Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41 – PROSES PENGAMBILAN

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41 – PROSES PENGAMBILAN

Proses Pengambilan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik proses pengambilan ptd

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


__________________________________________________________

Dalam konteks sektor awam di Malaysia, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

SEJARAH ASAL USUL PTD

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu.

Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia).

Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan.

Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK


_________________________________________________________

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum calon dilantik sebagai pegawai PTD.


3 tapisan sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

1. Peperiksaan
2. PTD Assessment Centere (PAC)
3. Temuduga

TAPISAN PTD #1: PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


_________________________________________________________________

Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Peperiksaan secara online dan mengandungi 3 Seksyen ini adalah format peperiksaan baru, bermula tahun ini (2014).

Sebelum ini, peperiksaan PTD dijalankan secara bertulis dan mempunyai 5 seksyen. Selain dari 3 seksyen di atas, 2 lagi seksyen adalah esei Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sebelum ini, Seksyen C dinamakan Ujian Sahsiah Diri. Tahun 2014, ujian ini telah ditukar nama kepada Ujian Psikometrik.

Ramai calon yang tersingkir dalam PAC kerana tidak mempunyai tahap kecergasan seperti yang dimahukan.

Jika anda dipanggil ke peperiksaan online PTD, 1 November ini, anda boleh buat persediaan peperiksaan dengan menggunakan nota, panduan dan contoh soalan yang terdapat dalam ebook Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di SINI.

TAPISAN PTD #2: PTD ASSESSMENT CENTRE (PAC)


_______________________________________________

Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Pada asalnya, program penilaian PAC ini dilaksanakan selama tiga hari. Namun, kadang-kala ia dilakukan 1 hari sahaja. Dalam PAC ini, calon dinilai dari pelbagai aspek kompetensi.

Jadual di bawah menyenaraikan perkara-perkara yang dinilai sepanjang calon berada dalam PAC :

Pegawai Tadbir Diplomatik Perkara yang dinilai dalam PAC PTD Accessment Centre

Perkara yang dinilai dalam PAC, PTD Accessment Centre

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, calon juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

TAPISAN PTD #3: TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________________

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya calon yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

p/s: Untuk pengambilan PTD tahun 2014, tiada PAC. Jika lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 yang akan diadakan pada 1 November 2014, calon akan terus dipanggil untuk temuduga.

Setelah melalui 3 Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik ini, calon yang berjaya dalam proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru. Anda boleh baca mengenai 4 Tahap Lantikan di artikel 4 Tahap Pelantikan PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

Sumber asal : INTAN,
Disusun semula : Sya Isya

PERSEDIAAN TEMUDUGA PTD – PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


___________________________________________________________

Jika anda berjaya lulus dalam peperiksaan online PTD, dan akan ke sesi temuduga PTD, anda harus buat persiapan rapi agar mudah lulus dan dapat surat tawaran lantikan PTD.

Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.

>> 20 Soalan Temuduga PTD <<

Selain itu, untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan Pakej Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.

Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!
  • Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :

    >> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<

    p/s: Kongsikan maklumat yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Perkongsian anda mungkin dapat membantu rakan anda yang sedang mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD Gred M41. Moga sama-sama mendapat manfaat. 🙂

    10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

    10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

    [hcshort id=”5″]


    contoh soalan ujian psikometrik peperiksaan online penguasa kastam gred w41

    Mengikut format terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online Penguasa Kasta W41 yang bakal diadakan 6 September ini, terdapat 3 Seksyen utama, iaitu ;

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Seksyen C – Ujian Psikometrik.

    Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama (format tahun 2009 – 2012) iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.

    Dalam artikel ini, saya hanya akan terangkan mengenai Seksyen C (Ujian Psikometrik) sahaja. Sebelum ini, saya telah pun kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam untuk semua seksyen dalam artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

    Seksyen C – Ujian Psikometrik

    Untuk Seksyen C (Ujian Psikometrik), sebanyak 200 soalan perlu dijawab dalam masa 60 minit.

    Uih! Banyaknya soalan nak kena jawab!. Sempat ke nak jawab ni?.

    Rileks…..

    Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni lah soalan yang paling senang untuk anda jawab.

    Kenapa pula?.

    Sebab untuk jawab soalan psikometrik ni, anda tak perlu buat sebarang kira-kira, tak perlu tekan calculator dan tak perlu pening kepala untuk fikirkan jawapan!.

    Sebabnya…..

