Ultrabook Toshiba Portege Z830. Kali pertama aku dengar perkataan ultrabook ini ketika aku terbaca entri di blog Denaihati ni, di mana blog Denaihati telah dijemput ke majlis penerangan gadget terbaru dalam pasaran ni, anjuran bersama Intel Electronics Malaysia, Toshiba dan Media Contacts di pejabat Intel Electronics Malaysia. Kalau notebook, laptop, desktop aku biasa dengar. Maklumlah, aku ni bukannya gadget maniac.
Apa itu ultrabook?
Kali pertama dengar perkataan Ultrabook masa tu, dan tertanya-tanya juga ‘ultrabook tu apa?’. Difikiranku terbayang yang ultrabook ni sama dengan notebook kot. Tapi akhirnya aku temui jawapan mengenai ultrabook ini di akhir entri tersebut, di mana ultrabook diklasifikisan dengan beberapa ciri seperti instant on (load dalam 2 saat dari sleep), instant connect (sambung internet laju), nipis, processor generasi kedua, bateri tahan lama dan lain2 seperti yang dijelaskan oleh Faiz Mohamad Nor.
Ciri-ciri menarik Ultrabook Toshiba Portege Z830
Toshiba bukanlah syarikat pertama yang mengeluarkan ultrabook. Tapi, setakat ini, Toshiba Protege Z830 adalah ultrabook 13.3″ yang paling ringan dan nipis (15.9 mm sahaja). Ia diperbuat daripada aloi magnesium, menyebabkan ia ringan (1.12kg). Best ni, ringan dan nipis. So nanti takde lah berat je rasa bahu ni memikul sebab aku prefer guna back pack. 😀
Bukan sahaja ringan dan nipis, malah Toshiba telah mendakwa bahawa Toshiba Protege Z830 juga boleh tahan tekanan sehingga 100 kg. Maksudnya di sini, jika ada orang yang terduduk di atas ultrabook ini, ia takkan terbelah dua. Tapi kalau berat orang tu lebih dari 100 kg, terbelah dua juga lah kot. Hehe 😀
Papan kekunci Ultrabook Toshiba Portege Z830 ni kalis air. Baterinya 8-sel Li-Ion. Biasanya hanya 4/6 sel bateri sahaja untuk ultrabook keluaran syarikat lain. Dengan menggunakan 8-sel Li-ion bateri, ini bermakna bateri ini boleh tahan sehingga lebih dari 8 jam.
Protege Z830 dilengkapi dengan semua port yang diperlukan seperti Ethernet (LAN), HDMI, VGA (penting untuk projector) dan juga card reader. Untuk mereka yang selalu membuat presentation, memang sesuai guna Protege Z830 ini.
Antara spesifikasi Toshiba Protege Z830 Ultrabook :-
13.3” WXGA HD LED Backlight TFT display
Intel Core i5 or i7 Processor
6GB DDR3 RAM
128GB SSD
2 X USB 2.0, 1 X USB 3.0 (Sleep and Charge), RGB, HDMI, SD Card reader, Ethernet LAN port, Kensington lock
Multi-touch trackpad with physical click button.
Tapi, aku rasa agak sedikit terkilan ketika terbaca komen di blog yogaretnam bahawa Portege Z830 di pasaran Malaysia ini tidak didatangkan dengan backlit keyboard. Huhu…rasa terkilan sedikit sebab kalau ada backlit keyboard kan bagus. Boleh buat kerja dalam gelap. Takdelah nak taip pun meraba-raba. Ya tak?. Bukan apa, kadang-kadang duduk lama-lama dalam kereta pun terasa boring, kalau boleh buat kerja dan menaip pun bagus juga. Boleh layan blog, update entri, blogwalking… hehe 😀
Ok, jom layan video review Toshiba Protege Z830 ni.
Harga Toshiba Protege Z830:
Toshiba Protege Z830 model Core i5 = RM 3,999
Toshiba Protege Z830 model Core i7 = at RM 4,799
Kedua-dua model didatangkan dengan 128GB SSD.
Pergh, harga dia. Boleh dapat 2 biji laptop Dell yang aku guna sekarang ni. Tak mampu lah aku nak memiliki. Tapi kalau dapat percuma, menang dari contest projek review Ultrabook Toshiba ni, memang best lah. Buat entri ni membuatkan aku mengidamkan ultrabook ni pula. Hik hik.
Tapi tak mustahil untuk aku dapatkan ultrabook ni. Anda para pembaca review ini boleh tolong aku dapatkan ultrabook ini dengan meninggalkan komen,FBlike, Retweet, Linkedin dan Google + 1. Sokongan dari anda pembaca sekalian amat dihargai. 😀
Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai ciri-ciri menarik Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini dengan menekan butang share ini. Mungkin rakan-rakan anda berminat nak membeli.
