by syaisya | Apr 21, 2012 | Pendidikan
Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara online.
Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Semakan Panggilan Ujian MEdSI
Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012. Semakan panggilan Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di ww.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI (http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/). Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Dapatkan contoh-contoh soalan ujian MEdSI di SINI.
Tarikh Ujian MEdSI dan tempat ujian
Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012. Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu. Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI yang boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
Tarikh Temuduga Program Pendidikan
Mereka yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula. Panggilan temuduga dijangka boleh disemak pada 19 Mei 2012. Semakan boleh dibuat di link ini: https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) seperti yang dinyatakan di atas. Atau boleh hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my
Sumber maklumat diambil dari laman eputra.
Like FB Page syaisya.com untuk update-update akan datang.
by syaisya | Apr 16, 2012 | Kerjaya, Pendidikan
PANDUAN MEMILIH KERJAYA DAN HALA TUJU KERJAYA SELEPAS SPM
Halatuju selepas SPM. Selepas SPM nak ke mana?. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan SPM. Banyak pilihan yang ada dan boleh dipilih.
Peluang kerjaya lepasan SPM
Dulu lepas SPM, Sya pun tak tahu nak ke mana juga. Mak galakkan anak-anak dapatkan pelajaran dan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah pula lebih menitik beratkan kemahiran. Ayah kata kemahiran lagi penting, kelulusan tak penting. Mak pula berpendapat pendidikan dan pelajaran boleh mengubah nasib keluarga.
Sementara tunggu result SPM, Sya bekerja sebagai waitress dan juga cashier. Hehe..sempat lagi tu tukar pekerjaan. Jadinya, dah merasa juga lah kerja tanpa memerlukan kelulusan yang tinggi ni. Terlalu berbeza sebenarnya pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi dan juga pekerjaan yang tanpa kelulusan.
Dapat tawaran Matriks, Sya pergi. Esok dah nak berdaftar, hari ni masih lagi kerja. Takde rehat banyak sangat pun. Lepas tu dalam tempoh tak sampai 24 jam, kehidupan aku dah berubah, dari kerja tiba-tiba dah jadi student semula. 😀
Habis matrikulasi setahun, masuk U pula. Lepas 4 tahun setengah, jadi Engineer selama 3 tahun. Lepas tu sambung belajar buat Master pula. So, sekarang ni, jadi student lagi. Hehe… aku suka lagi jadi student berbanding kerja. Lepas ni nak sambung PhD pula. InsyaAllah.
Untuk adik-adik lepasan SPM yang tak tahu laluan kerjaya selepas SPM ni, di bawah ni ada beberapa tip memilih kerjaya yang adik-adik idamkan.
PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM
Lepas SPM sebenarnya ada 2 pilihan besar. Yang pertama bekerja dan kedua melanjutkan pelajaran. Pilih yang mana satu sebenarnya yang kita nak. Tak semua orang minat belajar. Kena ikut juga kelayakan dan kebijaksanaan masing-masing. Ada juga yang tak pilih dua-dua pilihan di atas, tapi dia pilih kahwin dan jadi suri rumah sepenuh masa. Ni untuk perempuan lah. 😀 (Kalau jodoh dah sampai, apa salahnya, kan. Hehe ).
Bagi yang keputusan SPM bagus, lebih baik lanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Bidang apa yang nak dipilih, bergantung kepada kerjaya apa yang kita pilih dan minat. Minat itu penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Barulah kita akan rasa enjoy buat kerja yang kita suka. 😀
Ada yang berminat nak jadi doktor?. Boleh baca entri Hidup Sebagai Doktor ni.
Nak sambung belajar di mana selepas SPM?
Nak sambung belajar, ada banyak cabang lagi:
- Tingkatan 6
- Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Belajar ke luar negara
- Dan lain-lain..
NAK KERJA APA LEPAS SPM?
