Panduan Peperiksaan Online SPA (Kerja Kerajaan)

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan video Panduan Peperiksaan Online yang disediakan oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) khas untuk membantu calon membuat persediaan sebelum menjawab soalan.

Video panduan peperiksaan online SPA untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini adalah yang terkini.

Tonton dengan teliti video ini. Saya doakan anda berjaya jawab exam dengan tenang dan jawab dengan betul.

All the best!

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

Ilmu Temuduga Kerajaan (SPA) yang Anda Perlu Tahu dan Kuasai Untuk LULUS

tip temuduga spa kerajaan interview rahsia lulus temuduga kerja kerajaan

Temuduga adalah tempat di mana anda perlu jual diri pada majikan supaya anda diambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu , ilmu temuduga adalah sangat penting untuk anda tahu sebagai bekalan untuk anda menjalani sesi temuduga dengan jayanya.

Semakin mahir anda menghadapi dunia temuduga, semakin senang untuk anda peroleh pekerjaan yang anda mahu. Ini kerana persaingan sangat sengit untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya kerja kerajaan.

Sebagai contoh, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak SPA, sekarang ini, untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seramai 5857 calon dipanggil temuduga untuk mengisi 30 kekosongan jawatan dan 100 calon simpanan!. Temuduga untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam sedang dijalankan.

bilangan calon temuduga penolong penguasa kastam 2014 dan jumlah kekosongan jawatan yang ada

Manakala untuk jawatan Penguasa Kastam pula, seramai 30 ribu orang calon temuduga untuk mengisi 245 jawatan kosong!.

Satu persaingan yang sengit… malaha SANGAT SENGIT, bukan?.

Oleh itu, anda perlu mahir selok – belok temuduga agar anda lebih menonjol berbanding calon lain!.



Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan untuk menjadikan diri anda menonjol berbanding calon lain :

1) Buat Persediaan Secukupnya

Seperti biasa, jika ingin berjaya dalam temuduga, anda perlu buat persediaan secukupnya. Antara perkara yang anda perlu buat persediaan adalah :

• Ilmu untuk menjawab soalan yang bakal ditanya nanti

Adalah sangat penting untuk anda ambil tahu apa soalan yang bakal ditanya oleh panel temuduga. Bukan setakat mengetahui soalan sahaja, malah selepas mengetahui soalan yang bakal ditanya, anda perlu menyediakan jawapan. Ini sebagai persediaan agar apabila soalan diajukan, anda boleh jawab dengan pantas, yakin dan tepat!.

Bagaimana untuk tahu soalan apa yang bakal ditanya ketika temuduga?

Anda boleh gunakan 3 cara berikut untuk mengetahui soalan yang bakal ditanya ketika temuduga :

Tip #1 – Ketahui dan Fahami Skop Bidang Kerja / Jawatan yang Dimohon

Setelah meneliti banyak soalan daripada calon yang telah ditemuduga, rata-rata soalan yang ditanyakan adalah mengenai bidang tugas jawatan yang dipohon. Jadi, mengetahui bidang tugas adalah sesuatu yang amat penting!.

Rajin-rajinkan lah diri untuk buka dan baca web rasmi / portal jabatan / kementerian jawatan yang anda pohon untuk dapatkan maklumat mengenai jawatan yang anda pohon. Anda boleh juga baca artikel Penguasa Kastam – Bidang Tugas, Syarat Kelayakan dan Cara Memohon ini jika anda calon temuduga Penguasa Kastam.

Tip #2 – Bertanya pada Mereka yang Ada Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan / Jawatan Yang Dipohon

Anda boleh cuba tanya pada rakan-rakan anda yang pernah menghadiri temuduga bagi jawatan yang sama yang anda pohon. Cara ini sangat membantu untuk anda membuat persiapan jawapan yang sewajarnya.

Walaupun soalan yang ditanya berbeza untuk setiap calon, manalah tahu, kalau soalan yang sama diajukan kepada anda. Ia adalah BONUS untuk anda, kan?. Ini kerana kemungkinan untuk anda ditanya soalan yang sama adalah tinggi. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan soalan yang ditanya adalah hampir sama.

