Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Fuyooohh… Malaysia Best Blog 2015 lah. Caya lah. Aku tengok lepas seorang, seorang blogger senaraikan Blog Terbaik Malaysia 2015 mengikut kaca mata mereka sendiri walaupun ada di antara mereka yang tidak berkaca mata. Rupa-rupanya ada Contest SEO.

Malaysia-Best-Blog-2015

Aku yang dah lama tak update blog ni pun nak lah join sekaki. Tak nak ketinggalan juga, walau aku rasa aku ni dah banyak tertinggal jauh. Almaklum, sejak aku mengenali affiliate, aku dah kurang join contest. Kalau tak, dulu, tiap-tiap hari aku blog walking cari contest yang sedang berlangsung. Pastu laju je aku join. Siap buat checklist due date segala mak nenek contest yang ada, just untuk memastikan aku sempat join contest-contest tu semua. Bukan apa, best join contest ni sebab macam-macam hadiah aku dah dapat. Tapi, dekat 2 tahun juga lah aku pencen join contest ni. Sebab tumpuan dah lari ke buat duit dengan affiliate dan juga buat duit dengan blog. Ehehe 🙂

Jadi, ni kira contest pertama aku join untuk tahun 2015 ni. Contest SEO pula tu. Wuish… ramai kot blogger-blogger power SEO join contest ni. Aku ni, blogging pun dah ke laut aje. Tapi tak apa, join aje. Manalah tahu kot aku boleh test kekuatan SEO blog ni setelah aku tambah ilmu SEO selepas baca Kitab SEO terhangat di pasaran ni kan.

Payah juga sebenarnya aku nak senaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 ni. Rasa macam dah lama sangat tak berblog pun ada. Tapi, InsyaAllah, aku senaraikan juga 10 Malaysia Best Blog 2015 di mata aku.

10 Malaysia Best Blog 2015 di mata Sya Isya


1. Denaihati.com

Blog ni aku kagum dengan penjenamaan yang dilakukan oleh tuannya. Serious ni. Memang nak kena menuntut ilmu branding ni. InsyaAllah, projek akan datang. Bila tu, tak tahu lah. Sebab projek yang tengah diusahakan sekarang ni pun sangat mencabar momentum aku.

2. Kujie2.com

Blog ni kan, dulu-dulu masa aku start blogging tahun 2010, apa keyword yang aku taip pun di google, mesti keluar blog Hidup Biar Sedap ni. Tapi aku tak klik blog ni, sebab otak aku dah fikir lain dah. Ada unsur-unsur kuning lagi kekuningan . Rupa-rupanya, ni blog makcik-makcik. Tak ada kuning langsung. Clean and clear!. Tulah, lain kali, don’t judge a blog by its tagline. 🙂

3. Earncent.com

Aiseyh… Blog ni kan, blog yang suka buat aku geram. Rasa macam nak gigit-gigit je blog Mamat Men in Black ni. Apa tak nya, blog ni blog show off, ok!. Yang peliknya, tak pula aku meluat, sebaliknya, aku datang dan datang melawat blog ni. Lagi dan lagi. Mungkin sebab hati aku pun tak lah berkarat mana untuk ada rasa dengki dengan kejayaan yang telah diraih oleh bangsa sendiri. Sama agama lagi tu, kan. 🙂

4. Multees.com

Ini blog kan, dulu kan, masa zaman-zaman aku nerd lagi newbie dalam dunia blog ni, blog ni lah tempat aku korek ilmu blogging. Macam mana nak hasilkan blog yang bagus… macam-macam lagi lah yang aku belajar dari blog ni. Kalau nak senaraikan tip-tip buat blog yang aku belajar dari blog ni, memang kena buat entri khas pula. Ahhhh… malas lah. Cukup sampai di sini.

5. Ariffshah.com

Antara aku, dia dan Ariffshah. Ewah… enkau jangan nak cari pasal Sya Isya oi! Laki orang tu!. Hahaha… Ok, blog ni pun antara blog terawal yang aku kenal. Sebenarnya, memang hampir semua 10 Malaysia Best Blog 2015 yang aku senaraikan ini adalah blog-blog terawal yang aku kenali seawal aku bergelar blogger. Kerana daripada blog-blog mereka inilah aku menimba ilmu blogging.

