Peperiksaan PTD M41 : Format, Contoh Soalan & Nota Rujukan

nota-rujukan-contoh-soalan-ptd-pegawai-tadbir- diplomatik-format 2020(2)

RUJUKAN PTD 2020

Nak Rujukan Lengkap Exam PTD edisi kemaskini 2020?

Anda akan dapat :

  • 120+ Contoh soalan dan huraian jawapan setiap seksyen,
  • 150+Nota ringkas dan padat berkaitan pentadbiran & jawatan PTD,
  • 225+ soalan-soalan latih tubi supaya anda biasa dengan soalan-soalan exam PTD (Ultimate).

Klik butang SAYA NAK di bawah :

DAPAT PANGGILAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK PTD M41?

Exam PTD Terkini : 27 Ogos 2020 Artikel ini khas untuk calon-calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diploamtik gred M41 yang masih tercari-cari contoh soalan peperiksaan PTD Gred M41 :

  • Contoh soalan Pengetahuan Am PTD
  • Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD (Matematik)
  • Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD

Anda boleh teruskan baca artikel ini sehingga habis. Contoh soalan untuk ketiga-tiga seksyen dalam peperiksaan PTD M41 ada diberikan di bawah.

Calon juga boleh menggunakan rujukan, nota, contoh soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41  yang kami akan edarkan di bawah. Contoh-contoh soalan dalam rujukan ini lengkap dengan jawapan dan cara kira (untuk soalan matematik). 

Teruskan membaca sehingga habis untuk maklumat mengenai huraian format peperiksaan PTD, bidang tugas sebagai seorang PTD, gaji dan maklumat penting mengenai jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

GAJI & BIDANG TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41

Untuk mengetahui gaji dan bidang tugas PTD, anda boleh baca artikel lengkap mengenai gaji, bidang tugas dan syarat lantikan di artikel ini : Gaji, Bidang Tugas & Lantikan PTD.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41

Format untuk peperiksaan 27 Ogos 2020 ini adalah format terbaru peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada tiga (3) penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am, daya menyelesaikan masalah dan psikometrik, format kali ini seksyen psikometrik dibuang dan digantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris kini sudah menjadi seksyen wajib untuk peperiksaan ambilan penjawat awam, PSEE. Untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 kali ini, pengetahuan dan kemahiran calon akan diuji melalui 3 seksyen soalan, iaitu :

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

jadual peperiksaan ptd pegawai tadbir dan diplomatik gred m41 2020

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41

Dalam artikel ini, calon-calon akan didedahkan dengan contoh-contoh soalan exam PTD untuk ketiga-tiga seksyen. Diharap dengan contoh-contoh soalan ini, calon dapat gambaran secara ringkas mengenai bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya. Ini bukanlah soalan bocor.

Soalan sebenar peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah rahsia pihak SPA. Kami berikan contoh soalan ini berdasarkan pemerhatian, dan pengalaman kami membantu calon-calon peperiksaan SPA sejak 2009.

Contoh soalan peperiksaan ptd pegawai tadbir diplomatik m41 2020

Seksyen A : Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

Ini adalah seksyen pertama dalam penilaian bagi jawatan PTD M41 dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan yang menguji pengetahuan am anda.

Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan (biasanya).

Jumlah soalan tertakluk kepada perubahan.

Tetapi, secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA.

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas.

Sebenarnya, ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.

Ini adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini : bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

“Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

 

Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

 

Calon-calon sering mengikuti perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini”

 

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

  1. Pada April 2009, Dato’ Seri Najib Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia yang melibatkan 8 nilai utama. Di antara berikut, yang manakah BUKAN tergolong daripada 8 nilai tersebut?

