Cara Capai Impian (Goal) 2025 Tip Dari Ali Abdaal

Cara Capai Impian (Goal) 2025 Tip Dari Ali Abdaal

Tinggal lagi beberapa hari saja dah nak masuk tahun baru 2025. Phewww… sekejap je masa berlalu kan. Tau-tau dah tahun baru. Rasa macam baru je tengok bunga api tahun baru 2024. Tup-tup ni dah nak keluar buanga api tahun 2025.

So, macam biasa, bila tahun baru je, mulalah nak set azam tahun baru kan. Setting goal kata omputeh.

Sebenarnya, kebelakangan ni rasa macam otak kosong je. Tahu banyak sebenarnya kerja yang perlu dilakukan. Ye lah, tak kan nak duduk diam layan Korea Drama / Chinese Drama je tak buat apa-apa kan? Lain lah kalau duk melayan Kdrama je, hujan duit turun tiap-tiap hari kan? Kalau macam tu syok lah. Tapi memang idok lah ye. Realiti hidup tak macam tu.

4D, duduk diam dapat duit ni memang tak wujud. Scammer pun berkerja keras buat profiling, study pasal bakal mangsa, siap buat skrip bagai nak scam orang. Ingat dorang tak kerja keras ke? Tapi janganllah kita pula nak buat kerja tak elok tu. Alang-alang nak kerja keras, buatlah kerja yang betul, yang halal, yang diredhai Allah.

Ok. Jadi, apa nak buat untuk jadi orang yang lebih baik dan lebih berjaya tahun depan?. Tak kan tahun depan pun nak sama je macam tahun ni kan? Rasa macam looser pula kalau macam tu. Hidup ni perlulah ada perubahan dari kurang baik kepada lebih baik.

“BERUNTUNGLAH orang yang HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.”

-Saidina Ali-

So, apa nak buat?

Tip Set Sistem Untuk Capai Impian 2025

Ni Sya kongsikan video dari Ali Abdaal, mengenai cara nak setting goals. Actually, untuk capai impian kita, kita kena set sistem. Setiap apa yang kita nak buat, kena ada sistem.

Boleh tonton video ni sampai habis.

Cara set up sistem untuk capai impian 2025

Untuk sistem capai impian, dalam video ni Ali Abdaal kongsikan 5 langkah :

  1. Tulis Senarai Impian (3-4 sahaja untuk setiap 1 Quater).
  2. Tengok impian tu setiap hari / setiap minggu.
  3. Pantau progress impian tu seminggu sekali.
  4. Gambarkan apa halangan untuk capai impian tu dan plan macam mana nak atasi halangan tu.
  5. Ikat impian tu dengan identity. Contoh: Kita pegang identity sebagai youtuber. So, kenalah buat kerja yang seorang Youtuber perlu buat. Kalau pegang identiti usahawan, kenalah buat kerja-kerja yang seorang usahawan perlu buat.

Paling penting kat sini, senaraikan apa goal yang kita nak capai. Orang yang menulis impian dia, 42% lebih berjaya capai impiannya berbanding dengan orang yang tak tulis impian.

Dan biasanya, kalau orang yang takde impian ni, duit dalam akaun dia hanya ada beberapa ratus sahaja.

(kalau tengok video tu, akan faham apa yang Sya cakap ni. Sebab dalam video tu ada cerita).

Apa yang Sya tulis ni adalah secara ringkas sahaja. Sebagai nota untuk Sya juga. Nak bagi lebih ingat dan faham, Sya catitlah dalam blog ni. Alang-alang tu, dapatlah Sya kongsikan ilmu kepada orang lain juga. Takde lah makan sorang-sorang kan? Rasa rugi pula kalau tak share benda baik ni. Kalau korang amalkan, Sya dapat pahala. Ye dak?

Hehe… Ok, jumpa lagi dalam next entri. Anyway, Sya baru dapat tahu ada yang dah dapat panggilan Exam PTD. So, ada ke yang dipanggil exam PTD? Nak ke Sya kongsikan contoh-contoh soalan ujian PTD? Kalau nak, pm je Sya.

Tekan link ni untuk wasap Sya, dapatkan contoh soalan PTD :

https://examptd.wasap.my

p/s: Kalau korang berimpian nak jadi PTD tahun depan, cuba lah tip yang Sya share kan ni. Selain dari tip capai impian ni, share akan kongsikan juga tip nak lulus exam PTD untuk siapa yang wasap Sya. Mana tahu, tahun depan korang dapat jadi PTD kan. Maka tercapailah impian kan? Best kan?

.

.

.

Tip Persediaan Sebelum Temuduga

Tip Persediaan Sebelum Temuduga

Jika anda ingin lebih banyak tip dan bimbingan untuk berjaya lulus temuduga, anda boleh dapatkan Ebook Panduan Lulus Temuduga Kerja ini.

.

.

.

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 – Gaji, Tugas, Syarat Lantikan & Peperiksaan

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 – Gaji, Tugas, Syarat Lantikan & Peperiksaan

Penolong Pegawai Tadbir PPT N29

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian : Kementerian Pertahanan
Jabatana : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 :

gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

.
.
Syarat Bahasa Melayu
.
.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
.
.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
.
.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir PPT N29:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
.

