019 - 776 3820

ABOUT

Ini adalah kali kedua aku menulis page “About”. Sebelum ni ada buat sebenarnya, tapi tak tahu tah bila page ni menghilangkan diri tanpa meninggalkan jejak sehingga menyebabkan aku tak dapat nak menjejakinya. Baru ni aku perasan page “About” blog ni dah hilang. Ngeh2 😛

Syaisya.com adalah blog yang terhasil dari akumerpatiputih.blogspot.com. Ketika menukar domain dan berhosting sendiri, agak dilema jugalah untuk memilih domain, sama ada nak berdomainkan merpatiputih.com atau syaisya.com. Aku suka mengibaratkan diriku bagaikan “merpati putih”. Kenapa merpati putih? Baca ENTRI NI kalau nak tahu. Tapi nickname yang aku gunakan untuk tinggalkan komen kat blog-blog orang lain ialah Sya Isya. Akhirnya, atas sebab-sebab teknikal, aku memilih syaisya.com. Kesannya? Ada kesan positif dan ada juga kesan negatif terhadap blog ini. 😀

Siapakah Sya Isya? 

Sya Isya masih lagi bergelar student. Sedang membuat research untuk meningkatkan pengeluaran minyak dari telaga. Blogging adalah hobi yang ‘ter’wujud disebabkan rasa bosan tahap gaban yang melanda diri ketika berada di alam pekerjaan dulu. Duduk rumah bujang memang tak best. 🙁 Balik kerja, malam, bosan, tak tahu nak buat apa. Akhirnya, aku terjebak dalam kancah blogging. Huhu…nak tahu lebih lanjut pasal asal-usul blog ni, klik je SINI.

Itu je lah yang nak aku nyatakan dalam page ni tentang blog ini dan penulisnya. Disebabkan aku tak rasa pun nak ulang taip benda yang sama, so, lebih lanjut tentang blog ini dan penulisnya ada di kedua-dua link entri yang disertakan di atas tu.

OK, cau sinchi… Bubbye 😛