A) Ketabahan 
B) Kesetiaan
C) Pemberian
D) Meritokrasi

2. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai

A) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

B) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

C) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

D) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

3. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

A) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

B) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

C) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

D) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

4. Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk mengekang masalah-masalah yang berkaitan dengan

I. Diskriminasi terhadap wanita II. Pekerja asing, migrasi dan pelarian III. Jenayah rentas sempadan dan imigresen IV. Jantina, hak asasi manusia dan hak kanak-kanak

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II, III dan IV
D) I, II, III dan IV

5. Di antara berikut, yang manakah agensi yang BUKAN ditadbir oleh Kementerian Kewangan?

A) Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional

B) Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti

C) Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji

D) Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

6. Yang manakah merupakan amanat (mandat) kepada Jabatan Audit Negara bagi menjalankan pengauditan?

I. Perkara 106, Perlembagaan Persekutuan

II. Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan

III. Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan

IV. Akta Audit 1957

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II, III dan IV

7. Di antara yang berikut, pilih tugas yang menjadi tanggungjawab penguasa tempatan?

I. Membina dan menyelenggara kemudahan awam tempatan

II. Mengurus pasar dan gerai

III. Memungut cukai pintu dan bayaran meletak kereta

IV. Mengenakan kompaun kesalahan,membuang atau membakar sampah

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

8. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya kecuali

A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)

B. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)

C. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)

D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

 

9. Susut Nilai adalah pengurangan nilai aset bukan semasa. Berikut adalah sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai KECUALI

A. Kekusutan – penggunaan berterusan

B. Kemerosotan fizikal – pudar, lusuh atau buruk

C. Usia guna yang panjang akibat faktor masa – hak cipta

D. Keusangan – tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi

10. Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) menawarkan rumah untuk kakitangan awam yang berharga

A. RM100,000 hingga RM290,000

B. RM90,000 hingga RM300,000

C. RM190,000 hingga RM310,000

D. RM210,000 hingga RM320,000

Klik Sini & Dapatkan 50 Soalan Pengetahuan Am PTD, setiap soalan ada jawapan dan huraian jawapan. 150+ Nota pentadbiran dan pengetahuan AM disediakan.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online PTD Gred M41

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

(i) Kemahiran Logik (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data (iii) Konsep Matematik dan Akaun

(i) Kemahiran Logik Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat. (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

1. Ramona dapat menjawab 6 soalan Matematik dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik yang boleh dijawab oleh Ramona dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

2. Syarikat Nian membeli peralatan pada bulan januari 2005 dengan kos berjumlah RM40,000. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa sebanyak RM10,000 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah nilai susut nilai tahunan peralatan berkenaan?

A. RM4,000
B. RM6,000
C. RM8,000
D. RM10,000

3. Bidin memandu pada kelajuan 100km/j untuk pulang ke kampungnya. Dalam perjalanan beliau telah berhenti rehat selama 30 minit. Masa yang diambil untuk sampai ke kampungnya adalah 3 jam 45 minit. Berapakah jarak perjalanan Bidin.

A. 315 KM
B. 325 KM
C. 350 KM
D. 375 KM

4. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?

A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

5. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A. 32.25cm
B. 21cm
C. 84cm
D. 5.25cm

6. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?

A. 2.0 
B. 3.5 
C. 4.5
D. 5.0

7. {180,184,188,P,Q,200} adalah satu siri nombor. Cari nilai P(Q-P)

A. 762
B. 764
C. 766
D. 768

8. Satu mesin menghasilkan 840 buku roti dalam masa 2 jam 30 minit. Berapakah bilangan buku roti yang dapat dihasilkan oleh mesin itu dalam 20 minit?

A. 80
B. 100
C. 112
D. 140

9. Cik Maya telah menerima tempahan kek kukus daripada Puan Syima, Puan Syida dan Puan Syiha dengan nisbah tempahan 3:1:2. Sekiranya tempahan yang dibuat oleh Puana Syiha sebanyak 120 buah, hitung jumlah kek kukus yang ditempah oleh Puan Syima.

A. 60
B. 180
C. 240
D. 360

10. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

Klik Sini & Dapatkan 40 Soalan Matematik PTD, setiap soalan ada jawapan dan cara kira. Nota formula matematik untuk soalan-soalan popular disediakan.

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan Online PTD Gred M41

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi bermula tahun 2019, seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA dan dimasukkan dalam penilaian PTD M41. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga.

Bagi Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris, mengikut pengalaman kami, pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan jawapan yang betul.

