Banyak dah tengok tutorial kat youtube cara untuk buat boxy pencil case. Tapi ni lah tutorial yang paling aku suka. Nampak senang dan insyaAllah aku boleh follow. Lagipun, aku memang suka jahit beg yang tak ada bias binding. Lepas ni boleh lah on projek pencil box 🙂

Inilah hasil kejadiannya :

tutorial cara senang jahit boxy pencil box case tanpa binding bias

Sejak bulan 10 tahun lepas, aku mula menjahit beg. Dah jadi hobi dah sekarang ni menjahit. Tapi jahit baju belum belajar lagi. Tahu jahit beg je. Hihi… Alhamdulillah, dah macam-macam jenis dan pattern beg aku dah jahit 🙂 Nanti lah ye, lepas ni aku post kat blog ni pula beg-beg hasil tangan sendiri.

Jadi, lepas ni akan ada banyak tutorial menjahit beg yang akan diabadikan dalam blog ni. Senang untuk aku buat rujukan apabila nak menjahit nanti. Sekaligus boleh membantu orang lain yang juga mencari tutorial jahit beg dengan mudah.

Ok, that’s all update ringkas buat masa ni. Dah lama tak update blog ni. Dah rindu tahap gaban dah dengan blog ni. Almaklum. sibuk dengan bisnes baju kurung terkini. InsyaAllah, lepas ni akan rajin-rajinkan diri update blog ni.

I love blogging, I love sewing 🙂