Dah masuk bulan 11 tahun 2022.

Tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuk masuk ke tahun 2023.

Untuk tahun 2023, pakar-pakar ekonomi serta bank dunia, meramalkan akan berlakunya kegawatan ekonomi global menjelang awal tahun hadapan.

Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia, isu perang Rusia-Ukraine, kelembapan ekonomi China, dan yang terbaru, ketegangan antara Greece-Turki pula. Ini semua menjadi tanda-tanda yang kuat, ekonomi dunia akan mengalami kegawatan seawal tahun 2023.

Betul ke? Wallahhualam…(hanya Allah yang tahu)

Tapi.. jika benar-benar berlaku ekonomi gawat 2023, adakah ia akan turut memberi kesan kepada kita di Malaysia?

Dari laporan bank dunia, ekonomi Malaysia dikatakan berada pada kedudukan yang agak baik. Namun, ia bukanlah jaminan bahawa Malaysia tidak akan terkesan langsung jika kegawatan ekonomi global berlaku. Pastinya serba sedikit, ia akan memberi kesan juga.

Malah, kesannya sudah pun dirasai sekarang ini. Perasan tak? Harga barang keperluan makanan semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ni?.

Malah, ada yang mengatakan barang yang sama dibeli sebelum ini untuk perbelanjaan sebulan hanya RM 600, kini barang yang sama dibeli, berjumlah RM 1200. Naik berganda.

Jadi, adalah amat penting untuk anda mengambil langkah awal dan membuat persediaan bagi menghadapi gelombong kemelesetan global ini.

Jika ia benar-benar berlaku dan memberikan kesan kepada kita di Malaysia ini, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia.

Tetapi jika ia tidak berlaku, Alhamdulilah.

Orang kata… “Sediakan payung sebelum hujan!”…

Persoalannya… apakah persediaan menghadapi ekonomi gawat 2023 yang boleh anda lakukan?

3 Persediaan Ekonomi Gawat 2023 Yang Anda Boleh Lakukan

Ada 3 perkara yang anda boleh lakukan sebagai langkah persediaan awal menghadapi gelombang kemelesetan ekonomi global yang dijangka akan berlaku pada awal tahun 2023 kelak!

Langkah #1 Persediaan Ekonomi Gawat 2023 : Pastikan Cashflow Bulanan Anda Positif!

Apa yang dimaksudkan dengan “cashflow bulanan”?

Bahasa mudahnya: “duit keluar-masuk” setiap bulan dalam akaun bank/poket anda.

Pastikan Income (pendapatan) yang anda perolehi setiap bulan lebih banyak dari perbelanjaan bulanan anda.

Belanja ni bukan sahaja belanja makan & minum, tetapi termasuk semua sekali perbelanjaan bulanan anda seperti loan/sewa rumah, loan kereta, takaful, yuran taska anak, bil elektrik, bil air dan sebagainya.

Setelah bayar semua perkara tu, pastikan anda masih ada lagi wang lebihan (cashflow positif) Pendapatan – Belanja = Positif (masih ada baki!) Ini perkara pertama yang anda kena pastikan!

Tetapi, jika cashflow anda negatif, Iaitu setiap bulan, anda asyik kekurangan duit, setiap bulan terpaksa korek tabung atau pinjam kawan-kawan dan berhutang,

Maka, anda kena cepat-cepat betulkan perkara tersebut. Kalau anda tak betulkan ia cepat-cepat, nanti, jika betul-betul berlaku kemelesetan ekonomi global, ia akan menyebabkan kewangan anda bertambah lebih teruk dan parah.

Dan akan jadi amat sukar untuk diperbaiki! Macam mana nak betulkan cashflow yang negatif?

Hanya ada 2 cara…

1. Kurangkan Belanja.

2. Tambahkan Income

Itu sahaja caranya.

Anda boleh buat salah satu atau buat kedua-duanya sekali!

BACA JUGA :  LANGKAH-LANGKAH MEMBINA PENDAPATAN PASIF

Macam mana nak buat?

Untuk kurangkan belanja, ada banyak cara. Panjang kalau nak diceritakan dalam artikel ini. Paling mudah, anda boleh dapatkan ebook 123 Tips Jimat. Dalam tu ada cerita secara details dan panjang lebar.

Untuk tambahkan income pula, ini pun ada banyak cara.

Anda boleh berniaga ataupun buat kerja part time. Jika ada modal besar sikit, boleh juga buat trading/pelaburan.

Tak tahu nak buat semua tu? Anda kena belajar! Upskill!

Inilah masa untuk anda tambah ilmu & kemahiran baru. Anda perlu cari dan belajar ilmu-ilmu baru. Ilmu-ilmu yang boleh bantu anda untuk tambah pendapatan anda. Tak boleh lagi tangguh-tangguh ataupun mengharapkan bantuan dari bos, jiran, kawan, ahli keluarga, kerajaan dan orang lain.

Anda perlu berusaha dan berikhtiar sendiri! Anda perlu lakukan sesuatu untuk perbaiki cashflow bulanan anda. Hanya ada 2 bulan sahaja lagi sebelum tahun 2022 berakhir.

Anda perlu bertindak segera!

Jika anda ingin mengurangkan hutang anda (sekaligus merendahkan perbelanjaan bulanan dan jadikan cashflow bulanan anda lebih positif), 2 buah ebook ini bagus untuk anda baca.

