REMAJA & CINTA: KENAPA HUKUM COUPLE ITU HARAM? (DALIL AL-QURAN & HADIS)

REMAJA & CINTA: KENAPA HUKUM COUPLE ITU HARAM? (DALIL AL-QURAN & HADIS)

love heart cinta couple

Remaja & Cinta. Di zaman yang serba moden, canggih dan berteknologi kini, percintaan di kalangan remaja dan muda-mudi bukanlah sesuatu yang asing. Fitrah semulajadi manusia yang ingin disayangi dan menyayangi, dicintai dan menyintai, dimanja dan memanjakan dan ingin hidup berpasangan, ada yang menemani di kala suka dan duka, ada yang menghiburkan di kala kesunyian dan kesedihan.

Namun, perasaan cinta yang Allah kurniakan di hati setiap manusia sering disalah gunakan. Hanyut dengan perasaan cinta yang membara, maruah diri menjadi gadaian. Didada-dada akhbar sering terpampang “Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki”, “Bayi yang baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah” dan macam-macam lagi berita yang tak elok. Mengapa semua ini berlaku sedangkan sudah ada garis panduan yang Allah tetapkan untuk manusia menjalani kehidupan dengan teratur di dunia ini?.

Bukan hanya sekadar membaca berita-berita kurang enak ini didada akhbar, aku sendiri pernah berhadapan dengan pasangan remaja yang ingin menggugurkan kandungan yang sudah berusia 3 bulan. Remaja perempuan tersebut baru berusia 17 tahun tapi aku tak tahu pula berapa usia si lelaki, kekasih hatinya itu.

Peristiwa ini berlaku ketika aku bekerja sebagai pembantu klinik. Pasangan ini datang ke klinik dan bertanyakan sama ada adakah doktor di sini berbangsa Cina. Aku menjawab ya. Dalam hati pelik juga kenapa dia bertanyakan tentang bangsa doktor di sini.

Rupa-rupanya sebab mereka ada tujuan yang tidak elok. Bayi tersebut mahu digugurkan walaupun kandungan sudah berusia 3 bulan.  Doktor mengatakan bahawa tidak boleh gugurkan bayi tersebut kerana bayi tersebut sudah besar. Remaja perempuan tersebut menjawab “sepupu saya dah 4 bulan pun boleh gugurkan”. Astaghfirullah, nak gugur rasanya jantung aku mendengar jawapan remaja perempuan tersebut.

Doktor tetap kata tak boleh. Lagi pun, sebagai seorang doktor juga, adalah dilarang untuk melakukan proses pengguguran bayi. Doktor suruh mereka berkahwin, sepantas kilat remaja lelaki tersebut menggelengkan kepala sambil berkata “susah…”. Sedih dihati ku ini melihat senario di depan mataku. Lebih pilu dan malu aku rasakan kerana kedua remaja tersebut adalah bangsaku sendiri, dan doktor pula berbangsa lain.

Ini bukan cerita rekaan, tetapi inilah kenyataan. Ini juga merupakan senario yang tidak asing lagi pada zaman ini. Islam telah menetapkan bahawa hukum couple itu haram di atas sebab-sebab tertentu. Di bawah ini adalah huraian mengenai huku couple, kenapa couple itu haram dan nas-nas yang berkaitan dengannya. Petikan di bawah ini aku ambil dari blog ustazcinta.

KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?

1) COUPLE ITU HARAM KERANA BERLAKU ZINA MATA DAN PENYALAHGUNAAN PANCA INDERA


Allah telah berfirman yang bermaksu: dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)

Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”
( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)

Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda :

“Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)

Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?. Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.

2) COUPLE ITU HARAM KERANA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya “pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh.

Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama, PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]

3) COUPLE ITU HARAM KERANA TERPAKSA MENDENGAR SUARA WANITA YANG MENDAYU-DAYU

Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?

Mengikut Imam Syafie;

Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,

“Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.”

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,

“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.”

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

Suka diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama.

Pesanan: kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.

Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.

Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<. 

Ini adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS.

Allah Taala berfirman, bermaksud:

“Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya” (Hadith Qudsi)

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.

(Surah Zumar: 9)

Renung-renungkanlah. LOVE OR LUST?

