BRIDAL MASK CERITA KOREA YANG BEST

BRIDAL MASK CERITA KOREA YANG BEST

Bridal Mask

Baru je habis tengok cerita drama bersiri Korea, Bridal Mask ni. Mula-mula tengok cerita ni ada 28 episod, takut juga nak tengok. Sebab tahu nanti banyak lah masa yang aku akan gunakan untuk tengok cerita ni. Beberapa hari jugalah baru habis tengok. Bridal Mask ni bukan drama baru. Ni drama tahun lepas.

Bridal Mask

Bridal Mask ni cerita pasal balas dendam. Si abang (Kang San) bunuh orang-orang yang bunuh bapanya, yang merupakan satu organisasi yang nak memerintah Korea dan juga negara-negara Asia yang lain. Bila nak bunuh orang je, dia pakai topeng. Si adik (Lee Kang To) pula polis. Sangat bersemangat nak bunuh Bridal Mask ni tanpa tahu yang Bridal Mask ni sebenarnya abang kesayangan dia.

 

Shin Hyun Jun sebagai Lee Kang San Bridal Mask 1

 Shin Hyun Jun sebagai Lee Kang San dan Bridal Mask 1

Kang San ni pura-pura terencat akal untuk meneruskan misi balas dendam ni. Mak dia pun tak tahu yang dia sebenarnya normal.  Tapi satu hari tu dia kantoi juga. Masa mak dia tahu tu juga, Kenji ( abang kepada kawan baik Lee Kang To), juga merupakan seorang polis yang benci Lee Kang To, muncul. Sebab dia dapat agak yang Bridal Mask tu Kang San. Dia suruh Kang San mengaku, dan arahkan pistol ke arah mak dia. Tapi mak berkorban, tak bagi Kang San mengaku. Kenji tak sengaja tertembak mak dia.

Kang San sedih dan marah. Selepas baringkan mayat mak dia, dia cari Kenji dan cuba bunuh Kenji dengan berpakaian Bridal Mask. Tapi Kang To pula tembak dia.  Memang dia nak sangat bunuk Bridal Mask. Bridal Mask melarikan diri dan pulang semula ke rumah. Kang To follow. Baru lah dia tahu Bridal Mask tu abang dia. Bridal Mask mati.

Joo Won sebagai Bridal Mask Lee Kang To

Joo Won sebagai Bridal Mask 2 dan Lee Kang To

Selepas dapat tahu kenapa abang dia jadi Bridal Mask, Kang To pula jadi Bridal Mask untuk balas dendam kematian abang dia dan sambung perjuangan abang dia. Kang To dapat bunuh Kenji, tapi adik Kenji nampak dia. Adik Kenji ni kawan baik Kang To (Shunji). Haaa… Gitu lah ceritanya. Shunji pula balas dendam atas kematian abangnya. Beriya nak bunuh Bridal Mask, tanpa tahu yang Bridal Mask tu kawan baik dia.

Park Ki Woong sebagai Kimura Shunji Bridal Mask 2

Park Ki Woong sebagai Kimura Shunji

Drama ni berlatarbelakangkan Korea pada era 30-an. Era di mana Korea dijajah oleh Jepun. Jadi, selain dari kisah balas dendam, sekali dengan kisah rakyat Korea bangkit memperjuangkan kemerdekaan. Dalam cerita ni juga ada unsur-unsur cinta tiga segi. Bukan antara 3 orang, tapi 3 segi antara Kang To – Shunji – Mok Dan, Rara – Kang To – Katsuyama. Ehehe… Tapi cinta yang berbalas hanyalah antara hero dan heroin iaitu Kang To dan Mok Dan. Mok Dan ni anak pemberontak (Dam Sari), yang memperjuangkan kemerdekaan Korea.

Jin Se Yun sebagai Oh Mok Dan Boon Yi Esther Bridal Mask

Jin Se Yun sebagai Oh Mok Dan Boon Yi Esther

Ok, ni cerita aksi, ditambah unsur percintaan.  Oleh yang demikian, ada banyak scene lawan-lawan. Ok, of course aku skip bila tiba part lawan-lawan. Tengok sikit-sikit je nak tahu siapa yang mati, Bridal Mask cedera tak…. Kalau tak, lambat lah nak habiskan 28 episod. Selalu cerita Korea dalam 24 episod je, atau kurang.

