Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19 Perak

Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19 Perak

Ada beberapa peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dijadualkan tahun 2020 ini ditangguhkan dalam fasa COVID-19 ini. Antaranya peperiksaan Imigresen dan beberapa ujian Psikometrik.

Jun 2020 ni tiba-tiba Tim infokerjaya dapat soalan bertanya rujukan khas untuk exam Pembantu Syariah LS19 untuk negeri Perak. Ada ujian online yang dijadualkan pada 12 Jun 2020.

Sebenarnya ada satu ujian untuk gred L19/LS19 ini telah dijalankan pada peringkat SPA pusat pada FEBRUARI 2020. Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan khusus untuk sesi ini dan telah bantu calon-calon sesi tersebut.

Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak Contoh Soalan Peperiksaan Online

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN PENUH LS19 PERAK

Kita rasakan yang untuk jawatan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak ini boleh gunakan rujukan yang sama. Tetapi apabila dilihat pada format negeri Perak, ada sedikit kelainan. Ada seksyen penilaian Kefahaman Bahasa Melayu yang tiada dalam rujukan SPA Pusat sesi Februari 2020 yang lepas.

Mari kita lihat format peperiksaan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak yang bakal dilangsungkan.

Format Pembantu Syariah LS19 (PERAK) 2020

Format 2020 untuk kebanyakan jawatan ambilan SPA sekarang dimasukkan komponen penilaian Kefahaman Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan hampir semua penilaian bermula tahun 2019 ini menggunakan format ini. Tetapi untuk ujian LS19 Perak kali ini ada tambahan baru iaitu Kefahaman Bahas Melayu.

  • Bahagian A: Kefahaman Bahasa Melayu
  • Bahagian B: Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Bahagian C: Daya Menyelesaikan Masalah

Setiap bahagian diperuntukkan masa selama 30 minit.

Apa yang bagusnya dan satu ‘advantage’ untuk calon, tiada lagi penilaian PENGETAHUAN AM yang menjadi keluhan kebanyakan calon sebelum ini. Mereka maklumkan sesksyen ini mempunyai penilaian rambang dan tiada nota khusus yang tepat untuk seksyen Pengetahuan Am ini.

Okeh, kita terus ke huraian Contoh Soalan Pembantu Syariah LS19.

.

Contoh Soalan Pembantu Syariah LS19

.

Bahagian A : Kefahaman Bahasa Malaysia

Format sebegini tiada dalam sesi peperiksaan SPA PUSAT untuk tahun 2017 – 2019. Tetapi soalan penilaian ini ada ditanya dalam peperiksaan ambilan melalui Ujian Pengambilan Lantikan Baru (REQT) Sarawak tahun 2018.

Mengikut pengalaman Tim Infokerjaya, penilaian Kefahaman Bahasa Melayu ini antara lain memerlukan anda membaca sebuah esei dan memahami keseluruhan esei tersebut. Setelah anda memahami petikan esei tersebut, anda diberi beberapa soalan yang menyoal anda tentang petikan esei yang telah anda baca.

Poin penting di sini, anda boleh membaca sambil lalu terlebih dahulu soalan-soalan yang diberikan dan mula membaca petikan esei selepas itu. Anda boleh disoal 5-10 soalan bagi setiap petikan esei dengan diberi pilihan jawapan objektif A, B, C dan D.

Bahagian B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA dan dimasukkan dalam penilaian Pembantu Syariah LS19. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

contoh soalan bahasa inggeris Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 1

Question 15 – 19
Read the passage below and answer the questions that follow.

David, my son was born by emergency caesarean section in a hospital in Cambridge, England. The first thing I noticed when they pulled him into the world was a gaping black hole in the middle of his face. Strangely, I wasn’t shocked by his harelip. I was infatuated by the tiny life I held in my arms.