Contest Remaja dan Cinta

Contest Remaja dan Cinta

Contest Remaja dan Cinta anjuran Muazfaris.com ditaja bersama oleh Thaiyibah.com

Gambar love strawberry diambil dari maramissetiawan

Kongsi entri Hukum Couple ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

baucar buku rm200 boleh beli apa

Sebelum ni aku ada buat entri Kedai Buku Yang Terima Baucar Buku RM200 (BB1M). Sepanjang pemerhatian aku, masa berada di kedai buku Popular, penerima baucar buku tak tahu nak beli apa menggunakan baucar buku 1 Malaysia RM200 yang kerajaan berikan tu. Ramai yang blur.

Boleh beli apa dengan baucar buku RM200?

Kalau mengikut tujuan asal kerajaan memberikan baucar buku ini, baucar ini sepatutnya digunakan untuk membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Untuk pelajar IPT, sekarang ni memang tengah cuti semester. Bagi aku, baucar ini eloklah juga digunakan untuk membeli buku rujukan untuk semester hadapan. Biasanya buku-buku rujukan ni ada dijual di kedai buku yang terdapat di universiti masing-masing. Mestilah kedai buku dalam universiti terima baucar buku ni, kan. Kalau dikira, RM200 boleh beli 3 buah buku rujukan.

Diskaun percutian ke Choi San Dou!. 

Untuk pelajar Sarjana mahupun Doktor Falsafah, biasanya tiada buku teks rujukan yang diperlukan. Biasanya pelajar menggunakan nota pensyarah atau hanya download journal bagi pelajar yang membuat research. Jadi, baucar ni boleh digunakan untuk membeli alat tulis termasuk kertas A4. Tak pun, boleh beli buku motivasi, buku-buku untuk meningkat kemahiran berbahasa Inggeris dan sebagainya.

beli buku apa guna baucar rm200

Antara buku yang boleh dibeli: Buku motivasi, buku kuasai Bahasa Inggeris, Kamus, Buku latih tubi.

Untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah, bolehlah beli buku-buku latihan. Buat lah latih tubi banyak-banyak, InsyaAllah senang nak jawab soalan periksa nanti. Hehe.. 😀 Ibu bapa boleh juga belikan anak-anak beg sekolah yang ada roda tu, sebab budak sekolah lah yang kena pikul berkilo-kilo berat buku di bahunya. So, kalau ada beg beroda ni, takde lah pelajar sekolah bongkok-bongkok nanti. :D. Nak beli botol air pun boleh, ni semua peralatan untuk bersekolah juga kan. (Aku pun beli botol air juga. Botol air yang aku ada 2.5 liter. Besar gabak lagi memberatkan. Susah aku nak bawa ke sana ke mari).

Alat tulis stationary baucar buku 1 malaysia

Boleh juga beli alat tulis, kalkulator

 

Boleh beli novel tak guna baucar buku RM200?

Haaa…ni soalan favourite ni. Rata-rata apabila disebut akan dapat baucar buku RM200, memang novel lah yang terlintas di fikiran. Aku pun macam tu juga lah. Hehe…. Tapi sampai sekarang ni, 1 buah novel pun aku tak beli menggunakan baucer buku ni. Kenapa?. Sebab aku masih berfikir untuk membeli barang lain, yang lebih worth it untuk aku beli guna baucar ni.

Jadi, boleh ke tak beli novel guna baucar buku 1 Malaysia ni?. Kalau korang pergi tanya kat kedai-kedai buku ni, memang diorang  jawab ‘boleh’. Aku tengok kat kedai buku sekarang ni pun, tiba-tiba je melambak-lambak novel, luar biasa banyaknya berbanding sebelum baucar buku diedarkan. Haha..saje je kan menggoda nafsu dan naluri pelajar-pelajar yang terima baucar ni. Kalau korang nak beli novel guna baucar ni, boleh aje. Kedai buku memang terima. Diorang pun fikir juga, kalau tak terima, diorang lah yang rugi. Novel pun bahan bacaan juga. Sama ada ilmiah atau tidak, masing-masing ada pendapat yang tersendiri.

Tidakkah anda impikan kereta anda akan bertukar menjadi ini apabila traffic jem?

