Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26
JADUAL TEMUDUGA PENGUASA KASTAM 2014 & 10 PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA

JADUAL TEMUDUGA PENGUASA KASTAM 2014 & 10 PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA

Jadual Temuduga Penguasa Kastam 2014

cara semak jadual tarikh temuduga penguasa kastam w41

Jadual Temuduga Penguasa Kastam telah diumumkan oleh pihak SPA dalam web rasminya di spa.gov.my.

Cara Semak Jadual Temuduga Penguasa Kastam W41 2014

Calon-calon Penguasa Kastam yang telah lulus dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 bulan lepas boleh mula membuat semakan tarikh temuduga anda dengan klik pada pautan di bawah :

->> Semak Tarikh Temuduga Penguasa Kastam W41

Seperti yang tertera dalam laman web SPA, temuduga Penguasa Kastam akan dijalankan dari 07 Oktober 2014 – 27 Oktober 2014.

Sila semak jadual temuduga anda dengan teliti. Semak tarikh, tempat dan juga dokumen-dokumen yang anda perlu bawa ke sesi temuduga.

PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA

Berikut adalah 10 Persediaan Sebelum Temuduga yang anda perlu lakukan dengan penuh disiplin bagi memastikan anda mendapat kecemerlangan dalam penilaian temuduga.

1. Selidik seberapa banyak yang anda boleh dapat tentang jawatan Penguasa Kastam.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi profession yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu profession yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

>> Baca Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 di SINI <<

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT!

5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan. Anda boleh rujuk cara berpakaian ke temuduga yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA DI SINI.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat. Bagi perempuan pemakaian adalah sopan dan tidak menjolok mata. Kasut anda juga hendaklah bersih dan kemas.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.

8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, sijil diploma atau ijazah, master, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung. Pastikan semua dokumen yang perlu dibawa telah disahkan.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain butiran mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga kita juga bukan sahaja mempraktikkan apa yang telah diterangkan di atas, malah kita juga hendaklah membuat persiapan rohani dan mental terutamanya.

[bannerbox id=7]

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, share artikel ini di Facebook dan Twitter. Secara tak langsung anda dapat membantu rakan-rakan anda yang lain yang akan menghadiri temuduga Penguasa Kastam ini atau mana-mana temuduga kerja kerajaan :).

Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

Ilmu Temuduga Kerajaan (SPA) yang Anda Perlu Tahu dan Kuasai Untuk LULUS

tip temuduga spa kerajaan interview rahsia lulus temuduga kerja kerajaan

Temuduga adalah tempat di mana anda perlu jual diri pada majikan supaya anda diambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu , ilmu temuduga adalah sangat penting untuk anda tahu sebagai bekalan untuk anda menjalani sesi temuduga dengan jayanya.

Semakin mahir anda menghadapi dunia temuduga, semakin senang untuk anda peroleh pekerjaan yang anda mahu. Ini kerana persaingan sangat sengit untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya kerja kerajaan.

Sebagai contoh, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak SPA, sekarang ini, untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seramai 5857 calon dipanggil temuduga untuk mengisi 30 kekosongan jawatan dan 100 calon simpanan!. Temuduga untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam sedang dijalankan.

bilangan calon temuduga penolong penguasa kastam 2014 dan jumlah kekosongan jawatan yang ada

Manakala untuk jawatan Penguasa Kastam pula, seramai 30 ribu orang calon temuduga untuk mengisi 245 jawatan kosong!.

Satu persaingan yang sengit… malaha SANGAT SENGIT, bukan?.

Oleh itu, anda perlu mahir selok – belok temuduga agar anda lebih menonjol berbanding calon lain!.



Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan untuk menjadikan diri anda menonjol berbanding calon lain :

1) Buat Persediaan Secukupnya

Seperti biasa, jika ingin berjaya dalam temuduga, anda perlu buat persediaan secukupnya. Antara perkara yang anda perlu buat persediaan adalah :

• Ilmu untuk menjawab soalan yang bakal ditanya nanti

Adalah sangat penting untuk anda ambil tahu apa soalan yang bakal ditanya oleh panel temuduga. Bukan setakat mengetahui soalan sahaja, malah selepas mengetahui soalan yang bakal ditanya, anda perlu menyediakan jawapan. Ini sebagai persediaan agar apabila soalan diajukan, anda boleh jawab dengan pantas, yakin dan tepat!.

