Tinggal lagi beberapa hari sahaja dah nak masuk tahun baru 2024. Sebagai founder, dah rancang hala tuju bisnes 2024? 
Merancang perancangan bisnes ni sangat penting. 
Tak tahu macam mana nak rancang? Nah. Rujuk 10 perkara yang WAJIB Founder buat ni :
Saya Senaraikan 10 Hal Penting Wajib Buat Untuk Seorang Founder. Jangan Cari Salah. Tapi Fokus Cari Jalan Penyelesaian!
1. Perincikan Jumlah Sales dari Jan Sehingga Disember. Lihat Kat Mana Bulan Mencabar vs Kat Mana Bulan Tergelincir. Yg Capai UCAP TAHNIAH. Yg Gagal, Kita Baiki.
2. Jika Ada Team Sales, Senaraikan Apa yg Sudah dibuat oleh Mereka. Berapa pencapaian setiap orang. Berapa ramai Walk in, Berapa Ramai Beli Online, Berapa Banyak Agen Yg Jual?
3. Lihat Database. Jan Hingga Disember, Berapa Banyak Database berjaya dipungut dan disimpan di mana.
4. Dari Founder hingga Staff – Senaraikan Apa Kekuatan dan Kelemahan masing² dan Apa Solusi Utk Berperang pada Tahun 2024?
5. FlashBack kegagalan dan kecuaian 2023. Kenalpasti apa punca dan Cari Pendekatan supaya tidak berulang.
6. Setiap orang perlu Rancang Strategi 2024. Cerita pada Bos apa tak Cukup? Apa kena tambah?
7. Paling Penting, Sales berkait Rapat dgn Marketing. Apa lagi Marketing Belom Cuba. Live? Ada? Softselling? Video Korporat? Posting Harian? Share ke Group fb & Blast ke Semua Group semua dah buat ke Belom? Bank Copywriting dah ada ke belom? Ai dah pandai ke Belom? Nie Software paling bagus utk bantu siapkan apa jua artikel anda!
8. ILMU. Nak tambah ILMU apa lagi? Apa Kursus nak repair team? Nak repair Cara Komunikasi dlm Live? Atau Nak Repair strategi Marketing? Atau nak ubah Lokasi Niaga? Atau apa lagi?
9. Check Semua Gajet. Kena Beli Baru? Kena Tambah Baru? Jika tambah, boleh Naikkan Sales ke Tak?
10. SCORE 2024! Individu. Dari Jan hingga Dis 2024. ListDOWN dari Sekarang.
SEMUA XTVT INI SANGAT PENTING UNTUK KITA AUDIT.
✓ Audit Sales
✓ Audit Daily Marketing Activities
✓ Audit Team
✓ Audit Gadjet
✓ Audit Gaji Setiap Orang, nak naik gaji ke tak? setimpal ke tak ngan kerja dia?
✓ Audit Ilmu Staff. Apa tak cukup? Nak tambah training apa?
✓ Audit Insentif. Nak bg Bonus ke Tak? Tahun depan apa pulak?
✓ Audit Kejayaan. Ucap Tahniah pd Semua Perubahan. Cthnya dah mula konsisten post, dah mula konsisten Live, dah mula konsisten bla bla bla. Apa jua yg kita nampak Positive, Puji dan Teruskan!
✓ Audit Kegagalan. Zahirkan kebimbangan, kekecewaan, dan nyatakam Impian dan Visi baru korang untuk 2024.
.
FOUNDER,
Kita Tahu Apa Salah Kita, apa Dosa kita di Tahun 2023!
✓ Salah Ngan Klien
✓ Salah Ngan Staff
✓ Salah Ngan Mak/Ayah
✓ Salah Ngan Suami/Isteri
✓ Salah Ngan Anak²
✓ Salah Ngan Jiran
✓ Salah Ngan Pelanggan
✓ Salah Ngan Semua Orang
✓ Salah Ngan Allah SWT
– Solat. Cukup ke? Tepat Waktu ke? Khusyuk ke? Team kita semua solat ke? Semua Berdoa ke? Semua Taat pd Agama ke?
– Zakat. Dah bayar? Tahun ini? Tahun lepas? 5 Tahun lepas? Allah swt bagi sikit, bayar sikit dulu. Bila dah bg banyak nnt, bayar banyak pulak. Mulakan Keluarkan Zakat.
.
Hah Sampai sini Dahulu.
Coach Zul tengok dari Syarikat Besar (tempat kerja dahulu), inilah yg Seorang Bos/Majikan Buat.
InshaAllah, Sapa Buat dia terasa Lapang Sangat Dapat diskus ngan Staff, dapat luahkan perasaan. Staff² pon Happy!!
Buat la Makan² sikit. Atau ajak la makan kat Luar. Umum la Bonus jika ada. Beri Motivasi!!
Kita Dah Nak Tutup Cerita Tahun 2023!
Kita Tak Sabar Nak Buka Chapter 2024!
.
Dapat Sesuatu Guys? 
10 Perkara founder wajib buat ini dikongsikan oleh Coach Zul.
error: Content is protected !!