Untuk contoh soalan temuduga Penguasa Kastam, anda boleh baca artikel Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 ini. Ia adalah himpunan soalan temuduga Penguasa Kastam yang pernah ditanya kepada calon yang sudah ditemuduga sebelum ini.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan DI SINI.

Info sebegini mampu membantu anda dalam sesi temuduga nanti.

Tips #3 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga

Anda bayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Sebagai seorang panel temuduga, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain.

Dengan cara ini, anda boleh mengetahui kehendak dan ciri-ciri yang dimahukan oleh panel penemuduga dalam diri anda. Cubalah, ia sangat membantu. 🙂

• Pakaian yang kemas

Sesetengah calon temuduga tak tahu pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga. Calon perlu ingat, bahawa, penampilan diri juga akan dinilai oleh panel temuduga.

Pakailah pakaian yang kemas, sopan dan nampak professional. Gambar di bawah adalah contoh pakaian ke temuduga yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Etika pakaian temuduga ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh pihak SPA di portal rasmi SPA ini.

etika pakaian temuduga spa kerja kerajaan untuk lelaki dan perempuan


• Menyediakan perkara yang pihak majikan suruh bawa seperti gambar, resume, sijil dan sebagainya.

Untuk temuduga kerja kerajaan (SPA), dalam surat panggilan temuduga, ada dinyatakan dokumen-dokumen yang anda perlu bawa bersama ketika temuduga.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, buat salinan semua dokumen yang pinta (fotostat), dapatkan cop pengesahan dan tandatangan orang yang berauthoriti, kemudian, susun semua dokumen dalam fail mengikut turutan seperti dalam surat panggilan temuduga.

Salah satu dokumen yang diminta ialah resume. Jadi, anda perlu tulis resume dan bawa ketika temuduga.

2) Kagumkan Panel Temuduga

Apabila persediaan anda lengkap, anda akan rasa lega dan berfikiran positif pada hari temuduga. Untuk dapat keputusan yang lebih positif, anda perlu setkan di dalam minda untuk mengkagumkan panel temuduga atau majikan anda.\

Anda perlu buat penemuduga rasa kagum pada diri anda dan merasakan bahawa andalah calon yang dicari-cari mereka. Maksudnya di sini, andalah calon yang terbaik untuk jawatan yang dipohon!.

3) Tenang dan Fokus

Selain itu, anda perlu sentiasa tenang dan fokus. Jangan ambil peduli akan hal orang lain, fokus sahaja pada hal anda. Apabila bercakap di hadapan panel temuduga, lontarkan suara yang secukupnya supaya mereka dengar dan faham apa yang anda sampaikan. Tapi jangan sampai tahap menjerit pula, ya. 😀

Jika temuduga dijalankan dalam bahasa inggeris, pastikan lenggok bahasa anda mudah difahami panel temuduga.

Sentiasa senyum dan tenang walaupun jika ketika itu anda tiada idea untuk jawab soalan yang diajukan.

Temuduga adalah proses yang senang jika kita anggap ia adalah senang. Namun untuk jadikan proses temuduga itu adalah senang, anda perlu berusaha.

Jika anda sudah dipanggil untuk temuduga, ketahuilah, bahawa sesi temuduga adalah peluang yang tak patut anda sia-siakan!. Temuduga adalah tempat di mana anda boleh menonjolkan diri anda dan membuktikan bahawa andalah calon paling layak untuk jawatan tersebut kerana anda akan dinilai sepanjang temuduga.

Jika anda lulus temuduga, maka anda akan dapat jawat jawatan yang diimpikan!. Mesti anda nak, kan?

Semoga, tip temuduga SPA yang saya kongsikan ini dapat membantu calon temuduga kerajaan dalam membuat persiapan menghadapi temuduga kerja kerajaan tak kiralah sama ada anda calon temuduga Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam mahupun temuduga untuk jawatan lain. Ini kerana tip temuduga yang saya sediakan ini boleh digunapakai untuk sesi temuduga banyak jawatan di sektor awam.

