Tinggal lagi beberapa hari saja dah nak masuk tahun baru 2025. Phewww… sekejap je masa berlalu kan. Tau-tau dah tahun baru. Rasa macam baru je tengok bunga api tahun baru 2024. Tup-tup ni dah nak keluar buanga api tahun 2025.
So, macam biasa, bila tahun baru je, mulalah nak set azam tahun baru kan. Setting goal kata omputeh.
Sebenarnya, kebelakangan ni rasa macam otak kosong je. Tahu banyak sebenarnya kerja yang perlu dilakukan. Ye lah, tak kan nak duduk diam layan Korea Drama / Chinese Drama je tak buat apa-apa kan? Lain lah kalau duk melayan Kdrama je, hujan duit turun tiap-tiap hari kan? Kalau macam tu syok lah. Tapi memang idok lah ye. Realiti hidup tak macam tu.
4D, duduk diam dapat duit ni memang tak wujud. Scammer pun berkerja keras buat profiling, study pasal bakal mangsa, siap buat skrip bagai nak scam orang. Ingat dorang tak kerja keras ke? Tapi janganllah kita pula nak buat kerja tak elok tu. Alang-alang nak kerja keras, buatlah kerja yang betul, yang halal, yang diredhai Allah.
Ok. Jadi, apa nak buat untuk jadi orang yang lebih baik dan lebih berjaya tahun depan?. Tak kan tahun depan pun nak sama je macam tahun ni kan? Rasa macam looser pula kalau macam tu. Hidup ni perlulah ada perubahan dari kurang baik kepada lebih baik.
“BERUNTUNGLAH orang yang HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.”
-Saidina Ali-
So, apa nak buat?
Tip Set Sistem Untuk Capai Impian 2025
Ni Sya kongsikan video dari Ali Abdaal, mengenai cara nak setting goals. Actually, untuk capai impian kita, kita kena set sistem. Setiap apa yang kita nak buat, kena ada sistem.
Boleh tonton video ni sampai habis.
Cara set up sistem untuk capai impian 2025
Untuk sistem capai impian, dalam video ni Ali Abdaal kongsikan 5 langkah :
- Tulis Senarai Impian (3-4 sahaja untuk setiap 1 Quater).
- Tengok impian tu setiap hari / setiap minggu.
- Pantau progress impian tu seminggu sekali.
- Gambarkan apa halangan untuk capai impian tu dan plan macam mana nak atasi halangan tu.
- Ikat impian tu dengan identity. Contoh: Kita pegang identity sebagai youtuber. So, kenalah buat kerja yang seorang Youtuber perlu buat. Kalau pegang identiti usahawan, kenalah buat kerja-kerja yang seorang usahawan perlu buat.
Paling penting kat sini, senaraikan apa goal yang kita nak capai. Orang yang menulis impian dia, 42% lebih berjaya capai impiannya berbanding dengan orang yang tak tulis impian.
Dan biasanya, kalau orang yang takde impian ni, duit dalam akaun dia hanya ada beberapa ratus sahaja.
(kalau tengok video tu, akan faham apa yang Sya cakap ni. Sebab dalam video tu ada cerita).
Apa yang Sya tulis ni adalah secara ringkas sahaja. Sebagai nota untuk Sya juga. Nak bagi lebih ingat dan faham, Sya catitlah dalam blog ni. Alang-alang tu, dapatlah Sya kongsikan ilmu kepada orang lain juga. Takde lah makan sorang-sorang kan? Rasa rugi pula kalau tak share benda baik ni. Kalau korang amalkan, Sya dapat pahala. Ye dak?
Hehe… Ok, jumpa lagi dalam next entri. Anyway, Sya baru dapat tahu ada yang dah dapat panggilan Exam PTD. So, ada ke yang dipanggil exam PTD? Nak ke Sya kongsikan contoh-contoh soalan ujian PTD? Kalau nak, pm je Sya.
Tekan link ni untuk wasap Sya, dapatkan contoh soalan PTD :
p/s: Kalau korang berimpian nak jadi PTD tahun depan, cuba lah tip yang Sya share kan ni. Selain dari tip capai impian ni, share akan kongsikan juga tip nak lulus exam PTD untuk siapa yang wasap Sya. Mana tahu, tahun depan korang dapat jadi PTD kan. Maka tercapailah impian kan? Best kan?
.
.
.