Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
Exam Penolong Pegawai Tadbir N29 – Apa Nak Study?

Exam Penolong Pegawai Tadbir N29 – Apa Nak Study?

Pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) telah keluarkan panggilan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi 15 Ogos 2018. Peperiksaan pada hari Rabu. Bermula jam 8 malam hingga 9.40 malam.

jadual peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 Ogos 2018

Jadual peperiksaan penolong pegawai tadbir N29 Ogos 2018

.

Untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 tahun ini, hanya ada 2 seksyen yang akan dinilai :

.

Seksyen A: Pengetahuan AM :

Kali ini khusus penilaian untuk pengurusan sumber manusia, perancangan dan pentadbiran sosial infrastruktur, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan dalam dan luar negara.

.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah :

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon

.

Persediaan Exam Penolong Pegawai Tadbir

.

Apa Nak Study Untuk Lulus Exam Penolong Pegawai Tadbir PPT N29?

.

Untuk Seksyen A (Soalan Pengetahuan Am PPT N29):

Mengikut pengalaman, ramai calon mengeluh untuk seksyen A, iaitu soalan pengetahuan am.

Skop untuk soalan pengetahuan am begitu luas. Calon umpama kena tahu banyak benda.

Sebenarnya ianya lebih kepada ‘either you know or you don’t know’. Bergantung kepada pengetahuan yang anda ada.

.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Exam PPT N29

soalan pengetahuan am exam penolong pegawai tadbir n29

Contoh soalan pengetahuan am exam penolong pegawai tadbir N29

.

Untuk calon yang lepas kami bekalkan nota-nota ringkas yang merangkumi maklumat-maklumat yang biasanya ditanya dalam siri peperiksaan SPA. Kami kumpulkan dan jadikan nota untuk rujukan pantas anda.

Alhamdulillah ianya telah berjaya membantu ramai calon sebelum ini.

lulus sibuk kerja

Lulus exam walaupun sibuk berkerja. Nota yang diberikan sangat membantu.

.

Untuk Seksyen B (Soalan Matematik PPT N29):

Untuk seksyen B, anda perlu buat persediaan yang lebih khusus.

Caranya, anda cari semula soalan-soalan matematik masa SPM yang lalu. Silibus soalan hanya setakat SPM sahaja. Tak perlu advance sangat. Matematik Moden ya. Bukan Matematik Tambahan.

Ianya lebih kepada kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep serta kebolehan berfikir secara kualitatif.

.

Contoh Soalan Matematik Exam PPT N29

contoh-soalan-matematik peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 exam ppt

Contoh soalan pengetahuan am exam penolong pegawai tadbir N29

.

Owh satu lagi, untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir, ada penilaian berbentuk kemahiran logik.

Soalan kemahiran logik ni macam soalan IQ (IQ Test). Anda perlu sedikit masa untuk faham dan kaji soalan sebelum jumpa jawapan.

Selebihnya ianya menilai kemahiran menginterpretasi data. Tak susah untuk penilaian ini. Anda cuma perlu baca dengan berhati-hati dan fokus kepada data yang diberikan. Anda akan diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

.

Rujukan Lengkap Nota, Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk rujukan khas bagi membantu persediaan anda dengan lebih pantas, boleh gunakan rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.
ebook exam penolong pegawai tadbir ppt n29 ecover 3d
KLIK SINI Untuk Info Lanjut

Rujukan ini mengandungi :

>> 195 mukasurat
>> 90+ Nota ringkas
>> Lebih 100 soalan & jawapan
>> Huraian format 2018
>> Tips exam 2018

Psstt: Rujukan ini bukan buku fizikal. Ia adalah ebook, anda boleh download dan baca di PC, fon dan juga boleh print. Anda akan dapat link download rujukan ini selepas pembelian anda disahkan.

Ini Yang Bakal Anda Dapat :

nota seksyen A soalan pengetahuan am exam penolong pegawai tadbir n29

nota seksyen b soalan matematik exam penolong pegawai tadbir n29

jawapan dan cara penyelesaian

formula matematik

SAYA NAK NOTA NI! KLIK SINI Untuk Dapatkan Rujukan Ini Sekarang

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 – Gaji, Tugas, Syarat Lantikan & Peperiksaan

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 – Gaji, Tugas, Syarat Lantikan & Peperiksaan

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian : Kementerian Pertahanan
Jabatana : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 :

gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

.
.
Syarat Bahasa Melayu
.
.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
.
.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
.
.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir PPT N29:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
.

Cara Mohon Kerja Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

.
Jika anda ingin menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi SPA (spa.gov.my).

Bagi lantikan negeri, anda boleh memohon di laman web SPA Negeri yang anda mahu mohon.
.

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29

.
Calon-calon yang menepati kelayakan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dipanggil menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 terlebih dahulu, sebelum dipanggil temuduga. Peperiksaan boleh diadakan secara online mahupun offline, bergantung kepada negeri.

