalah tahu kot aku boleh test kekuatan SEO blog ni setelah aku tambah ilmu SEO selepas baca Kitab SEO terhangat di pasaran ni kan.

Payah juga sebenarnya aku nak senaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 ni. Rasa macam dah lama sangat tak berblog pun ada. Tapi, InsyaAllah, aku senaraikan juga 10 Malaysia Best Blog 2015 di mata aku.

10 Malaysia Best Blog 2015 di mata Sya Isya


1. Denaihati.com

Blog ni aku kagum dengan penjenamaan yang dilakukan oleh tuannya. Serious ni. Memang nak kena menuntut ilmu branding ni. InsyaAllah, projek akan datang. Bila tu, tak tahu lah. Sebab projek yang tengah diusahakan sekarang ni pun sangat mencabar momentum aku.

2. Kujie2.com

Blog ni kan, dulu-dulu masa aku start blogging tahun 2010, apa keyword yang aku taip pun di google, mesti keluar blog Hidup Biar Sedap ni. Tapi aku tak klik blog ni, sebab otak aku dah fikir lain dah. Ada unsur-unsur kuning lagi kekuningan . Rupa-rupanya, ni blog makcik-makcik. Tak ada kuning langsung. Clean and clear!. Tulah, lain kali, don’t judge a blog by its tagline. πŸ™‚

3. Earncent.com

Aiseyh… Blog ni kan, blog yang suka buat aku geram. Rasa macam nak gigit-gigit je blog Mamat Men in Black ni. Apa tak nya, blog ni blog show off, ok!. Yang peliknya, tak pula aku meluat, sebaliknya, aku datang dan datang melawat blog ni. Lagi dan lagi. Mungkin sebab hati aku pun tak lah berkarat mana untuk ada rasa dengki dengan kejayaan yang telah diraih oleh bangsa sendiri. Sama agama lagi tu, kan. πŸ™‚

4. Multees.com

Ini blog kan, dulu kan, masa zaman-zaman aku nerd lagi newbie dalam dunia blog ni, blog ni lah tempat aku korek ilmu blogging. Macam mana nak hasilkan blog yang bagus… macam-macam lagi lah yang aku belajar dari blog ni. Kalau nak senaraikan tip-tip buat blog yang aku belajar dari blog ni, memang kena buat entri khas pula. Ahhhh… malas lah. Cukup sampai di sini.

5. Ariffshah.com

Antara aku, dia dan Ariffshah. Ewah… enkau jangan nak cari pasal Sya Isya oi! Laki orang tu!. Hahaha… Ok, blog ni pun antara blog terawal yang aku kenal. Sebenarnya, memang hampir semua 10 Malaysia Best Blog 2015 yang aku senaraikan ini adalah blog-blog terawal yang aku kenali seawal aku bergelar blogger. Kerana daripada blog-blog mereka inilah aku menimba ilmu blogging.

Walau tak pernah bersua muka dan mereka pun tak kenal aku, mereka jugalah yang telah mengajar aku berblog dengan cara yang betul Bukan berblog sesuka hati kerana bersandarkan kepada “Blog aku, suka hati aku lah nak tulis apa!”. Nehi nehi nehi!.

6. Eyriqazz.com

Satu ketika dulu, aku ikut petua yang terdapat dalam blog ini. Melalui blog inilah aku belajar untuk buat blog yang interaktif. Daripada blog aku sunyi sepi tak ada orang nak komen, lepas amalkan tip buat blog interaktif yang diberikan oleh GTO ini, terus blog aku meriah. Nah kau, nak sangat meriah, kan!. Hehe… Tapi lama juga aku tak gunakan taktik memeriahkan blog ni semenjak aku jarang update blog. Dan blog ini semakin sepi. Uhuhu. (Dah aku pun menyepi tak kisah update blog, sepi lagi menyepikan lah jadinya blog ni kan).

7. Rohaizad.com

Ohoi… Blog otai ni oi!. Sifu blogging ni. Aku pernah jumpa Bro Ijad ni sekali, masa aku belajar cara buat iklan di Google guna Adwords dalam kelas Sifu Wan Mus tahun lepas. Sempatlah juga aku bertanya perihal blogging. Dapat juga lah tip blog terbaik, fresh, direct dari sifu blog ni. Otai masih berbisa!. Tak gitu?.

8. Syaisya.com

Ahaha… Nak juga masukkan blog sendiri dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 ni kan. Hah ye lah kan. Dah kalau aku tak nobatkan blog aku ni best, siapa lagi nak nobatkan, kan… πŸ˜› Anyway, ini blog kesayangan aku, okey!.

Susah senang jerih payah aku dengan blog ni, aku je yang tahu tau. Sebab aku seorang je admin blog ni. Tak dua, tak tiga.

Membangunkan blog ni lah aku belajar macam-macam perkara berkaitan dunia internet. Dari hal buat blog saja suka-suka, buat blog saja nak bagi blog cantik, hinggalah kepada buat duit dengan blog. Akhirnya, jadilah, aku sangat sayang lagi menyayangi ini blog. Muaahhh… Sayang engkau, blog! ^_^

9. OhDuit.com

Ini pula blog penganjur contest ini. Duit, di mana kau duit!. Ahaaa… so, kalau rasa-rasa nak belajar buat duit di internet, boleh lah belek blog ni. Ada banyak tips buat duit dengan Ebay kat blog ni. Blog yang kemas tersusun, pasti mudah nak selongkar segala tip dan ramuan untuk jana duit di eBay.

10. IniBelogSaya.blogspot.com

Ok, ada yang tak kenal pemilik blog IniBelogSaya ni?. Ni blog KekNis, atau nama glamour yang semua orang tahu, Hanis Zalikha. Tak payah lah aku kenalkan siapa gerangannya Hanis Zalikha ni ya. Ramai dah kenal. Lebih-lebih lagi kalau korang layan drama Suamiku Encik Sotong. Confirm korang kenal.

Ok, sebenarnya, blog ni aku baru je suka baca baru-baru ni. Walaupun dulu lagi, masa aku baru-baru berblog tahun 2010, aku dah tahu mengenai kewujudan blog ini. Tapi tu lah kan, orang kata, “tak kenal, maka tak cinta”. Dah baca, barulah jatuh suka. Ya dak?.

Fuuuhh… siap juga artikel Malaysia Best Blog 2015 ni. 2 hari juga nak siapkan blog ni. Almaklum, dah lama tak update blog, jadi tersekats-sekat sikit bila nak update blog ni. Lepas ni nak kena rajin update blog lah jawabnya.

p/s: Tiba-tiba aku suka guna perkataan ‘kan’ masa siapkan entri ni. Dah kenapa pula aku ni kan?. Hermmm…

β€œMari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”