61 Kerja Kosong Terkini Pegawai Teknologi Maklumat 2016

61 Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 2016 untuk diisi calon lepasan Ijazah

Baru-baru ini SPA ada mengeluarkan iklan kerja kosong untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Calon mestilah berkelulusan Ijazah dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Cepat
  • Tepat
  • Integriti
  • Produktif
  • Kreatif
  • Taat Setia Kepada Organisasi
  • Bersifat Sedia Membantu

Tarikh Tutup Permohonan : 4 Febuari 2016

Permohonan boleh dibuat secara online : http://www.spa.gov.my

[et_bloom_inline optin_id=”optin_6″]

Panduan Peperiksaan Online SPA (Kerja Kerajaan)

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan video Panduan Peperiksaan Online yang disediakan oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) khas untuk membantu calon membuat persediaan sebelum menjawab soalan.

Video panduan peperiksaan online SPA untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini adalah yang terkini.

Tonton dengan teliti video ini. Saya doakan anda berjaya jawab exam dengan tenang dan jawab dengan betul.

All the best!

TEMUDUGA: DOA SEBELUM, SEMASA, SELEPAS & AMALAN ROHANI

TEMUDUGA: DOA SEBELUM, SEMASA, SELEPAS & AMALAN ROHANI

Doa Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga Kerja

doa sebelum semasa dan selepas temuduga kerja kerajaan budak comel

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga pekerjaan, bukan sahaja persiapan fizikal seperti persediaan mengetahui soalan temuduga yang ditanya sebelum ini, ilmu temuduga yang anda perlu tahu dan jadual temuduga dan persediaan sebelum temuduga, tetapi kita juga perlu membuat persiapan rohani dan mental terutamanya kerana persediaan mental, rohani dan emosi adalah sangat penting. Jika anda tidak tenang, anda akan kelam kabut ketika menjawab temuduga nanti.

InsyaAllah, amalan-amalan dan doa-doa yang akan saya kongsikan ini akan membuatkan jiwa dan tenang dan rasa lapang sepanjang persiapan temuduga anda dan sehingga selesai temuduga. Dengan izin Allah…

Berikut adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

AMALAN-AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN SEBELUM TEMUDUGA

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT – TURUT : JAM 12 MALAM

Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah
: Baca Ayat Qursi : 3 kali
: Baca Surah Al – Kaafirun : 3 kali

Rakaat Kedua : Baca Surah Al – Fatihah
: Baca Ayat A Manar Rasul (1 kali)
: Baca Surah Al – Ikhlas (5 kali)
Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali, Secara Qosad dalam hati :
: Baca Astaghfirullah Hal A’azim.. : Istighfar panjang (3 kali)
: Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis (3 kali)
: Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis (3 kali)
: Memohon restu Illahi :

Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEBELUM TEMUDUGA

DOA DAN RESTU IBU UNTUK ANAK MENGHADAPI TEMUDUGA (DI BACA PADA MALAM SEBELUM TEMUDUGA)

Sembahyang berjemaah bersama keluarga : Maghrib + Isya’ + Subuh setiap hari

Ayah menjadi imam, Ibu membaca doa (untuk mendapat restu ibu) :

Mulakan doa dengan mukaddimah doa selamat sehingga …. Dalhisaab…. Ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala kekuatan iman, keyakinan diri, kesabaran serta semangat yang tinggi kepada anakku, …bt ….(ibu) yang akan menghadapi temuduga bagi jawatan … Di … Pada pagi esok ya allah, ya allah ya tuhanku, tenangkan lah fikirannya ya allah, lapangkanlah dadanya ya allah, tabahkanlah hati nya ya allah, permudahkan lah segala persoalan yang dikemukakan kepada nya ya allah, ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala petunjuk dan pedoman agar anakku ini dapat menjawab dengan betul, tepat dan padat terhadap semua soalan sperti mana yang dikehendaki oleh penemuduga yang berkaitan ya allah, ya allah ya tuhan ku, tutupi dan lindungilah segala kelemahan anakku ini ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah kejayaan yang cemerlang terhadap temuduga anak ku kali ini agar beliau dapat bekerjaya tetap ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah segala kemudahan dan kesenangan serta keredhaan dan keberkatan mu apabila anak ku ini menghadiri temuduganya ya allah, ya allah ya tuhanku, tempatkanlah anakku ini di kalangan hamba mu yang beriman ya allah, yang berilmu ya allah, yang bertaqwa ya allah, yang bertawakkal ya allah, yang soleh / solehah ya allah samada sewaktu anakku belajar berkursus atau bekerjaya nanti ya allah, aamin ya rabbal ‘aa lamin, rabbana aatina…. Sampai habis.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA TEMUDUGA