Bagi yang tak minat belajar pula, boleh je kalau nak kerja. Tapi lebih baik dapatkan sijil sekurang-kurangnya kita ada certificate. Ada juga orang yang lemah dalam pelajaran tapi mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Ada banyak institut yang menawarkan kursus kemahiran.
Bagi yang minat berniaga pula, rasanya lebih baik timba pengalaman dulu, sambil-sambil tu belajar selok-belok ilmu perniagaan. Dah cukup ilmu didada, boleh lah buat pinjaman bank atau sekarang ni pun ada banyak bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk usahawan-usahawan muda bumiputera. Cuma kena rajin mencari dan kena alert lah untuk tahu peluang-peluang yang ada.
Bekerja tak semestinya perlu makan gaji. Tak semua orang suka makan gaji. Zaman sekarang ni ada orang kerja hadap laptop je. Hehe.. jana wang dengan internet. 😀
Macam mana nak tahu apa yang kita minat dan kerjaya yang sesuai?
Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri sendiri setelah berjaya melaksanakannya.
Tetapi jika adik-adik ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, adik-adik boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun internet serta buku-buku panduan kerjaya yang terkini. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.
Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.
Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti.
Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.
Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.
TIP MEMILIH KERJAYA
- Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
- Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
- Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
- Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
- Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.
Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi Sya Isya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Ingat! Pilih kerjaya, bukan kerja!.
Klik SINI untuk mendapatkan rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini.
Good luck!. Semoga adik-adik berjaya dapat kerjaya yang diidamkan.
Kongsi tips memilih laluan kerjaya dan hala tuju selepas SPM ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
Like FB Page Syaisya.com untuk update-update yang akan datang.
by syaisya | Mar 31, 2012 | Pendidikan
Permohonan kursus perguruan lepasan SPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP) ambilan Jun 2012
Dapatkan panduan kerjaya seorang guru di >> SINI <<
Permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun dibuka mulai 22 Mac hingga 5 April 2012. Program yang ditawarkan ini adalah sepenuh masa.
Nak bercuti ke Italy dengan percuma?. Klik kalau nak!
Minyak yang membersihkan enjin kereta 3x lebih bersih
Syarat dan kelayakan asas KPLSPM 2012
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012
3. Sihat fizikal dan mental
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
5. Mendapat cemerlang dalam mana-mana 3 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan 1 mata pelajaran yang lain dalam SPM. Calon juga wajib lulus BI.
6. Memenuhi syarat dan kelayakan kursus bidang pengajian yang dipohon (rujuk e-panduan permohonan).
Wow! Rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat! Tengok kat SINI.
Cara permohonan KPLSPM secara online
1. Permohonan KPLSPM hanya boleh dilakukan secara online. Layari Aplikasi permohonan Program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia (http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/pilihan.cfm) mulai 22 Mac 2012 untuk membuat permohonan.
2. Permohonan atas talian (online) boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012.
3. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
Maklumat lanjut mengenai permohonan KPLSPM 2012 boleh didapati di laman aplikasi tersebut.
>> Gambar Abby Abadi Bertudung <<
Semakan temuduga KPLSPM 2012 ambilan Jun
Semakan temuduga boleh dibuat pada 30 April 2012 di laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan (http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/login_semak.cfm).
Tarikh Temuduga dan Ujian Insak KPLSPM Ambilan Jun 2012
Temuduga dan ujian Insak KPLSPM akan diadakan pada 7-18 Mei 2012.
Semakan keputusan permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun
Keputusan permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun akan diumumkan pada 5 Jun 2012. Pendaftaran pelajar baru pula pada 18 Jun 2012.
Maklumat mengenai KPLSPM ini akan diupdate dari masa ke masa. Untuk mendapatkan update terkini dari blog ini, sila like FB page syaisya.com ini. Pengumuman update dari entri ini akan dilakukan di FB page tersebut.
