14 Contoh Soalan Esei PTD 2014 BM dan BI

14 Contoh Soalan Esei PTD 2014 BM dan BI

14 contoh soalan esei ptd 2014 bm dan bi english dan bahasa malaysia melayu temuduga ptd 2015

Esei PTD 2014 BM dan English

 

Soalan Esei telah dimansuhkan dari peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sejak SPA memperkenalkan peperiksaan secara online. Anda boleh dapatkan update terkini contoh soalan peperiksaan PTD  >> di sini. KLIK!<<  

 

CONTOH SOALAN & NOTA RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41

.
Satu panduan lengkap yang mengandungi contoh soalan pengetahuan am dan jawapan, contoh soalan matematik (daya menyelesaikan masalah) dan jawapan serta cara kira untuk mendapatkan jawapan sedang disiapkan untuk membantu persiapan anda menduduki exam PTD ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Panduan Lengkap Exam PTD ini, klik butang “SAYA NAK RUJUKAN PTD” di bawah untuk kami berikan update kepada anda apabila panduan ini siap.

Update hanya akan diberikan kepada yang berdaftar sahaja. Jika anda tak mendaftar, anda tidak akan dapat apa-apa update dari kami.
.
Rujukan Nota Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD Gred M41 2017

nAK rujukan peperiksaan PTD pegawai tadbir dan diplomatik m41 2017

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana dengan izinNya dapat saya kongsikan tajuk soalan esei BM dan BI temuduga PTD 2014 ini. Perkongsian ini adalah untuk membantu pada calon temuduga PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) 2014 dan 2015 membuat persiapan untuk temuduga yang sedang berjalan sekarang ini.

Seperti yang semua calon sedia maklum, sebelum temuduga, ada Ujian Esei BM dan BI. Ada 2 soalan esei BM dan 2 soalan esei BI. Jawab 1 sahaja untuk esei BM dan English.

Berikut adalah contoh soalan esei PTD 2014 BM dan BI yang telah dikongsikan oleh calon yang telah menghadiri temuduga PTD 2014.

Soalan Esei BM PTD

Berikut adalah antara contoh soalan esei BM PTD bagi sesi temuduga 2014 dan 2015 :

>> Usaha-usaha untuk tingkatkan semangat kerja berpasukan

>> Penderaan mental dan fizikal di Malaysia

>> Rahsuah

>> Penjimatan Air

>> Kekuatan pelancongan Malaysia.

>> Perancangan kewangan dan tabungan rakyat.

>> Kadar Jenayah

Soalan Esei BI PTD

Berikut adalah antara contoh soalan esei BI PTD bagi sesi temuduga 2014 dan 2015 :

>> Suggest ways which government can promote recycling among publics.

>> Government transformation in public service

>> PLKN

>> Iklan komersial TV lebih banyak dari iklan education.

>> ‘Leadership by vision’ can provide success to country. Discuss.

>> Act of bribery can destroys society. Give reasons why bribery must be eradicated.

>> ICT give positive impact to society. Discuss.

Diharap dengan senarai soalan esei PTD 2014 ini dapat membantu calon temuduga PTD membuat persiapan. Perlu diingatkan bahawa agar anda yang bakal menghadiri temuduga PTD nanti menjadikan tajuk-tajuk esei ini sebagai panduan sahaja supaya anda dapat idea secara umum mengenai soalan-soalan yang akan ditanya.

Tak semestinya tajuk ini yang anda akan jawab nanti kerana pihak SPA semestinya mempunyai banyak set soalan untuk temuduga PTD seluruh negara. Walaubagaimanapun, saya pasti anda akan dapat idea secara umum mengenai corak soalan yang akan ditanya. PTD adalah bukan sembarangan jawatan. Calon PTD kan bijak! 🙂

Anda juga boleh merangka jawapan untuk soalan-soalan esei PTD di atas. Mana tahu, mungkin anda dapat soalan yang lebih kurang je nanti.

Salam kejayaan dari saya, Sya Isya. Good Luck!. All the Best!