Walau tak pernah bersua muka dan mereka pun tak kenal aku, mereka jugalah yang telah mengajar aku berblog dengan cara yang betul Bukan berblog sesuka hati kerana bersandarkan kepada “Blog aku, suka hati aku lah nak tulis apa!”. Nehi nehi nehi!.

6. Eyriqazz.com

Satu ketika dulu, aku ikut petua yang terdapat dalam blog ini. Melalui blog inilah aku belajar untuk buat blog yang interaktif. Daripada blog aku sunyi sepi tak ada orang nak komen, lepas amalkan tip buat blog interaktif yang diberikan oleh GTO ini, terus blog aku meriah. Nah kau, nak sangat meriah, kan!. Hehe… Tapi lama juga aku tak gunakan taktik memeriahkan blog ni semenjak aku jarang update blog. Dan blog ini semakin sepi. Uhuhu. (Dah aku pun menyepi tak kisah update blog, sepi lagi menyepikan lah jadinya blog ni kan).

7. Rohaizad.com

Ohoi… Blog otai ni oi!. Sifu blogging ni. Aku pernah jumpa Bro Ijad ni sekali, masa aku belajar cara buat iklan di Google guna Adwords dalam kelas Sifu Wan Mus tahun lepas. Sempatlah juga aku bertanya perihal blogging. Dapat juga lah tip blog terbaik, fresh, direct dari sifu blog ni. Otai masih berbisa!. Tak gitu?.

8. Syaisya.com

Ahaha… Nak juga masukkan blog sendiri dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 ni kan. Hah ye lah kan. Dah kalau aku tak nobatkan blog aku ni best, siapa lagi nak nobatkan, kan… 😛 Anyway, ini blog kesayangan aku, okey!.

Susah senang jerih payah aku dengan blog ni, aku je yang tahu tau. Sebab aku seorang je admin blog ni. Tak dua, tak tiga.

Membangunkan blog ni lah aku belajar macam-macam perkara berkaitan dunia internet. Dari hal buat blog saja suka-suka, buat blog saja nak bagi blog cantik, hinggalah kepada buat duit dengan blog. Akhirnya, jadilah, aku sangat sayang lagi menyayangi ini blog. Muaahhh… Sayang engkau, blog! ^_^

9. OhDuit.com

Ini pula blog penganjur contest ini. Duit, di mana kau duit!. Ahaaa… so, kalau rasa-rasa nak belajar buat duit di internet, boleh lah belek blog ni. Ada banyak tips buat duit dengan Ebay kat blog ni. Blog yang kemas tersusun, pasti mudah nak selongkar segala tip dan ramuan untuk jana duit di eBay.

10. IniBelogSaya.blogspot.com

Ok, ada yang tak kenal pemilik blog IniBelogSaya ni?. Ni blog KekNis, atau nama glamour yang semua orang tahu, Hanis Zalikha. Tak payah lah aku kenalkan siapa gerangannya Hanis Zalikha ni ya. Ramai dah kenal. Lebih-lebih lagi kalau korang layan drama Suamiku Encik Sotong. Confirm korang kenal.

Ok, sebenarnya, blog ni aku baru je suka baca baru-baru ni. Walaupun dulu lagi, masa aku baru-baru berblog tahun 2010, aku dah tahu mengenai kewujudan blog ini. Tapi tu lah kan, orang kata, “tak kenal, maka tak cinta”. Dah baca, barulah jatuh suka. Ya dak?.

Fuuuhh… siap juga artikel Malaysia Best Blog 2015 ni. 2 hari juga nak siapkan blog ni. Almaklum, dah lama tak update blog, jadi tersekats-sekat sikit bila nak update blog ni. Lepas ni nak kena rajin update blog lah jawabnya.

p/s: Tiba-tiba aku suka guna perkataan ‘kan’ masa siapkan entri ni. Dah kenapa pula aku ni kan?. Hermmm…

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2013

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2013

Masa buka website skmm.gov.my tadi, ternampak senarai pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013. Owh, senarai pemenang dah diumumkan rupanya. Bila diumumkan tu, tak tahu pula aku.

