Panduan Beli Domain Murah dan Hosting Percuma

Panduan Beli Domain Murah dan Hosting Percuma

cara beli domain murah hosting percuma

Panduan Cara Beli Domain Murah & Hosting Percuma

Hari ni aku nak share tentang 1 panduan ringkas tapi power yang menerangkan tentang cara untuk beli domain murah dan dapat hosting percuma.

Harga domain di pasaran ada yang mahal dan ada yang murah. Domain yang popular ialah .com. Biasanya harga sekitar RM 33- RM 35. Ada juga RM 49.90.

Tapi, dengan taktik yang ditunjukkan dalam panduan ini, boleh beli domain .com dengan harga serendah RM 3.85 sahaja! Fuuuhh… alangkah jimatnya duit!. Domain berharga RM 35 boleh beli dengan harga 3 ringgit lebih je.

Beli domain .com murah

Beli domain .com murah

Semua cara pembelian domain murah ini ditunjukkan step by step. Panduan ni tak lah meleret-leret. Straight to the point je. Ambil masa kurang dari 10 minit je untuk baca dan dah boleh terus beli domain murah dah lepas habis baca tu.

Taktik yang terdapat dalam panduan ini telah dicuba dan diuji berkali-kali. Segala sumber, pengetahuan dan pengalaman yang penulis ada semuanya diceritakan dalam panduan ini. Terbukti, taktik yang digunakan memang menjadi (sehingga ke saat dan ketika ini).

Dalam panduan ini dikongsikan :

–> Langkah demi langkah untuk beli domain pada harga jauh lebih murah dari harga pasaran

–> Pendedahan laman web yang menyediakan hosting PERCUMA (ramai yang tak tahu)

–> Idea untuk buat duit selepas anda baca ebook ini (berdasarkan pengalaman peribadi penulis)

So, dengan memiliki Panduan Beli Domain Murah dan Hosting Percuma ini, lepas ni, tak perlu lagi habiskan duit yang banyak untuk membeli domain. Lebih baik gunakan duit tu untuk sesuatu yang lebih penting, kan. Baik gunakan duit yang ada untuk buat modal mempromosikan bisnes kat FB Ads ke, Google Ads ke… ^_^

Dengan adanya panduan ini, tak perlu menghabiskan masa mencari, mencuba sendiri dan membuat kesalahan demi kesalahan. Sebab boleh gunakan ebook ini sebagai “short cut”. Jimat masa dan kepala pun tak PENING.

Bila ada masalah berkaitan domain je, boleh terus tanya kepada penulis ebook ini (En. Zul Hairi). Group support ada disediakan. So, senang nak tanya je apa yang nak ditanya. 🙂 Jadi, tak lah terkapai-kapai sorang-sorang apabila ada masalah berkaitan domain. Dah tahu kat mana nak tanya dan rujuk.

Memang tidak rugi baca ebook ringkas ini!.

Kat mana nak dapatkan panduan ni?. Klik je gambar di bawah, gambar lelaki comel pakai spek ni :

klik untuk dapatkan panduan domain murah hosting percuma

 

Jualan Panduan Ini Sudah Ditutup. Namun begitu, anda boleh mendapatkan DOMAIN PERCUMA dengan setiap Pembelian Hosting dengan hanya serendah RM 60. KLIK SINI untuk mendapatkannya
2 Cara Jana Duit Dengan Affiliate

2 Cara Jana Duit Dengan Affiliate

macam mana nak buat duit dengan affiliate jana duit online dari rumah percuma

Dalam banyak-banyak model buat duit di internet, buat duit dengan affiliate adalah antara favourite aku. Dah 2 tahun aku buat duit dengan affiliate ni.

Aku suka jadi agen affiliate sebab dengan affiliate, aku tak perlu fikir banyak benda, kecuali cara untuk promote dan menghasilkan jualan je. Ada 2 cara jana duit dengan affiliate, iaitu melalui pay per sale (PPS) dan juga pay per lead (PPL).

2 Cara Buat Duit Dengan Affiliate

1. Pay Per Sales (PPS)



Untuk PPS ini, komisyen akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan setelah melakukan kerja-kerja promosi. Sebagai contoh, kalau produk tu berharga RM 100, komisen yang diberikan oleh pemilik produk / website pula ialah 50%, maka aku dapatlah RM 50 untuk 1 jualan yang terhasil. Kalau berjaya jual 10, dapatlah komisen RM 500.