Jika anda ingin membuat persediaan yang lengkap dan efektif, saya syorkan anda gunakan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan versi 5 (update 2014) ini sebagai rujukan. Panduan ini telah membantu ramai calon temuduga kerajaan sejak tahun 2009 dan ia sesuai diaplikasikan untuk apa jua temuduga jawatan kerajaan / SPA. Boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini : http://bit.ly/panduanlulustemudugakerajaan

Saya mendoakan 1001 kejayaan untuk semua calon temuduga SPA.

p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di Facebook dengan menekansimbol Facebook di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu rakan-rakan anda yang dalam kebuntuan untuk membuat persiapan temuduga terutama temuduga kerajaan. Semoga perkongsian anda dapat menjadi saham di akhirat untuk anda kelak. Aamiin.

p/s/s : InsyaAllah, selepas ini saya akan kongsikan pula soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam. Saya sudah kumpulkan soalan-soalan dari calon yang telah ditemuduga untuk jawatan ini. Tunggu ya, update akan datang 😀

Untuk tidak terlepas mendapatkan update terkini Tip Temuduga, masukkan nama dan alamat emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel dari semasa ke semasa :

Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

[hcshort id=”5″]


PENGUASA KASTAM GRED W41

Jawatan Penguasa Kastam merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

Bidang Tugas Penguasa Kastam Gred W41

Bidang tugas seorang Penguasa Kastam adalah luas, merangkumi tugasan berikut :

  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Penguasa Kastam juga turut memproses permohonan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
  • Selain dari itu, Penguasa Kastam juga bertanggungjawab untuk mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM DAN PENOLONG PENGUASA KASTAM CONTOH SOALAN
    Syarat Lantikan / Kelayakan Penguasa Kastam Gred W41

    Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan Penguasa Kastam ini, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau

    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
    • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Cara Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di Laman Web Rasmi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di www.spa.gov.my.

    PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

    Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam dilakukan secara bertulis. Tetapi, mulai tahun ini, SPA telah membuat pembaharuan, di mana, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan diadakan secara online, sama seperti 5 peperiksaan SPA sebelum ini.

    Sebelum dilantik sebagai Penguasa Kastam, calon perlulah lulus dalam peperiksaan khas, lulus Assesment Center dan juga lulus temuduga.

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

    Secara umumnya, soalan-soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 Seksyen Utama, iaitu :

    1) Seksyen A : Pengetahuan Am
    2) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
    3) Seksyen C : Ujian Psikometrik

    Download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam


    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    [hcshort id=”5″]


    PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

    Kastam Diraja Malaysia, KDRM

    Baru -baru ini, SPA ada menghantar SMS kepada ramai calon-calon peperiksaan Penolong Penguasa Kastam. Peperiksaan ini akan diadakan pada 5 Ogos 2014. Iaitu selepas cuti raya.

    Yeay!. Tuu dia. Raya, raya juga. Exam, exam juga. Kaann…

    Jika anda dipanggil, ketahuilah , anda seorang yang sangat bertuah dan manfaatkanlah peluang yang diberikan kepada anda ini sebaik mungkin! Kerana, bukan semua pemohon dipanggil untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini.

    Calon-calon yang dipanggil semuanya teruja untuk membuat persiapan peperiksaan ini.

    Yang pastinya, ramai yang telah mengorak langkah awal untuk study!.

     

    PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Saya anggap anda tidak terkejut dipanggil ke sesi peperiksaan 5 Ogos ini secara ONLINE

    Sebenarnya ianya hanyalah medium sahaja dan tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu terpaksa ke pusat peperiksaan lagi kerana peperiksaan kali ini secara ONLINE. Anda boleh mengambilnya walau di mana sahaja anda berada, asalkan tempat itu mempunyai talian internet yang sangat laju dan bagus.

    Ia bagi memastikan kelancaran ketika anda menjawab soalan peperiksaan kerana pada peperiksaan yang lalu, calon ramai mengadu ‘system hang’, tak sempat jawab semua soalan, masa dah tamat.

    Tapi, kali ini, saya percaya, pihak SPA telah membuat menambahbaikan sistem peperiksaan online ini. Jadi, jangan risau lebih-lebih, ya. 🙂

    Apa yang anda perlu dirisaukan adalah format dan bentuk soalan. Untuk exam kali ini serius formatnya sudah berubah.

