RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON

RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON

Runtun Qalbu tv3 slot Zehra ganti Naziha

Runtun Qalbu TV3 Slot Zehra

RUNTUN QALBU TV3| Runtun Qalbu akan menggantikan drama Naziha yang telah menyebabkan ramai orang rasa geram tengok cerita tu. Geram-geram pun tapi tetap nak tengok juga cerita Naziha tu kan. ­čśÇ Sampai ada yang benci sangat dekat Erry Putra dek penangan watak Farok yang dibawa. Sampai ada yang menyumpah, lepas ni kalau Erry Putra berlakon watak apa pun, dia tetap akan benci Farouk. Haha… Kalau dah sampai macam tu sekali emosi penonton, maksudnya Erry Putra berjaya lah bawa watak jahat dalam drama Naziha tu. Kan..kan…kan… Ok, aku pun menyampah juga dekat si Farouk tu sebenarnya. Hehe..

Ok, apa pun, tu Naziha punya cerita. Lepas ni Qalbu punya cerita pula. Tajuk pun dah Runtun Qalbu, kan. So, Qalbu lah punya cerita. ­čśÇ Mulai 21 September, drama Qalbu akan ditayangkan di Slot Zehra, setiap Jumaat 9 malam.

Awal Ashaari vs Scha Al-Yahya. Siapa menang?

PELAKON RUNTUN QALBU

Kamal Adli (Qalbu)

Fasha Sandha (Idayu)

Fida Ibrahim (Ustazah Fatihah)

Shah Iskandar (Kelabu)

SINOPSIS RUNTUN QALBU

Runtun Qalbu mengisahkan kisah Qalbu, seorang lelaki yang luarannya berpakaian serba putih dan kerjanya menjaga bilik mayat. Tanpa banyak bicara dan lebih gemar merenung, Qalbu sebenarnya punya seribu satu kisahnya sebelum itu, namun tiada siapa mampu merungkai. Qalbu melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada masa yang sama, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada disebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan Ustazah Fatihah, seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji. Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

RM48 for 400 minutes, 200 SMS setiap bulan.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Menurut pengarahnya, Khalid, apa yang disangkakan penonton adalah tidak sama sekali dengan apa yang akan dipersembahkan nanti. Oleh itu, aku rasa macam nak tengok je drama Runtun Qalbu ni. Hehe… macam biasa, aku akan tengok drama Runtun Qalbu ni secara online ataupun download dulu kemudian tengok. Bergantung kepada keadaan semasa. Kot kalau aku rajin nak hadap tv dekat bilik tv, baru lah aku tengok live. Drama Adam dan Hawa yang sedang hangat dipasaran pun aku layan online je. hehe… malas nak download. Kat kampung ni Streamyx laju. Senang nak layan drama online. ­čśÇ

p/s: Apa yang anda akan buat jika ini berlaku pada kereta anda?

Sumber: myMetro. Eh eh.. Ada ke orang masak rendang guna pes tom yam?

Kongsi Sinopsis Runtun Qalbu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini.

SINOPSIS & PELAKON DRAMA ADAM DAN HAWA ADAPTASI NOVEL AISYA SOFEA

SINOPSIS & PELAKON DRAMA ADAM DAN HAWA ADAPTASI NOVEL AISYA SOFEA

adam dan hawa drama

Drama Adam dan Hawa

Drama Adam & Hawa sebanyak 80 episod akan ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 10 mlm setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Ramai yang tak sabar nak tengok drama Adam dan Hawa ni. Drama adaptasi novel Adam Dan Hawa hasil tulisan novelis terkenal Aisya Sofea sememangnya diminati ramai.

Tapi sayang, kan, tak ramai yang ada melanggan Astro Mustika. Ada yang sanggup melanggan Astro Mustika semata-mata untuk Adam Dan Hawa, tapi ramai juga yang tak sanggup. Jadi, untuk yang tidak melanggan Astro Mustika, boleh lah tengok kat Astrogempak ( http://www.astrogempak.com.my/ ). Tetapi untuk episod 1-4 sahaja┬á iaitu dari 27-30 Ogos je. ­čśÇ Kalau nak tengok episod-episod berikutnya, kenalah tunggu kot ada yang upload kat youtube, atau ada laman web yang upload drama Adam dan Hawa ni, boleh lah tengok secara online ataupun download Adam dan Hawa ni nanti. Aku pun tak melanggan Astro Mustika juga. Dan rasanya tak sempat kot nak layan cerita ni. 80 episod tu. Tapi kalau dapat download banyak-banyak, pastu buat marathon bila dah penat study, boleh kot. hehe ­čśÇ

Penggambaran drama Adam dan Hawa ini kebanyakannya dilakukan di Perth, Makkah serta India (Taj Mahal).

