Ekonomi sekarang makin mencabar. Lebih-lebih lagi bila ada desas-desus yang menyatakan tahun depan, 2023 adalah tahun kegawatan ekonomi. Harga barang semakin naik. Yang tertekan semakin rasa tertekan. Stress, depress dan macam-macam lagi sakit dan gangguan emosi berlaku. Gawat gawat gawat!. Stress kan?

Apa yang perlu dilakukan apabila keadaan semakin gawat ni? Nak mengeluh saja? Nak marah peniaga sebab harga barang naik?

Anda tak boleh kawal keadaan. Tapi anda hanya boleh kawal diri sendiri. Anda ada 2 pilihan.

  1. Berjimat cermat.
  2. Tambah pendapatan

Antara pilihan 1 dan pilihan 2, lebih mudah untuk buat pilihan yang no 2. Sebab, pilihan 1, seberapa banyak pun nak berjimat, ada komitmen-komitmen yang tak boleh nak dipotong juga. Terutama keperluan harian dan bulanan.

Jadi, dalam artikel ini akan menerangkan bagaimana untuk tambah pendapatan dengan affiliate marketing.

Apa Itu Affiliate Marketing?

Bagi anda yang pertama kali dengar perkataan “Affiliate Marketing”, mungkin anda tertanya-tanya,

“Apa maksud Affiliate?”

“Affiliate marketing tu apa?”

Dalam maksud yang paling ringkas, affiliate marketing adalah usaha promosi yang anda lakukan untuk produk atau servis orang lain. Anda akan dapat komisyen dari setiap jualan yang berjaya dilakukan melalui link affiliate anda.

Di luar negara, ramai yang jadikan affiliate marketing sebagai pekerjaan tetap mereka. Potensi affiliate marketing sebenarnya memang besar sehingga boleh dijadikan sebagai pendapatan utama.

Hakikatnya Affiliate Marketing berpotensi menjadi satu bidang yang sangat menguntungkan jika anda benar-benar telah menguasai teknik-teknik untuk buat duit dengan affiliate.

Cuma, di Malaysia, tak ramai lagi yang tahu mengenai affiliate marketing. Walaupun dah ramai yang berjaya jana pendapatan berpuluh ribu melalui affiliate marketing sejak dulu lagi, tapi masih ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan affiliate marketing ini. Yang Shida perasan, affiliate mula meniti di bibir rakyat Malaysia apabila TikTok memperkenalkan affiliate program. Maka, ramailah rakyat Malaysia yang nak buat affiliate di TikTok.

Salah Faham Mengenai Affiliate Marketing

Ramai yang beranggapan affiliate adalah untuk produk digital. Manakala dropship untuk produk fizikal. Ini tidak benar.

Hakikatnya, produk fizikal juga boleh jadi affiliate. Sepertimana TikTok affiliate, Shopee affiliate dan Lazada Affiliate.

Jadi bagaimana anda boleh memulakan bisnes Affiliate Marketing anda?

Cara Mulakan Affiliate Marketing

  1. Daftar dengan syarikat affiliate atau empunya produk

Menjana pendapatan online melalui affiliate adalah mudah dan cepat. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah daftarkan diri sebagai affiliate dengan syarikat yang menawarkan program affiliate untuk produk mereka.

Pendaftaran adalah percuma. Namun, ada sesetengah syarikat dan network yang mengenakan yuran tertentu.

Di Malaysia, KlikJer adalah syarikat yang bagus untuk anda mulakan buat duit dengan affiliate kerana ia menyediakan banyak produk digital yang boleh anda promosikan.

BACA JUGA :  SISTEM JUALAN PRO – RAHSIA PENDAPATAN RM100 - RM500 SEHARI

Jika anda pertama kali dengar “produk digital”, mungkin anda tertanya-tanya, “Produk digital tu apa?”

Produk adalah seperti ebook, video course, podcast, webinar, software, template excell dan segainya.

Jika anda berminat untuk mempromosikan produk fizikal sebagai affiliate, anda boleh mendaftar sebagai TikTok Affiliate, Shopee Affiliate atau Lazada Affiliate.

Namun, untuk artikel ini, saya akan fokuskan kepada affliate marketing produk digital. InsyaAllah, saya akan kongsikan mengenai TikTok Affiliate, Shopee Affiliate atau Lazada Affiliate pada artikel akan datang. Anda boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan update-update terbaru. Klik sini untuk subscribe blog ini.

