Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO

Maklumat berkaitan kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – PTPO :

  • Kumpulan:¬†Pelaksana
  • Kem/Jab:¬†Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang

Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Gaji PTPO N19

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00

 

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) :

    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
      • had umur pelantikan:
        • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
        • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
        • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Peperiksaan Online PSEE Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Calon-calon yang memenuhi kriteria lantikan di atas akan dipanggil menjalani peperiksaan secara online, bagi menapis calon-calon untuk ke peringkat seterusnya.

Jika anda dipanggil exam, anda perlu bersedia dan buat banyak latih tubi untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan exam online PTPO.

Anda boleh gunakan Rujukan Penuh Exam Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 versi update terkini ini sebagai persediaan untuk exam nanti.

Klik Sini untuk Rujukan + Contoh Soalan Exam Online Pembantu Pegawai Tadbir N19