But things did not go well. David struggled to feed, he choked and slept a lot. I could no longer hide my fear I knew that he was ill. We were back in hospital before he was a month old. There we saw various specialists who meticulously catalogued a long list of abnormalities. After days of tests and consultations, the doctor told us among other things that David had holes in the heart, only one kidney, spinal abnormalities and the fibres connecting the two hemispheres of the brains were missing. The doctor said that David has to have open-heart surgery really soon.

His words sank in, but I had already made the decision. David was all right. “But he is so much more at ease away from here. We don’t want any more investigations. No more needles or tests unless you can prove they will improve his quality of life. We fly back to Nepal this Sunday.”

Back in Nepal, the peace and pace was healing for all of us, and David’s tube stayed in less and less. He seemed to be doing so well that we decided to take a break and head into the mountains. We flew to Pokhara and we walked north towards the grand Annapura, through the deepest gorge in the world. At a height of 2807m above sea level, we were short of breath but the holes in David’s heart had stimulated him to produce more red blood cells to cope in the thin mountain air.

When David was five months old, we took him back to the Cambridge hospital. The clinical staffs were amazed at how well David had done. They were astonished that his growing heart had repaired theholes. He no longer needed the medicines – and he never had that open heart surgery.

Adapted from an article “Mountain Baby” in the Guardian by Dr. Jane Wilson Howarth

contoh soalan bahasa inggeris Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 2

Bahagian C: Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 1

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 1 jawapan

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 2

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 2 jawapan

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 3

contoh soalan matematik Pembantu Syariah LS19 Negeri Perak 3 jawapan

Rujukan Pembantu Tadbir LS19 Perak?

.

Anda boleh gunakan rujukan exam SPA Pusat sesi Jun 2020. Untuk anda yang dah dapatkan rujukan tersebut, buka semula laman download anda, kita dah masukkan komponen EXTRA yang tiada dalam rujukan Jun 2020 iaitu KEFAHAMAN BAHASA MELAYU. Jadi anda boleh gunakan rujukan ini untuk persediaan Pembantu Syariah LS19 negeri Perak sesi JUN 2020 ini

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN PENUH LS19 PERAK

Cara Jahit Tote Bag Berzip Yang Kemas

Cara Jahit Tote Bag Berzip Yang Kemas

Video tutorial cara mudah jahit Tote Bag Berzip (Recessed Zip) ni orang Jepun yang buat. Boleh lah faham apa step yang dia buat walaupun bahasa dan tulisan yang digunakan dalam Bahasa Jepun.

Berkenan sangat cara dia jahit zip tu. Sebab aku memang cari cara jahit zip tote bag, zip tu tutup penuh semua bahagian mulut beg.

Banyak tutorial tunjuk cara jahit zip yang perlu buat zip tab dan ada lebihan zip. Tak nak style tu. Aku suka style yang macam ni. Tutup penuh keseluruhan atas bag.

Tutorial Cara Mudah Jahit Boxy Pencil Box Tanpa Bias Binding

Tutorial Cara Mudah Jahit Boxy Pencil Box Tanpa Bias Binding

Banyak dah tengok tutorial kat youtube cara untuk buat boxy pencil case. Tapi ni lah tutorial yang paling aku suka. Nampak senang dan insyaAllah aku boleh follow. Lagipun, aku memang suka jahit beg yang tak ada bias binding. Lepas ni boleh lah on projek pencil box 🙂

Inilah hasil kejadiannya :

tutorial cara senang jahit boxy pencil box case tanpa binding bias

Sejak bulan 10 tahun lepas, aku mula menjahit beg. Dah jadi hobi dah sekarang ni menjahit. Tapi jahit baju belum belajar lagi. Tahu jahit beg je. Hihi… Alhamdulillah, dah macam-macam jenis dan pattern beg aku dah jahit 🙂 Nanti lah ye, lepas ni aku post kat blog ni pula beg-beg hasil tangan sendiri.