Jika artikel ini bermanfaat kepada anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan tekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Mungkin dapat membantu rakan anda mebuat persiapan menjawab soalan esei PTD dalam temuduga PTD nanti. 😀

12 DOKUMEN PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA KERAJAAN

12 DOKUMEN PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA KERAJAAN

12 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KETIKA TEMUDUGA KERAJAAN

12 dokumen perlu dibawa ketika temuduga kerajaan

Tahniah! Jika anda dipanggil ke temuduga kerajaan. Bukan senang nak dapat temuduga kerajaan, lebih-lebih lagi jika anda perlu lulus peperiksaan online yang turut dihadiri oleh berpuluh ribu calon lain seperti jawatan PTD, Penguasa Kastam, Penolong Kastam, Pegawai Kastam, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Imigresen, Pegawai Arkib, Separa Perubatan dan lain-lain jawatan kerajaan yang HOT!.

Pihak SPA telah menyenaraikan senarai dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga. Oleh itu, sebelum hadir ke temuduga kerajaan, pastikan anda bawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT 12 dokumen berikut :

1) Kad Pengenalan;

2) Sijil Kelahiran;

3) Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4) Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

5) Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

6) Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

7) Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);

8) Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

9) Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

10) Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan);

11) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

12) Resume bergambar yang ringkas dan padat. Jika anda tak tahu bagaimana untuk menulis resume, saya sarankan agar anda rujuk artikel 3 Cara Mudah Menulis Resume Kerja Kerajaan dan jangan lakukan 7 kesilapan kritikal menulis resume ini untuk menghasilkan resume yang memikat hati penemuduga.

Anda juga boleh rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa dalam surat panggilan temuduga yang dihantar kepada anda.

Kegagalan anda mengemukakan kesemua 12 dokumen seperti yang dikehendaki di atas, serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. Dalam temuduga, anda perlu jujur. Kalau anda cuba menipu, penemuduga yang berpengalaman akan dapat kesan penipuan yang anda sedang lakukan. Ini akan menyebabkan anda di ‘reject‘ terus kerana sememangnya setiap majikan mahukan pekerja yang jujur dan amanah.

Jangan lupa, anda juga perlu berpakaian sopan semasa menghadiri temuduga. Kerana pakaian juga mempunyai markah dalam temuduga. Jika anda masih tak tahu pakaian apa yang harus anda pakai ketika temuduga kerajaan, anda boleh rujuk artikel INI.

p/s: Jangan lupa baca doa sebelum, semasa dan selepas temuduga, ya. Anda boleh download doa temuduga dan persediaan rohani ini. 🙂

p/s/s: Menurut kajian, 90% calon temuduga GAGAL kerana kurang persediaan. Jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan 90% ini, maka, anda MESTI membuat persediaan penuh dan rapi. Jika anda masih blur, takut dan tak tahu nak buat persediaan apa, anda boleh dapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Bijak Temuduga ini. Ramai yang dah berjaya dapat jawatan kerja kerajaan yang diidamkan selepas membaca dan mengamalkan ilmu temuduga yang terdapat dalam panduan ini. Jadi, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi-baloi. ^_^

Saya nak ucapkan Good luck kepada anda!. Moga berjaya peroleh kerjaya idaman anda ^_^

8 TERAS PTD – TUGAS & BIDANG UTAMA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

8 TERAS PTD – TUGAS & BIDANG UTAMA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

8 Teras PTD – Tugas & Bidang Utama

8 teras PTD tugas-tugas dan bidang pegawai tadbir diplomatik M41 temuduga interview

Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik atau juga dikenali sebagai 8 Teras PTD adalah antara soalan penting dan soalan popular yang sering ditanya dalam temuduga PTD kepada para calon.Serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu isu perdebatan yang hangat. Namun begitu, skop dan bidang tugas PTD adalah besar dan luas.

Secara ringkasnya, 8 bidang teras dalam PTD adalah seperti berikut :

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Inilah dia lapan bidang pengkhususan PTD (Teras Utama PTD). Sebagai Pegawai PTD, anda akan diserap ke mana-mana jabatan dan kementerian berdasarkan 8 bidang tugas utama yang telah disebutkan di atas.
.


NOTA RUJUKAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD

.
Rujukan Nota Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD Gred M41 2017
.
Anda dipanggil SPA untuk menduduki Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Berita baik untuk anda!.