  • Baca ayat 21 hingga ayat 24 surah Al Hasyr (1 Kali)
  • Baca ayat 9 surah Yasin : waja ‘alna…. (3 kali)
  • Baca surah Al Insyirah : Alam Nasyrah…. (3 kali)
  • Baca 4 qul : Al Kafirun > Al Ikhlas > Al Falaq > An Nas
  • Baca doa penerang hati + mukaddimah + penutup doa
  • DOA KETIKA HENDAK MASUK KE BILIK TEMUDUGA

    Apabila nak masuk bilik temuduga,

    1. Bacalah surah A-Fatihah sekali dan Surah Al ‘Alak ayat 1-5 (ayat kunci segala ilmu) sekali :

    doa sebelum temuduga doa ayat kunci segala ilmu

    2. Baca Doa Kejayaan Temuduga Pekerjaan :

    doa sebelum temuduga doa kejayaan terang hati temuduga kejayaan

    3. Kemudian, baca Doa di bawah :

    doa sebelum temuduga kerja kerajaan

    DOA SELEPAS TEMUDUGA

    Selepas temuduga, banyakkan berdoa dan solat hajat agar berjaya mendapat karier yang diidamkan.

    Banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Anda usaha sebaiknya, Allah yang menentukan. Jika pekerjaan yang diminta sememangnya baik untuk anda, InsyaAllah, anda akan dapat pekerjaan tersebut.

    Allah Maha Mengetahui!.

    Selamat beramal dan Selamat mendapatkan karier idaman anda. ^_^

    Saya doakan anda mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda!

    p/s: Untuk memudahkan anda, agar anda boleh baca dan amalkan doa dan amalan rohani ini, saya telah susun dan himpunkan semua doa ini dalam bentuk pdf. Klik sini untuk download Koleksi Doa Temuduga ini.

    [bannerbox id=7]

    Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang “f” di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan anda yang akan ditemuduga.

    P/S: Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan tip temuduga dari saya, masukkan nama dan emel anda di ruang yang disediakan di bawah. Tip akan dihantar ke emel anda dari semasa ke semasa. 😀

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    [hcshort id=”5″]


    PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

    Kastam Diraja Malaysia, KDRM

    Baru -baru ini, SPA ada menghantar SMS kepada ramai calon-calon peperiksaan Penolong Penguasa Kastam. Peperiksaan ini akan diadakan pada 5 Ogos 2014. Iaitu selepas cuti raya.

    Yeay!. Tuu dia. Raya, raya juga. Exam, exam juga. Kaann…

    Jika anda dipanggil, ketahuilah , anda seorang yang sangat bertuah dan manfaatkanlah peluang yang diberikan kepada anda ini sebaik mungkin! Kerana, bukan semua pemohon dipanggil untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini.

    Calon-calon yang dipanggil semuanya teruja untuk membuat persiapan peperiksaan ini.

    Yang pastinya, ramai yang telah mengorak langkah awal untuk study!.

     

    PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Saya anggap anda tidak terkejut dipanggil ke sesi peperiksaan 5 Ogos ini secara ONLINE

    Sebenarnya ianya hanyalah medium sahaja dan tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu terpaksa ke pusat peperiksaan lagi kerana peperiksaan kali ini secara ONLINE. Anda boleh mengambilnya walau di mana sahaja anda berada, asalkan tempat itu mempunyai talian internet yang sangat laju dan bagus.

    Ia bagi memastikan kelancaran ketika anda menjawab soalan peperiksaan kerana pada peperiksaan yang lalu, calon ramai mengadu ‘system hang’, tak sempat jawab semua soalan, masa dah tamat.

    Tapi, kali ini, saya percaya, pihak SPA telah membuat menambahbaikan sistem peperiksaan online ini. Jadi, jangan risau lebih-lebih, ya. 🙂

    Apa yang anda perlu dirisaukan adalah format dan bentuk soalan. Untuk exam kali ini serius formatnya sudah berubah.

     

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Penilaiaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

    Seksyen A – Pengetahuan AM

    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen C – Ujian Priskometrik

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 2

    Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda secara meluas. Sebenarnya ini seksyen yang paling susah. Jika anda tidak alert dengan isu semasa yang berlaku, memang susah untuk anda jawab soalan -soalan ini.

    Tapi anda jangan risau. Jika anda tak berapa tahu isu semasa, rajin-rajinlah buka suratkhabar untuk isu-isu awal 2014 – 10 JULAI bagi isu semasa.

    Hah?. Nak baca surat khabar setengan tahun punya isu semasa?.

    Biar betul?.