Bagaimana untuk tahu soalan apa yang bakal ditanya ketika temuduga?

Anda boleh gunakan 3 cara berikut untuk mengetahui soalan yang bakal ditanya ketika temuduga :

Tip #1 – Ketahui dan Fahami Skop Bidang Kerja / Jawatan yang Dimohon

Setelah meneliti banyak soalan daripada calon yang telah ditemuduga, rata-rata soalan yang ditanyakan adalah mengenai bidang tugas jawatan yang dipohon. Jadi, mengetahui bidang tugas adalah sesuatu yang amat penting!.

Rajin-rajinkan lah diri untuk buka dan baca web rasmi / portal jabatan / kementerian jawatan yang anda pohon untuk dapatkan maklumat mengenai jawatan yang anda pohon. Anda boleh juga baca artikel Penguasa Kastam – Bidang Tugas, Syarat Kelayakan dan Cara Memohon ini jika anda calon temuduga Penguasa Kastam.

Tip #2 – Bertanya pada Mereka yang Ada Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan / Jawatan Yang Dipohon

Anda boleh cuba tanya pada rakan-rakan anda yang pernah menghadiri temuduga bagi jawatan yang sama yang anda pohon. Cara ini sangat membantu untuk anda membuat persiapan jawapan yang sewajarnya.

Walaupun soalan yang ditanya berbeza untuk setiap calon, manalah tahu, kalau soalan yang sama diajukan kepada anda. Ia adalah BONUS untuk anda, kan?. Ini kerana kemungkinan untuk anda ditanya soalan yang sama adalah tinggi. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan soalan yang ditanya adalah hampir sama.

Untuk contoh soalan temuduga Penguasa Kastam, anda boleh baca artikel Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 ini. Ia adalah himpunan soalan temuduga Penguasa Kastam yang pernah ditanya kepada calon yang sudah ditemuduga sebelum ini.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan DI SINI.

Info sebegini mampu membantu anda dalam sesi temuduga nanti.

Tips #3 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga

Anda bayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Sebagai seorang panel temuduga, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain.

Dengan cara ini, anda boleh mengetahui kehendak dan ciri-ciri yang dimahukan oleh panel penemuduga dalam diri anda. Cubalah, ia sangat membantu. 🙂

• Pakaian yang kemas

Sesetengah calon temuduga tak tahu pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga. Calon perlu ingat, bahawa, penampilan diri juga akan dinilai oleh panel temuduga.

Pakailah pakaian yang kemas, sopan dan nampak professional. Gambar di bawah adalah contoh pakaian ke temuduga yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Etika pakaian temuduga ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh pihak SPA di portal rasmi SPA ini.

etika pakaian temuduga spa kerja kerajaan untuk lelaki dan perempuan


• Menyediakan perkara yang pihak majikan suruh bawa seperti gambar, resume, sijil dan sebagainya.

Untuk temuduga kerja kerajaan (SPA), dalam surat panggilan temuduga, ada dinyatakan dokumen-dokumen yang anda perlu bawa bersama ketika temuduga.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, buat salinan semua dokumen yang pinta (fotostat), dapatkan cop pengesahan dan tandatangan orang yang berauthoriti, kemudian, susun semua dokumen dalam fail mengikut turutan seperti dalam surat panggilan temuduga.

Salah satu dokumen yang diminta ialah resume. Jadi, anda perlu tulis resume dan bawa ketika temuduga.

2) Kagumkan Panel Temuduga

Apabila persediaan anda lengkap, anda akan rasa lega dan berfikiran positif pada hari temuduga. Untuk dapat keputusan yang lebih positif, anda perlu setkan di dalam minda untuk mengkagumkan panel temuduga atau majikan anda.\

Anda perlu buat penemuduga rasa kagum pada diri anda dan merasakan bahawa andalah calon yang dicari-cari mereka. Maksudnya di sini, andalah calon yang terbaik untuk jawatan yang dipohon!.