Apa yang menjadi persoalan calon-calon peperiksaan online Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 adalah, “Apakah jenis-jenis soalan yang boleh ditanya?”.  Pada seksyen ini, anda akan diuji dalam pecahan berikut :

  1. Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  2. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Huraian Soalan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris

Untuk soalan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang.

Bilangan soalan yang ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda terhadap esei yang diberikan. Oleh itu, anda perlu baca esei dan fahami apa yang hendak disampaikan oleh esei yang diberikan.

Huraian Soalan Tatabahasa Bahasa Inggeris

Untuk soalan ini, anda akan diuji tentang penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.

Jadi, anda perlu mengingati kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris yang telah anda pelajari di sekolah untuk berjaya menjawab soalan grammar Bahasa Inggeris Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 dengan tepat dan pantas.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 (Esei)

Read the passage below carefully. Then, answer the questions that follow. 

 
Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.
 
 
The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).
 
Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.
 
The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.
 
In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!
 
(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)
 
1. From the passage below, we know that Malays
 
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
 
Jawapan : B
 
2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
 
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D food that is everyone’s favourite
 
Jawapan : B
 
3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
 
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
 
Jawapan : A

 

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred W41 (Soalan Tatabahasa)

  1. The underlined word can be best replace with… They estimated the distance at about three miles.

A) roughly calculated

B) precisely measured

C) simply guessed

D) accurately counted

 

2. Choose the sentence with correct order of multiple adjectives.

A) There is a red old post-box in front of the house.

B) She bought some Victorian silver charming ornaments at the flea market.

C) The playroom has eight small triangular plastic tables

D) The man is selling his bluish antique Italian car.

 

3. These sentence have correct usage of collective nouns, except:

A) It is really fun to watch a parade of elephant presents some tricks.

B) The chef was shocked to see a colony of rats in their pantry.

C) The zoo has a new attraction when a band of gorillas will be brought form Africa

D) A fisherman was nearly killed when a zeal of sharks attacked his boat.

 

4. Which of these sentence has wrong prepositions?

A) Kamal got on a bus to Kangar and managed to arrive on time.

B) Suresh sleeps under a comfy blanket in his bed every night.

C) There is hot coffee in the kettle on the stove

D) The stray dog ran among the busy road and jumped into a bush.

 

5. These sentence have correct usage of collective nouns, except:

A) It is really fun to watch a parade of elephant presents some tricks.

B) The chef was shocked to see a colony of rats in their pantry.

C) The zoo has a new attraction when a band of gorillas will be brought form Africa

D) A fisherman was nearly killed when a zeal of sharks attacked his boat.

 

6. These sentence have correct usage of collective nouns, except:

A) It is really fun to watch a parade of elephant presents some tricks.

B) The chef was shocked to see a colony of rats in their pantry.

C) The zoo has a new attraction when a band of gorillas will be brought form Africa

D) A fisherman was nearly killed when a zeal of sharks attacked his boat.

7. The correct idiom in the sentence would be:

A) The factory workers had work around the clock; they are as tired as a dog

B) Sarah is the kindest lady I have ever met, she is as fresh as a daisy.

C) Most of the artefacts in the museum are antics, they are as deaf as a post.

D) They upgraded the old kitchen cabinet, it is as fit as a fiddle.

Klik Sini & Dapatkan 30 Soalan Bahasa Inggeris exam PTD, Setiap soalan ada jawapan. Nota grammar disediakan. Mudah untuk anda buat rujuka ketika exam

Diharap contoh soalan exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang kami berikan ini dapat membantu anda buat persiapan untuk peperiksaan yang bakal diadakan. Buat persiapan penuh anda di sini.

[TERKINI] RUJUKAN LENGKAP NOTA & CONTOH SOALAN PTD 2020

nota-rujukan-contoh-soalan-ptd-pegawai-tadbir- diplomatik-format 2020(2)
Masukkan nama dan email anda di bawah dan klik butang DAFTAR Untuk dapatkan Hebahan Jualan Nota & Contoh Soalan PTD. DAFTAR PERCUMA! .

JOIN CHANNEL TELEGRAM PTD TERKINI 

Artikel Berkaitan : 

error: Content is protected !!