    Soalan ujian psikometrik ni, anda hanya perlu jawab secara spontan.

    Tapi awas!.

    Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni ada banyak perangkap yang sengaja dipasang untuk memerangkap anda!.

    Soalan-soalan psikometrik direka khas untuk mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

    Jadi, untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda. Tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Itu sahaja!.

    Pilih jawapan untuk mengeluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

    Anda perlu tahu bahawa soalan psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

    Tip Jawab Soalan Psikometrik Penguasa Kastam

    Tip terpenting untuk jawab soalan psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 agar anda tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang diutarakan ialah :

    Pastikan jawapan anda sentiasa konsisten!.

    Ini adalah kerana, terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

    Jadi, jangan jadi lalang semasa peperiksaan, ya 😀 Anda perlu tegas dengan pendirian anda!

    Sebagai contoh, soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

    1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
    2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
    3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
    4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
    5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

    Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri anda. Anda perlu memberikan jawapan yang konsisten untuk semua soalan ini!.

    Maksudnya, jika jawapan anda “Tidak” untuk 1 soalan, anda perlu jawab “Tidak” untuk kesemua soalan ini. Barulah anda tidak menjadi seperti lalang, yang tidak mempunyai pendirian yang teguh!. 😀

    Cara Menjawab Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 yang Bakal MEMBUNUH Anda!

    Ramai yang kata “yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun”.

    Ya, pernyataan di atas ada benarnya, tetapi ramai yang salah faham dengan kenyataan di atas. Ramai yang buat kesimpulan macam ini;

    “Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

    Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak.

    Sebabnya, perbuatan menghentam ini akan membunuh anda!.

    Kenapa?

    Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan saya telah pun berikan kepada anda contoh 5 soalan yang jawapannya sama.

    Apa jadi jika anda berikan jawapan yang tak konsisten?.

    Markah anda akan terjejas dan sifat diri anda yang tidak mempunyai pendirian yang teguh juga akan terbongkar!.

    Jangan risau dengan waktu kerana dalam masa seminit, banyak soalan yang anda boleh jawab!. Sebab soalan pendek-pendek.

    Apa yang penting, KONSISTEN dan tonjolkan nilai positif dalam diri anda.

    10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 1

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 2

    Ujian Psikometrik

     Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 3

    Ujian Psikometrik Kastam

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawai Kastam Gred W41 4

    Psikometrik SPA

     Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41 5

    Soalan Psikometrik

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 6

    Soalan Psikometrik W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 7

    Soalan Psikometrik SPA

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41

    Contok Soalan Ujian Psikometrik Gred W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41 10

    Soalan Psikometrik Pegawai Kastam W41

    Ok, cukup 10 contoh soalan ujian psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang saya kongsikan untuk anda, para calon peperiksaan 6 September ini.

    Sebenarnya, ada dalam 50 contoh soalan ujian psikometrik yang boleh anda dapati dari Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

    Selain dari itu, anda juga boleh download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam dalam bentuk pdf di sini. Selepas download, terus mulakan study. Persediaan awal untuk exam adalah lebih baik berbanding study last minute!. 😉

    Jangan lupa, persaingan sangat sengit. Mungkin SPA panggil berpuluh ribu calon untuk menduduki peperiksaan ini!. Jadi, anda perlu bersaing untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ini.

    All the best!

    Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.

    Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu rakan-rakan adna secara tak langsung 😀

    CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

    CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

    [hcshort id=”5″]


    contoh soalan pengetahuan am matematik IQ ujian psikometrik peperiksaan penguasa kastam w41

    Baru-baru ini SPA telah memanggil calon-calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 untuk menduduki peperiksaan 6 September ini melalui SMS dan juga emel.

    Apa yang saya lihat, calon-calon yang dipanggil ke Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini tercari-cari contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41.

    Oleh kerana saya mempunyai banyak maklumat mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini, saya terpanggil untuk berkongsikan mengenainya di blog kesayangan saya ini bagi membantu calon-calon peperiksaan membuat persediaan.

    Baca dengan teliti ya, kerana saya akan kongsikan mengenai format peperiksaan dan juga beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41.

    Ada antara soalan yang saya berikan di sini dicedok dari Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41 yang dikeluaran oleh pihak SPA manakala sebahagian dari contoh soalan ini, saya cedok dari Rujukan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. 😀

    Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

    Peperiksaan ini bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

    Oleh kerana calon-calon yang menduduki peperiksaan ini datang dari pelbagai jurusan, maka, soalan peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

    Peperiksaan ini merupakan tapisan kedua untuk memasuki perkhidmatan Penguasa Kastam. Tapisan pertama adalah ketika calon memohon dan mengisi borang permohonan jawatan di laman web rasmi SPA.

