Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
KOMISEN PERTAMA DAN KEDUA SISTEM JUALAN PRO

KOMISEN PERTAMA DAN KEDUA SISTEM JUALAN PRO

KOMISEN PERTAMA DAN KEDUA SISTEM JUALAN PRO

Sebelum ni aku ada bercerita tentang Sistem Jualan Pro di blog ini. Alhamdulillah, kali pertama membuat promosi dah dapat komisen pertama dan komisen kedua dari Sistem Jualan Pro ini. Hanya dengan menggunakan teknik simple yang diajarkan oleh pemilik produk ini iaitu Tuan Rahman Basri.

Nilainya mungkin kecil tapi ia satu permulaan yang baik untuk aku. Perjalan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka, komisen yang aku terima ini juga sebagai langkah pertama, pembuka tirai. ­čÖé

komisen pertama dan kedua sistem jualan pro rahman basri

Komisen pertama dan kedua Sistem Jualan Pro Rahman Basri

Melalui Sistem Jualan Pro ini, Rahman Basri bukan hanya menghasilkan produk ini, tetapi beliau juga membantu para affiliaternya dengan mengajar bagaimana untuk menjadi seorang pakar affiliate. Beliau mengajar step by step.

Kelebihan Sistem Jualan Pro ini, bukan sahaja mendapat satu sistem yang lengkap dengan autoresponder, malah terdapat video tutorial Kursus Affiliate yang bernilai RM 100. Tapi aku dapat FREE je. Memang pulun habis lah tengok video ni. Complete set untuk ilmu-ilmu yang perlu ada oleh seorang affiliater. Lain-lain video dan ebook free aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum ini >>> PELUANG BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE KOMISEN 2 LEVEL <<<

Semestinya komisen pertama yang diterima menjadi kenangan manis buat seorang affiliater. Walau ni bukan komisen pertama aku dalam affiliate, tapi ini adalah komisen pertama aku untuk Sistem Jualan Pro ini. Ia bukan program affiliate seperti biasa yang aku join.

Erk.. betul ke ni?. Bukan Scam ???

jaminan sistem jualan pro warranty

Jaminan Sistem Jualan Pro

Jaminan 12 bulan diberikan. Jika anda tak puas hati dan rasa pakej Jualan Pro ni hampeh, tak membantu anda menjana pendapatan langsung, anda boleh meminta wang anda dikembalikan semula. Setahun tu warranty yang diberikan. Bersamaan dengan 365 hari!.

Nak join?. Boleh lah klik link ini >>> http://syaisya.com/SistemJualanPro ^_^

p/s: Sistem Jualan Pro bukan penipu, bukan scam, bukan Skim Cepat Kaya dan juga bukan MLM. Ia adalah program affiliate.

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku set up kedai online e-commerce sendiri dengan PERCUMA menggunakan ecwid. Salah satu target aku tahun ini ialah ada produk sendiri dan online store sendiri. Kini, e-commerce online store aku yang pertama telah pun siap. ­čÖé

Ya, aku tahu, kalau upah orang lagi senang. Jimat masa dan tenaga. Tapi aku suka buat sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Self satisfaction. Dan lagi satu, aku rasa added value pada diri sendiri. Sebab aku dah reti buat 1 lagi benda. Hehe… Skill baru lah ni kiranya. ^_^

Anyway, kedai online ni aku letakkan dalam menu di blog ini. Aku jual genie bra, slimming suit dan arm shapper (bengkung lengan). Simple je kedai ni. Nak setup pun tak susah memandangkan aku pernah set up kedai e-commerce juga sebelum ni di laman web 1nita dengan di guide oleh Noorizam Shah (pakar ebay). Cuma aku kurang berminat dengan kedai online aku yang kat laman web 1nita tu. Tapi ada juga lah sales datang dari laman web tu.

genie bra slimming suit bengkung lengan arm shapper

Genie Bra, Slimming Suit dan Arm Shapper

Tak lama pun masa yang diambil untuk set up kedai online ni. Sebab memang simple cara set up e-commerce online store di ecwid ni. Buat malam tadi, memandangkan mata dah mengantuk time tu, so pergerakan pun slow sikit. Kalau tak malam tadi lagi dah siap kedai online ni. Total adalah dalam 6 jam untuk siapkannya.

Meh datang kedai online aku ni. Cuci mata pun boleh. Klik je link di bawah ini :

Genie Bra Original Murah

PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

Perniagaan Sebagai Satu Ibadah

9 per 10 rezeki dalam perniagaan dalam islam satu ibadah

Bagaimana yang dikatakan perniagaan itu satu ibadah?

Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ketika beliau menguruskan perniagaan, baginda tidak  pula mengabaikan urusan agama Islam di Mekah dan Madinah.

Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebagai seorang peniaga?

1. Niat berniaga mesti betul

┬áMisalnya hatinya berkata begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tidak ada satu kedai runcit pun. Ini hal fardhu kifayah. Jika tidak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Jika begitu saya mahu buka kedai runcit.”

Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul hatinya akan berkata, “Saya mahu berniaga supaya untung, bila untung boleh berlagak”

Tidak boleh niat sombong kerana itu niat yang tidak betul.

2. Barang perniagaan sah dan halal menurut Islam

Barangan halal adalah seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain.

Barang-barang yang tidak boleh jual ialah minuman keras seperti anchor beer, tiger beer, dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai dijalankan mengikut syariat

Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tiada unsur penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul

Hasil keuntungan mestilah disalurkan dengan kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya.

Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat hiburan, kelab malam, ke tempat peleseran dan lain-lain lagi.

5. Berniaga jangan sampai tidak solat

Hendak menegakkan fardu kifayah, fardu ain tak payah. Mana boleh fardu ain tak payah, ia lebih utama daripada fardu kifayah. Orang yang berniaga tapi tidak solat, tidak akan mendapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Bagi yang nak memulakan perniagaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehlah mendapatkan panduan INI. Semoga perniagaan anda diberkatiNya. ­čÖé