PELAKON ADAM DAN HAWA

 

Aaron Aziz – Adam Mukhriz
Nadiya Nisaa – Ain Hawani
Elfaeza Ul Haq
Dazrin Kamarudin – Johan
Shakila
Putri Sara
Anzalna Nasir
Norman Hakim
Rozie Rashid
Amyza Aznan
Lidyawati
Fazilah Mansor
Aznah Hamid.

SINOPSIS ADAM DAN HAWA

 

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. AhÔÇŽ Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Antara scene Adam Dan Hawa

Antara scene Adam Dan Hawa

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

gambar aisya sofea novel adam dan hawa

Aisya Sofea dan Ain Hawani

Aku dah baca novel Adam Dan Hawa ini beberapa tahun lalu. Novel ni akak aku yang beli. Tapi aku baca sekali je. Aku tahu ada orang dah baca novel ni sampai 10 kali. Walaupun dah beberapa tahun baca novel ni, aku masih ingat jalan ceritanya. Ain Hawani sangat tegas dan tegar meninggalkan Adam kerana rasa dirinya teraniaya. Haha.. Adam memang saje je lah, buat macam tu, supaya dapat kahwin dengan Hawa.

Drama ni 80 episod. Harap-harap tak meleret dan merapu sangat macam Drama Bicara Hati. Novel dah best, tapi drama?. Alahai… mula-mula layanlah, lama-lama pening tengok. Lagi lah pula drama ni ditayangkan di Astro Mustika. Bukan semua orang ada Astro dan yang ada Astro pun bukan semua yang beli Astro Mustika. Ramai yang kata kalau drama Adam Dan Hawa ini ditayangkan di TV3 mesti dapat rating tinggi dan ramai yang tonton. Ada juga yang kata heroin tak best. Ada yang nak Lisa Surihani, tak pun Siti Saleha yang jadi heroin. Huhu.. macam-macam permintaan. Apapun, tengok je lah nanti cerita ni macam mana.

Sumber: FB Adam Dan Hawa dan Facebook Drama Adam Dan Hawa.

Kongsi sinopsis Drama Adam Dan Hawa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini.

PELAKON & SINOPSIS KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3

PELAKON & SINOPSIS KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3

Drama Kau Yang Terindah akan mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam selepas episod terakhir Dejavu Di Kinabalu. Drama sebanyak 26 episod arahan Erma Fatima ini menjalani penggambaran di Mekah.

First time dengar tajuk Kau Yang Terindah ni di iklan TV, aku dah rasa macam tajuk novel je. Tapi drama ni bukan adaptasi dari mana-mana novel, ya. Cuma tajuk Kau Yang Terindah ni memang terasa macam familiar je. Tapi di mana ya? Hehe ­čśŤ

PELAKON KAU YANG TERINDAH

Firman (Hafil Andrio Putra)

Alisya (Neelofa)

Kapten Syamiel (Nazim Othman)

hafil andrio putra pelakon indonesia kau yang terindah

Hafil Andrio Putra

SINOPSIS KAU YANG TERINDAH

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya. Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel. Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Sumber: Peticinta

Kongsi sinopsis dan pelakon Kau Yang Terindah ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

PEALKON & SINOPSIS 7 RAMADHAN SLOT SAMARINDA TV3

PEALKON & SINOPSIS 7 RAMADHAN SLOT SAMARINDA TV3

drama 7 ramadhan slot samarinda tv3

7 Ramadhan merupakan drama 13 episod akan ditayangkan di slot Samarinda mulai 19hb Julai setiap Selasa hingga Rabu jam 10.30 malam, Khamis 9.30 ÔÇô 10.00 mlm sempena┬ákedatangan bulan┬ábulan Ramadhan. Tahun lalu, drama Ramadhan Terakhir mendapat sambutan yang baik dari para peminat drama melayu lebih-lebih lagi lagu tema drama tersebut, Jangan Lupa Namaku dendangan Pompa Bensin sangat diminati ramai.┬áDrama terbitan Radius One untuk slot Samarinda sempena bulan Ramadhan sememangnya diminati ramai. Drama 7 Ramadhan ini diarahkan dan skripnya ditulis oleh┬áShahrulezad Mohamedin.

Jika 2 tahun lalu dalam drama Syurgamu Ramadhan Elly Suriati sebagai ibu yang keras hati, ego, sombong dan bongkak kerana dia kaya, kini Elly memegang watak ibu yang daif.

┬áPemilik Perodua, pemeriksaan 20-poin PERCUMA┬áuntuk kereta anda! Dah nak raya ni kan┬á┬á­čśÇ

PELAKON 7 RAMADHAN 

Elly Suriati (Sufiah)

Fir Affandi (Ramdhani)

Ana Dahlia (Ana)

Tania Zainal

Mustapha Kamal

Sherry Abdullah

Nabila Huda

Roy Azman.

Samsung Galaxy S3 RM999 jer!

