ZAKAT PERNIAGAAN

Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.

  • Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.
  • Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
    – Mempunyai niat berniaga
    – Perniagaan yang halal

Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat

  • Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)
  • Wang tunai di tangan
  • Wang tunai di bank
  • Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula
  • Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)

Kadar Nisab

  • Menyamai nilai semasa 85 gram emas.

Kadar Wajib Zakat Perniagaan

  • 2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab

Pengiraan Zakat Perniagaan

Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adalah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:

Modal kerja

Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan

Modal Berkembang

Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/- Pelarasan

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.

Calculator Zakat

Kalau tak tahu macam mana nak kira zakat, boleh login masuk dalam sistem bayar zakat online di negeri masing-masing. Ada boleh tekan butang “Kira Zakat”. Masukkan angka-angka maklumat yang ditanya dalam tu. Kemudian tekan butang Kira zakat. 

error: Content is protected !!