Calon-calon yang dipanggil ke exam Penolong Pegawai Tadbir N29, perlu buat persediaan yang rapi untuk lulus kerana perlu bersaing dengan beribu-ribu orang calon.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 

 

Untuk memudahkan anda buat persediaan, anda boleh buat persediaan menggunakan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang disediakan oleh Infokerjaya ini :

 

INI RUJUKAN UNTUK PERSEDIAAN EXAM ANDA 

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

Daftar PERCUMA Nama dan Email anda di bawah untuk mendapat update mengenai jualan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan PPT N29. Hanya yang mendaftar sahaja akan dapat update.

Exam Pegawai Tadbir Negeri PTN41 Pulau Pinang 2018 | Peperiksaan Bertulis

Exam Pegawai Tadbir Negeri PTN41 Pulau Pinang 2018 | Peperiksaan Bertulis

Banyak soalan yang ditanya tentang bagaimana nak lulus dalam exam PEGAWAI TADBIR N41 (PTN41)

Anda perlu ingat, PTN41 sekarang ambilan negeri. Sebelum ini untuk ambilan Pegawai Tadbir negeri Johor, sekarangsesi paling dekat 25 JULAI untuk begeri Pulau Pinang. Selepas itu 28 Julai untuk negeri Sarawak!

Anda dipanggil sesi yang mana?

Semua negeri ada penilaian dan perlaksanaan berbeza.

Johor – exam Online
Pulau Pinang – exam Offline
Sarawak – exam Online

Yang penting anda kenalpasti apakah bentuk soalan dan seksyen penilaian.

SKOP PENILAIAN EXAM PTN PULAU PINANG 25 Julai 2018

Untuk sesi exam PTN PULAU PINANG 25 Julai nanti, ini skop penilaian soalan;

i) Pengetahuan Am 
ii) Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja
iii) Dasar-Dasar Kerajaan
iv) I.Q
v) Sikap

Buat persediaan menyeluruh untuk lulus exam ini. Masa dah tak banyak dah.

Untuk bantu persediaan pantas, anda boleh guna rujukan ini;

Saya Nak Nota Exam PTN N41 Pulau Pinang

.

nota peperiksaan pegawai tadbir negeri n41

Ada 76 Nota Ringkas untuk bantu persediaan pantas anda.

Ada contoh-contoh soalan dan jawapan

Ada penerangan format.

.. dan macam-macam lagi.

info lengkap panduan peperiksaan pegawai tadbir negeri pulau pinang

Semuanya untuk bantu persediaan anda. 

Doa kami untuk anda!

Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Artikel ini khas untuk calon Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Dalam artikel ini, anda akan dapat maklumat mengenai Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Untuk memudahkan anda membuat persiapan sebelum exam, anda boleh dapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang akan diedarkan bermula 15 September 2017. Edaran hanya dilakukan selama 3 hari sahaja. 

Untuk tidak terlepas  mendapatkan rujukan dan panduan ini, anda boleh mendaftar terlebih dahulu untuk terima update daripada kami mengenai panduan ini. Apabila pembelian rujukan ini dibuka, pihak kami akan berikan kepada anda cara untuk mendapatkan panduan ini.

Update hanya akan dihantar kepada calon yang berdaftar sahaja. Jika anda tidak mendaftar, kami tak dapat hantar maklumat kepada anda. 🙂

RUJUKAN PANDUAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

DAFTAR ADALAH PERCUMA

Pastikan anda semak emel anda selepas mendaftar.

.

Format Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Tujuan utama SPA mengadakan peperiksaan online ini adalah untuk menapis calon-calon yang layak untuk jawatan ini. Pengetahuan am calon akan diuji.

Bukan itu sahaja, keupayaan calon menyelesaikan masalah juga akan diuji. Untuk sesi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 20 September 2017, calon akan diuji melalui 3 Seksyen.

.

3 Seksyen Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

p/s: Tujuan utama peperiksaan ini adalah untuk menyingkirkan calon-calon yang TIDAK LAYAK dengan cepat dan senang. Cepat kerana sekali exam, ramai calon yang gagal. Senang, sebab exam dijalankan serentak secara online. Calon boleh jawab di mana sahaja calon berada. Asalkan ada talian internet yang laju.

Ini cara pertama SPA tapis calon yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan Pegawai Eksekutif LHDN.

Kemudian, calon yang lulus peperiksaan akan ditapis melalui tapisan yang kedua.

Jadi, jika anda benar-benar mahukan jawatan Pegawai Eksekutif LHDN ini, anda wajib lulus exam online ini.

Jangan risau, kerana kami ada sediakan Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN ini sebagai rujukan dan panduan untuk anda study 🙂

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 Exam

Contoh Soalan Pengetahun AM Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Soalan pengetahuan am peperiksaan SPA meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas.

Sebenarnya, ia berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.

Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini; iaitu sejauh mana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting yang berlaku disekeliling anda. Lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai :

  • ekonomi
  • kewangan
  • perdagangan
  • teknologi
  • pentadbiran kerajaan
  • sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Jadi, untuk berjaya menjawab soalan pengetahuan am exam online Pegawai Eksekutif LHDN, anda perlu mempunyai pengetahuan-pengetahuan dalam aspek berikut :

  • Pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya Pegawai Eksekutif LHDN
  • hal ehwal yang berkaitan dengan LHDN
  • pengetahuan Am mengenai pentadbiran Malaysia dan luar negara
  • Peka dengan perkembangan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara

.
Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

.

Contoh Soalan Pengetahun AM Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN:

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 - 1

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 - 2

PERINGATAN: Ini bukan soalan ramalan mahupun soalan bocor. Ini soalan contoh sahaja.

.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa yang sangat singkat.

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Oleh itu, anda perlu berlatih menjawab soalan-soalan dalam seksyen ini dengan segera.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM.

Soalan Seksyen B Perperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN:

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

Kadar cukai Di Malaysia
0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050

Jawapan – B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400

Jawapan – C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750

Jawapan – C

Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?

.

BUAT PERSEDIAAN PANTAS MENGGUNAKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Untuk membantu anda membuat persediaan dengan cepat, satu Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 disediakan khas untuk anda.

Panduan Peperiksaan ini ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional.

Panduan Lengkap Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ini mengandungi :

[+] Nota berkaitan Pegawai Eksekutif LHDN
[+] Penerangan Format Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Terkini
[+] Contoh Soalan dan jawapan setiap seksyen
[+] Maklumat berkaitan Jawatan Pegawai Eksekutif LHDN.

Pihak Tim Infokerjaya sedang menyiapkan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN untuk anda study.

JUALAN RUJUKAN INI BAKAL DIBUKA TIDAK LAMA LAGI.
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RUJUKAN INI,
DAFTAR NAMA ANDA DI BAWAH UNTUK WAITING LIST.

Kami akan berikan maklumat rujukan ini kepada yang mendaftar sahaja.
(DAFTAR PERCUMA)RUJUKAN PANDUAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

DAFTAR ADALAH PERCUMA

Pastikan anda semak emel anda selepas mendaftar.

.

DISCLAIMER :

Blog Syaisya.com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang disediakan dalam artikel ini adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.
——-

Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 2016

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik ptd m41

Seramai 57,320 orang calon telah menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 pada 19 Januari 2016.

399 orang calon telah menduduki exam ini di luar negara (43 buah negara) termasuk Belgium, Brunei dan
Australia.

Sebenarnya, tak semua calon yang dipanggil SPA, menduduki exam ini. Ada calon yang dipanggil, tetapi tidak menduduki exam ini pada waktu yang ditetapkan.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 2016

SPA telah mengumumkan tarikh keputusan peperiksaan PTD ini.

Iaitu pada 26/01/16, hari Selasa, jam 1 petang.

Semakan keputusan boleh dilakukan di web rasmi SPA iaitu www.spa.gov.my

Bagi mengelakkan kesesakan ketika menyemak keputusan, anda boleh lah mula menyemak keputusan pada pukul 2 petang ke atas.

Ini kerana biasanya, apabila tertalu ramai masuk ke dalam website serentak, slow loading mungkin berlaku.

CARA BUAT ADUAN MASALAH TEKNIKAL KETIKA PEPERIKSAAN ONLINE PTD 2016

Ramai yang mengadu ada hadapi masalah server atau lain-lain masalah teknikal ketika exam berlangsung.

Ada yang tak boleh login,
Ada yang gambarajah tak keluar (untuk Seksyen B)
Ada juga yang soalan lambat keluar walaupun waktu peperiksaan dah bermula.

Dan ada lagi beberapa masalah lain. Tetapi, masalah yang saya senaraikan di atas adalah masalah yang paling ramai
hadapi.

Peperiksaan online kali ini agak ramai yang ada masalah, berbanding dengan peperiksaan online sebelum ini.

Jika anda ada masalah teknikal ketika peperiksaan, anda boleh buat aduan kepada pihak SPA. Untuk aduan,
boleh cari maklumat di web rasmi SPA : www.spa.gov.my

UPDATE TERKINI INFO PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41

Anda boleh dapatkan update info terkini secara PERCUMA dengan daftar PERCUMA di sini atau klik pada butang “Daftar Sekarang” di bawah :

daftar percuma update info terkini pegawai tadbir diplomatik ptd m41

 

Panduan Peperiksaan Online SPA (Kerja Kerajaan)

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan video Panduan Peperiksaan Online yang disediakan oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) khas untuk membantu calon membuat persediaan sebelum menjawab soalan.

Video panduan peperiksaan online SPA untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini adalah yang terkini.

Tonton dengan teliti video ini. Saya doakan anda berjaya jawab exam dengan tenang dan jawab dengan betul.

All the best!