Jadi, kepada semua peserta Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013 ni, boleh lah tengok senarai pemenang di bawah ni. Yang bukan peserta boleh juga tengok, kot kot ada nama orang yang dikenali ke kan, kalau dia menang duit, boleh lah minta dia belanja makan. Kalau tak nampak tulisan kecil sangat, klik je gambar ni.

senarai pemenang pertandingan menulis surat 1 malaysia 2013

Ok, dah tengok senarai pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013 ni?. Ada tak nama korang atau orang yang dikenali?. Untuk yang menang, tahniah Sya Isya ucapkan!. Untuk peserta yang tak menang, jangan terlalu kecewa. Adat bertanding, ada menang ada kalah. Cuba lagi tahun hadapan. ^_^

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like di bawah ini.

EPHYRA IDAMAN SAYA

EPHYRA IDAMAN SAYA

EPHYRA IDAMAN SAYA

Ephyra oh Ephyra… idaman saya. Ops! Aku bukan lesbian ya. Aku perempuan tulen. Hehe… Nama macam nama perempuan dah kan, Ephyra ni. Tapi Ephyra ni bukan seorang perempuan, tetapi sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet. Dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato). Bahan-bahan ini tugasnya merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi seri dan kesihatan dalaman dan luaran.

First time aku tahu pasal Ephyra ni ketika blogwalking ke blog salah seorang sifu aku dalam dunia blogging ni. Siapa lagi kalau bukan GTO. Entri bertajuk Apa Itu Ephyra menggamit rasa ingin tahu aku. Paling aku teruja nak baca sebab Bro Eyriqazz ni lelaki. Hik hik… selalu baca review perempuan je kan, kali ni baca review lelaki pula. Lelaki pun nak muka bersih dan awet muda juga tau. Ingat perempuan je ke nak cantik?.

Produk-produk kecantikan dan juga pelangsingan memang laris di pasaran tak kiralah untuk lelaki ke atau untuk perempuan. Ephyra ni, lelaki dan perempuan pun boleh minum. Itu antara keistimewaan Ephyra.

paket Ephyra Idaman Saya

Paket Ephyra. Hanya tuangkan dalam shaker, campur dengan air dan minum. Mudah je!

Banyak sangat produk kolagen di pasaran sekarang ni, kan?. Jadi, apa beza Ephyra dengan kolagen yang lain?

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:

  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis “white fish” yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.

(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli , atau ikan siakap tauuuu…)

  • EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil, yang mudah diserap oleh badan.

 

  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap – part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai ambil kolagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul kolagen yang tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul kolagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). Ia bukanlah tentang berapa banyak kandungan kolagen, tetapi saiz protein tersebut. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan pada badan.

 

  • Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton (sangat mudah diserap oleh badan). Sebab itu dengan minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most kolagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.

 

  • Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak untuk sekali ambil tetapi amount yang sedikit dan berterusan. Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi.

 

  • Rasa EPHYRA paling sedap di pasaran, diakui ribuan pengguna EPHYRA.
rasa ephyra kolagen
Rasa Ephyra memang sedap. Kredit : http://nafnaf9091.blogspot.com

 

selalunya supplement-supplement ni tak berapa nak sedap. pahit la, payau la, hanyir la tapiiiii seriussss, ephyra sedap gileeee. nak cakap rasa macam air oren twisster pon ada, macam chewing gum pon ada, macam ubat gigi kanak-kanak pon ada. yang pasti sedapppp okkk. gerentiii tekak korang boleh terima sebab aku rasa, tekak aku paaaling teruk kalau makanan atau minuman tu pahit macam sayurrr :p semua jenis sayur tekak aku memang tak boleh telan. 🙂       ~ NadiaFarahida.com

 

Jom, kita tengok video ni dulu… Apa kata mereka tentang keistimewaan Ephyra:

Kenapa aku teringin untuk mencuba Ephyra?