Cara Mohon Kerja Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

.
Jika anda ingin menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi SPA (spa.gov.my).

Bagi lantikan negeri, anda boleh memohon di laman web SPA Negeri yang anda mahu mohon.
.

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29

.
Calon-calon yang menepati kelayakan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dipanggil menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 terlebih dahulu, sebelum dipanggil temuduga. Peperiksaan boleh diadakan secara online mahupun offline, bergantung kepada negeri.

Calon-calon yang dipanggil ke exam Penolong Pegawai Tadbir N29, perlu buat persediaan yang rapi untuk lulus kerana perlu bersaing dengan beribu-ribu orang calon.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 

 

Untuk memudahkan anda buat persediaan, anda boleh buat persediaan menggunakan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang disediakan oleh Infokerjaya ini :

 

INI RUJUKAN UNTUK PERSEDIAAN EXAM ANDA 

Nota & Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19
(Versi Update & Terkini 2019)
Daftar Percuma Sekarang Nama & Email Anda di Bawah Untuk Mendapatkan Hebahan Jualan Panduan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19. Hebahan Hanya akan Diberikan Terus ke Emel Calon Yang Mendaftar Sahaja :

Panduan Peperiksaan Online SPA (Kerja Kerajaan)

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan video Panduan Peperiksaan Online yang disediakan oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) khas untuk membantu calon membuat persediaan sebelum menjawab soalan.

Video panduan peperiksaan online SPA untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini adalah yang terkini.

Tonton dengan teliti video ini. Saya doakan anda berjaya jawab exam dengan tenang dan jawab dengan betul.

All the best!

3 CARA MUDAH TULIS RESUME TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

3 CARA MUDAH TULIS RESUME TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

cara tulis resume kerja kerajaan

Cara mudah tulis resume kerja kerajaan. Jika anda dipanggil oleh SPA untuk temuduga kerja, anda dikehendaki untuk bawa bersama resume ketika ke tempat temuduga. Untuk kerja kerajaan, resume diberikan kepada panel penemuduga semasa temuduga. Tetapi, untuk kerja swasta, resume diberikan sebelum temuduga.

Ketika temuduga kerja kerajaan, apa yang tercatat dalam resume anda, itulah soalan yang akan ditanya oleh penemuduga. Boleh dikatakan, sepanjang proses temuduga, resume anda akan sentiasa ada ditangan penemuduga. Oleh itu, anda perlu menyediakan resume yang terbaik!.

Selain itu, maklumat yang anda isi ketika permohonan jawatan SPA juga ada dalam laptop penemuduga. Jadi, sebenarnya, penemuduga telah tahu serba sedikit maklumat tentang diri anda sebelum temuduga lagi. Oleh itu, amat tidak digalakkan untuk anda menipu ketika temuduga. Berkata jujur adalah jauh lebih baik!.

Tetapi… bagaimana menghasilkan resume yang bagus?

3 FORMAT PENULISAN RESUME

Sebelum menulis resume, anda perlu menentukan terlebih dahulu, format resume yang anda mahu gunakan.

Terdapat 3 format resume yang anda boleh pilih, iaitu :

1) Kronologikal Resume
2) Fungsional Resume
3) Kombinasi Resume (Kronologikal + Fungsional)

Jenis Resume #1: Kronologikal

  • Jenis resume paling popular.
  • Mempamerkan senarai kerjaya dan pendidikan mengikut kronologi.
  • Sesuai untuk calon yang mempunyai pengalaman kerja beberapa tahun dalam bidang yang sama.
  • Tidak sesuai untuk graduan baru tamat belajar.
  • Tidak sesuai untuk mereka yang hendak tukar kerja baru (kerja lama tiada kaitan dengan kerja yang diminta).

.

Contoh Resume Kronologikal

 

Contoh Chronological Resume cara tulis resume kerja kerajaan

.
.

Jenis Resume #2: Fungsional

  • Fokus kepada kemahiran-kemahiran yang anda miliki berbanding jawatan-jawatan yang pernah anda pegang.
  • Maklumat disenaraikan dalam kategori dengan tajuk kemahiran, sejarah kerja, kemahiran dan sebagainya.
  • Sangat sesuai jika anda mempunyai pengalaman kerja yang banyak.

.
.

Contoh Resume Fungsional

 

Contoh Functional Resume cara tulis resume kerja kerajaan

.
.

Jenis Resume #3: Kombinasi

  • Ditulis dengan menggabungkan jenis kronologikal dan Fungsional.
  • Sesuai untuk mereka yang bertukar pekerjaan.
  • Tonjolkan kemahiran dan pengalaman kerja anda.

.
.

Contoh Resume Kombinasi

 

contoh combination_resume cara tulis resume kerja kerajaan

CARA MUDAH HASILKAN RESUME TEMUDUGA KERJA KERAJAAN YANG BERJAYA

Saya dah jumpa cara paling mudah untuk tulis resume untuk di bawa ketika temuduga kerja kerajaan.

Nak tahu caranya?.

Gunakan TEMPLATE resume!