Kesimpulannya, gunakanlah baucar buku RM200 yang diberikan ni sebaiknya. Kalau nak ikutkan, memang banyak benda yang boleh dibeli dengan RM200 ni. Serius ni, aku sendiri pun baru guna sekeping je. Ada lagi 3 keping ni. Dengar kata naik sem nanti, pihak universiti tempat aku menimba ilmu akan adakan macam book fair lah, so pelajar-pelajar boleh gunakan baucar masa tu. Ni yang aku reserve 3 keping baucar ni.

Bagi aku, tak perlu lah terburu-buru nak gunakan kesemua baucar ni sekaligus sekarang ni. Bukan ke baucar ini masih boleh digunakan sehingga 31 March. Sampai bulan 3 nanti boleh tebus. So, yang takda idea nak beli apa, rileks dulu. Bulan depan, atau bulan depan lagi, ada lah tu barang / buku yang perlu dibeli nanti. Time tu, gunakanlah baucar ni. Boleh save duit. 😀

Tahukah anda, apa itu Coral Triangle?. Klik untuk mengetahuinya.

Ini cuma cadangan dan pendapat aku sahaja. Selebihnya, tepuk dada, tanya akal fikiran yang waras, nak beli apa?. Terpulanglah, selagi cashier kedai buku tu terima baucar ni, beli je lah. Asalkan jangan jual baucar buku RM200 ni. Kalau jual juga, sendirilah terima padahnya nanti.

>> BELANJA RM150 BAUCAR BUKU, PERCUMA KAD AHLI POPULAR <<

>> EKSPO BUKU ISLAM TERIMA BAUCAR BUKU <<

Beritahu cadangan pembelian menggunakan baucar buku RM200 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

IKLAN RAYA PETRONAS 1 MINIT TAPI PENUH BERMAKNA

Dari dulu sampai sekarang, setiap kali menjelang raya, aku selalu menantikan iklan raya Petronas. Sebabnya, bagi aku, Petronas tak pernah mengecewakan aku dalam menghasilkan iklan raya yang penuh bermakna. Mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam melalui iklan yang dipaparkan.

Aku jarang tengok tv bulan Ramadhan ni kecuali drama Ramadhan Terakhir. Drama ni memang best dan menyentuh hati.  Melalui Facebook Saya Suka Malaysia, aku tonton iklan raya merdeka dari Petronas ni. Jom layan:

Ni versi English:

Ni pula versi Bahasa Malaysia:

Walaupun iklan hanya 1 minit, tapi ada maksud yang sangat mendalam untuk disampaikan. Setelah aku melihat iklan ni, terdetik dihatiku “Semuanya kerana tangan”. Ya. Dengan tangan kita boleh melakukan macam-macam pekerjaan. Dengan tangan juga kita boleh membantu mereka yang memerlukan.

Untuk iklan ni, aku lebih suka iklan versi English tu, sebab guna suara budak. More touching lah kiranya, kan. Apa pula pendapat anda?.

Lebih 300 rakyat Malaysia meluahkan pendapat mereka mengenai Malaysia. 

Kongsi iklan raya Petronas ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang share ini.

SUMBANGKAN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

SUMBANGKAN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

Alhamdulillah, hari ni siap satu kerja yang sangat berat untuk ku siapkan. Mahunya mengambil masa selama 4 hari. Borang permohonan untuk ke luar negara bulan depan dah selamat dihantar, tapi itulah, lambat sangat ni aku hantar permohonan. Betul-betul tinggal sebulan je ni tempohnya. Tak tahu lah nanti samada permohonan diluluskan atau tidak. Kalau ada rezeki aku, luluslah. InsyaAllah. Jika ianya baik untukku, Allah izinkan aku pergi ke Surabaya minggu ke-3 raya nanti.

Dah lama sebenarnya nak buat entri ni dari Ramadhan pertama lagi. Tapi dek kerana perlu menyiapkan kerja-kerja yang mustahak, aktiviti blogging tergendala untuk 2 minggu ni. Sekali aku dah pasang niat nak buat entri ni, InsyaAllah, cepat atau lambat, aku akan buat juga.

Sehelaibaju buat menyapu si air mata merupakan 1 kumpulan yang digerakkan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial Facebook bagi tujuan mengumpul baju kurung / baju melayu untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim menjelang Aidilfitri.