SINOPSIS 7 RAMADHAN 

Drama 7 Ramadhan mengisahkan Sufiah yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang dan membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang amat dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram meninggal dunia.

Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anaknya yang meninggal akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Batman datang lagi! The Dark Knight di pawagam!

Demi mengambil hati ibu Ana, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk merubah hidupnya  dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

p/s: Baca sinopsis macam dah tahu dah jalan cerita. Ni sama kes dengan Si Tanggang/Si Tenggang lah ni ­čśÇ

Sumber: Nurizspace

Kongsi sinopsis drama 7 Ramadhan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

SINOPSIS MISS OCTOPUS TV3

SINOPSIS MISS OCTOPUS TV3

drama miss octopus tv3

Miss Octopus TV3 9 malam bukan 10 malam

Drama bertajuk Miss Octopus disiarkan di TV3 mulai 24 Jun 2012 menggantikan Mentor 6 yang menyaksikan Carolyne dan mentornya Ella sebagai juara.

Management & Science University (MSU) menjadi lokasi utama penggambaran drama 13 episod terbitan Production PRIMEWORKS.

PELAKON MISS OCTOPUS

Rozita Che Wan (Cik Oktober)

Nabila Dally (Mira)

Fahrin Ahmad (Dr. Shah Reza)

Talha Harith.

SINOPSIS MISS OCTOPUS TV3 

Drama komedi Miss Octopus ini mengisahkan tentang seorang pensyarah perempuan, Cik Oktober yang berusia 35 tahun dan masih bujang. Puas maknya mendesaknya berkahwin, namun dia masih belum mempunyai calon suami dan takut untuk berkahwin hinggakan pinangan yang masuk pun ditolaknya. Kawan-kawanya yang lain semua dah berkahwin dan sedang menambah lagi keluarga. Sebenarnya, Oktobe fobia apabila melihat teman-teman rapatnya seperti Thalia bersalin. Berbeza pula dgn pelajarnya Mira yang sedang belajar dan kemaruk pula nak berkahwin tapi dihalang oleh ibunya. Mira hanya dibenarkan kahwin hanya selepas habis belajar.

Persaingan dan permusuhan diantara Cik Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar bermula apabila Cik Oktober yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan mengelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Persengketaa mereka menjadi semakin kelam kabut apabila pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza.

Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti perempuan yang gedik. Namun Dr Shah Reza tidak begitu selesa dengan sikap Cik Oktober kerana lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

Saksikan kesudahan drama pensyarah dan pelajar merebut jejaka yang sama ini mulai 24 Jun 2012, setiap Ahad jam 9  malam di TV3.

>> download Miss Octopus di sini <<

p/s: Dah terlepas tengok episod pertama. Tapi tengok teaser dia, kelakar juga lah. Boleh lah layan cerita ni nanti ­čśÇ

Sumber: CTHoney

Kongsi sinopsis Miss Octopus ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.

BUKAN BIDADARI SLOT LESTARY TV3

BUKAN BIDADARI SLOT LESTARY TV3

pelakon bukan bidadari slot lestary tv3

Bukan Bidadari Slot Lestary tv3

Drama Bukan Bidadari menggantikan drama 3 Janji bermula pada 19 Jun 2012, setiap hari Selasa jam 9 malam. Bukan Bidadari yang mendapat sentuhan sutradara Faisal Ishak di bawah penerbitan Filmscape Production dan skrip oleh Zuli Ismail.

Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup merosakkannya.

Drama Bukan Bidadari menampilkan pelakon muda yang kini sedang menempa nama.

PELAKON BUKAN BIDADARI SLOT LESTARY TV3

Nad Zainal (Inas)

Azlee Khairi (Kamal)

Shaarnaz Ahmad (Ariff)

Sara Ali (Ayu)

Fiza Halim (Suraya)

Zuhairi Ibrahim (Ibrahim)

Muniff Isa (Shidi)

Azhar Sulaiman (Roy)

Liza Zain (Hawa)

Wan Raja (Ali).

Wanita ini sanggup mencuri RM 840 Ribu untuk berkahwin!

SINOPSIS BUKAN BIDADARI TV3

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Nak jadi orang yang pertama guna iPhone 5?. Klik kalau berhajat. Mungkin anda bakal menjadi orang pertama yang memiliki iPhone 5. Mana tau ada rezeki, kan. ­čśÇ┬á

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur, Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Penonton yang terlepas menyaksikan Naziha dan Bukan Bidadari boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Download Bukan Bidadari.

p/s: Hik hik. Ada Sharnaaz Ahmad lah. Teringat salah satu komen kat Youtube, ada yang tengok drama Bicara Hati semata-mata sebab nak tengok Sharnaaz Ahmad yang handsome ­čśÇ

Sumber: tv3.com.my

Kongsi Sinopsis dan Pelakon Bukan Bidadari ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.