Mungkin anda boleh luangkan masa sekejap untuk baca Ebook Jom Bebas Hutang dan Ebook Pintas Hartanah ini.

Jika anda ingin tambahkan income anda, bagus untuk anda belajar cara nak hasilkan income dengan affiliate secara part time di sini.

Jika anda tak tahu apa itu affiliate, anda boleh baca artikel ini => Apa Itu Affiliate Marketing?

Jika anda berminat untuk jual produk fizikal seperti tudung, air balang, aiskrim, bakeri, burger, home tuisyen. fotografi, homestay, bundle, gajet, anda boleh baca lebih lanjut mengenai bisnes yang anda ingin buat dengan klik pada bisnes yang anda ingin buat di bawah:

. Baik!.. Itu langkah pertama..

Langkah #2 Persediaan Ekonomi Gawat 2023 : Sediakan Wang Simpanan 6-12 bulan

Ada orang panggil ia.. “Emergency Fund” ,

ada yang panggil “Cash Reserve”

Apa pun namanya, ianya merupakan duit simpanan yang perlu anda ada untuk menghadapi saat-saat kecemasan & situasi kegawatan ekonomi!

Duit inilah yang akan anda gunakan jika berlaku hal-hal kecemasan seperti kemalangan, kenderaan rosak, mesin basuh & peti ais rosak dan sebagainya. Dan duit ini jugalah, yang boleh anda gunakan untuk menampung “cash flow” bulanan yang negatif, apabila berlaku kegawatan ekonomi.

Ia sangat penting. Dengan adanya wang simpanan ini, ia serba sedikit akan melegakan kedudukan kewangan anda. Persoalannya, berapa banyak wang yang perlu disimpan?

Sekurang-kurangnya.. 6 bulan kos perbelanjaan bulanan anda.

Jika sebulan anda berbelanja RM2,000. Maka, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM12,000 sebagai simpanan anda.

Lebih baik.. jika anda boleh sediakan untuk tempoh 12 bulan. Kenapa perlu 6-12 bulan?

Sebab.. mengikut laporan bank dunia, kegawatan ekonomi yang akan berlaku pada tahun hadapan, hanya akan mula beransur pulih pada pertengahan tahun 2023.

BACA JUGA :  PULANGAN PELABURAN MELEBIHI 2000% SETAHUN

Itupun jika tiada sebarang “bencana besar” berlaku (seperti perang, wabak baru, bencana alam dan lain-lain).

Jadi, mulai dari sekarang dan untuk tempoh beberapa bulan ini, sebaiknya, cuba berjimat & ikhtiar tambah pendapatan agar anda dapat tambah dan cukupkan “wang simpanan” anda.

Macam mana nak tambah pendapatan? Rujuk semula langkah pertama di atas. Saya telah senaraikan apa yang anda boleh buat untuk anda tambah pendapatan.

Anda boleh tambah pendapatan dari rumah juga.

Next… langkah ke-3

Langkah #3 Persediaan Ekonomi Gawat 2023 : Lindungi Cashflow & Simpanan Yang Ada

Walaupun cashflow bulanan anda positif dan simpanan anda pun sudah ada untuk 12 bulan, namun, ia sebenarnya boleh hilang & susut dalam sekelip mata jika ada “bencana” yang menimpa diri atau keluarga anda, contohnya seperti “sakit & kemalangan”.

Apabila ada ahli keluarga anda yang sakit dengan serius dan terpaksa dimasukkan ke hospital, ia akan memerlukan kos perbelanjaan yang besar.

Perkara ini akan membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang simpanan yang anda ada. Malah, jika situasi lebih buruk, ia mungkin akan menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

Jadi, adalah lebih bijak, jika anda dapat mengambil langkah awal melindungi “simpanan” & kewangan anda dengan mengunakan takaful/insuran.

Jika ada berlaku apa-apa hal berkaitan kemalangan & kesihatan, biar pihak insuran/takaful yang tanggung kos tersebut. Dengan cara ini, anda dapat selamatkan wang simpanan yang anda ada.

Perkara-perkara “buruk” yang boleh di “cover” dengan takaful, anda gunakan takaful (sakit & kemalangan).

Manakala perkara-perkara “buruk” yang tidak boleh dicover dengan takaful seperti “dibuang kerja”, “rumah kena banjir”, “bisnes terpaksa tutup” dan lain-lain, maka , anda akan gunakan wang simpanan yang ada untuk cover.

Takpelah, keluarkan sedikit wang simpanan anda untuk bayar yuran takaful/insuran (3-5% dari simpanan yang ada), daripada anda kehilangan 100% duit simpanan tersebut jika berlaku bencana “sakit & kemalangan” pada ahli keluarga anda.

Setuju?.

Baiklah! Itulah 3 langkah yang boleh anda lakukan sebagai langkah persediaan, jika berlakunya kegawatan ekonomi global pada tahun 2023.

1. Pastikan Cashflow Bulanan Positif

2. Sediakan Wang Simpanan 6-12 bulan

3. Ada Insuran/ Takaful yang Lindungi Kewangan.

Jika anda dapat buat 3 langkah ini, dan kalau benar-benar berlakunya kegawatan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada anda di Malaysia, insyallah anda boleh bertahan dan survive!

Tapi.. anda doa sama-sama agar kegawatan ekonomi tersebut tidak berlaku dan tidak memberikan kesan yang besar kepada kita di Malaysia.

Sekian, semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda artikel ini, jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk disebarkan.

error: Content is protected !!