BUFFET RAMADHAN 2013 DI HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU SEDAP & BANYAK PILIHAN

BUFFET RAMADHAN 2013 DI HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU SEDAP & BANYAK PILIHAN

Ahad dan Isnin lepas aku berpeluang menikmati hidangan buffet Ramadhan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Peluang ni tak datang selalu. Aku memang tak biasakan diri makan buffet Ramadhan di hotel ni. Tapi ni kenapa aku makan buffet Ramadhan kat Hotel Grand Paragon pula tu?. Heee… Tak lain dan tak bukan sebab orang belanja. Siapa belanja?. Sifu aku belanja 🙂

buffet ramadhan sedap di hotel grand paragon johor bahru JB

Kenapa aku kurang gemar makan buffet kat hotel?. Sebabnya ada dua je. Pertama sebab mahal. Kedua sebab tak sedap. Ha ha ha…. Jadi, bila sifu kata dia belanja kami makan di hotel ni, dalam fikiran aku dah set, mesti tak sedap. Tapi kan, jauh meleset tau sangkaan aku ni. Sedap ok. Sedap. Diulangi sekali lagi, makanan buffet Ramadhan kat Hotel Grand Paragon JB ni memang sedap.

Dah lah tu, makanannya banyak pula tu. Dekat ball room tempat makan tu, dari pintu sehingga ke hujung dinding bilik tu, sepanjang-panjang tu ada makanan. Macam-macam ada sampai aku pun tak snap gambar-gambar makanan yang beratur tu.

Masa hari kedua, ada orang lain selain dari kami perserta-peserta seminar tu, aku dengar dia cakap “Banyaknya makanan. Ni sampai sahur”. Aku senyum je dengar. Since aku dah makan hari ke-2, so tak terperanjat tengok makanan yang macam-macam ada tu. Ni sebahagian je makanan yang diambil. Kena ambil makanan secara berperingkat. Kalau tak, tak muat meja.

buffet ramadhan 2013 di hotel yang sedap

1st day tu, siap member aku cakap, esok pun mesti menu yang sama. Biasalah, hotel kan. Tapi sekali lagi sangkaan kami meleset. Menu tak sama. Ada yang sama, ada yang tak. Waahhh! Impressive. Dan yang paling penting, sedap. 🙂

Bila makan buffet kat hotel ni, memang kena pandai susun strategi makan. Supaya tak membazir bayar mahal-mahal, tapi makan sikit je. So, group aku, kami makan dulu, then berhenti pi solat, lepas solat sambung balik makan. Makan nasi last sekali. Kalau makan nasi dulu, jawabnya dah tak boleh makan menu yang lain. Makan slow-slow. Jangan gelojoh, nanti cepat kenyang. Aku memang stay sampai pukul 8.45 malam. Hehe…. Memang aku buat rekod juara orang terakhir habis makan untuk dua-dua hari tu. Don’t worry, guna teknik ni perut tak rasa penuh sangat pun. Aku OK je. Makan slow-slow je kan 😀

Itupun, tak semua makanan aku rasa. Ada juga yang aku tak sempat rasa. Banyak sangat makanan kan. Last sekali aku makan ais krim lah kan. Sebagai penutup. Satay pun ada, cuma satay ayam liat sikit, tapi satay daging lembut dan sedap. Mushroom soup, memang sedap. Durian goreng memang marvellous.  Apa lagi?. Udang sambal, lala.. sedap. Macam-macam lah ada. Tak terkira.

Memang pandai sifu aku pilih tempat untuk belanja kami. Dia dah buat survey, hotel mana kat JB ni buffet Ramadhan paling sedap dan best ada banyak pilihan. Sebab tu dia belanja kami makan buffet Ramadhan di Hotel Grand Paragon ni. Ammak!. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga.

Harga Buffet  Ramadhan di Hotel Grand Paragon

Dewasa – RM80++/seorang

Kanak-kanak (4-12 tahun) – RM40++/seorang

Alamat HOTEL GRAND PARAGON SDN BHD

 18, Jalan Harimau,

Taman Century, 80250,

Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Untuk tempahan / pertanyaan :

Tel : +607-268 5222 Fax : +607-268 5333

BUFFET RAMADHAN DI JOHOR BAHRU

BUFFET RAMADHAN DI JOHOR BAHRU

Sepanjang bulan Ramadhan, memang banyak restoran-restoran menawarkan promosi buffet Ramadhan. Macam-macam menu menarik disediakan. Berikut adalah beberapa promosi buffet Ramadhan yang terdapat di sekitar Johor Bahru.

BUFFET RAMADHAN 2012 JOHOR BAHRU

buffet ramadhan di johor bahru

Promosi buffet Ramadhan Selera Johor

>>  Cinta 20 sen. So sweet! <<

1. RESTORAN PUCUK REBUNG

 

Menu: 28 masakan kampung, resepi tradisi Johor dan Semenanjung yang terkenal.

Harga: RM 28.00 (Dewasa),  RM 12.00 (Kanak-kanak).