3) Tenang dan Fokus

Selain itu, anda perlu sentiasa tenang dan fokus. Jangan ambil peduli akan hal orang lain, fokus sahaja pada hal anda. Apabila bercakap di hadapan panel temuduga, lontarkan suara yang secukupnya supaya mereka dengar dan faham apa yang anda sampaikan. Tapi jangan sampai tahap menjerit pula, ya. 😀

Jika temuduga dijalankan dalam bahasa inggeris, pastikan lenggok bahasa anda mudah difahami panel temuduga.

Sentiasa senyum dan tenang walaupun jika ketika itu anda tiada idea untuk jawab soalan yang diajukan.

Temuduga adalah proses yang senang jika kita anggap ia adalah senang. Namun untuk jadikan proses temuduga itu adalah senang, anda perlu berusaha.

Jika anda sudah dipanggil untuk temuduga, ketahuilah, bahawa sesi temuduga adalah peluang yang tak patut anda sia-siakan!. Temuduga adalah tempat di mana anda boleh menonjolkan diri anda dan membuktikan bahawa andalah calon paling layak untuk jawatan tersebut kerana anda akan dinilai sepanjang temuduga.

Jika anda lulus temuduga, maka anda akan dapat jawat jawatan yang diimpikan!. Mesti anda nak, kan?

Semoga, tip temuduga SPA yang saya kongsikan ini dapat membantu calon temuduga kerajaan dalam membuat persiapan menghadapi temuduga kerja kerajaan tak kiralah sama ada anda calon temuduga Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam mahupun temuduga untuk jawatan lain. Ini kerana tip temuduga yang saya sediakan ini boleh digunapakai untuk sesi temuduga banyak jawatan di sektor awam.

Jika anda ingin membuat persediaan yang lengkap dan efektif, saya syorkan anda gunakan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan versi 5 (update 2014) ini sebagai rujukan. Panduan ini telah membantu ramai calon temuduga kerajaan sejak tahun 2009 dan ia sesuai diaplikasikan untuk apa jua temuduga jawatan kerajaan / SPA. Boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini : http://bit.ly/panduanlulustemudugakerajaan

Saya mendoakan 1001 kejayaan untuk semua calon temuduga SPA.

p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di Facebook dengan menekansimbol Facebook di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu rakan-rakan anda yang dalam kebuntuan untuk membuat persiapan temuduga terutama temuduga kerajaan. Semoga perkongsian anda dapat menjadi saham di akhirat untuk anda kelak. Aamiin.

p/s/s : InsyaAllah, selepas ini saya akan kongsikan pula soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam. Saya sudah kumpulkan soalan-soalan dari calon yang telah ditemuduga untuk jawatan ini. Tunggu ya, update akan datang 😀

Untuk tidak terlepas mendapatkan update terkini Tip Temuduga, masukkan nama dan alamat emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel dari semasa ke semasa :

Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM W41

SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM W41

contoh soalan temuduga penguasa kastam kerja kerajaan pegawai tadbir diplomatik ptd

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

Keputusan peperiksaan online Penguasa Kastam untuk peperiksaan pertama dan juga peperiksaan ulangan (retest) telah pun keluar. Ramai calon yang lulus dan dipanggil temuduga Penguasa Kastam dalam tempoh terdekat ini. Tahniah saya ucapkan jika anda adalah calon yang berjaya dan bakal ditemuduga!.

Jika anda masih belum semak keputusan peperiksaan ulangan Penguasa Kastam yang diadakan pada 10 September lalu, anda boleh semak di;
–> http://e-semakan.spa.gov.my/online/


Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41

Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari dan mengumpul soalan temuduga Penguasa Kastam, hari ini, saya diizinkan Allah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan yang saya miliki ini kepada pembaca blog syaisya.com yang bakal menjalani temuduga Penguasa Kastam tidak lama lagi.

Soalan-soalan temuduga Penguasa Kastam ini saya perolehi daripada mereka yang telah menjalani temuduga Penguasa Kastam. Saya kumpulkan soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan saya kongsikan dalam artikel ini.