Jadi, lepas ni akan ada banyak tutorial menjahit beg yang akan diabadikan dalam blog ni. Senang untuk aku buat rujukan apabila nak menjahit nanti. Sekaligus boleh membantu orang lain yang juga mencari tutorial jahit beg dengan mudah.

Ok, that’s all update ringkas buat masa ni. Dah lama tak update blog ni. Dah rindu tahap gaban dah dengan blog ni. Almaklum. sibuk dengan bisnes baju kurung terkini. InsyaAllah, lepas ni akan rajin-rajinkan diri update blog ni.

I love blogging, I love sewing 🙂

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO

Maklumat berkaitan kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO :

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang

Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Gaji PTPO N19

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00

 

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) :

    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
      • had umur pelantikan:
        • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
        • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
        • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Peperiksaan Online PSEE Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Calon-calon yang memenuhi kriteria lantikan di atas akan dipanggil menjalani peperiksaan secara online, bagi menapis calon-calon untuk ke peringkat seterusnya.

Jika anda dipanggil exam, anda perlu bersedia dan buat banyak latih tubi untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan exam online PTPO.

Anda boleh gunakan Rujukan Penuh Exam Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 versi update terkini ini sebagai persediaan untuk exam nanti.

Klik Sini untuk Rujukan + Contoh Soalan Exam Online Pembantu Pegawai Tadbir N19 

 

Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 di JPN

Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 di JPN

MAKLUMAT BERKAITAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29 DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

  • Gred: KP29
  • Kumpulan: Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

 

Gaji Pegawai Pendaftaran KP29

  • GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    KP29 RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

  • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
  • Urusan Kad Pengenalan
  • Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
  • Urusan Kewarganegaraan
  • Urusan Perkahwinan dan Perceraian
  • Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

 

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

peperiksaan online kp29 penolong pegawai pendaftaran jabatan pendaftaran negara

 

Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran, calon perlulah lulus peperiksaan online yang dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29.

Tahukah anda yang peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang anda boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP29”.
  • Buat latihan sebanyak mungkin (latih tubi)

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN di bawah yang telah berjaya membantu calon terdahulu.

panduan peperiksaan online penolong pegawai pendaftaran kp29 di jpn

rujukan eaxm kp29 2019 membantu 2

Rujukan & Contoh Soalan KP29 Edisi 2019. Klik SINI

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN ONLINE KP29

Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 

Masa : 25 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

Tujuan seksyen ini adalag untuk menguji calon dari aspek pengetahuan, Kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

1. Apakah S?

contoh soalan matematik peperiksaan online kp29 jabatan pendaftaran negara

A. 469
B. 220
C. 110
D. 55
Jawapan: A

Teknik Menjawab:
= 59 – 4 = 55x 2
= 117 – 7 = 110x 2
= 235 – 15 = 220x 2
= 469 – 29 = 440

.
2. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45
.

3. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50
Jawapan : D

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS KP29

Seksyen B:  Kefahaman Bahasa Inggeris 

Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi satu (1) petikan pendek beserta 5 soalan kefahaman dan 15 soalan tatabahasa.

Masa : 20 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

 

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).
.
Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.
.
The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.
.
In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!
.

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B

 

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D Dfood that is everyone’s favourite
Jawapan : B

 

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
Jawapan : A

.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PSEE KP29 2019 

Dalam panduan ini, anda akan dapat :

√ Huraian format terkini Exam PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN .
√ Nota Utama dan Contoh Soalan beserta Jawapan. (60++ Soalan)
√ Extra Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah (50++ Soalan & Jawapan)
√ Extra Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (40++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat

 

Klik butang tempahan di bawah untuk terus ke laman jualan ;

Saya NAK Rujukan & Contoh Soalan Exam KP29 Edisi 2019

panduan peperiksaan online penolong pegawai pendaftaran kp29 di jpn

 

 

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Untuk rujukan calon sahaja.

error: Content is protected !!