Apabila aku tengok hasil selepas Eyriqazz meminum Ephyra, memang ada rasa teruja juga lah nak mendapatkan produk ni. Muka aku ni pun masih ada bekas-bekas jerawat lagi cuma tak terlalu ketara. Tepek dengan bedak arab, mak cik aku kata kulit aku putih mulus… Auwww! Hakikatnya tak ada lah mulus nya pun. Lubang-lubang sikit kesan jajahan jerawat yang bermaharajalela satu ketika dulu.

Review Ephyra Eyriqazz GTO

Sebelum dan selepas minum Ephyra

 

Ok, ni muka Eyriqazz. Jelas nampak ketara sebelum dan selepas minum Ephyra ni, kan?. Kata Eyriqazz lagi,

Alhamdulillah, masalah jerawat lama dan bintik-bintik hitam semakin berkurangan. Muka pun rasa lebih tegang. Rasa macam 2-3 tahun lebih muda.

Blogger lelaki popular ni pula cakap :

Secara jujur aku cakap .. perubahan ketara pada wajah .. Bukanlah jadi ‘ kacak tak hengat punya ‘ tapi terasa tegang dan lembut jer .. Parut jerawat dan bintik hitam pun hilang .

Mestilah aku nak cuba Ephyra ni juga kan. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu nanti hasilnya positif. ^_^ Hilang semua kesan parut jerawat kat muka aku ni.

Kelebihan lain Ephyra

 

kelebihan Ephyra Kolagen

Kelebihan Ephyra

Ephyra ni bukan sahaja untuk mencantikkan lagi kulit wajah, tetapi mempunyai banyak lagi kelebihan lain. Antaranya :

Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat.

Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.

Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA

Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah

Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering

Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit

Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah.

Tak percaya? Cer baca ni :

Selain itu, apa yang saya perasan selama sebulan menggunakan Ephyra ini :

1) Lebih bertenaga – Pagi-pagi kadang2 terlupa breakfast. Dengan ephyra ni, minum dan masih boleh bertahan until lunch. Aksi di “Malam” hari pun lebih bertenaga. Hehehe….
2) Lebih Mudah Buat Air Besar – Lawas dan memang selesa
3) Muka semakin kurang berminyak
4) Rasa makin sihat. Lepasni dah boleh dah start balik kembali ke “gym” dan cuba untuk kurangkan berat badan.  ~Eyriqazz.com

Apa lagi kelebihan Ephyra?

 

EPHYRA ialah skin supplement, (minuman tambahan utk kecantikan kulit), tetapi bukan kulit sahaja yang akan dapat manfaat. Bahagian yang lain pun dapat manfaatnya. Antara lain manfaat yang menarik perhatian aku ialah Ephyra ni boleh mengurangkan rambut gugur.

testimoni Ephyra

Kesan Ephyra terhadap Puan Shila >> http://shilashower.blogspot.com/2012/08/ephyra-in-house.html

Selamat ke  minum Ephyra ni?. Tak bahaya ke?

Ok, yang paling penting, Ephyra ni HALAL dan selamat untuk diminum. Meh tengok sijil KKM dan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM.

sijil jakim dan halal ephyra

 

Holaa… Ephyra ni baik untuk kesihatan dan juga untuk menambahkan tenaga!. Must try ni. Aku ada masalah rambut gugur yang kronik… Oh oh oh… Tak sanggup tengok rambut-rambut yang keguguran layu tak bermaya. Sedih betul. Lama-lama nanti botak pula aku. 🙁

Ok, aku nak dapatkan Ephyra ni. Kalau dapat FREE lagi best, kan ^_^.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :

1) Website official – www.oceanlife2u.com

2) Facebook- www.facebook.com/oceanlife2u

3) Instagram- ephyra2u

4) Meh tengok apa kata mereka yang dah minum Ephyra ni – Youtube Ephyra

” Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com ”

APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BLOGGING

APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BLOGGING

apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Sejak berblogging 3 tahun yang lalu, banyak yang telah aku belajar tentang buat duit dengan blogging. Walaupun tujuan asal aku buat blog bukanlah untuk buat duit dengan blog, tetapi setelah 5 bulan aku berblogging, aku mula belajar cara-cara untuk buat duit dengan blogging.

