GAMBAR PERNIKAHAN NABIL DAN ZIRA | GAMBAR HANTARAN

Nabil (Ahmad Nabil Bin Ahmad), 28 telah selamat bergelar suami kepada Nazirah Ayub, 23 dengan 2 kali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang, 30 September 2011. Jom saksikan gambar majlis pernikahan Nabil dan Zira.           Nabil dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.       Hantaran untuk Nabil 9 dulang hantaran berkonsepkan Red Rhapsody: sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding.     Hantaran untuk Zira 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary: gubahan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.       Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun. Majlis resepsi Nabil dan Zira di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 2 Oktober. Tahniah Nabil & Zira! Moga bahagia sehingga ke akhir hayat. >> GAMBAR PERKAHWINAN (MAJLIS RESEPSI) NABIL DAN ZIRA DI i-CITY << Kredit: OhBulan dan MyCuteMoment. Kongsi gambar pernikahan Nabil dan Zira ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share...
GAMBAR NIKAH DANNY X-FACTOR DAN LIN (SAIDATUL FAZLIN ZAKARIA)

GAMBAR NIKAH DANNY X-FACTOR DAN LIN (SAIDATUL FAZLIN ZAKARIA)

Setelah bertunang selama 6 bulan, Danny X-Factor telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Lin (Saidatul Fazlin Zakaria) yang juga seorang pramugari syarikat penerbangan Air Asia pada 16 September 2011 di rumah kediaman Lin di Kampar, Perak dengan hantaran berjumlah RM11,201.10. Jom layan gambar nikah Danny X-Factor dan Lin: Majlis menyambut menantu di kampung halaman Danny akan diadakan dua minggu akan datang di Pasir Mas, Kelantan. Majlis persandingan pula akan dilakukan pada awal bulan Oktober ini.  HARGA BLACKBERRY PALING RENDAH. FUYOO! >> GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN DANNY X-FACTOR << RAYA BELUM HABIS. MASIH ADA YANG NAK BERI DUIT RAYA. NAK TAK? Sumber: buletinartis, mummycute, cthoney. Kongsi gambar pernikahan Danny X-Factor dan Lin ini dengan rakan-rakan anda yang lain di facebook dengan menekan butang share...
VIDEO PRA PERKAHWINAN NABIL DAN NAZIRA: SAVE THE DATE

VIDEO PRA PERKAHWINAN NABIL DAN NAZIRA: SAVE THE DATE

Nabil Raja Lawak dan pasangannya Nazira Ayub telah merakam video pra-perkahwinan mereka dengan tajuk Nabil & Zira: Save The Date. Jom layan video pra-perkahwinan Nabil dan Nazira. Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv on Vimeo.>> GAMBAR NAZIRA BAKAL ISTERI NABIL << Kad perkahwinan Nabil dan Zira comel berkonsepkan gambar kartun. Seperti biasa, trademarknya motor sebab pekerjaan Nabil dulu sebagai Mat Despatch. >> GAMBAR KAD PERKAHWINAN NABIL << SESUATU YANG MENARIK DI BUKIT BINTANG 24 SEPTEMBER INI. Kongsi video pra perkahwinan Nabil dan Zira ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share...
GAMBAR PERKAHWINAN MAJLIS RESEPSI ASHRAF MUSLIM DAN DAYANA

GAMBAR PERKAHWINAN MAJLIS RESEPSI ASHRAF MUSLIM DAN DAYANA

Setelah bernikah pada 1 Syawal 1432H di Mekah, majlis resepsi Ashraf Muslim dan Dayana (Nor Dayana Binti Lokman) telah diadakan pada 17 September 2011 di rumah pengantin perempuan. Berikut adalah gambar perkahwinan majlis resepsi Ashraf Muslim dan Dayana.     Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 24 September 2011 di MITC, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka. SAYA PILIH HOLIDAY. AWAK PILIH APA? >> GAMBAR PERNIKAHAN ASHRAF MUSLIM DI MEKAH << Sumber: Norfanil dan Encik Nakal Kongsi gambar perkahwinan majlis resepsi Ashraf Muslim dan Dayana ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang...

GAMBAR PRA PERKAHWINAN AZAD JASMIN DAN EIRA SYAZIRA

Eira Syazira dan Azad Jasmin telah mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di sekitar Putrajaya. Pasangan ini mengenakan busana dan pakaian tajaan dari Hairi Tajuddin. Gambar pra perkahwinan Eira Syazira & Azad Jazmin ini diambil oleh Phosgraphis Photography. Majlis pernikahan berlangsung 16 September 2011. Majlis resepsi bagi sebelah pihak Eira akan diadakan pada 19 November 2011, di Putrajaya. Majlis sebelah pihak Azad pula pada 26 November di Pulau Pinang bertemakan Bollywood, tajaan dari Jalinan Kasih.    Raya belum habis lagi. Masih berpeluang untuk dapat duit raya. Klik kalau nak duit raya.   >> GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN << Sumber gambar: Nurizspace dan Cik Azizah Kongsi gambar pra perkahwinan Azad Jasmin dan Eira Syazira ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share...
GAMBAR PERNIKAHAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN

GAMBAR PERNIKAHAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN

Majlis pernikahan Eira Syazira, 27 dan Azad Jasmin, 35 telah berlangsung semalam, 16 September 2011 di rumah kediaman Eira Syazira di Putrajaya, sekitar jam 9 malam. Majlis pernikahan ini bertemakan cermin dan kristal, warna merah, putih dan perak. Jom layan gambar pernikahan Eira Syazira dan Azad Jasmin.   Untuk majlis akad nikah, pakaian mempelai ditaja oleh Wan Pa dan Zaha Wedding Planner.  Jom tengok dinosour kat SINI. Tahniah! dan selamat pengantin baru kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. >> GAMBAR PRE PERKAHWINAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN << >> GAMBAR MAJLIS RESEPSI SEBELAH AZAD DI PULAU PINANG << Sumber gambar: Dezaman Cottage Kongsi gambar pernikahan Eira Syazira dan Azad Jasmin ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share...