Harapan saya agar artikel yang mengandungi Soalan Temuduga Penguasa Kastam ini dapat membantu dan memudahkan ramai calon membuat persediaan untuk Temuduga Penguasa Kastam nanti. 😀

Koleksi Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 Yang Pernah ditanya

Untuk pengetahuan anda, ada 2 orang panel penemuduga yang akan menemuduga anda untuk jawatan Penguasa Kastam ini.
Seorang panel dari SPA dan seorang lagi dari KDRM (Kastam Diraja Malaysia).

Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Jawatan Penguasa Kastam

Berikut adalah soalan-soalan berkaitan jawatan Penguasa Kastam yang ditanya kepada calon temuduga :

  • Tugas – tugas Penguasa Kastam
  • GST (Government Service Tax)
  • Current SST
  • GTP
  • NKRA
  • Siapakah Ketua Pengarah Kastam
  • Siapa mantan Ketua Pengarah Kastam
  • Cukai perkhidmatan (syarat-syarat)
  • Cukai jualan
  • Bahagian-bahagian dalam KDRM (Kastam Diraja Malaysia)
  • Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Diri Anda

  • Perkenalkan diri (Ceritakan serba sedikit tentang diri anda)
  • Kelulusan anda dan jawatan sekarang
  • What you can do if you get this job
  • Persediaan yang dilakukan sebelum temuduga Penguasa Kastam
  • Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Isu Semasa

  • Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
  • Satu soalan mengenai isu semasa terkini
  • dan sedikit soalan yang menguji mentaliti calon

  • Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Pernah Bekerja


    Untuk calon yang mempunyai pengalaman berkerja (bukan fresh graduate), tetapi tak pernah bekerja di sektor awam, berikut adalah soalan yang pernah ditanya oleh panel penemuduga :

  • Kerja-kerja anda sekarang
  • Kenapa minat nak jadi penguasa kastam
  • Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh bidang pengajian anda untuk kastam

  • Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Sedang Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan


    Untuk pengetahuan anda, lain cara temuduga untuk calon yang fresh (baru nak masuk kerja kerajaan) dengan calon yang dah lama berkkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

    Menurut pengalaman temuduga dari seorang calon yang telah 8 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, ketika temuduga Penguasa Kastam W41, banyak soalan-soalan temuduga yang ditanya berkaitan dengan kerja-kerja beliau sekarang. Soalan-soalan ini ditanya oleh Panel Penemuduga wakil SPA.

    Antara soalan yang ditanya ialah :

  • Soalan mengenai pekeliling-pekeliling lapuk di mana ketika itu calon pun belum lahir lagi
  • Soalan tentang perintah-perintah am, akujanji, perlembagaan, nilai dan etika / peraturan-peraturan pegawai awam
  • Soalan mengenai SBPA yang tak jadi
  • Ada juga soalan mengenai kenaikan / pelarasan gaji untuk jusa-jusa
  • Ada tak Ditanya Soalan Provokasi Dalam Temuduga Penguasa Kastam?

    Berdasarkan hasil pembacaan saya, ada calon yang ditanya soalan berbentuk provokasi, namun ada juga calon yang tidak diajukan soalan tersebut.

    Secara asasnya, tujuan soalan provokasi ini adalah panel penemuduga mahu lihat adakah anda jenis yang mudah goyah atau memang anda ada pendirian yang tetap terhadap isu yang dibangkitkan.

    Contoh Soalan Provokasi Temuduga Kerja Kerajaan

    Ini adalah antara soalan provokasi yang pernah ditanya kepada calon :

  • Kelulusan yang anda perolehi ini tak sesuai untuk jawatan yang anda pohon!