    Ya, memang betul. Sebab itulah seksyen ini adalah seksyen yang paling susah, dan tujuannya memang untuk menyingkirkan calon-calon!.

    Jangan lupa, maklumat berkaitan KASTAM dan yang berkaitan dengan KDRM (Kastam Diraja Malaysia) juga anda perlu tahu.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 4

    Dalam Seksyen ini, anda akan diasak dengan penilaian soalan Matematik, kemahiran logik dan cara anda interpretasi data.

    Tip untuk jawab soalan seksyen B, soalan Matematik ini, ambil masa buat latih tubi soalan matematik SPM.

    Yang lain memerlukan anda berfikir dengan cepat dan kritis. Akan ada sedikit kekeliruan pada soalan dan jawapan seksyen ini. Dan itu adalah cabaran yang sengaja dirangka untuk menapis anda dan menyingkirkan calon-calon yang tidak berhati-hati ketika menjawab soalan!.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

    contoh soalan psikometrik personaliti peperiksaan penolong penguasa kastam spa

    Namanya sedikit menggerunkan tetapi ketahuilah ini adalah seksyen penilaian yang paling seronok!.

    Anda tidak perlu berfikir untuk soalan ini.

    Tip untuk anda jawab soalan Psikometrik (dulu dikenali sebagai soalan Personaliti) :
    – Jawab dengan pantas
    – Keluarkan nilai positif anda
    – Sembunyikan nilai negatif anda

     

    Banyaknya nak kena tahu!.
    Sempat ke nak study semua benda?.
    Nak beraya lagi!.
    Macam mana, ni?

    Kalau tak Prepare, memang susah nak LULUS!.

    Sebab itu ramai calon dah mula buat persediaan!.

    Mereka dapatkan panduan rujukan lengkap ini, dan study!.

     

    PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Satu panduan lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
    telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.

    Untuk pengetahuan anda, Tip dan Cara Menjawab Soalan setiap seksyen yang baru sahaja anda baca di atas, diambil dari Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini.

    Selain itu, semua perincian, contoh soalan dan jawapan, nota-nota isu semasa, nota isu GST dan informasi mengenai KDRM telah dimuatkan dalam panduan ini.

    Apa yang anda akan dapat jika anda memiliki Panduan Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini?

    Anda akan dapat :

    1. Nota ringkas tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop Penolong Penguasa Kastam, W27.
    2. Penerangan format setiap seksyen
    3. Hurai format setiap pecahan untuk setiap seksyen.
    4. Teknik menjawab soalan setiap seksyen dan pecahannya.
    5. Pendedahan ekslusif cara menjawab soalan yang bakal MEMBUNUH anda!.
    6. 60 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen A.
    7. 40 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen B.
    8. 50 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen C.
    9. Soalan Khas GTP – Contoh Soalan dan Jawapan.

     

    Ya, semua ini anda akan dapat dengan hanya memiliki panduan peperiksaan ini. Jadi, anda bolehlah beraya dengan gembira dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk peperiksaan ini.

    BAGAIMANA NAK DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM INI?

    Untuk pengetahuan anda, panduan ini tidak terdapat di MPH mahupun mana-mana kedai buku.

    Ini kerana, panduan ini berbentuk ebook (dalam bentuk pdf) dan boleh didownload dalam tempoh 24 jam selepas anda membuat pembayaran.

    Masukkan nama dan alamat emel anda di ruangan di bawah untuk mendapatkan Preview Copy panduan ini. Langkah-langkah untuk mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam ini ada ditunjukkan secara terperinci dalam Preview Copy ini.

     

    Dipanggil ke sesi peperiksaan ONLINE Penolong Penguasa Kastam 5 Ogos ini?. Kalau tak prepare memang susah nak lulus.

    Masukkan nama & emel anda. Kami akan berikan tip dan Panduan Lengkap Khas untuk peperiksaan ini.

     


     

    All the best!. Semoga berjaya. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh emel saya di syahiyasin(at)gmail.com.

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

    PENGUMUMAN : Khas untuk calon exam Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat INFRA sesi 13 Julai, 2020. Anda boleh study menggunakan Rujukan Lengkap Exam S29 yang mengandungi contoh soalan dan nota berkaitan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang telah dikemaskini khas untuk anda di laman web rujukan S29 di bawah :

    Rujukan Lengkap Exam S29 Ada Di Sini. Klik Sini

    Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 2014

    sistem peperiksaan online pegawai pembangunan masyarakat spa

    Jika anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online pegawai pembangunan S41 yang akan diadakan 25 Mei ini, tahniah aku  ucapkan!.

    Ini adalah peperiksaan kedua menggunakan format peperiksaan secara online. Sebelum ini, peperiksaan pertama yang menggunakan peperiksaan secara online ialah Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib.

    FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

    Memandangkan peperiksaan kali ini dijalankan secara online, format terkini juga telah berubah. Peperiksaan ini terdiri daripada 3 seksyen sahaja :

    3 SEKSYEN PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 :

     

    Seksyen A : Pengetahuan Am

    Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen C : Ujian Personaliti (Sahsiah Diri)

    PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PEPERIKSAAN

    Selain daripada mengetahui format peperiksaan dan cara untuk menjawab soalan peperiksaan spa secara online, para calon perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan am yang luas dan membuat latih tubi menjawab contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat.

    Ini adalah penting agar para calon dapat membiasakan diri dengan patern soalan peperiksaan. Secara amnya, calon perlu menjawap 2 soalan dalam masa 1 minit.

    Ia adalah satu tempoh masa yang singkat. Nak termenung panjang?. Memang tak sempat lah. Secara logiknya, memandangkan tempoh masa yang singkat untuk menjawab soalan, calon perlu menjawab soalan dengan tepat secara spontan.

    Jadi, sebaik – baiknya, anda buat persediaan lebih awal. Elakkan buat persediaan last minute atau sambil lewa kerana peluang tidak selalu datang. Kali ni anda dipanggil peperiksaan, mungkin lain kali anda tak dipanggil atau peperiksaan tak diadakan lagi. Mungkin juga, lagi 2-3 tahun baru peperiksaan diadakan lagi.

    PANDUAN LENGKAP KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

    Panduan lengkap seperti ini memang tidak di jual di mana-mana kedai buku dan hanya boleh didapati secara online khas untuk membantu para calon membuat persediaan.

    Segala tip, contoh soalan exam berserta jawapan dimuatkan dalam pakej rujukan lengkap ini. Anda hanya perlu buat ulangkaji menggunakan panduan ini dan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan. Contoh soalan yang disediakan adalah berpandukan daripada corak soalan peperiksaan.

    Rujukan ini disediakan oleh Team Infokerjaya yang telah berjaya membantu lebih dari 60,000 graduan menduduki peperiksaan SPA.

    testimoni peperiksaan pegawai pembagunan mayarakat team infokerjaya

    Anda juga boleh lulus peperiksaan ini seperti beliau!.

    Jangan kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan untuk lulus dalam peperiksaan ini dengan mendapatkan e-buku panduan rujukan peperiksaan pengawai pembangunan masyarakat. Lulus peperiksaan ini adalah langkah pertama untuk anda menjawat jawatan pegawai pembangunan masyarakat. Ia adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk anda mendapatkan kerjaya iadaman anda!.

    Dapatkan panduan lengkap pepeperiksaan pegawai pembangunan masyarakat ini atau anda terlepas peluang untuk dapat kerja kerajaan!.

    –> DOWNLOAD Rujukan Terkini Panduan Pepeperiksaan

    Pegawai Pembangunan Masyarakat. <–

    Pakej Rujukan Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat
    Like fb page spakerjaya.com untuk update info-info terkini.

    KOMISEN KE-6 & KE-7 JOB DI RUMAH | KERJA DARI RUMAH YANG BEST

    KOMISEN KE-6 & KE-7 JOB DI RUMAH | KERJA DARI RUMAH YANG BEST

    Petang tadi, cek akaun bank, terperanjat tiba-tiba tengok duit bertambah. Setahu aku, malam tadi dah keluarkan duit dah. Hehe… Bila cek kat today transaction, ada orang bank in RM 50. Terus syak, ni mesti komisen dari Job Di Rumah ni.

    komisen ke-6 & ke-7 dari job di rumah

    Cepat-cepat cek emel, ya betul! Job Di Rumah bayar aku komisen lagi. Alhamdulillah. Memang seronok buat kerja dari rumah ni. Siapa yang tengah cari kerja kosong di rumah, boleh lah apply Job Di Rumah ni. Tak susah mana pun kerjanya. Kerja data entri pun ada. Kalau yang ada blog, nak kerja buat blog post pun ada. Yang pandai BI, boleh lah buat kerja-kerja translation.

    Actually, ni komisen ke-7 aku terima dari Job Di Rumah setelah menerima komisen ke-6 11 hari yang lalu.

    Photo

    komisen dari job di rumah kerja kosong di rumah

    Job Di Rumah menyediakan banyak peluang pekerjaan dari rumah. Kita sendiri boleh pilih dan apply kerja mana yang kita nak. Untuk maklumat lanjut mengenai Job Di Rumah, boleh lah layari –> Soal Jawab & Senarai Kerja Job Di Rumah

    error: Content is protected !!