Perlu memilih antara 2 gadget hebat yang menjadi idaman agak mengelirukan juga. Yang mana satu yang patut dipilih?. Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1. Pilihan haruslah tepat, berdasarkan keperluan dan penggunaan.
Aku bukanlah kaki gadget, handphone yang sedia ada pun cuma handphone basic, yang hanya boleh SMS dan buat/terima panggilan sahaja. Tapi, semenjak dua menjak ini, terutama sekali apabila 2 orang adik aku menggunakan Samsung Galaxt Tab 7.7, aku mula tertarik untuk menggunakan Tab ini kerana fungsinya yang aku fikirkan boleh medatangkan manfaat padaku. Jadi, aku mula mengidamkan Samsung Galaxy Tab 10.1.
Namun begitu, kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini. S pen juga boleh digunakan untuk ambil nota. Conteng aje leh skrin tu dengan S pen ni. 😀
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
Kelebihan Samsung Galaxy Note
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.
Boleh baca ulasan penuh Samsung Galaxy Note di SINI.
Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1 yang cun 😀
Samsung Galaxy Tab 10.1 didatangkan dengan Android 3.1 (Honeycomb) OS terkini, paparan 10.1″ WXGA 1280×800 dan pemprosesan 1GHz Dual Core. Walaupun SGT 10.1 tidak mempunyai Microsoft Office, tetapi ia mempunyai Polaris Office untuk menyokong word dokumen termasuk PDF.
SGT 10.1 menggunakan 4000 mAh bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam pada penggunaan biasa. Berbanding dengan Samsung Galaxy Note, SGT menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.
Tiada USB port disediakan. Namun, USB boleh disambungkan ke GST 10.1 ini dengan menggunakan USB adaptor yang boleh didapati dengan harga RM 79.
Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia: RM 1,899.
Boleh baca review penuh Samsung Galaxy Tab 10.1 ini di SINI.
Samsung Galaxy Note atau Samsung Galaxy Tab 10.1?
Yang mana 1?. Susah juga nak pilih, tapi aku akan pilih ikut penggunaannya. Walaupun kehadiran Samsung Galaxy Note sedikit menggoyahkan pendirianku untuk memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1, tapi akhirnya aku tetap dengan pilihan pertama ku. Bagi aku, Tab 10.1 mempunyai beberapa ciri yang aku mahukan.
Samsung Galaxy Tab 10.1 beserta keyboard. Kredit foto: pocket-lint.com
Minat aku terhadap Samsung Galaxy Tab 10.1 semakin mendalam apabila keyboard boleh disambungkan kepadanya. Bagi aku, ini memudahkan kerja-kerja yang hendak aku lakukan. Mesti ramai yang cakap, baik beli laptop je kalau macam tu. Tapi, laptop lagi berat dan lebih susah nak dibawa ke sana ke mari. Lagipun, kalau tak mahu menaip, tak perlulah pasang keyboard tu.
Aku suka saiznya yang besar kerana memudahkan aku untuk membaca, sama ada ketika melayari internet mahupun ketika membuat tugasan menggunakan Polaris Office. Bolehlah aku baca journal yang dalam format PDF dan juga menulis thesis hanya dengan menggunakan Tab ini walaupun ketika menunggu makanan di kafe.
Tapi kalau rasa nak merehatkan minda, boleh juga update blog, mahupun blogwalking di mana-mana. Senang sikit nak blogging kan?. Selain dari tu, bolehlah juga komen-komen status di FB dan berbalas tweet dengan rakan-rakan di Twitter dengan segera. Takde lah macam sekarang ni, kadang-kadang dah 2-3 hari baru aku balas tweet rakan-rakan sebab aku hanya menggunakan laptop sahaja untuk online.
Aku hanya berangan-angan untuk memiliki SGT ni. Kepada pengguna-pengguna Samsung Galaxy Tab 10.1, atau pun yang dah sedia memiliki Samsung Galaxy Note, boleh lah share pengalaman anda menggunakannya di ruangan komen. Bolehlah aku baca sebagi input tambahan kepadaku. Sharing is caring. 😀
p/s: Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri untuk Contest Gadget Impian ini. Inilah kali pertama aku menulis entri tentang gadget, walaupun terkial-kial, tapi siap juga akhirnya. Setiap like, retweet, G+ dan komen yang diperolehi untuk entri ini akan memberikan markah kepadaku. Kalau menang, boleh lah aku dapat gadget impian aku ni, iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 ni. :D.