Setakat ni komisen paling tinggi untuk 1 unit produk yang aku berjaya jual ialah RM 125. 🙂

Haaa… lumayan, kan 😉

Ni adalah screen shot komisen salah satu produk affiliate yang aku promosikan. Baru berjaya hasilkan jualan sebanyak 3 unit. Komisen 1 unit = RM 50. 🙂

macam mana nak dapat komisen affiliate dapat jana duit di internet dengan mudah online dari rumah

2. Pay Per Lead (PPL)



Jika nak dibandingkan dengan PPS, adalah jauh lebih mudah untuk dapatkan komisyen dengan PPL.

Sebab?.

Biasanya pemilik produk / website akan offer produk percuma untuk prospek download. Sebagai agen affiliate, hanya perlu promote link affiliate untuk bawa prospek ke laman daftar nama dan emel yang disediakan.

Untuk PPL ni, biasanya pemilik produk memberikan komisen RM 1, atau RM 2 untuk setiap prospek yang download atau mendaftar. Ada juga pemilik produk yang berikan sehingga RM 3 untuk setiap prospek yang mendaftar.

Katalah pemilik tu bagi RM 2 untuk satu prospek/lead yang kita berjaya bawa. Lepas anda promote, anda berjaya dapatkan 10 orang yang download atau daftar. Jadi, komisen yang anda akan dapat ialah RM 2 x 10 = RM20.

Senang je, kan?.

PPL lebih mudah kerana dengan PPL anda hanya perlu promosikan produk percuma sahaja. Biasanya, prospek akan mendaftar untuk download benda yang diberikan secara percuma. Berbanding dengan PPS, prospek perlu keluarkan duit untuk mendapatkan produk tersebut.

Jadi, jika anda baru je nak berjinak-jinak untuk buat duit dengan affiliate, aku cadangkan agar belajar jana komisen dengan program PPL dahulu.

Dari situ, secara tak langsung anda akan tahu bagaimana cara untuk mempromosikan produk affiliate PPS.

Nak jana duit dengan affiliate PPL, tapi masih blur?.

Jika anda perlukan penerangan lebih jelas mengenai cara-cara untuk buat duit dengan affiliate PPL, anda boleh tonton 4 Video Tutorial INI. Dengan menonton video ini, anda akan lebih jelas tentang :

>> Konsep PPL
>> Cara untuk mendaftar PPL
>> Cara untuk mempromosikan Affiliate PPL yang terbukti berkesan menjana komisen
>> Cara untuk anda anjurkan program Affiliate PPL. Mana tahu, suatu hari nanti, anda pula yang akan jadi penganjur PPL untuk mempromosikan produk anda sendiri 🙂

Klik link di bawah untuk tonton 4 Video Tutorial Cara Simple Buat Duit Dengan Affiliate PPL –> www.atozaffiliatemarketing.com/affiliateabc

“You Are Never Too Old To Learn How To Make Money Being An Affiliate Marketer” ~ Momsaffiliatemarketing

cara mudah buat duit dengan affiliate jana duit di internet online dari rumah

JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN AFFILIATE – KOMISEN ASHADEE KE 7

Semalam hari Rabu. Aku buat selamber je. Walaupun untuk beberapa Rabu yang lalu sepanjang bulan 10 dan 11, aku suka dan menantikan hari Rabu.

Kenapa dengan Rabu?.

Ada apa dengan hari Rabu?.

Owh, ini bukan sebab Wordless Wednesday, ya. Tak ada kaitan langsung. Dah lama tak buat entri Wordless Wednesday sebenarnya. Ohoho…

Tapi, aku tunggu hari Rabu sebab…

Sebab… Ashadee bayar komisen hari Rabu… tapi bukan setiap Rabu, selang seli. 2 minggu sekali, dapat payment.

Alkisah… Rabu kali ni aku buat derk je.. sebab ingatkan tak ada lagi dah komisen aku…

Malam tu nak transfer duit ke adik aku, patutnya aku buka cimbclicks, tapi tersilap pula. Ter’login’ maybank2u. Terkejut tengok tiba-tiba duit jadi banyak. Aik!. Dari mana datang ni?.

Terus lah aku check today’s transaction.

Taraaaa!!!!

jana duit tanpa modal online dari rumah komisen affiliate ashadee ke 7

Komisen Affiliate Ashadee Ke-7

Surprise dari Ashadee!.