Ya, gunakan sahaja template resume yang memang dah diuji keberkesanannya. Template ini disediakan khas untuk temuduga kerja kerajaan. Dengan adanya template ini, anda hanya perlu ubah maklumat yang terdapat pada template ini dengan maklumat anda. Tak perlu risau mengenai format kerana format telah disetkan siap-siap.

Gunakan sahaja TEMPLATE RESUME yang telah membantu ramai calon mendapatkan kerja kerajaan ini.

SAYA NAK TEMPLATE RESUME TEMUDUGA SPA

PENTING!!!

Resume anda tidak perlu meleret-leret. 2 muka surat sudah memadai. Jika anda rasa ada banyak benda yang anda mahu muatkan dalam resume anda, fikir 10 kali. Adakah mahlumat itu penting untuk dimasukkan dalam resume?.

Dalam ebook Pakej Panduan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini, ada diterangkan langkah-langkah menentukan apa yang perlu ditulis untuk 8 maklumat penting yang WAJIB ada dalam resume.

8 maklumat ini sahaja sudah cukup untuk memberitahu penemuduga perkara penting yang mereka ingin tahu tentang diri anda. Jangan masukkan maklumat yang tidak penting dalam resume anda kerana ianya tidak membantu untuk anda mendapatkan kerjaya idaman anda!.

SAYA NAK PANDUAN LENGKAP LULUS TEMUDUGA SPA

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang “F” di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan anda yang akan ditemudugar

KAITAN BAJET 2015 DAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

KAITAN BAJET 2015 DAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kaitan Bajet 2015 dan Temuduga Kerja Kerajaan

ISI KANDUNGAN BAJET 2015 DAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Eh, ada kaitan ke Bajet 2015 dengan Temuduga Kerja Kerajaan?.

Bulan September dan bulan Oktober ni ada banyak temuduga kerja kerajaan sedang dijalankan. Bulan lepas, temuduga Penolong Penguasa Kastam. Bulan ni pula, temuduga lebih besar diadakan iaitu temuduga Penguasa Kastam, di mana temuduga Penguasa Kastam ini menyaksikan 30 ribu calon ditemuduga!.

Haa….. Jadi, bagaimana temuduga ini dijalankan?. Macam mana nak pilih calon yang layak?.

Salah 1 soalan favourite temuduga kerja kerajaan ialah soalan isu semasa. Jadi, selepas pembentangan Bajet 2015 ni, pastilah Bajet 2015 menjadi isu semasa terhangat!. Oleh itu, kemungkinan untuk calon temuduga kerja kerajaan ditanya soalan mengenai Bajet 2015 adalah tinggi!.

Kenapa soalan isu semasa ditanya ketika temuduga kerja kerajaan?.

Kerana, dalam pemilihan penjawat awam, SPA amat menitik beratkan calon yang peka dengan hal sekelilingya.

Soalan mengenai isu semasa boleh ditanya sama ada :

1. Apa isu semasa hari ini?.
2. Pendapat anda tentang isu semasa tertentu.

Jadi, dalam hal pembentangan Bajet 2015 ini, banyak soalan yang boleh keluar dari mulut penemuduga. Sebab, ada banyak item yang dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke – 6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

>>SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM<<

INTIPATI BAJET 2015

Bajet 2015 bertemakan “Ekonomi Keperluan Rakyat“.

Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.

* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena ‘Malaysia – Year of Festivals 2015’.

* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.

* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.

* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.

* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.

* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.- Bernama. Sumber Sinar Harian

DOWNLOAD SKRIP PENUH UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2015

Anda boleh download skrip ucapan Bajet 2015, klik pada link di bawah :

  • Download Ucapan Bajet 2015 (Bahasa Malaysia)
  • Download Ucapan Bajet 2015 (Bahasa Inggeris)
  • TIP TAMBAHAN KEPADA CALON TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

    Seperti yang dinyatakan di atas, banyak soalan mengenai Bajet 2015 yang boleh ditanya ketika temuduga kerja kerajaan. Jadi, anda perlu ingat dan tahu intipati Bajet 2015 ini. Jika anda calon temuduga Penguasa Kastam, anda perlu tahu yang berkaitan dengan GST yang terdapat dalam pembentangan Bajet 2015 ini seperti barang-barang yang dikecualikan dari GST, Kesan GST terhadap ekonomi negara dan rakyat dan macam-macam lagi.

    Pendapat anda tentang satu-satu perkara dalam Bajet 2015 juga mungkin akan ditanya.

    Atau mungkin juga pendapat anda secara keseluruhan mengenai Bajet 2015.

    Tapi, apa pun, kalau anda tak tahu langsung isi kandungan Bajet 2015, pasti tak dapat jawab soalan yang berkaitan dengan Bajet 2015 ini.

    [bannerbox id=7]

    Saya ucapkan Good Luck kepada anda, yang akan ditemuduga. 😀

    Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang “f” di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan anda yang akan ditemuduga.

    P/S: Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan tip temuduga, masukkan nama dan emel anda di ruang yang disediakan di bawah. Tip akan dihantar ke emel anda dari semasa ke semasa. 😀

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

    error: Content is protected !!