PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2013

by syaisya on June 19, 2013

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013

pertandingan menulis surat 1 malaysia 2013

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013 kali ini berbeza berbanding Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012. Tahun ini, Pertandingan Surat 1 Malaysia 2013 dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas juga. Sebelum ini, pertandingan ini hanya dibuka kepada pelajar sekolah, kini ibu bapa atau seisi keluarga boleh menyertai. Asalkan, warganegara Malaysia.

Maklumat Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013  :

maklumat pertandingan surat 1 malaysia 2013

Syarat-syarat Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013

 terma dan syarat pertandingan menulis surat 1 malaysia 2013

JANGAN LUPA!

Jangan lupa, masa nak hantar surat yang dah ditulis tu, hantar sekali dengan sampul surat bersaiz A4, tulis alamat sendiri dan lekatkan setem RM0.80 kat sampul surat tu. Tujuannya supaya pihak urusetia pertandingan boleh hantar sijil kepada peserta.

TARIKH TUTUP Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013 : 31 Julai 2013.

PERHATIAN:

Untuk penghantaran penyertaan melalui kiriman pos biasa, sila alamatkan kepada:

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013
P.O Box 1000
50796 Kuala Lumpur

Untuk penghantaran penyertaan melalui kiriman PosLaju, sila alamatkan kepada:

Sekretariat Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur

Untuk borang penyertaan dan info lanjut mengenai pertandingan ini, sebarang pertantanyaan sila rujuk Facebook Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013 dengan klik SINI.

Like FB page syaisya.com untuk dapatkan update-update terkini.

Share

{ 0 comments }

pembentangan bajet 2014 oktober 2013

Ada yang happy dan ada yang tak happy dengan bajet 2013. Apa pun, life must go on. Pejam celik pejam celik, bajet 2014 pula nak dibentangkan pada 25 Oktober ni seperti yang diwar-warkan di BERNAMA.

PUTRAJAYA, (Bernama) – Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.

“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita,” kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini.

Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

“Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi.

“Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN),” kata beliau.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mengenai perundingan berkenaan, Najib berkata 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan.

“Saya percaya antara 96 memorandum itu dan sebahagiannya akan dipertimbangkan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat kerajaan.

“Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif,” kata beliau. Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun ini ialah “Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi “.

“Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat,” kata beliau.

p/s: Agak-agak apa Bajet 2014 nanti ek?.

Share

{ 0 comments }

KERJA DI RUMAH – TREND KERJA PART TIME MASA KINI

June 9, 2013

Jika dilihat dengan kenaikan taraf hidup sekarang ini, ramai yang mengeluh. Duit gaji ciput, harga barang makin mahal. Dulu RM 100 boleh beli macam-macam. Sekarang RM 100, kalau belanja barang dapur, berapa barang je dapat. Troli pun tak penuh. Keadaan ini menyebabkan ramai yang mencari kerja sambilan / part time sebagai pendapatan sampingan demi untuk [...]

Share
Read the full article →

CARA MUDAH UNTUK NAIKKAN PR BLOG | BUANG KOMEN SPAM

May 27, 2013

Pagi tadi aku terbaca kat blog Rohaizad.com ni tentang kenapa PR blog tak naik-naik. Salah satunya sebab kewujudan komen SPAM dalam blog kita. Maka, malam ni aku mengambil tindakan drastik untuk delete komen-komen spam yang telah lama pun menginap dalam blog aku ni. Walaupun PR blog aku tak jatuh, dah 2 tahun pun dok kat [...]

Share
Read the full article →

Segmen Topup 24 Jam by Miss Ezzatie

May 17, 2013

klik SINI untuk join!. Tamat: 17 Mei 13 | 11:59 malam

Share
Read the full article →

5 Tokoh Besar Pelabur Saham

May 10, 2013

5 Tokoh Besar Pelabur Saham Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas PRU 13. Hari ini, aku ingin memperkenalkan 5 tokoh besar dalam dunia saham ini. Walaupun barangkali kita belum terlibat lagi dengan pasaran saham, namun apa yang mereka buat, tulis dan cakap banyak yang relevan kepada apa jua bentuk [...]

Share
Read the full article →

Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013

May 9, 2013

Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013   Hari ni aku nak kongsikan sesuatu yang menarik kepada pembaca-pembaca blog Sya Isya Dot Com ni. Info yang aku nak konsikan ni sebenarnya aku tahu semalam, ketika menghadiri Smart Investor Talk, oleh Mohd Asri Ahmad yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam stock market. Mungkin ada [...]

Share
Read the full article →

Debaran Menanti Keputusan PRU 13

May 5, 2013

Debaran Menanti Keputusan PRU 13 Debaran menanti keputusan PRU 13 memang terasa. Hakikatnya, PRU kali ini memang hangat dan bahangnya mula terasa sejak penamaan calon. Malam ni, aku pasti ramai yang duduk di rumah sahaja, menghadap tv menunggu keputusan. Aku pun 1 famili meghadap tv ni je. Tapi bertukar-rukar siaran tv juga lah untuk dapatkan [...]

Share
Read the full article →

TARIKH PRU 13 DAH DIUMUMKAN 5 MEI HARI MENGUNDI

April 10, 2013

Pengumuman Tarikh PRU 13, 2013     Akhirnya, tarikh PRU 13 Pilihanraya Umum ke-13 dah diumumkan oleh SPR. PRU ke-13 akan diadakan pada Ahad, 5 Mei 2013. Haaa… banyak program yang diaturkan pada tarikh 4 Mei, 5 Mei akan bertukar program lah kan. Terutama program-program yang diadakan pada 5 Mei. Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan PTD [...]

Share
Read the full article →

1st Giveaway By Emas Putih

April 4, 2013

As-Salam Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye. Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April – 17 April 2013/11:59pm 1st Giveaway By Emas Putih SYARAT-SYARAT 1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih 2. Follow sponser, Like [...]

Share
Read the full article →