EKSPO BUKU ISLAM 2 (2012) PUTRAJAYA TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

EKSPO BUKU ISLAM 2 (2012) PUTRAJAYA TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

ekspo buku islam putrajaya

Ekspo Buku Islam, Putrajaya

Lebih 100 buah gerai pameran dengan penerbit buku-buku Islam terhandal negara akan menyertai Ekspo Buku Islam 2. Ekspo ini merupakan ekspo buku Islam terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.

Promosi tiket penerbangan MAS mulai 10 – 17 Feb 2012.

Ekspo ini akan berlangsung mulai 24 Februari 2012 sehingga 4 Mac 2012 di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan@Masjid Besi).

Selain dari kedai buku yang terima baucar buku RM200, Ekspo ini juga menerima baucar buku 1 Malaysia (Baucer Buku RM200). Jadi, para pelajar boleh lah merebut peluang ini untuk membeli buku-buku rohani di Ekspo Buku Islam ini kerana sudah semestinya terdapat banyak pilihan di sini. Ada lebih 100 buah gerai buku, mestilah banyak pilihan, kan.

p/s: Nak juga aku datang ke ekspo ni. Tapi aku jauh di Selatan. Tengok banner je lah. Huhu…. Yang tinggal berdekatan dengan Putrajaya tu, moh lah datang beramai-ramai. 😀

>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai Ekspo Buku Islam ini dengan  menekan butang share ini.

BELANJA RM150 GUNA BAUCAR BUKU PERCUMA KAD KEAHLIAN POPULAR

BELANJA RM150 GUNA BAUCAR BUKU PERCUMA KAD KEAHLIAN POPULAR

Popular merupakan salah satu kedai yang terlibat menerima baucar buku RM200.  Selain dari itu, Popular turut membuat tawaran lain. Pelajar-pelajar yang belanjan RM150 menggunanakan baucar buku 1 Malaysia pada 1 resit pembelian akan mendapat percuma kad keahlian Popular.

Kelebihan Kad Ahli Popular

Kelebihan paling utama dan yang paling aku suka ialah boleh dapat 10% diskaun untuk setiap item yang dibeli kecuali item yang ada promosi dan juga item yang nett price.

Kelebihan lainnya, kadang-kadang ada promosi harga khas untuk ahli Popular. Kalau masa promosi tu bukan ahli dapat potongan 10% je, ahli pula boleh dapat sehingga 20%.  Boleh jimat duit, kan.

baucar buku rm200 kedai yang terlibat

Kalau aku beli barang kat Popular ni, walaupun beli guna baucar pun, aku akan tunjukkan kad ahli. Aku memang pemegang kad ahli yang berwarna kuning (valid untuk 3 tahun). Malas nak renew setiap tahun. Leceh!. Lagipun murah sikit kalau ambil yang 3 tahun punya.

Dengan adanya kad ini, maka aku dapat beli barang dengan harga diskaun, walau 10% setiap item, tapi kalau dah banyak barang yang dibeli, maka banyaklah duit dapat dijimatkan. Memang balik modallah.

Tak tahu nak beli apa dengan baucar buku ni?. Di SINI ada beberapa cadangan.

>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai perkara ini dengan menekan butang share ini.

KEDAI BUKU YANG TERIMA BAUCER BUKU RM200 (BB1M)

KEDAI BUKU YANG TERIMA BAUCER BUKU RM200 (BB1M)

Wahai pelajar-pelajar sekalian, sudahkah anda menerima baucer buku RM200 (BB1M) dari sekolah/IPT anda?. Jika belum, sila tuntut. Aku masih lagi belum mengambilnya. Asyik lupa je. Huhu…Tapi adik aku yang kat UTHM tu, PA dia dah tolong ambilkan untuk satu kelas. Pelajar-pelajar yang dah dapat baucer buku RM200, tertanya-tanya pula kedai buku yang terima baucer buku RM200 ni.

Adakah anda impikan kereta anda akan bertukar menjadi ini apabila traffic jem?

Selaku pemegang kad ahli kedai buku POPULAR, aku ada menerima email dari POPULAR beberapa hari lalu yang mengatakan bahawa kedai buku POPULAR menerima baucer buku RM200 ini. Baucer sah ditebus dari 3 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012.

kedai buku yang terima baucer buku rm200

 

Selain dari Popular, ada lagi kedai buku yang terlibat untuk baucer buku 1 Malaysia RM 200 ni. Untuk warga Johor atau lebih tepat lagi warga Johor Bahru, kedai buku Badan Cemerlang yang terletak di Plaza Angsana menerima Baucer Buku RM 200 ni. Semalam aku sempat tanya cashier di kaunter selepas menonton Road Show Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. MPH juga menerima baucar buku RM 200 ni. Tapi MPH tak benarkan beli game, majalah, surat khabar, produk elektrik dan elektronik menggunakan baucar buku 1 Malaysia ini. Novel boleh beli guna baucar buku rm200 ni.

kedai buku mph kedai terima baucar buku rm200 1 malaysia

Selain dari itu, untuk pelajar-pelajar IPT, baucar ini juga boleh digunakan di kedai buku yang terdapat dalam universiti masing-masing.