Sebarang pertanyaan, bolehlah dibuat melalui laman web aplikasi permohonan seperti yang dinyatakan di atas. Semoga berjaya kepada semua pemohon program perguruan lepasan SPM ini 😀
Peluang Kerjaya Selepas SPM
>> Untuk mereka yang baru dapat result SPM 2011 <<
Beritahu rakan-rakan anda yang lain di FB mengenai permohonan KPLSPM ini dengan menekan butang share ini.
by syaisya | Mar 26, 2012 | Baucar Buku 1 Malaysia, isu semasa, Pendidikan
baucer buku 1 Malaysia
Tempoh sah laku Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) dilanjutkan sehingga 30 April ini. Itulah yang aku dengar di Buletin Utama tv3 pukul 8 malam tadi. Tarikh awal tempoh sah laku untuk menebus baucer buku sebelum ini ialah 31 Mac ini.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tempoh tebus baucer buku ini dilanjutkan untuk memberi peluang kepada pelajar pengambilan kedua IPTA yang baru sahaja berdaftar awal tahun ini.
Tarikh lanjutan ini juga dapat bagi kesempatan kepada pelajar-pelajar yang masih belum menggunakan baucer buku ini di mana-mana kedai yang menerima baucer buku 1 Malaysia. Bagi yang masih belum habis gunakan baucer buku ni, kat sini ada senarai kedai buku yang terima baucer buku 1 Malaysia untuk rujukan bersama. Ada lagi kedai-kedai lain yang terima, tapi kedai tu spesifik kat kawasan tertentu je. Bagi yang tiada idea nak beli apa, boleh rujuk SINI untuk cadangan apa yang boleh dibeli dengan baucer buku ni.
p/s: Haha..dah habis dah pun aku guna baucer buku ni. Last sekali aku beli pendrive. Hehe… ingatkan nak beli external hard disk guna baucar ni, tapi tak jumpa lah pula kedai yang terima baucer buku ni yang jual hard disk. Huhu…
Beritahu rakan-rakan anda yang lain di FB mengenai tarikh akhir tebus Baucer Buku 1Malaysia dilanjutkan ini dengan menekan butang share.
by syaisya | Mar 21, 2012 | isu semasa, Pendidikan
Keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon SPM 2011 boleh menyemak keputusan SPM di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Calon juga boleh semak keputusan SPM 2011 secara online, secara SMS dan secara hotline.
Sejauh manakah anda sihat?. Gunakan Wellness Profiling ini untuk mengetahuinya.
Cara semak keputusan SPM 2011 secara online:
Layari laman web sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my.
Cara semak keputusan SPM 2011 melalui SMS:
1. Taip:
SPM [No KP] [No Angka Giliran]
2. Hantar ke 15888
Perkhidmatan SMS ini boleh digunakan mulai 10 pagi 21 Mac 2012 sehingga 12 tengah malam 27 Mac 2012.
Contoh: cara hantar SMS untuk semakan keputusan SPM 2011
Cara semak keputusan SPM 2011 secara hotline:
Hubungi Talian Bantuan khas : 03-5569 2840 atau emel : careline@15888.my.
Shell Helix nak bagi hadiah bernilai lebih RM 200 ribu (Trip melancong ke Itali). Klik untuk tahu bagaimana caranya untuk menang.
Kongsi cara semak keputusan SPM 2011 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
by syaisya | Feb 16, 2012 | isu semasa, Pendidikan
MPH warehouse sale akan diadakan di Bangunan TH, Petaling Jaya pada 6-11 Mar, 2012 dan baucar buku 1 Malaysia boleh digunakan di sini.
Boleh rujuk peta di bawah ini untuk lokasi warehouse ini diadakan. Jadi, para pelajar bolehlah menggunakan baucar buku RM200 masing-masing di sini.
peta MPH warehouse sale 2012
>> Ekspo Buku Islam terima baucer buku <<
Beritahu rakan anda yang lain di Facebook tentang MPH warehouse sale ini dengan menekan butang shara ini.