Artikel ini khas untuk calon Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Dalam artikel ini, anda akan dapat maklumat mengenai Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Untuk memudahkan anda membuat persiapan sebelum exam, anda boleh dapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang akan diedarkan bermula 15 September 2017. Edaran hanya dilakukan selama 3 hari sahaja. 

Untuk tidak terlepas  mendapatkan rujukan dan panduan ini, anda boleh mendaftar terlebih dahulu untuk terima update daripada kami mengenai panduan ini. Apabila pembelian rujukan ini dibuka, pihak kami akan berikan kepada anda cara untuk mendapatkan panduan ini.

Update hanya akan dihantar kepada calon yang berdaftar sahaja. Jika anda tidak mendaftar, kami tak dapat hantar maklumat kepada anda. 🙂

RUJUKAN PANDUAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

DAFTAR ADALAH PERCUMA

Pastikan anda semak emel anda selepas mendaftar.

.

Format Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Tujuan utama SPA mengadakan peperiksaan online ini adalah untuk menapis calon-calon yang layak untuk jawatan ini. Pengetahuan am calon akan diuji.

Bukan itu sahaja, keupayaan calon menyelesaikan masalah juga akan diuji. Untuk sesi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 20 September 2017, calon akan diuji melalui 3 Seksyen.

.

3 Seksyen Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

p/s: Tujuan utama peperiksaan ini adalah untuk menyingkirkan calon-calon yang TIDAK LAYAK dengan cepat dan senang. Cepat kerana sekali exam, ramai calon yang gagal. Senang, sebab exam dijalankan serentak secara online. Calon boleh jawab di mana sahaja calon berada. Asalkan ada talian internet yang laju.

Ini cara pertama SPA tapis calon yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan Pegawai Eksekutif LHDN.

Kemudian, calon yang lulus peperiksaan akan ditapis melalui tapisan yang kedua.

Jadi, jika anda benar-benar mahukan jawatan Pegawai Eksekutif LHDN ini, anda wajib lulus exam online ini.

Jangan risau, kerana kami ada sediakan Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN ini sebagai rujukan dan panduan untuk anda study 🙂

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 Exam

Contoh Soalan Pengetahun AM Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Soalan pengetahuan am peperiksaan SPA meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas.

Sebenarnya, ia berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.

Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini; iaitu sejauh mana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting yang berlaku disekeliling anda. Lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai :

  • ekonomi
  • kewangan
  • perdagangan
  • teknologi
  • pentadbiran kerajaan
  • sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Jadi, untuk berjaya menjawab soalan pengetahuan am exam online Pegawai Eksekutif LHDN, anda perlu mempunyai pengetahuan-pengetahuan dalam aspek berikut :

  • Pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya Pegawai Eksekutif LHDN
  • hal ehwal yang berkaitan dengan LHDN
  • pengetahuan Am mengenai pentadbiran Malaysia dan luar negara
  • Peka dengan perkembangan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara

.
Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

.

Contoh Soalan Pengetahun AM Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN:

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 - 1

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 - 2

PERINGATAN: Ini bukan soalan ramalan mahupun soalan bocor. Ini soalan contoh sahaja.

.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa yang sangat singkat.

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Oleh itu, anda perlu berlatih menjawab soalan-soalan dalam seksyen ini dengan segera.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM.

Soalan Seksyen B Perperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN:

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

Kadar cukai Di Malaysia
0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050

Jawapan – B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400

Jawapan – C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750

Jawapan – C

Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?

.

BUAT PERSEDIAAN PANTAS MENGGUNAKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Untuk membantu anda membuat persediaan dengan cepat, satu Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 disediakan khas untuk anda.

Panduan Peperiksaan ini ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional.

Panduan Lengkap Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ini mengandungi :

[+] Nota berkaitan Pegawai Eksekutif LHDN
[+] Penerangan Format Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Terkini
[+] Contoh Soalan dan jawapan setiap seksyen
[+] Maklumat berkaitan Jawatan Pegawai Eksekutif LHDN.

Pihak Tim Infokerjaya sedang menyiapkan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN untuk anda study.

JUALAN RUJUKAN INI BAKAL DIBUKA TIDAK LAMA LAGI.
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RUJUKAN INI,
DAFTAR NAMA ANDA DI BAWAH UNTUK WAITING LIST.

Kami akan berikan maklumat rujukan ini kepada yang mendaftar sahaja.
(DAFTAR PERCUMA)RUJUKAN PANDUAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

DAFTAR ADALAH PERCUMA

Pastikan anda semak emel anda selepas mendaftar.

.

DISCLAIMER :

Blog Syaisya.com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang disediakan dalam artikel ini adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.
——-