Masa: 7 malam – 10 malam.

Tarikh: 21 Julai – 17 Ogos 2012.

No. Telefon: 010-8291889 / 010-8291899

Alamat: No. 7, Jalan Kebun Teh 1, Pusat Perdagangan Kebun Teh, 80000 Johor Bahru, Johor (Berhampiran CIMB Bank)

 

 

2. RESTORAN SHAHAB BERIANI HOUSE

(JB FAMOUS BERIANI HOUSE)

Menu: Aneka masakan beriani, kuih-muih & makanan tradisional berbuka puasa.

Harga: RM 24.00 (Dewasa),  RM 12.00 (Kanak-kanak).

Promosi: Percuma buffet untuk dewasa (seorang) bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk 1 bil / tempahan makanan secara online untuk kumpulan (100 orang).

No. Telefon: 07-5214339

Lokasi: No 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.

Cawangan: G15, Jalan Mutiara Emas 9/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.

Blog: http://shahabberiani.blogspot.com

p/s: Dah pernah makan kat sini. Baru je minggu lepas rasa nasi beriani gam berlaukkan daging lembu. Memang sodap!.

>>  Crazy Mega Sales Offer! <<

 

3. ALONG CATERING

 

Menu #1: Set nasi tomato @jagung. (RM15.00)

  • Ayam masak merah
  • Daging masak kurma
  • Acar timun nenas
  • Dalca
  • Mee goreng
  • Air Sirap
  • Percuma buah kurma, teh O dan 2 jenis kuih.

Makan secara dulang: set nasi ambang cuma RM5.00. Min 50 orang – percuma Teh O.

 

Menu #2: Set Melayu (RM14.00)

  • Nasi putih
  • Ayam masak gulai asam pedas
  • Ikan kembung goreng
  • Sayur cap-cai
  • Ulam-ulam kampung + sambal belacan
  • Bubur kacang hijau @ Set roti jala
  • Buah tembikai
  • Air sirap limau
  • Percuma buah kurma, teh O dan 2 jenis kuih.

No telefon: 012-7038303

Lokasi: Restoran Jom Makan, No. 75, Susur Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru.

Website: www.alongcatering.com

Emel: along.catering@yahoo.com.my

FB: Along Catering Johor Bahru

 

buffet ramadhan jb d serai corner

4. RESTORAN D’SERAI CORNER

 >> Kisah cinta 20 sen Razali dan Izyan  <<

Menu: 40 jenis lauk / masakan ala-kampung

Harga: RM 19.90 (Dewasa),  RM 14.90 (Kanak-kanak).

No. Telefon: 016-6664009 / 016-7404009

Alamat: AC-4, Auto Centre Pandan City, 81100 Johor Bahru, Johor

Emel: ogyman@yahoo.com.my

FB: dseraicorner

 

5. ABAH BERIANI HOUSE

 

Harga: RM 25.00 (Dewasa),  RM 12.00 (Kanak-kanak).

No. Telefon: 016-6664009 / 016-7404009

Alamat: No. 12, Jalan Padi Emas 6/1, Pusat Bandar Tampoi (BBU), Johor Bahru, Johor

Emel: abahberianihouse@yahoo.com.my

FB: Abah Beriani House

 

6. OTAI STEAMBOAT BBQ & GRILL

 

Harga: RM 19.90 (Dewasa),  RM 9.90 (Kanak-kanak).

No. Telefon: 017-7066880 / 017-7282286

Alamat: 17, Jalan Idaman 3, Larkin Idaman, Johor Bahru, Johor

>> Sesuatu yang anda perlu cuba sekali seumur hidup <<

Sebenarnya memang ada banyak lagi buffet Ramadhan di merata tempat. Tapi ini adalah antara yang aku terjumpa di iklan buckjet. Buat masa ni memang aku belum lagi try makan buffet Ramadhan di mana-mana tempat sebab baru 2 hari berpuasa dan makan masakan ibu yang paling lazat ni. Hehe. 😀 Tapi Shahab Beriani tu memang sedap. Tak muak makan nasi beriani yang dimasak menggunakan cara tradisional tu. Atau kalau nak makan seefood, yang glamour di Johor ialah Senibong. Entri untuk Senibong ni pun tak siap lagi. 🙁

p/s: Oh, bulan lepas berpeluang merasa makanan Buffet Ramadhan di salah sebuah hotel di Selangor. Belum siap lagi entri food review untuk Buffet Ramadhan hotel tersebut. InsyaAllah, akan siapkan bila berkesempatan nanti.  Dah lama stop blogging ni, so ada banyak entri makan-makan dan juga entri jalan-jalan yang tertangguh 😀

Oh ya, dah baca TIP BERBUKA PUASA ni?

Kalau nak makan buffet Ramadhan kat hotel, boleh try Buffet Ramadhan di hotel ni. Sedap. 😉

Kongsi senarai tempat buffet Ramadhan di Johor Bahru ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.