Dalam hati aku “Oh, ada lagi rupanya komisen aku, ingatkan semua dah dapat bayarannya. Alhamdulillah 🙂

Oleh yang demikian, ini merupakan Komisen Affiliate melalui Ashadee ku yang ke-7

Of course lah aku suka. Dapat duit kan, mestilah suka!. Ke ada orang yang tak suka dapat duit?. Kalau korang tak suka dapat duit, bak mai duit tu kat aku, meh!. Hehe… ^_^

Anyway, bulan 10 memang aku aktif juga promote ebook yang ada kat Ashadee. So, hasilnya masih dapat dituai sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu lah yang bestnya buat duit dengan affiliate ni, tak yah buat kerja parah-parah sangat. Set and go pun boleh.

Mula-mula masa nak setting tu, banyak juga lah masa dikorbankan. Tapi, lepas-lepas tu, boleh je tinggalkan.

Dan masih lagi berhasil. Cuma hasilnya tak sama dengan beriya-iya promote lah kan. Ini aku promnote koboi-kobi je ni. Buat duit online je, dari rumah, duduk depan laptop je ketuk-ketuk keyboard. Hehe ^_^

Buat Duit Tanpa Modal Dari Rumah Dengan Affiliate



Program affiliate adalah salah satu cara buat duit tanpa modal dari rumah yang boleh dilakukan secara online sahaja.

Bukan setakat tanpa modal, malah dengan affiliate juga, kita boleh jana duit tanpa produk sendiri, sebab affiliate ni, kita promote produk orang lain, tak kiralah ebook ke, video ke, seminar ke… apa-apalah.

Produk fizikal pun ada juga yang buat program affiliate seperti Lazada.

Kalau join affiliate ni, tugasnya hanya promote link affiliate. Kalau ada orang beli dari link affiliate kita, maka kita akan dapat komisen.

Mungkin anda yang baca entri ni dah biasa dengan affiliate kan?. Macam mana?. Mesti dah banyak dapat buat duit dengan affiliate, kan?. Kalau dah banyak, tahniah!.

Kalau belum banyak, atau tak pernah dapat duit pun dari program affiliate, don’t worry. Boleh teruskan belajar dan berusaha.

Mula-mula dulu masa pertama kali aku cuba buat duit tanpa modal dengan affiliate ni pun, nak nangis juga lah. Hihi.. Pengakuan jujur ni ^_^

Yang penting, ada niat yang suci murni untuk buat duit dengan affiliate. Cari rezeki yang halal dan diberkati, untuk tambah pendapatan sampingan atau kalau yang masih belum bekerja, memang sangat sesuai buat duit dengan affiliate ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma, kita boleh pilih, nak lalu jalan jauh ke… nak lalu jalan dekat ke… nak lalu highway ke… nak lalu jalan kampung ke…

Pilih lah yang mana-mana pun, asalkan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat (matlamat yang ingin dicapai).

Kalau anda baru ni tahu tentang kewujudan program affiliate, tapi nak juga jana duit tanpa modal dengan affiliate, bukan tu je, malah teringin juga nak merasa keseronokan dapat duit dengan affiliate ni, tapi tak tahu macam mana nak start, daftar je nama dan emel DI SINI.

InsyaAllah, anda akan diajar step by step bagaimana cara untuk buat duit dengan affiliate. InsyaAllah, anda akan faham dan rasa tak lah susah sangat buat duit dengan affiliate ni!.

Jika anda serius nak belajar cara jana duit online tanpa modal dari rumah dengan affiliate, anda boleh tonton Video Tutorial Cara Simple Buat Duit Dengan Affiliate Dalam Tempoh Kurang 24 Jam ini.

Jom buat duit dengan affiliate! 🙂

JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN ILANCEE.COM

JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN ILANCEE.COM

Jana Duit Tanpa Modal Di iLancee.com

 jana duit tanpa modal di ilancee

Beberapa minggu lepas aku dapat tahu, di iLancee.com, kita boleh jana duit tanpa modal. Modal yang aku maksudkan di sini ialah modal duit.

Untuk jana duit tanpa modal duit di iLancee.com ini, anda hanya memerlukan modal kemahiran, masa ataupun idea. Kalau anda seorang yang kreatif, lagilah boleh buat duit di iLancee ni. 🙂

Apa Itu iLancee.com?

iLancee.com merupakan satu laman web di mana penjual menawarkan barang, perkhidmatan, kemahiran, ebook dan sebagainya pada harga yang rendah bermula dengan RM 5 – RM500.