Buat Duit Dengan Nuffnang

Ya. Benda pertama yang aku belajar buat duit dengan blog ialah buat duit dengan Nuffnang. Tapi pada masa tu, target aku bukannya nak dapat duit dengan iklan yang ada di Nuffnang. Fokus aku masa tu ialah untuk dapatkan duit RM 30 untuk setiap entri yang dihasilkan. Ketika itu, ada projek Alpha Nuffnang. 30 orang pertama yang berjaya submit entri blog berdasarkan tajuk yang diberi akan dapat RM30.

Masa tu tengok blogger-blogger dapat duit dari projek tu, best je. Aku pun nak lah, tapi tak pernah dapat. Sebab tajuk entri selalu keluar masa aku tengah kerja. Bila aku balik kerja, cek kat website Nuffnang, dah ramai dah hantar. Huhu… habis quota sudah. Jadi, tak dapatlah aku merasa duit Nuffnang dari Projek Alpha tu sampai ke sudah. Huhuu… Sedih juga lah, sebab memang aku nak duit tu kan. Tak lama lepas aku join Nuffnang tu, projek Alpha tu pun tamat.

Tapi, walaupun aku tak dapat sesen pun dari Projek Alpha tu, aku dapat duit dari iklan Nuffnang yang tersiar di blog. Masa tu rasa memang best juga lah. Walaupun baru 5 hari join Nuffnang, aku dah dapat duit dari Nuffnang. Itulah duit dari blog yang pertama yang aku dapat, iaitu 50 sen. ^_^ Of course aku rasa happy sebab aku ada terbaca yang ada blogger yang dah setahun pasang iklan Nuffnang pun masih lagi tak dapat duit dari Nuffnang.

Apa rahsia untuk dapat iklan Nuffnang?. Owh, itu aku pun tak tahu kenapa aku pasang je iklan Nuffnang, dapat duit terus pada minggu pertama usia akaun Nuffnang aku. Mungkin sebab trafik juga kot. Aku ada juga terbaca blogger lain bagi tips. Walaupun Nuffnang tak kenakan syarat trafik, tapi lebih baik bila trafik blog dah cecah 100 UV (unique visitor) sehari, barulah apply Nuffnang. Wallahualam. Sejauh mana betul tip ni aku pun tak tahu. Kena test lah.

Kemudian, lepas satu-satu iklan Nuffnang muncul di blog aku ni sehingga aku dapat BE (buffered earning). Yang ni lagi best lah, sebab Nuffnang beli trafik kita. Tak lah harapkan orang klik iklan baru dapat duit. Orang masuk je dalam blog kita, dah dapat duit terus. Cuma, berapa banyak trafik yang Nuffnang beli tu, memang tak tahu.

Ada BE yang nilainya besar, ada juga yang nilainya kecil. Mula-mula memang dapat BE yang ciput-ciput je. Dapatlah RM 1+, RM 3+, RM 6+ untuk 1 BE. Tapi lama-lama, boleh dapat sehingga berpuluh-puluh ringgit untuk 1 BE.

Best?. Memang best lah. Sehinggalah satu kejadian di mana earning ku dipotong separuh sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hantar tiket pada Nuffnang, Nuffnang kata sebab aku ada tukar template. Erk… aku rasa konfius dan kecewa.
Disebabkan kekecawaan ini (bukan kekecewaan yang pertama sebenarnya aku dan Nuffnang),sebab dah beberapa kali kena potong earning tak pasal-pasal, maka aku mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan duit dengan blogging.

Ya, memang aku buat blog bukan semata-mata untuk dapat duit. Cuma, bila aku dah dapat, Nuffnang dah beri, tapi dipotong separuh earning tu, aku jadi rasa sakit hati. Dah dah diberi lepas tu tarik balik. Lain lah kalau memang tak diberi terus. Aku ok je, tak meminta pun.

Frust punya pasal. aku pun cari jalan lain. Yang mana aku nampak, yang ni lagi masyuk Apa dia?. Affiliate lah. Promote ebook je. Aku mengkaji dan belajar buat duit dengan affiliate dari seorang blogger tauke cendol banting ni. Dia juga penulis ebook buat duit dengan affiliate menggunakan teknik SEO yang sangat istimewa.