Anyway, cerita ni memang best. Jelas menunjukkan yang balas dendam ni hanya akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban. Selain dari tu, cinta tak boleh dipaksa. 😀 Ada banyak part yang touching.

Siapa yang nak tengok boleh lah tengok. Tapi aku bagi amaran awal-awal lah. Cerita ni panjang. 28 episod. Ada banyak pergerakan yang slow juga, macam tenung orang lama-lama sebelum nak mulakan dialog.. Hehe.. Sudah tentulah aku banyak kali skip.

Drama Bridal Mask (juga dikenali sebagai Gaksital) menang Drama of The Year dalam 13th Republic of Korea National Assembly Awards, 2013. Selain dari itu, Hero (Joo Won) dan heroin ( Jin Se-Yeon) banyak juga menang award untuk drama ni.

Bridal Mask cerita korea best

Ok. Kebelakangan ni banyak juga cerita Korea yang aku layan. Lepas satu, satu aku layan. Tengok drama korea ni online je, kat epdrama.com. Sebenarnya, mula-mula aku nak tengok Protect The Boss. Hish……  Lepas ni stop sekejap. Siapkan thesis. Hehe.. Kejar deadline yeop!

WARIS SLOT SERAM TV3 – SINOPSIS, PELAKON & DOWNLOAD

WARIS SLOT SERAM TV3 – SINOPSIS, PELAKON & DOWNLOAD

Drama Waris sebanyak 13 episod terbitan Filmscape menemui penonton di Slot Seram TV3.  Ramai yang suka drama sambungan Kekasihku Seru ni. Peminat drama Kekasihku Seru mesti nak tonton cerita ni 😀

waris slot seram tv3

Waris Slot Seram tv3

PELAKON WARIS

Umie Aida (Mas Suri)

Emelda Rosmila (Marisa)

Fizz Fairuz (Rashad)

Hairi Othman (Waris)

Kuza (Mas Ayu)

Liza Shadan (Aida)

Mozalfa Faisa (Fariz)

Syamiem Alnisa (Sarah)

Fadzrin Danial (Amar).

 

SINOPSIS WARIS

Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.

Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.

Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.

Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.

Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.

Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

DOWNLOAD WARIS

Klik SINI untuk download drama Waris.

Kongsi sinopsis drama Waris ini dengan rakan-rakan FB anda dengan menekan butang share ini.

REVIEW PLAYFULL KISS DRAMA KOREA

REVIEW PLAYFULL KISS DRAMA KOREA

playfull kiss korea drama

Playfull Kiss korea drama. Sumber gambar: http://sunflowerbunss.wordpress.com

Buat masa sekarang ni, aku dok layan drama Korea bertajuk Playfull Kiss. Actually, ni drama It Started With A Kiss versi Korea. Sebelum ni aku pernah layan It Started With A Kiss (versi Taiwan), so aku boleh buat perbandingan kedua-dua drama ni. Walaupun cerita  ni dah keluar tahun 2010, tapi baru ni aku tengok.

Kalau di Malaysia, drama diadaptasi dari novel, tapi di Korea dan Taiwan, banyak drama diadaptasi dari komik, sebab industri komik mereka lagi maju ke depan. Cerita dari komik, ramai yang minat. Playfull Kiss vs It Started With A Kiss (ISWAK). Ermm.. Aku lagi suka tengok ISWAK. Sebab ISWAK lagi kelakar, happening. Plaufull Kiss aku rasa lagi boring. Uhuhu…

Heroin

Lagipun, heroin ISWAK comel. So, best tengok gelagat dia dalam cerita tu. Dia pegang watak clueless girl tu memang best. Playfull Kiss pula, di mata aku, heroinnya tak berapa nak comel. Hehe 😀

 Hero

Dalam cerita ni, heronya adalah seorang yang genius, mempunyai tahap IQ = 200. Dalam ISWAK, memang best tengok ke’genius’an hero nya. Memang menonjol. Tapi dalam Playfull Kiss, aku tengok  ke’genius’an hero nya tak berapa nak menonjol. Huhu 🙁

Kelakar

Dari segi tahap kelucuan, ISWAK memang kelakar habis. Aku rasa, dari awal sampai habis cerita aku dok gelak je. Haha3. Tapi PK ni, ermm.. payah nak buat aku gelak. Ngantuk pun ya. Huhuhu..