Pendek kata, banyak barang-barang murah dijual di iLancee ni. Cer tengok skrin shot kat atas tu, murah-murah je harganya, kan? 🙂

Antara benda yang boleh dijual di iLancee.com :

  • ebook
  • grafik seperti logo, ebook cover dan sebagainya
  • Artikel PLR
  • Barang fizikal – baju, buku, tudung, kasut, raket dan sebagainya.
  • Perkhidmatan – menulis artikel, menulis blog, khidmat nasihat dan sebagainya.
  • Theme WordPress
  • Plugin blog
  • Kraftangan
  • dan macam-macam lagi….

Macam Mana Nak Daftar iLancee?

Pendaftaran iLancee adalah PERCUMA sahaja.

Untuk daftar, klik –> DAFTAR iLancee

Isikan nama, alamat emel dan password dan sign up.

Ok dah, senang je. Dah siap daftar.

Lepas tu, 1 emel akan dihantar yang bertajuk “Selamat Datang ke iLancee”. Jangan lupa klik link yang ada dalam emel tersebut untuk pengesahan.

Lepas dah sahkan emel ni, barulah boleh tawarkan apa-apa perkhidmatan atau barang yang nak dijual di iLancee ini dengan membina gig.

Buat Duit Tanpa Modal Di iLancee.com

Jadi, anda boleh tawarkan apa-apa sahaja servis atau barang yang anda mahukan. Jika barang fizikal melibatkan kos penghantaran, anda boleh tentukan kos tersebut pada gig yang anda bina.

Ok, mudah je, tak susah untuk jana duit tanpa modal. Ada banyak tempat yang anda boleh tawarkan perkhidmatan ataupun jual produk-produk di internet ni.

Ramai orang focus buat duit di Facebook je, tapi tak ramai yang tahu, selain Facebook, ada banyak lagi lubuk-lubuk untuk buat duit di internet ni.

Nak buat duit tanpa modal?. Daftar terus di iLancee. Percuma je :).

Good luck!.

p/s: Dah ada baju raya?. Kalau belum ada baju raya, kat sini ada banyak pilihan baju raya –> Koleksi Baju Raya Terkini 2014

100 RAHSIA PSIKOLOGI PELANGGAN REVIEW

100 RAHSIA PSIKOLOGI PELANGGAN REVIEW

psikologi-manusia

Berniaga adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi bagi aku. Sejak kecil, seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri INI, aku sudah mula berniaga.

Kemudian, aktiviti berniaga diteruskan juga ketika aku belajar di peringkat Sarjana Muda di universiti. Ya, petang-petang je, aku jual kuih, buah, bihun dan nasi lemak. Bukan aku masak kesemua ini, aku sekadar jual sahaja dan ambil komisen untuk setiap bungkus yang berjaya dijual. Untung atas angin, modal masa dan tenaga je. 🙂

Aktiviti berjualan ini aku teruskan apabila aku menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Mujur aku terserempak dengan supplier ni, satu hari tu. Jadi, aku minta nombor telefon dia. Mula-mula, aku simpan je nombor dia walaupun pada ketika itu tak nak menjual kuih, sebab petang-petang, aku lebih suka berblog dan dapat duit dari blog dan bisnes online yang aku buat.

Tahun akhir, barulah aku mula menjual. Seronok lah dapat duit setiap hari. Bukan setakat dapat duit, duit pun tak luak sebab kalau ada makanan lebih, supplier bagi aku. Dah lah dapat duit, dapat makan free lagi tu. Best lah kan. 🙂

 

Pengalaman Sedih Berniaga

 

Tapi, masa mula-mula aku jual kuih di kolej ni, alahai… mana lah budak-budak ni tak keluar bilik pun beli makanan yang aku jual. Berat dan penat tau round satu kolej yang besar ni, tapi tak ramai yang membeli.

kenapa pelanggan tak nak beli produk yang kita jual

2, 3 hari berlalu, masih kurang sambutan. Ada banyak sebab yang dapat aku fikirkan.

1) Budak-budak tak tahu lagi ada jual makanan petang-petang ni.
2) Mungkin mereka tiada di bilik waktu itu.

Jadi, apa aku buat, aku tukar strategi. Mula-mula dulu aku start dari aras paling atas, aras 4. Tak ramai penghuni, jadi buat penat je aku jual situ dulu. Aku pun tukar strategi, aku mulakan dari aras bawah. Haa…. ramai sikit yang beli.