Buat Duit Dengan Affiliate

Buat duit dengan affiliate bukanlah perkara yang mudah bagi aku. Tapi memang boleh dapat duit dengan mudah melalui program affiliate ni. Apa perkara pun yang kita nak buat, perlu ada ilmu dulu. Kena belajar. Banyak yang aku pelajari melalu program cabaran-cabaran affiliate yang aku sertai. Dari situ, aku mula berfikir dan mengkaji bagaimana caranya otai-otai affiliate berjaya buat duit sehingga 30 ribu dalam hanya seminggu je. Waduh, masyuk sungguh.

Buat duit dengan affiliate menggunakan blog memang ada cabarannya yang tersendiri. Mula-mula tu, memang sampai nak menangis aku, tengok penat-penat buat entri tapi tak ada 1 sales pun yang masuk.

Aku ubah-ubah entri, aku belajar macam mana nak buat entri yang boleh menjual sehingga lah pecah telur. Maksudnya, sehingga lah sales terhasil. PEcah angka kosong di dashboard affiliate tu. Masa tu rasa gembira tak terkata. Sales pertama yang kemudiannya menghasilkan jualan yang berikutnya.

Bahagia, gembira, bila dapat RM 1k lebih dalam masa seminggu je. Ya, sebab tu aku kata lebih masyuk buat duit dengan affiliate. Nuffnang, 2 tahu baru aku boleh dapat RM 1k +. Sebab aku tak pernah dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Kalau nak buat duit masyuk dengan Nuffnang, kena dapatkan sponsored post lah. 🙂

Apapun, walaupun aku mengajuk dengan Nuffnang, aku tak terfikir lagi untuk menceraikan Nuffnang. Sehingga ke hari ni pun, aku masih lagi dapat duit dari Nuffnang. Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah. Boleh lah buat bayar hosting setiap tahun. Memang rasa berterima kasih sangat dengan Nuffnang. Sebab kejadian-kejadian tu lah. aku buka mata untuk mencari peluang lain.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan ^_^.  Pengalaman buat duit dengan blog memang best!

Ada Blogger Nak Bagi RM 50… Siapa Nak, Angkat Tangan!

Ada Blogger Nak Bagi RM 50… Siapa Nak, Angkat Tangan!

Top Komentator Bulanan Bloggerwanita.com

Haa… nampak gambar kat atas ni?. Of course lah nampak, kan. Hehe… 😀

Sebenarnya, bermula 1 Mac 2013, Bloggerwanita.com menawarkan ganjaran insentif wang tunai sebanyak RM50 kepada seorang Top Komentator bulanan blog ini setiap bulan untuk tahun 2013. Diulangi sekali lagi, RM 50 untuk pengkomen paling banyak setiap bulan sepanjang tahun 2013 start bulan Mac.

Kenapa Dr. Aya a.k.a. penulis blog bloggerwanita.com ni baik hati nak bagi RM 50 ni?. Sebab beliau nak bagi penghargaan buat pembaca Bloggerwanita.com selama ini yang tak henti-henti memberi komen dan pendapat di dalam blog ini sejak blog ini diwujudkan 3 tahun lalu.

So, apa lagi. Rebut peluang yang ada ini. Kalau menang setiap bulan, jadi top komentator, RM 50 x 10 bulan = RM 500 setahun. Haa…. pak cik kayo….

Dah dah… tak yah nak terkebil-kebil mata, dok fikir-fikir lagi. Klik je link ni untuk terus ke >> Bloggerwanita.com. Banyak info menarik kat situ. Dah baca tinggalkan komen. Tiap-tiap hari datang singgah blog ni dan komen, ada harapanlah nak menang. Cayok!

1st beLog CONTEST : Mari Mengira by FakhRuru

1st beLog CONTEST : Mari Mengira by FakhRuru

 

 

Bilangan curly: 80

DUE DATE : 28 Februari 2013 – 11.59pm

HADIAH

  • 1 Peserta yg SANGAT Bertuah – Topup RM10
  • 4 Peserta Bertuah – Topup RM5
  • Semua Peserta yg join akan di masukkan di dlm beLog list Mac beLog FakhRuru
  • Jika ada rezeki lebih + penyertaan menggalakkan, hadiah pun akan bertambah! (^__^)v