Angpaw purse ni antara beg yang boleh dijahit oleh newbie / beginner dalam dunia jahitan beg, Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia jahitan beg, boleh cuba jahit angpaw purse ni. Cara jahit dia senang je, dan tak perlukan banyak kain. Guna kain perca pun boleh.
Boleh tonton video tutorial cara mudah jahit angpaw purse ni, 3 step je dah siap. Tutorial ni ringkas, tak sampai 1 minit. Habis tengok tutorial ni boleh lah terus jahit angpaw purse ni.
Subscribe Youtube Shida Jahit Tenang-tenang untuk lebih banyak tutorial jahit : Klik Sini Untuk Subscribe
Kebelakangan ni suka layan pelbagai jenis tote bag. Macam syok pula layan patern tote bag ni. Rasa nak masterkan diri jahit tote bag dulu. Dah expert yang ni, tukar beg lain pula.
Video tutorial cara mudah jahit Tote Bag Berzip (Recessed Zip) ni orang Jepun yang buat. Boleh lah faham apa step yang dia buat walaupun bahasa dan tulisan yang digunakan dalam Bahasa Jepun.
Berkenan sangat cara dia jahit zip tu. Sebab aku memang cari cara jahit zip tote bag, zip tu tutup penuh semua bahagian mulut beg.
Banyak tutorial tunjuk cara jahit zip yang perlu buat zip tab dan ada lebihan zip. Tak nak style tu. Aku suka style yang macam ni. Tutup penuh keseluruhan atas bag.
Banyak dah tengok tutorial kat youtube cara untuk buat boxy pencil case. Tapi ni lah tutorial yang paling aku suka. Nampak senang dan insyaAllah aku boleh follow. Lagipun, aku memang suka jahit beg yang tak ada bias binding. Lepas ni boleh lah on projek pencil box 🙂
Inilah hasil kejadiannya :
Sejak bulan 10 tahun lepas, aku mula menjahit beg. Dah jadi hobi dah sekarang ni menjahit. Tapi jahit baju belum belajar lagi. Tahu jahit beg je. Hihi… Alhamdulillah, dah macam-macam jenis dan pattern beg aku dah jahit 🙂 Nanti lah ye, lepas ni aku post kat blog ni pula beg-beg hasil tangan sendiri.
Jadi, lepas ni akan ada banyak tutorial menjahit beg yang akan diabadikan dalam blog ni. Senang untuk aku buat rujukan apabila nak menjahit nanti. Sekaligus boleh membantu orang lain yang juga mencari tutorial jahit beg dengan mudah.
Ok, that’s all update ringkas buat masa ni. Dah lama tak update blog ni. Dah rindu tahap gaban dah dengan blog ni. Almaklum. sibuk dengan bisnes baju kurung terkini. InsyaAllah, lepas ni akan rajin-rajinkan diri update blog ni.