Kemudian, bila aku asyik menyiapkan kerja, sepatutnya aku mula menjual pukul 4.30 atau pukul 5, aku jadi jual lambat. Pukul 5.30 baru aku jual. Haaaa…. Rupa-rupanya, lagi ramai yang beli bila aku jual lambat sikit. Hehe….

Jadi, aku dah tahu behavior budak-budak kolej ini. Apa yang aku perasan, ramai yang keluar dari bilik beli makanan dengan aku, muka, muka baru bangun tidur. Haaa….Sebab tu lah aku jual awal tak ramai beli. Sebab?. Sebab apa lagi?. Sebab diorang tidur lah!.

Semakin nak hujung-hujung sem, aku semakin sibuk. Jadi, semakin lambat aku jual kuih. Kadang-kadang sampai pukul 6. Tapi, laju juga jual lagi lambat ni. Nasi lemak, laju. Cepat je habis. Baru 2 aras aku round dah habis.

Tapi kalau aku jual dalam pukul 5 tu, kuih yang laju.

Haa…. nampak tak perbezaannya?. Waktu dan juga apa makanan yang dimakan?.

Kalau hari hujan, tak usah cakap lah. Aku suka hujan petang-petang. Memang rezeki aku lah :). Tak sampai 2 aras pun semua stok makanan aku habis!.

cara lakukan produk yang kita jual

Nampak tak?. Nampak tak?. In order untuk lariskan barang jualan kita, kita kena tahu behavior pelanggan. Apa yang mereka fikirkan. Apa yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain “Psikologi Pelanggan”.

Selalunya masa menjual, aku ada juga menggunakan beberapa teknik agar walaupun pelanggan nak beli 1 je makanan, contoh, nak beli nasi lemak je, tapi nanti boleh jadi dia beli kuih dan buah juga. Hehe… Ada caranya. Bukan teknik upsell, bukan juga teknik bagi bonus. 🙂

Kenapa nak biarkan 1 orang beli banyak-banyak?. Senang je, supaya aku tak penat kena cari pelanggan lain. So, boleh cepat balik bilik, sambung kerja-kerja lain  🙂

Walaupun nampak simple je, jual kuih je pun… jual nasi lemak je pun… tapi itu tak bermakna boleh cincai boncai. Aku kena fikir dan susun strategi. Sebab, setiap hari pun, aku akan target, 30 minit je jual, habis!. 2 aras je, habis!. Itu target aku.

Jadi, untuk mencapai target, aku perlu memahami behavior pelanggan. Aku perlu tahu aras mana, wing mana yang high demand, apa yang diorang suka dan apa yang diorang nak. Kadang-kadang, aku request dari supplier. Diorang suka donut. Jadi, aku minta donut banyak-banyak dari supplier. Gitu lah.. Lebihkan apa yang pelanggan suka. Kurangkan apa yang pelanggan tak suka. Guna Prinsip Pareto.

Ini dunia perniagaan offline. Macam mana pula kalau berniaga secara online?.

Teknik Lariskan Jualan Secara Online

 

Sama juga. Kena tahu psikologi pelanggan. Kena tahu behavior pelanggan. Kena tahu kat mana pelanggan-pelanggan ini berkumpul.

Haaa… yang ni aku sangat terasa kepentingannya tatkala nak buat iklan di FB Ads. Tengok orang lain berniaga di FB masyuk je kan. Rancak je kan. Tahukah anda, ia tidak semudah itu?.

Huwaaaaa… Kenapa aku cakap macam tu?. Sebab aku dah rasa banyak kali lah, sebab tu aku tahu. Banyak wooo nak kena belajar. Seriously, memahami psikologi pelanggan adalah perkara yang penting kalau kita nak pelanggan beli barang yang kita jual.

Namun begitu, aku belum cukup pandai dan belum cukup memahami psikologi pelanggan-pelanggan di internet ni. Hihi… walaupun konsepnya sama je dengan offline, tapi offline tak perlu nak buat ayat yang menarik perhatian sangat!.

Barang ada depan mata. Kita ni pun ada depan mata pelanggan. Mereka kenal kita dan mereka nampak apa barang yang mereka nak beli. Suka?. Nak?. Mereka akan beli.