    Tidak semua calon yang memohon dipanggil ke peperiksaan Penguasa Kastam ini. Hanya calon yang layak dan menepati syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam artikel Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan dan Cara Memohon ini sahaja yang akan dipanggil.

    Setelah calon LULUS peperiksaan Penguasa Kastam ini, calon akan melalui proses tapisan ke-3 iaitu Assessment Center.

    Calon-calon yang lulus ujian PAC ini kemudiannya akan dipanggil untuk ke sesi Temu Duga.

    Hanya calon yang LULUS temu duga ini sahaja akan mendapat tawaran sebagai Penguasa Kastam.

    Matlamat Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

    Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk menguji kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti dan potensi seorang Penguasa Kastam Gred W41.

    Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam ini terdiri daripada 3 Seksyen utama, iaitu :

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Seksyen C – Ujian Psikometrik

    Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen A – Pengetahuan Am

    Masa yang diberikan untuk menjawab soalan pengetahuan am peperiksaan Penguasa Kastam ini hanyalah 40 minit. Dalam tempoh ini, calon dikehendaki menjawab 50 soalan. Calon perlu menjawab kesemua soalan.

    Kegagalan menjawab semua soalan boleh menjejaskan markah keseluruhan calon.

    Tujuan Seksyen A – Pengetahuan Am ini adalah untuk menguji tahap kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Malaysia (seluruh dunia).

    Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam Gred W41

    Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam W41

    Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41

    Contoh soalan pengetahuan am Penguasa Kastam Gred W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh kerana masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi.

     Tempoh: 45 minit
     Jumlah Soalan: 40 soalan

    Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM.

    Soalan dalam seksyen B ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;

     Penyelesaian Masalah
     Menginterpretasi Data
     Soalan Matematik
     Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

    Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

    Tetapi untuk peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini, tiada pengawas mengawasi anda. Jadi, anda boleh letak kalkulator di sebelah anda untuk mengira!. Tiada masalah! Hehe… ^_^

    Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik dan IQ) Peperiksaan Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan IQ Penguasa Kastam W41 peperiksaan online

    Contoh soalan IQ Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan IQ Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

    Contoh soalan IQ Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

    Contoh Soalan Matematik Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan matematik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 2

    Contoh soalan matematik Penguasa Kastam W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam Seksyen C – Ujian Psikometrik

    Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik dan perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Wow! Banyaknya!.

    Nampak seperti banyak soalan dan terma ‘Psikometrik’ menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 6 September ini nanti.

    Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Format ujian Psikometrik :

     Tempoh: 60 minit
     Jumlah Soalan: 200 soalan

    Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

    Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsia dan Minat.

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

    Contoh soalan ujian Psikometrik Peperiksaan Penguasa Kastam W41 1

    Contoh soalan ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam 2 exam

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Penguasa Kastam W41 3

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam

    Ini adalah beberapa contoh soalan yang dapat saya upload di blog ini. Anda boleh download 40 contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam.

    Good luck!.

    Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.

    Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu mereka secara tak langsung 😀

    Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

    Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

    [hcshort id=”5″]


    PENGUASA KASTAM GRED W41

    Jawatan Penguasa Kastam merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

    Bidang Tugas Penguasa Kastam Gred W41

    Bidang tugas seorang Penguasa Kastam adalah luas, merangkumi tugasan berikut :

  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Penguasa Kastam juga turut memproses permohonan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
  • Selain dari itu, Penguasa Kastam juga bertanggungjawab untuk mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM DAN PENOLONG PENGUASA KASTAM CONTOH SOALAN
    Syarat Lantikan / Kelayakan Penguasa Kastam Gred W41

    Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan Penguasa Kastam ini, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau

    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
    • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Cara Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di Laman Web Rasmi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di www.spa.gov.my.

    PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

    Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam dilakukan secara bertulis. Tetapi, mulai tahun ini, SPA telah membuat pembaharuan, di mana, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan diadakan secara online, sama seperti 5 peperiksaan SPA sebelum ini.

    Sebelum dilantik sebagai Penguasa Kastam, calon perlulah lulus dalam peperiksaan khas, lulus Assesment Center dan juga lulus temuduga.