Setakat yang aku dah pergi kedai buku Popular di Kluang Mall dan Badan Cemerlang, memang ramai sangat orang. Ye lah kan, masing-masing nak tebus baucer buku RM200 tu.

Tahukah anda, apa itu Coral Triangle?. Klik untuk mengetahuinya.

Aku juga yang masih berfikir nak beli buku apa guna baucer tu. Huhu…beli alat tulis lah. A4 paper untuk print journal dan draft thesis. Ermmm..beli kamus pun OK juga. Kat office ni takde kamus. Kamus aku simpan dalam bilik. Malas pula nak bawa ke hulu ke hilir.

p/s: Gunakanlah baucer yang diberikan dengan sebaiknya. 😀

Entri berikutnya >> BOLEH BELI NOVEL TAK GUNA BAUCAR BUKU RM200? <<

>> BELANJA RM150 BAUCAR BUKU, PERCUMA KAD AHLI POPULAR <<

>> EKSPO BUKU ISLAM TERIMA BAUCAR BUKU <<

>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook info kedai buku yang terlibat menerima baucer buku RM200 ini dengan menekan butang like.

BAUCER BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA, IPTS, POLITEKNIK & TINGKATAN 6

Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

PELAJAR YANG LAYAK

Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana mahupun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.

Semua pelajar warga Malaysia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA / IPTS), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.

CARA MENUNTUT BAUCER RM200

Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Baucar buku RM200 ini akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Pelajar boleh membuat tuntutan baucer RM200 ini di IPT masing-masing.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

p/s: Alhamdulillah, dapat juga merasa dapat baucer buku RM200 ni. Memang sangat membantu. Kena fikir baik-baik ni nak beli buku apa. 😀

Sumber: berita harian

>> SENARAI KEDAI BUKU YANG MENERIMA BAUCER BUKU RM200 <<

Kongsi cara tuntut baucar rm200 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

CARA SEMAK KEPUTUSAN UPSR 2011 MELALUI SMS DAN ONLINE

CARA SEMAK KEPUTUSAN UPSR 2011 MELALUI SMS DAN ONLINE

Calon-calon UPSR 2011 dah boleh buat semakan keputusan hari ini. Semakan keputusan UPSR 2011 boleh dilakukan secara online dan juga SMS. Semakan melalui SMS boleh disemak bermula hari ini, 17 November 2011 selepas pukul 10 pagi menerusi sistem pesanan ringkas mySMS.

Cara semak keputusan UPSR 2011 melalui SMS adalah seperti berikut:

cara semakan keputusan UPSR 2011 secara online dan sms

Perkhidmatan mySMS ini akan diaktifkan sehingga pukul 12 tengah malam pada 23 November. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi ini.

Jika anda boleh bertanya peguam apa sahaja, apa yang akan anda tanya?

Adik-adik semua yang berdebar, Good Luck!. Kepada yang berjaya dapat 5A, tahniah. Yang tak dapat 5A pun, tahniah juga, sebab dah berjaya mengharungi UPSR. PMR nanti boleh cuba lagi yang terbaik. 😀

p/s: Senang je kan, sekarang ni. SMS je dah tahu result. Time aku dulu berdebar-debar nak tahu keputusan. Cikgu lagilah buat suspen je. Hehe… Terkenang zaman kanak-kanak dulu. Sekarang ni dah jadi kanak-kanak ribena aje. 😀

Sumber info dan gambar: Yanmieonline.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM / SETARAF 2011/2012

Berdasarkan pengumuman di Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA, tarikh semakan keputusan rayuan UPU lepasan STPM / setaraf 2011/2012 akan diumukan pada minggu ke-3 September.

“SEMAKAN KEPUTUSAN e-RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA (IJAZAH PERTAMA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012 AKAN DIUMUMKAN PADA MINNGU KE-3 SEPTEMBER” – Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA

Ada juga sumber lain yang mengatakan bahawa tarikh semakan keputusuan rayuan ini akan diumumkan pada 17 September 2011.

KLIK KALAU NAK DUIT RAYA!

Setakat ini, ini sahaja maklumat yang diperolehi. Good luck kepada semua calon!.

Kongsi tarikh semakan keputusan e-rayuan UPU ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!