Satu Rujukan Lengkap yang mengandugi :

  • Nota pentadbiran, isu semasa, nota berkaitan jawatan PTD dan banyak lagi nota ringkas yang penting untuk exam online PTD
  • Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen A (Pengetahuan AM)
  • Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
    dan banyak lagi

Jika anda berminat untuk dapatkan Rujukan Lengkap Peperiksaan PTD edisi terkini ini, klik butang hijau di bawah :

nAK rujukan peperiksaan PTD pegawai tadbir dan diplomatik m41 2017
.

p/s/s: Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yag lain di FB dengan tekan butang ‘F’ di sebelah kiri. Mungkin perkongsian anda dapat membantu rakan anda membuat persediaan temuduga PTD nanti. 🙂

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTD M41 1 NOVEMBER 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTD M41 1 NOVEMBER 2014

semakan keputusan peperiksaan ptd m41 2014 1 november

Keputusan peperiksaan online PTD, Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 telah keluar sebelum jam 12 tengahari tadi, 3 November 2014.

Para calon boleh semak keputusan peperiksaan PTD M41 2014 di pautan berikut :
http://e-semakan.spa.gov.my/

Peperiksaan online kali ini berjalan dengan lancar. Tidak seperti peperiksaan-peperiksaan online sebelum ini, banyak komen diterima oleh pihak SPA kerana ada masalah teknikal. Tetapi, untuk exam PTD kali ini, peperiksaan berjalan dengan sangat lancar.

Pihak SPA juga menerima ucapan tahniah dari para calon di Facebook rasmi SPA. Ternyata SPA telah membuat usaha penambah baikan dan berjaya menangani masalah teknikal yang berlaku sebelum-sebelum ini. Tahniah, SPA!.

Oleh kerana perjalanan peperiksaan PTD yang diadakan 1 November lalu lancar, maka, tiada retest peperiksaan PTD untuk ambilan sesi 2014 ini. Hanya 44, 498 orang calon menduduki peperiksaan Sabtu lalu berbanding 77,000 orang calon yang dipanggil exam.

Calon-calon, dah buat semakan keputusan?. Macam mana?. Lulus tak. Exam PTD kali ni ada yang cakap paling susah!. Tapi apa pun, saya ucapkan tahniah, kepada semua yang berjaya!

Yang lulus exam PTD kali ini, tak perlu menghadiri PAC, terus ke temuduga PTD yang akan diberitahu tarikhnya oleh pihak SPA kelak.

Jika anda lulus exam PTD ini, anda perlu bersedia dengan sebaiknya untuk temuduga kerana temuduga PTD memang sangat mencabar!. Tak percaya, tengok nanti bila anda ditemuduga. ^_^

TIP LULUS TEMUDUGA PTD

Jika anda berjaya lulus dalam peperiksaan online PTD, dan akan ke sesi temuduga PTD, anda harus buat persiapan rapi agar mudah lulus dan dapat surat tawaran lantikan PTD.

Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.

>> 20 Soalan Temuduga PTD <<
Untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini. Ebook ini disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.

Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!

Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :

>> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<
All the best!

p/s: Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri anda. Mungkin ada antara rakan anda yang lulus exam PTD dan akan ditemuduga. Secara tak langsung, anda dapat membantu rakan anda untuk membuat persiapan menghadiri temuduga PTD. 🙂

4 TAHAP PELANTIKAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, PTD M41

4 TAHAP PELANTIKAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, PTD M41

4 Tahap Pelantikan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

4 PROSES PELANTIKAN PTD PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41

Setelah melalui 3 Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41, calon yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru.

Tahap 1 : Kursus PTD Unggul

___________________________________________

Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang pegawai PTD.

Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;

ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan

iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.

Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.

Tahap 2 : Penempatan di Kementerian atau Jabatan

___________________________________________

Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak.

Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.

Tahap 3 : Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

___________________________________________

Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa.

Matlamat kursus DPA :

  • Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
  • Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
  • Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
  • Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.

Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik.

1. Latihan akademik

Merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah.

Modul-modul akademik yang dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara.

Peserta didedahkan kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka menjadi pegawai yang kompeten.

2. Latihan bukan akademik

Bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee.

Melalui pendekatan ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School.

Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap 4 : PTD Training Roadmap

___________________________________

Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-masing.

Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA.

Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:

  • Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal
  • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
  • Pengurusan dasar sektor awam
  • Pengurusan sumber manusia di sektor awam
  • Perancangan dan pengurusan projek
  • Kemahiran perancangan strategik
  • Metodologi penyelidikan
  • Pentadbiran tanah

Secara keseluruhan, proses pengambilan dan pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD M41 diringkaskan seperti dalam carta alir di bawah :

Carta allir proses pengambilan dan lantikan PTD, Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Carta allir proses pengambilan dan lantikan PTD

Sumber: INTAN

PERSEDIAAN TEMUDUGA PTD – PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

___________________________________________________________

Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.

>> 20 Soalan Temuduga PTD <<
Masih belum terlewat untuk anda memulakan persiapan mulai hari ini. Untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini. Ebook ini disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.

Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!

Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :

>> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<
p/s: Adakah pengetahuan anda mengenai PTD bertambah selepas membaca artikel ini?. Jika ya, apa kata anda kongsikan maklumat yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Perkongsian anda mungkin dapat membantu rakan anda yang sedang mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD Gred M41. Moga sama-sama mendapat manfaat. 🙂

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41 – PROSES PENGAMBILAN

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41 – PROSES PENGAMBILAN

Proses Pengambilan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik proses pengambilan ptd

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


__________________________________________________________

Dalam konteks sektor awam di Malaysia, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

SEJARAH ASAL USUL PTD

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu.

Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia).

Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan.

Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK


_________________________________________________________

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum calon dilantik sebagai pegawai PTD.


3 tapisan sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

1. Peperiksaan
2. PTD Assessment Centere (PAC)
3. Temuduga

TAPISAN PTD #1: PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


_________________________________________________________________

Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Peperiksaan secara online dan mengandungi 3 Seksyen ini adalah format peperiksaan baru, bermula tahun ini (2014).

Sebelum ini, peperiksaan PTD dijalankan secara bertulis dan mempunyai 5 seksyen. Selain dari 3 seksyen di atas, 2 lagi seksyen adalah esei Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sebelum ini, Seksyen C dinamakan Ujian Sahsiah Diri. Tahun 2014, ujian ini telah ditukar nama kepada Ujian Psikometrik.

Ramai calon yang tersingkir dalam PAC kerana tidak mempunyai tahap kecergasan seperti yang dimahukan.

Jika anda dipanggil ke peperiksaan online PTD, 1 November ini, anda boleh buat persediaan peperiksaan dengan menggunakan nota, panduan dan contoh soalan yang terdapat dalam ebook Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di SINI.

TAPISAN PTD #2: PTD ASSESSMENT CENTRE (PAC)


_______________________________________________

Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Pada asalnya, program penilaian PAC ini dilaksanakan selama tiga hari. Namun, kadang-kala ia dilakukan 1 hari sahaja. Dalam PAC ini, calon dinilai dari pelbagai aspek kompetensi.

Jadual di bawah menyenaraikan perkara-perkara yang dinilai sepanjang calon berada dalam PAC :

Pegawai Tadbir Diplomatik Perkara yang dinilai dalam PAC PTD Accessment Centre

Perkara yang dinilai dalam PAC, PTD Accessment Centre

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, calon juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

TAPISAN PTD #3: TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________________

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya calon yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

p/s: Untuk pengambilan PTD tahun 2014, tiada PAC. Jika lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 yang akan diadakan pada 1 November 2014, calon akan terus dipanggil untuk temuduga.

Setelah melalui 3 Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik ini, calon yang berjaya dalam proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru. Anda boleh baca mengenai 4 Tahap Lantikan di artikel 4 Tahap Pelantikan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

Sumber asal : INTAN,
Disusun semula : Sya Isya

PERSEDIAAN TEMUDUGA PTD – PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________

Jika anda berjaya lulus dalam peperiksaan online PTD, dan akan ke sesi temuduga PTD, anda harus buat persiapan rapi agar mudah lulus dan dapat surat tawaran lantikan PTD.

Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.

>> 20 Soalan Temuduga PTD <<

Selain itu, untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan Pakej Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.

Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!
  • Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :

    >> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<

    p/s: Kongsikan maklumat yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Perkongsian anda mungkin dapat membantu rakan anda yang sedang mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD Gred M41. Moga sama-sama mendapat manfaat. 🙂