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

    Secara umumnya, soalan-soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 Seksyen Utama, iaitu :

    1) Seksyen A : Pengetahuan Am
    2) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
    3) Seksyen C : Ujian Psikometrik

    Download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam


    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    [hcshort id=”5″]


    PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

    Kastam Diraja Malaysia, KDRM

    Baru -baru ini, SPA ada menghantar SMS kepada ramai calon-calon peperiksaan Penolong Penguasa Kastam. Peperiksaan ini akan diadakan pada 5 Ogos 2014. Iaitu selepas cuti raya.

    Yeay!. Tuu dia. Raya, raya juga. Exam, exam juga. Kaann…

    Jika anda dipanggil, ketahuilah , anda seorang yang sangat bertuah dan manfaatkanlah peluang yang diberikan kepada anda ini sebaik mungkin! Kerana, bukan semua pemohon dipanggil untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini.

    Calon-calon yang dipanggil semuanya teruja untuk membuat persiapan peperiksaan ini.

    Yang pastinya, ramai yang telah mengorak langkah awal untuk study!.

     

    PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Saya anggap anda tidak terkejut dipanggil ke sesi peperiksaan 5 Ogos ini secara ONLINE

    Sebenarnya ianya hanyalah medium sahaja dan tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu terpaksa ke pusat peperiksaan lagi kerana peperiksaan kali ini secara ONLINE. Anda boleh mengambilnya walau di mana sahaja anda berada, asalkan tempat itu mempunyai talian internet yang sangat laju dan bagus.

    Ia bagi memastikan kelancaran ketika anda menjawab soalan peperiksaan kerana pada peperiksaan yang lalu, calon ramai mengadu ‘system hang’, tak sempat jawab semua soalan, masa dah tamat.

    Tapi, kali ini, saya percaya, pihak SPA telah membuat menambahbaikan sistem peperiksaan online ini. Jadi, jangan risau lebih-lebih, ya. 🙂

    Apa yang anda perlu dirisaukan adalah format dan bentuk soalan. Untuk exam kali ini serius formatnya sudah berubah.

     

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Penilaiaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

    Seksyen A – Pengetahuan AM

    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen C – Ujian Priskometrik

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 2

    Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda secara meluas. Sebenarnya ini seksyen yang paling susah. Jika anda tidak alert dengan isu semasa yang berlaku, memang susah untuk anda jawab soalan -soalan ini.

    Tapi anda jangan risau. Jika anda tak berapa tahu isu semasa, rajin-rajinlah buka suratkhabar untuk isu-isu awal 2014 – 10 JULAI bagi isu semasa.

    Hah?. Nak baca surat khabar setengan tahun punya isu semasa?.

    Biar betul?.

    Ya, memang betul. Sebab itulah seksyen ini adalah seksyen yang paling susah, dan tujuannya memang untuk menyingkirkan calon-calon!.

    Jangan lupa, maklumat berkaitan KASTAM dan yang berkaitan dengan KDRM (Kastam Diraja Malaysia) juga anda perlu tahu.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

    contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam w27 4

    Dalam Seksyen ini, anda akan diasak dengan penilaian soalan Matematik, kemahiran logik dan cara anda interpretasi data.

    Tip untuk jawab soalan seksyen B, soalan Matematik ini, ambil masa buat latih tubi soalan matematik SPM.

    Yang lain memerlukan anda berfikir dengan cepat dan kritis. Akan ada sedikit kekeliruan pada soalan dan jawapan seksyen ini. Dan itu adalah cabaran yang sengaja dirangka untuk menapis anda dan menyingkirkan calon-calon yang tidak berhati-hati ketika menjawab soalan!.

     

    TIP & CARA JAWAB SOALAN SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

    contoh soalan psikometrik personaliti peperiksaan penolong penguasa kastam spa

    Namanya sedikit menggerunkan tetapi ketahuilah ini adalah seksyen penilaian yang paling seronok!.

    Anda tidak perlu berfikir untuk soalan ini.

    Tip untuk anda jawab soalan Psikometrik (dulu dikenali sebagai soalan Personaliti) :
    – Jawab dengan pantas
    – Keluarkan nilai positif anda
    – Sembunyikan nilai negatif anda

     

    Banyaknya nak kena tahu!.
    Sempat ke nak study semua benda?.
    Nak beraya lagi!.
    Macam mana, ni?

    Kalau tak Prepare, memang susah nak LULUS!.

    Sebab itu ramai calon dah mula buat persediaan!.

    Mereka dapatkan panduan rujukan lengkap ini, dan study!.