2. Dapatkan produk yang bagus

Setelah pendaftaran anda telah disahkan, anda sudah bersedia untuk mempromosikan produk affiliate. Ini adalah mudah sebenarnya. Untuk memenuhi tujuan artikel pendek ini ditulis, saya mengambil Klikjer sebagai contoh.

Jadi anda kunjungi website KlikJer, carilah produk yang sesuai untuk anda promosikan. Anda boleh cari produk-produk berdasarkan kategori untuk mencari niche yang sesuai dengan anda.

KlikJer menyediakan peluang kepada anda untuk melihat sales page pemilik produk dan jika anda bersetuju dengan produk tersebut, anda bolehlah mendapatkan link affiliate untuk memulakan promosi link affilate anda itu.

3. Dapatkan link affiliate anda

Apa itu link affiliate?

Link affiliate adalah link (URL) yang mengandungi kod produk yang anda sedang promosikan dan juga id affiliate anda

Cara link affiliate berfungsi:

Setelah anda pilih produk mana yang anda nak promosikan, anda perlu dapatkan link affiliate untuk anda untuk produk tersebut.

Link affiliate anda itulah yang akan membantu menjejaki setiap jualan yang anda lakukan. Ini akan membantu anda mendapatkan komisyen dari KlikJer apa ada orang beli produk tersebut melalui lin affiliate anda.

4. Cara mempromosikan link affiliate

Kini anda sudah pun memiliki link affiliate.

Bagaimana pula nak promosikan link affiliate? Bagaimana cara buat affiliate marketing ni?

Setelah memiliki link affiliate, perkara seterusnya untuk anda lakukan ialah mempromosikannya!

Link affiliate anda ialah link yang akan membawa pengunjung ke sales page (lama jualan) produk yang anda promosikan.

Jadi, di dalam setiap mesej yang anda sebarkan kepada klien atau prospek anda hendaklah mengandungi link affiliate itu supaya apabila ada orang klik link tersebut, dia akan dibawa terus ke sales page. Jika dia membuat pembelian maka anda akan dapat komisyennya!

Jika anda masih baru dan bercadang untuk memiliki sumber pendapatan yang stabil dan menguntungkan, anda patut pertimbangkan untuk menceburi affiliate marketing.

Ia memang berpotensi untuk menjadi sumber pendapatan utama anda jika dilakukan dengan betul dan konsisten.

Paling best, affiliate marketing tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja pendahuluan, modal dan sebagainya. Anda boleh mulakannya dengan segera, hari ini juga!

BACA JUGA :  PELUANG BUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATE KOMISEN 2 LEVEL

Jika anda serius nak buat duit dengan affiliate, tapi tak tahu nak mulakan macam mana, jangan risau. Anda boleh belajar strategi untuk buat duit dengan affilite tanpa followers dan tanpa teknikal iklan yang memeningkan kepala yang dikongsikan dalam Case Study Affiliate RM 21 Ribu Dalam 2 Minggu ini.

Case study ini ditulis oleh Helmy. Masa PKP yang lalu, Helmy struggle mencari income tambahan. Masa tu, kalau dapat income tambahan RM 50 sehari dua pun dah bersyukur sangat. Beliau nampak yang join affiliate boleh berikan income kepada beliau sebab daftar percuma, tak perlu modal, tak perlu keluarkan produk, boleh buat secara sampingan pula tu. Yang paling menarik perhatian beliau, komisen tinggi. Iaitu 50%.

Walaupun sibuk bekerja masa tu, beliau dapat juga 3 angka sehari income affiliate. Lama kelamaan beliau fikir macam mana nak dapatkan 5 angka.

Yes, setelah cuba beberapa teknik, akhirnya beliau berjaya dapat RM 21, 000 dalam masa 2 minggu. Berita baiknya, beliau tak kedekut ilmu. Beliau kongsikan dengan details apa yang beliau buat untuk dapat income 5 angka dengan affilaite.

Step by step yang ditunjukkan oleh beliau ini sangat sesuai untuk newbie. Sebab tak perlu kumpul followers ramai dan tak perlu pening-pening buat iklan-iklan yang teknikal tu. Sempoi je cara yang beliau kongsikan. Jika anda ada produk fizikal pun, boleh gunakan cara yang beliau kongsikan ni.

Anda boleh baca lebih lanjut di sini >> RM 21 000 dalam 2 Minggu Dengan Affiliate Tanpa Follower, Tanpa Buat Teknikal Iklan yang Memeningkan Kepala.

error: Content is protected !!