Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
TIP PILIH BRA UNTUK IBU MENGANDUNG / HAMIL

TIP PILIH BRA UNTUK IBU MENGANDUNG / HAMIL

Ketika mengandung, perubahan saiz dan bentuk payudara akan berlaku. Ini kerana sewaktu mengandung buah dada membina tisu-tisu yang lebih banyak untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.

Terdapat pelbagai jenis bra / coli untuk wanita-wanita mengandung atau yang sedang menyusukan.  Pemakaian coli semasa mengandung atau ketika menyusukan bayi adalah pilihan peribadi seseorang wanita. Walau bagaimanapun, memakai coli yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara amnya akan berasa lebih selesa jika memakai coli.

tip pilih coli bra yang sesuai untuk ibu mengandung

 

Coli Berdawai Tidak Sesuai Untuk Ibu Mengandung / Menyusukan Bayi

Ramai wanita suka memakai coli berdawai. Apabila  diberitahu coli berdawai tidak digalakkan dipakai ketika mengandung atau semasa menyusukan bayi, mereka jadi keliru. Sebab utamanya ialah kerana bentuk buah dada anda sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah atau berkurangan pada waktu siang, kerana susu sedang giat dihasilkan dan dikeluarkan.

Pengumpulan cecair pada akhir kandungan juga boleh menyebabkan buah dada membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, coli berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar. Tekanan ini menyebabkan saluran susu tersekat.

Walau bagaimanapun, sekarang ini, terdapat coli penyusuan yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk  buah dada.

Coli Yang Sesuai Untuk Menyusukan Bayi

Coli yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita yang menyusukan. Coli mengandung dan coli menyusukan sebenarnya adalah sama.

Tip Memilih Coli Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

  • Ketika memilih bra, cuba buka dan tutup cawannya. Kebanyakan coli boleh dibuka untuk menyusukan dan sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain.
  • Carilah coli yang boleh dibuka keseluruhan cawannya, berbanding dengan jenis “pintu bumbung” yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan.
  • Ada juga jenis coli : yang mempunyai kancing dihadapan dan bahu.

bra boleh buka depan untuk susukan bayi

Cara Jaga Coli / Bra

Penjagaan coli yang baik membolehkan coli anda bertahan lama sepanjang anda mengandung dan juga beberapa bulan selepas itu. Oleh itu, anda haruslah menjaganya dengan baik.
  • Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang coli kerana susu anda perlu lebih kerap menukarkannya dengan kerap kerana kadangkala susu anda meleleh.
  • Basuh coli dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat kerana ini akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit.

 

Waktu Yang Sesuai Untuk Bertukar Bra Yang Sesuai Ketika Mengandung

 

Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kandungan. Bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar lebih awal daripada wanita yang lain. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk bertukar bra adalah berbeza untuk setiap wanita.

Secara amnya, perubahan akan berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya yang sesuai untuk mencari coli mengandung, jika belum mula memakainya.

Anda boleh memakai genie bra yang sangat laris di pasaran sekarang ini. Ramai yang suka memakai genie bra ini kerana ianya sangat selesa dan menyerap peluh.  Selain dari itu, bentuknya yang tak bertali seperti sport bra menampakkan bahagian payudara dan belakang badan kelihatan kemas (lemak-lemak berlebihan di belakang badan tidak kelihatan).

genie bra classic 3 pcs

Genie Bra Classic Box as seen on tv original murah

Sekotak mengandungi 3 helai (warna beige, putih dan hitam). Harganya juga berpatutan iaitu RM 65 untuk Semenanjung dan RM 70 untuk Sabah dan Sarawak. Kos penghantaran pula adalah PERCUMA. Genie Bra ini didatangkan dengan 5 saiz yang berbeza iaitu saiz S, M, L, XL dan XXL Anda boleh hubungi / SMS / WhatsApp ke 019 – 6263 820 untuk mendapatkan genie bra ini.

saiz genie bra

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku set up kedai online e-commerce sendiri dengan PERCUMA menggunakan ecwid. Salah satu target aku tahun ini ialah ada produk sendiri dan online store sendiri. Kini, e-commerce online store aku yang pertama telah pun siap. 🙂

Ya, aku tahu, kalau upah orang lagi senang. Jimat masa dan tenaga. Tapi aku suka buat sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Self satisfaction. Dan lagi satu, aku rasa added value pada diri sendiri. Sebab aku dah reti buat 1 lagi benda. Hehe… Skill baru lah ni kiranya. ^_^

Anyway, kedai online ni aku letakkan dalam menu di blog ini. Aku jual genie bra, slimming suit dan arm shapper (bengkung lengan). Simple je kedai ni. Nak setup pun tak susah memandangkan aku pernah set up kedai e-commerce juga sebelum ni di laman web 1nita dengan di guide oleh Noorizam Shah (pakar ebay). Cuma aku kurang berminat dengan kedai online aku yang kat laman web 1nita tu. Tapi ada juga lah sales datang dari laman web tu.

genie bra slimming suit bengkung lengan arm shapper

Genie Bra, Slimming Suit dan Arm Shapper

Tak lama pun masa yang diambil untuk set up kedai online ni. Sebab memang simple cara set up e-commerce online store di ecwid ni. Buat malam tadi, memandangkan mata dah mengantuk time tu, so pergerakan pun slow sikit. Kalau tak malam tadi lagi dah siap kedai online ni. Total adalah dalam 6 jam untuk siapkannya.

Meh datang kedai online aku ni. Cuci mata pun boleh. Klik je link di bawah ini :

Genie Bra Original Murah