Video tutorial cara mudah jahit Tote Bag Berzip (Recessed Zip) ni orang Jepun yang buat. Boleh lah faham apa step yang dia buat walaupun bahasa dan tulisan yang digunakan dalam Bahasa Jepun.

Berkenan sangat cara dia jahit zip tu. Sebab aku memang cari cara jahit zip tote bag, zip tu tutup penuh semua bahagian mulut beg.

Banyak tutorial tunjuk cara jahit zip yang perlu buat zip tab dan ada lebihan zip. Tak nak style tu. Aku suka style yang macam ni. Tutup penuh keseluruhan atas bag.