Aktiviti ini telah bermula tahun lepas, di mana team ini berjaya mengumpul hampir 3 ribu pasang baju baru dan diagihkan kepada lebih 30 rumah anak yatim sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

KAEDAH AGIHAN:

Melalui rakan FB ini sendiri, mereka akan diminta untuk mengenalpasti dan mencadangkan kepara Urusetia Rumah Anak Yatim dan Orang Tua serta fakir miskin setempat yang dianggap layak menerima bantuan.

Baju-baju yang dihantarkan kepada Team kemudiannya akan dikumpul dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

CARA MENYUMBANGKAN BAJU:

Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk butang baju melayu. Tidak perlu songkok dan sampin.

Begitu juga dengan baju kurung, tidak perlu tudung atau koset.

Setiap satu set satu bungkusan. Hendaklah ditulis di luar sampul saiz baju, baju melayu/baju kurung dan anggaran umur si pemakai. Ini bertujuan untuk memudahkan urusetia membuat pengagihan.

## Urusetia tidak menerima wang tunai bagi mengelakkan salah faham dan bukan tujuan asal program ini. ##

Baju-baju boleh dihantar ke alamat berikut:

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

 

D/A: Ahmad bin Sa’abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan. 
Tel: 016-2151192
 

 

PANDUAN SAIZ BAJU:

Kebanyakan anak-anak yang menghuni rumah-rumah anak yatim berumur antara 12-18 tahun dan panduan saiz juga boleh berdasarkan umur mereka. 
Boleh klik SINI untuk SAIZ BAJU.

Untuk tahun 2011 pula, team ini sekali lagi ingin mengadakan aktiviti yang sama. Team ini mula menerima kiriman mulai 1 Julai hingga 25 Ogos 2011.  Aku harap, masih belum terlalu lambat untuk aku uwar-uwarkan perkara ini. Takpelah walaupun terlambat. Better late than never, kan. 😀

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati:

www.facebook.com/SehelaiBaju

www.sehelaibaju.com

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (al-Baqarah:271) 

Moga sehelai baju yang kita sedekahkan ini dapat menyapu air mata mereka yang memerlukan. InsyaAllah.

Sebarkan aktiviti menderma ini kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Kalau ada Twitter, tekan Tweet.

STATUS FB PENUH KOMEN PASAL BOLA, ENTRI BLOG PUN PASAL BOLA JUGA

STATUS FB PENUH KOMEN PASAL BOLA, ENTRI BLOG PUN PASAL BOLA JUGA

piala dunia world cup 2014

Bila agaknya Harimau Malaya boleh pegang piala ni?

 

Bola! Bola! Bola! Sana sini cerita pasal bola. Kat home FB aku, macam-macam status komen pasal perlawanan bola Malaysia vs Singapura yang baru berakhir malam tadi. Yang kutuk pun ada, yang tetap sokong pun ada.

DAPATKAN BLACKBERRY PLAYBOOK DENGAN HANYA RM 990!

Tu kat FB, kat blog pula, pi blog sana sini pun ada entri pasal perlawanan bola sepak tadi. Memang demam bola. Tapi nak buat camne kan. Bulan Julai  ni memang bulan bola sepak lah. Selain dari perlawanan kelayakan piala dunia, perlawanan persahabatan dengan skuad handalan EPL: Arsenal, Liverpool dan Chelsea pun memang dinanti-nantikan.

Kat ping site pun, penuh dengan entri bola Malaysia vs Singapore. Tapi apa nak dikesahkan. Bagus per cerita pasal bola ni. Macam-macam pendapat ada. Hehe..aku suka je baca pasal pendapat masing-masing. Emo masing-masing bagi komen.

CIRI-CIRI PROTON SAGA BARU FLX

Aku pula? Memang tak ketinggalan untuk membuat entri pasal perlawanan Malaysia vs Singapura ni. Of course lah aku buat entri pasal bola ni, sebab aku memang suka follow perlawanan yang melibatkan skuad harimau ni.

EPL? Erm…aku tak layan lah…Hehe…Malas nak layan, karang tak habis2 cerita pasal bola je lah blog ni nanti. Hehe 😀

p/s: Awatnyer bola sepak ni berhantu sangat ek?

error: Content is protected !!