     

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Penilaiaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

    Seksyen A – Pengetahuan AM

    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen C – Ujian Priskometrik

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 2

    Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda secara meluas. Sebenarnya ini seksyen yang paling susah. Jika anda tidak alert dengan isu semasa yang berlaku, memang susah untuk anda jawab soalan -soalan ini.

    Tapi anda jangan risau. Jika anda tak berapa tahu isu semasa, rajin-rajinlah buka suratkhabar untuk isu-isu awal 2014 – 10 JULAI bagi isu semasa.

    Hah?. Nak baca surat khabar setengan tahun punya isu semasa?.

    Biar betul?.

    Ya, memang betul. Sebab itulah seksyen ini adalah seksyen yang paling susah, dan tujuannya memang untuk menyingkirkan calon-calon!.

    Jangan lupa, maklumat berkaitan KASTAM dan yang berkaitan dengan KDRM (Kastam Diraja Malaysia) juga anda perlu tahu.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 4

    Dalam Seksyen ini, anda akan diasak dengan penilaian soalan Matematik, kemahiran logik dan cara anda interpretasi data.

    Tip untuk jawab soalan seksyen B, soalan Matematik ini, ambil masa buat latih tubi soalan matematik SPM.

    Yang lain memerlukan anda berfikir dengan cepat dan kritis. Akan ada sedikit kekeliruan pada soalan dan jawapan seksyen ini. Dan itu adalah cabaran yang sengaja dirangka untuk menapis anda dan menyingkirkan calon-calon yang tidak berhati-hati ketika menjawab soalan!.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

    contoh soalan psikometrik personaliti peperiksaan penolong penguasa kastam spa

    Namanya sedikit menggerunkan tetapi ketahuilah ini adalah seksyen penilaian yang paling seronok!.

    Anda tidak perlu berfikir untuk soalan ini.

    Tip untuk anda jawab soalan Psikometrik (dulu dikenali sebagai soalan Personaliti) :
    – Jawab dengan pantas
    – Keluarkan nilai positif anda
    – Sembunyikan nilai negatif anda

     

    Banyaknya nak kena tahu!.
    Sempat ke nak study semua benda?.
    Nak beraya lagi!.
    Macam mana, ni?

    Kalau tak Prepare, memang susah nak LULUS!.

    Sebab itu ramai calon dah mula buat persediaan!.

    Mereka dapatkan panduan rujukan lengkap ini, dan study!.

     

    PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Satu panduan lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
    telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.

    Untuk pengetahuan anda, Tip dan Cara Menjawab Soalan setiap seksyen yang baru sahaja anda baca di atas, diambil dari Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini.

    Selain itu, semua perincian, contoh soalan dan jawapan, nota-nota isu semasa, nota isu GST dan informasi mengenai KDRM telah dimuatkan dalam panduan ini.

    Apa yang anda akan dapat jika anda memiliki Panduan Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini?

    Anda akan dapat :

    1. Nota ringkas tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop Penolong Penguasa Kastam, W27.
    2. Penerangan format setiap seksyen
    3. Hurai format setiap pecahan untuk setiap seksyen.
    4. Teknik menjawab soalan setiap seksyen dan pecahannya.
    5. Pendedahan ekslusif cara menjawab soalan yang bakal MEMBUNUH anda!.
    6. 60 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen A.
    7. 40 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen B.
    8. 50 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen C.
    9. Soalan Khas GTP – Contoh Soalan dan Jawapan.

     

    Ya, semua ini anda akan dapat dengan hanya memiliki panduan peperiksaan ini. Jadi, anda bolehlah beraya dengan gembira dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk peperiksaan ini.

    BAGAIMANA NAK DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM INI?

    Untuk pengetahuan anda, panduan ini tidak terdapat di MPH mahupun mana-mana kedai buku.

    Ini kerana, panduan ini berbentuk ebook (dalam bentuk pdf) dan boleh didownload dalam tempoh 24 jam selepas anda membuat pembayaran.