     

    PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

    Satu panduan lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
    telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.

    Untuk pengetahuan anda, Tip dan Cara Menjawab Soalan setiap seksyen yang baru sahaja anda baca di atas, diambil dari Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini.

    Selain itu, semua perincian, contoh soalan dan jawapan, nota-nota isu semasa, nota isu GST dan informasi mengenai KDRM telah dimuatkan dalam panduan ini.

    Apa yang anda akan dapat jika anda memiliki Panduan Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini?

    Anda akan dapat :

    1. Nota ringkas tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop Penolong Penguasa Kastam, W27.
    2. Penerangan format setiap seksyen
    3. Hurai format setiap pecahan untuk setiap seksyen.
    4. Teknik menjawab soalan setiap seksyen dan pecahannya.
    5. Pendedahan ekslusif cara menjawab soalan yang bakal MEMBUNUH anda!.
    6. 60 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen A.
    7. 40 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen B.
    8. 50 Contoh soalan dan Jawapan Seksyen C.
    9. Soalan Khas GTP – Contoh Soalan dan Jawapan.

     

    Ya, semua ini anda akan dapat dengan hanya memiliki panduan peperiksaan ini. Jadi, anda bolehlah beraya dengan gembira dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk peperiksaan ini.

    BAGAIMANA NAK DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM INI?

    Untuk pengetahuan anda, panduan ini tidak terdapat di MPH mahupun mana-mana kedai buku.

    Ini kerana, panduan ini berbentuk ebook (dalam bentuk pdf) dan boleh didownload dalam tempoh 24 jam selepas anda membuat pembayaran.

    Masukkan nama dan alamat emel anda di ruangan di bawah untuk mendapatkan Preview Copy panduan ini. Langkah-langkah untuk mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam ini ada ditunjukkan secara terperinci dalam Preview Copy ini.

     

    Dipanggil ke sesi peperiksaan ONLINE Penolong Penguasa Kastam 5 Ogos ini?. Kalau tak prepare memang susah nak lulus.

    Masukkan nama & emel anda. Kami akan berikan tip dan Panduan Lengkap Khas untuk peperiksaan ini.

     


     

    All the best!. Semoga berjaya. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh emel saya di syahiyasin(at)gmail.com.

    CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK PTD YANG LEPAS

    CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK PTD YANG LEPAS

    Kepada calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, 19 Januari 2016, maklumat yang ingin saya sampaikan di sini amat sesuai untuk anda. Maklumat yang diberi adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan rujukan yang saya buat. Saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber, termasuk dari website rasmi SPA dan Pakej Panduan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Berikut adalah Contoh soalan peperiksaan PTD untuk rujukan anda.

    CONTOH SOALAH PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DILOMATIK (PTD)

    1. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) adalah bantuan kewangan khusus untuk golongan berikut KECUALI

    A.Warga emas
    B.Anak yatim
    C.Kanak-kanak miskin
    D.OKU

    Jawapan : B

    Nota: Sebab dalam bajet 2012, kerajaan telah menyediakan 1.2 bilion ringgit untuk program kebajikan KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan, kanak-kanak miskin RM100 sebulan dan antara RM150-300 sebulan kepada OKU.

    2. Dato’ Seri Kong Cho Ha menerajui NKRA dalam

    A.Mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar
    B.Mengurangkan jenayah
    C.Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah
    D.Mempertingkatkan pencapaian pelajar

    Jawapan: A

    3. KESEDAR, KEJORA, DARA dan KETENGAH adalah program pembangunan wilayah di bawah Rancangan Malaysia (RMK) yang keberapa?

    4.

    soalan-pengetahuan-am-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-ptd-m41

    4 soalan di atas adalah antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41.

    Untuk menjimatkan masa anda membuat persediaan peperiksaan sebelum exam, anda boleh berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan PTD dengan menjawab 160+ soalan yang terdapat dalam ebook latih tubi ini. Bukan sahaja soalan, jawapan dan cara kira untuk soalan metamatik, dan cara menyelesaikan soalan IQ juga turut disediakan. Klik gambar di bawah untuk mendapatkannya.

    CONTOH SOALAH MATEMATIK PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DILOMATIK (PTD)

    Berdasarkan pengalaman Sya menduduki peperiksaan PTD ini 3 tahun lalu, soalan matematik ini lebih kepada logik akal. Pengiraan yang terlibat adalah simple hanya melibatkan operasi tambah, tolak, darab, bahagi. Tak sesusah soalan matematik tambahan.