Tapi kalau online?. Pelanggan tak kenal siapa kita, barang pun mereka tak boleh nak belek, kecuali tengok gambar je. Tu belum kira beberapa perkara teknikal yang perlu dilakukan untuk setting itu ini. Kadang-kadang nak klik kat mana pun tak tahu. Haha… Aku lah tu!.

Bila setting semua dah elok, mula mempromosikan barang, tak ada orang pun nak beli?. Aik?.

baby berkerut dahi

 

Kenapa?. Kenapa tak ada orang nak beli?

Penat dah ni tau, setting bagai. Promosi bagai…

Sebab aku sering lupa ini :

“Orang tak akan beli sesuatu barang itu kalau mereka tak tahu kenapa mereka perlu beli barang tu”.

Haa… satu ayat je tu, tapi maksudnya mendalam. Ini bukan ayat aku, tapi ayat dari salah seorang tok guru aku. Ecewah, tok guru tu. Bukan tok guru silat, ya. 🙂

Jadi, kenapa pelanggan perlu beli produk yang aku jual?. Macam mana nak buat supaya mereka beli?. Memandangkan persoalan ini adalah persoalan yang penting untuk melariskan jualan, jadi, aku tak teragak-agak untuk mendapatkan ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan yang di tulis oleh salah seorang rakan blogger aku ni.

Dah banyak kali chit chat ngan dia, so secara tak langsung, boleh tahu juga “what type of person he is”. So, daripada aku ting tong dok fikir macam mana nak buat ayat supaya orang beli produk yang aku jual, baik aku baca je ebook ni, fahamkan sambil cari idea macam mana nak tambah ajinomoto dan perisa yang dibenarkan dalam aktiviti-aktivi promosi aku nanti.

Lagipun, ebook ini ditulis berlandaskan asas yang kukuh, iaitu ia berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bekerja dalam khidmat pelanggan (maksudnya, beliau dah masak dah dengan kerenah pelanggan ni) dan juga ia berlandaskan buku jualan yang terlaris di pasaran, The Psychology of Selling karya Brian Tracy.

buku brian tracy the psychology of selling psikologi menjual

Siapakah Brian Tracy?

Brian Tracy terkenal sebagai salah seorang pelatih penjualan terbaik di dunia. Buku beliau sudah terjual di 35 negara, diterjemahkan ke dalam 24 bahasa dan telah berjaya membantu 5 juta orang mencapai matlamat hidup.

Buku ini mengandungi 236 muka surat. Sebagai jalan short cut, aku dapatkan je ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan ini, kerana ia adalah ringkasan yang padat daripada buku ini ditambah lagi dengan pengalaman penulis dalam melayan kerenah pelanggan yang macam-macam ragam.

Ok, panjang sangat dah ni. Tahniah, kalau anda berjaya baca sampai ke ayat ini!. Anda memang best!. Thumbs up 5 kali. Terima kasih!

Jadi, kalau anda merupakan seorang peniaga, ada produk yang nak dijual, tak kira lah produk anda sendiri atau anda agen dropship / agen affiliate, memahami psikologi pelanggan adalah penting. Anda boleh mempelajari bukan 10, tapi 100 Rahsia Psikologi Pelanggan di dalam ebook ini >>  100 Rahsia Psikologi Pelanggan.

KOMISEN KE-8 DARI JOB DI RUMAH | KERJA PART TIME DI RUMAH

KOMISEN KE-8 DARI JOB DI RUMAH | KERJA PART TIME DI RUMAH

Alhamdulillah, hari ni senyum lagi pagi-pagi apabila cek emel, tengok ada dapat notifikasi dari Maybank2u. Klik Solution, iaitu Job Di Rumah masukkan lagi RM 25 dalam bank aku sebagai komisen ke-8.

komisen ke 8 dari job di rumah kerja part time dari rumah

Yeah. Alhamdulillah, duit masuk lagi. Memang seronok buat duit dengan Job Di Rumah ni. Duduk di rumah je boleh dapat duit. Dengan sekarang ni semua benda pun nak naik, tarif elektrik naik, gula dah naik, tol pun naik, semua pun nak naik, gaji je yang susah bebenor nak naik, so  kerja sampingan di rumah menjadi pilihan aku. Boleh lah tambah duit poket, ya tak?. 😀

Ok, untuk sesiapa yang nak buat duit dari rumah dan tambah pendapatan sampingan dengan kerja part time di rumah je, boleh lah klik sini untuk join Job Di Rumah –> http://syaisya.com/JobDiRumah

error: Content is protected !!