    Masukkan nama dan alamat emel anda di ruangan di bawah untuk mendapatkan Preview Copy panduan ini. Langkah-langkah untuk mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam ini ada ditunjukkan secara terperinci dalam Preview Copy ini.

     

    Dipanggil ke sesi peperiksaan ONLINE Penolong Penguasa Kastam 5 Ogos ini?. Kalau tak prepare memang susah nak lulus.

    Masukkan nama & emel anda. Kami akan berikan tip dan Panduan Lengkap Khas untuk peperiksaan ini.

     


     

    All the best!. Semoga berjaya. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh emel saya di syahiyasin(at)gmail.com.

    EBOOK BUKU MALAYSIA KITA ONLINE PDF

    EBOOK BUKU MALAYSIA KITA ONLINE PDF

    RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

    TERKINI!!! Jika anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41, saya ada BERITA BAIK untuk anda!. Anda boleh study menggunakan Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2016. Inilah rahsia lulus 65,000 calon exam SPA termasuk exam PTD!. Baca juga Contoh Soalan Peperiksaan Peperiksaan PTD di sini.

    Sya ada membuat carian di internet, ada yang bagi tips untuk baca Buku Malaysia Kita sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD M41 ini. Buku ni ada dijual di kedai-kedai buku. Sya tak pasti sama ada buku Malaysia Kita ni ada jual secara online atau pun tak. Tapi ramai juga yang kata dah pusing-pusing satu daerah tak jumpa pun buku ni dekat kedai.

    Sya sendiri pun dulu masa nak ambil peperiksaan PTD ni, tak jumpa pun buku Malaysia Kita ni kat kedai.  Baru-baru ni baru Sya jumpa buku ni di kedai buku yang berhampiran. Hari tu tengok ada beberapa buah buku, semalam tengok dah sold out dah buku ni. Huhu.. 🙁

    Ada juga Sya try google, kot boleh dapat buku Malaysia Kita ni dalam bentuk pdf download percuma secara online, tapi malangnya tak jumpa pun. Ermm… 🙁

    buku malaysia kita tebal

    So, macam mana nak buat ni?. Exam cuma tinggal beberapa hari je lagi. Sempat ke nak study semua?. Soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik banyak keluar soalan pengetahuan am dan soalan isu semasa. Pendek kata perlu berpengetahuan luas dan peka dengan perkembangan isu semasa. Sebab tu ramai yang gagal peperiksaan PTD ni, sebab tak cukup ilmu di dada.

    Setakat yang Sya dah google, dah baca sana-sini dan buat kajian, Sya terjumpa lah 1 ebook Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari Tim Infokerjaya ni.  Ramai betul yang cakap dah berjaya lulus dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik selepas membaca semua nota-nota yang terdapat dalam ebook ini walaupun peperiksaan PTD ini terkenal dengan susah nak lulus.

     

    Rujukan Nota Ebook Peperiksaan Akauntan WA41

    Nota Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41


    .

    Kenapa?. Mereka kata, sebab Ebook ni sangat lengkap dari A sampai Z, bukan setakat untuk peperiksaan PTD ni je, tapi juga untuk ujian PTD Assessment, iaitu next stage kalau anda lulus peperiksaan bertulis ini (Dulu peperiksaan bertulis, sekarang peperiksaan online sahaja). Ramai yang berjaya lulus dan dah gembira berjaya bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik, setelah membaca ebook ini 😀 Pendek kata, memang tak rugi dapatkan ebook ni.

    testimoni pembeli ebook tipsptd

     

    Testimoni pembeli Ebook Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

     

    Di bawah ini adalah email yang diterima dari calon peperiksaan PTD yang lepas yang dah baca nota-nota yang terdapat dalam ebook ni. Jom baca apa kata Puan Azimah mengenai ebook Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik ini.

    testimoni pembeli ebook tipsptd calon peperiksaan 12 Mei

    Puan Norazimah dan suami telah membuat persediaan. Anda pula bagaimana?. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk menduduki peperiksaan ini. Sudahkah anda bersedia?. Jangan tunggu lama-lama, masa tak pernah menunggu anda!. Lagi lambat anda buat persediaan, nanti tak sempat nak study.