Ok, tu je. Review ringkas. Sinopsis cerita ni aku dah ceritakan dah dalam entry It Started With A Kiss Memang Kelakar.

p/s: Aku dah semakin malas nak update blog. Huwaaa….

IT STARTED WITH A KISS (ISWAK) MEMANG KELAKAR DAN BEST

IT STARTED WITH A KISS (ISWAK) MEMANG KELAKAR DAN BEST

it started with a kiss ISWAK taiwanese drama

It Started With A Kiss (ISWAK) adalah drama dari Taiwan yang diadaptasi dari manga Jepun bertajuk  “Itazura na Kiss” (Mischievous kiss) oleh Tada Kaoru. Untuk manga, ada 23 volume, tapi untuk drama bersiri ISWAK, cuma ada 20 episod sahaja.

Walaupun drama ni dah lama dah pun ditayangkan, sejak tahun 2005 lagi, tapi baru sekarang aku habis tengok cerita ni. Memang DVD drama ni dah lama dah ada dalam simpanan aku, cuma aku je yang tak tengok-tengok cerita ni. Almaklumlah, banyak sangat DVD Korea, dan Jepun yang kawan-kawan aku bekalkan masa aku di tahun akhir postgraduate dulu. Drama Taiwan rasanya memang kurang dalam simpanan aku.

 Kalau drama Melayu sekarang ni banyak adaptasi dari novel, tapi drama Korea, Jepun dan Taiwan banyak yang diadaptasi dari manga (komik). Sepanjang aku tonton cerita ni, memang gelak je lah tak habis-habis. Ceritanya memang kelakar sebab watak heroin yang bodoh, clumsy dan tak tahu apa tu memang boleh buat penonton gelak.

SINOPSIS IT STARTED WITH A KISS

Dalam cerita ni, hero, Jiang Zhi Shu (lakonan Joe Cheng) merupakan seorang yang genius, mempunyai tahap IQ 200, belajar dalam kelas A, dan sangat cool orangnya. Manakala heroin, Yuan Xiang Qin (lakonan Ariel Lin), seorang yang bodoh, belajar dalam kelas F dan cemerkap orangnya. Xiang Qin memang suka dekat Zhi Shu, siap bagi surat cinta depan-depan orang ramai, tapi di reject oleh hero. Perbezaan watak mereka ni memang ketara, tapi end up boleh jadi sweet couple juga lah. Tu pun setelah Xiang Qin dan bapanya berpindah ke rumah keluarga Zhi Shu setelah rumah mereka runtuh akibat gempa bumi. Ibu bapa Zhi Shu dan bapa Xiang Shin merupakan kawan satu kolej.

Ending cerita ni memang agak tak disangka-sangka jugalah. Hehe..memang kreatif pemikiran mendiang Tada Kaoru dalam mencipta manga yang best ni. Tapi aku tak berminat baca manga lah, tengok drama aku suka lah. Hehe 😀

Apapun, memang makan masa 2 minggu jugalah untuk aku khatamkan cerita ni. Memang kelakar habis lah si Xiang Qin ni. Aku rasa dah macam setiap scene dia buat orang gelak. Tapi dalam cerita ni sedih pun ada jugalah. Paling kasihan dekat Ah Jin, lelaki yang sama rendah IQ nya dengan Xiang Qin, tapi sangat menyintai Xiang Qin, tapi Xiang Qin sebelah mata pun tak pandang dia. Kasihan sungguh. 🙁

Apapun, aku rasa eager lah pula nak tonton sequel cerita ni, They Kiss Again. Tapi, yang tak bestnya, sequel cerita ni takde dalam simpanan aku. So, kena lah cari sendiri. Nak tengok online kat MySoju, makan masa pula nak hadap. Kalau line internet laju best lah. Nak download rasa malas pula nak menunggu. Cari je lah DVD ek. 😀

p/s: Oh ya. Aku suka OST drama It Started With A Kiss (ISWAK) ni, yang bertajuk Say You Love Me. Best. Layannn…

Say that you love me

Say that you care….

ISWAK VS PLAYFULL KISS (ISWAK VERSI KOREA)