    Tapi, soalan tricky, kalau anda faham soalan, boleh berfikir dengan cepat, dapatlah jawab soalan ini. Kalau tak faham soalan, susahlah. Semua soalan hanya perlu dijawab dalam masa kurang dari seminit. Anda perlu berfikir dan membuat pengiraan dengan cepat dan tepat.

    Contoh soalan matematik yang melibatkan pengiraan seperti di bawah :

    contoh-soalan-matematik-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-ptd-m41-gambar

    Ada juga soalan yang tak melibatkan pengiraan, tapi guna logik akal. Dia keluarkan gambar, kena jawab, apakah gambar atau simbol yang sepatutnya.

    Contoh soalan IQ test seperti di bawah ini :

    contoh-soalan-iq-matematik-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-ptd-m41-gambar

    Hint: Kalau siapa dah biasa jawab soalan IQ test, boleh jawab soalan jenis macam ni.

    Tapi, tak perlu risau. Kat sini Sya ada sediakan link untuk anda dapatkan contoh-contoh soalan matematik yang mencabar minda ni. Kalau dah buat latih tubi, dapat lah jawab soalan-soalan peperiksaan ni nanti. Kalau anda dah cukup bersedia, kacang putih je. 😀

    Klik SINI untuk dapatkan contoh soalan matematik peperiksaan PTD ini.

    CONTOH SOALAH ESEI BM dan BI PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DILOMATIK (PTD)

    Masa Sya ambil peperiksaan PTD ini, soalan esei BM keluar soalan bioteknologi dan MLM. Sya pilih MLM sebab lebih banyak idea untuk jawab soalan tu.

    Untuk Esei BI pula, keluar soalan tanah runtuh. Sebab beberapa bulan sebelum exam PTD ni, ada kes tanah runtuh. Basicly, begitulah corak soalan peperiksaan PTD. Tak jauh dari isu semasa yang berlaku dalam beberapa tahun / tempoh yang terdekat.

    Tak tahu / tak alert dengan isu semasa 2015?

    Tak tahu nak buat esei, terutama esei BI?

    Mulai tahun 2014, tiada seksyen soalan Esei. Hanya ada 3 Seksyen Sahaja (Seksyen A, B dan C). Terbaru! Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 19 Januari 2016 ini, hanya 2 Seksyen sahaja iaitu Seksyen A dan Seksyen B).

    CONTOH SOALAH SAHSIAH DIRI PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DILOMATIK (PTD)

    Soalan sahsiah diri lebih kepada kecenderungan minat kita. Akan ada soalan yang berulang-ulang. Masa Sya jawab soalan ni dulu, pening juga dibuatnya. Walaupun bukan soalan yang perlukan pengetahuan am yang luas, dan tak perlu buat kira-kira, tapi bila dah banyak sangat soalan, mabuk juga nak menjawabnya.

    TERKINI! Seksyen ini telah dimansuhkan untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 19 Januari 2016 ini.

    TIP LULUS PEPERIKSAAN Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41

    Untuk lulus peperiksaan PTD, anda perlu berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk sukan, anugerah filem, isu semasa.. pendek kata, anda perlu penuhkan ilmu didada untuk LULUS peperiksaan PTD ini. Sebab tu ramai yang gagal peperiksaan PTD ini, sebab tak cukup ilmu didada dan tak cukup buat persediaan.

    Anda perlu skor semua seksyen. Ada 5 seksyen. Markah lulus dikira secara keseluruhan. Maknanya anda perlu lulus dengan baik semua seksyen. Kalau ada salah satu seksyen yang anda tak skor, ini akan menjejaskan markah keseluruhan anda dan peluang untuk anda lulus adalah TIPIS.

    Sya pernah menduduki peperiksaan PTD ini, dan Alhamdulillah, lulus ketika kali pertama ambil peperiksaan ini.

    92.68% GAGAL Dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Anda nak lulus peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang susah ni?. Dapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD ini di SINI.

    Klik SINI untuk dapatkan Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini.

    Dapatkan-pakej-nota-rujukan-soalan-latih-tubi-peperiksaan-online-pegawai-tadbir-diplomatik-m41

    Jika maklumat ini berguna kepada anda, kongsikan info ini dengan rakan-rakan lain di facebook dengan menekan huruf ‘f’ di sebelah kiri anda. Mungkin ada rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam PTD 16 Januari ini.