    >> Dapatkan ebook ini sekarangKlik DI SINI <<

    Bagaimana mereka boleh berjaya?. Apa yang ada dalam ebook Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik ini?.

    Ebook ini mengandungi :

    ✔ 50++ TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi untuk anda sebagai bakal PTD perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

    ✔ 60++ Soalan dan jawapan Seksyen A

    ✔ 60++ Soalan dan jawapan Seksyen B

    ✔ Nota KHAS berkaitan GST (HOT!)

    ✔ Nota KHAS berkaitan GTP (TERBARU 2014!)

    ===
    FAKTA PENTING
    ===

    Soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2013 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam ‘Seksyen A’

    ✍ Kami akan bekalkan kepada anda contoh soalan berkaitan Isu GTP & GST

    ✍ Jawapan juga disediakan!

    ✍ NOTA KHAS GTP juga disediakan!

    Ini bermakna, apabila anda mendapatkan  Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD ini, anda sebenarnya telah menjimatkan berjam-jam masa anda daripada buang masa google sana sini, tapi anda masih lagi tak tahu nak buat persediaan apa.

    Tim Infokerjaya sudah membantu lebih 7,000 calon peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Andai kata anda gagal dan tidak berpuas hati dengan e-book ini, terus minta semula wang anda serta merta dalam tempoh 7 hari selepas anda menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

    Tuan Muaz Hadi dan seluruh Tim Infokerjaya berani membuat jaminan ‘berani mati’ ini. Kerana mereka percaya dengan jaminan “Pakej Sampai Lulus” yang ditawarkan selama 3 tahun ini. Jika anda mendapatkan ebook ini, anda akan diberikan kemaskini (update) secara PERCUMA untuk selama 3 tahun. Maksudnya kalau dah dapatkan sekali, anda akan dapat update untuk setiap update terbaru selama 3 tahun. Jadi, kalau kali pertama anda ambil exam PTD ini, anda tak berjaya jadi PTD, mungkin gagal ketika temuduga, selama 3 tahun berikutnya, jika anda dipanggil lagi menduduki exam ini, anda dapat update PERCUMA.

     

    Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD

    Klik SINI untuk contoh-contoh soalan PTD.

    PENGALAMAN SAYA MENDUDUKI PEPERIKSAAN PTD

    Pada tahun 2008, Sya pernah ambil exam PTD ni. Tapi masa tu tak tahu pun kewujudan ebook ni. Nak baca buku apa untuk dijadikan rujukan pun tak tahu.

    So, masuk exam, blur je tak tahu jenis soalan yang bagaimana yang akan keluar. Setahun kemudian baru Sya terjumpa ebook PTD ini.

    Alahai… Beruntunglah calon peperiksaan PTD sekarang ni. Ada ebook rujukan lengkap untuk dijadikan panduan. Masa tu Sya rasa rugi juga sebab lambat tahu tentang kewujudan buku ini. 🙁

    Sya tak nak anda jadi seperti Sya.

    Jadi, anda dah tahu tentang pakej rujukan lengkap ini, rebutlah peluang yang ada di depan mata. Jika ilmu penuh di dada, anda akan dapat menjawab semua soalan dengan :D.

    Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan pakej rujukan yang sangat membantu ini. Memang terbaik dari ladang!. Dapatkan sekarang, atau menyesal kemudian kerana tak buat persediaan yang cukup sedangkan peluang dah ada depan mata.

    Lebih awal anda dapatkannya, lebih banyak masa anda ada untuk membaca, membuat latihan dan lebih tenang dan yakin untuk mengambil peperiksaan ini. Percayalah, berdasarkan pengalaman Sya sendiri, memang banyak nak kena study kalau nak lulus. Tu belum kira kena buat latihan untuk jawab soalan matematik lagi tu!

     
    ************************************************************************
    >> Untuk mendapatkan ebook rujukan exam PTD, Klik DI SINI <<.

    ****************************************************************

    Good luck kepada semua calon peperiksaan! Mulakan persediaan anda dengan 😀 dan jawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik masa exam nanti dengan 😀 .

     

    Like FB page syaisya.com untuk update-update akan datang.