  • Tip Jawab Soalan Provokasi


  • Teruskan bertenang dan jangan jadi seperti lalang
  • Tetap dengan pendirian anda tentang isu yang dibangkitkan
  • Tiada jawapan betul atau salah bagi isu yang diutarakan
  • Cumanya anda perlu kekal mempertahankan pendirian anda
  • Jangan tiggikan suara walaupun anda rasa tak puas hati atau rasa panas hati di’provoke’
  • Kekal bertenang dan jawab dengan senyuman, ya 😀
  • [rectanglebox id=9]

    5 Tips Ringkas LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

  • Sebelum temuduga, pastikan anda membaca surat khabar tentang isu semasa yang berlaku 2 hari sebelum temuduga dan hari ketika temuduga, kerana ada soalan isu semasa terkini yang akan ditanya
  • Ketika temuduga, yang penting confident je. Sentiasa yakin dengan diri anda!
  • Senyum ketika menjawab soalan. Senyum adalah sedekah. Selain dari itu, senyum boleh menyebabkan anda rasa tenang dan yakin!
  • Fikir dahulu sebelum menjawab soalan. Jangan terburu-buru menjawab
  • InsyaALLAH yang lain mintak ALLAH mudahkan. Usaha yang terbaik!. Keputusan dan rezeki anda, Allah yang tentukan. 🙂
  • 70 Koleksi Skema Soalan dan Jawapan yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

    70 soalan dan jawapan temuduga penguasa kastam w41 kerja kerajaan SPA

    70 soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan

    Selain dari soalan-soalan yang saya kongsikan di atas, anda boleh mendapatkan 250 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan yang terkandung dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini.

    Selain darida 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan ini, anda juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Ianya amat bagus untuk anda baca. Calon-calon temuduga yang telah mendapatkan panduan ini mengatakan bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.

    Tip Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

    Tip temuduga yang berguna ~Sha

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Panduan Lengkap

    Saya membaca soalan-soalan yang ada dalam ebook ini berkali-kali. Seramai 2500 yang hadir temuduga, hanya 47 orang berjaya dan saya adalah salah seorang darinya ~ Pn. Ann Rohani

    Waduh, bestnya dapat jawat jawatan kerja kerajaan idaman ramai ni!. Anda juga boleh lulus temuduga dan menjawat jawatan kakitangan kerajaan seperti mereka. Tiada yang mustahil!.

    Jika anda dipanggil untuk temuduga Penguasa Kastam, anda perlu bersaing dengan 30 ribu orang lagi calon yang turut dipanggil untuk temuduga untuk merebut 245 kekosongan jawatan (tidak termasuk calon simpanan).

    Jika anda benar-benar serius untuk lulus temuduga dan dapat jawatan idaman anda, anda boleh mulakan persediaan untuk temuduga dengan mendapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini di SINI.

    Ok, sekian saja tips saya kali ini. Semoga calon-calon temuduga Penguasa Kastam yang akan menjalani sesi temuduga ini mendapat manfaat dan beroleh kejayaan yang diimpikan. Aamiin.

    InsyaAllah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi Tip Temuduga Kerja Kerajaan dari semasa ke semasa. Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan Tip-tip dan info terkini mengenai Temuduga Kerja Kerajaan, masukkan nama dan emel anda dalam ruangan di bawah :

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

    p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, klik Like dan share artikel ini di Facebook. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke temuduga Penguasa Kastam W41. Sharing is caring 😀

    PENGALAMAN HOT TEMUDUGA PTD

    PENGALAMAN HOT TEMUDUGA PTD

    Anda dipanggil Temuduga PTD?

    Tahniah! Bukan senang nak berjaya sampai ke tahap ke-3 iaitu temuduga. Anda adalah dikalangan orang yang bertuah dan cemerlang kerana amat ramai calon yang tersungkur di peringkat peperiksaan PTD dan peringkat PAC.

    Anda tahu nak prepare apa dan dah prepare?

    Tahniah sekali lagi!

    Tapi kalau anda tak tahu nak prepare apa untuk temuduga ni…..

    pengalaman hot temuduga ptd masalah temuduga soalan sebenar temuduga ptd

    Baru-baru ni saya ada terjumpa ‘PENGALAMAN HOT TEMUDUGA” yang disertakan 2 temuduga sebenar PTD.

    Haaa…. nak baca pengalaman Hot Temuduga PTD ni?

    Anda boleh dapatkannya dengan hanya klik pada link ini >> Bijak Temuduga <<

    GOOD LUCK!!






    Download PERCUMA E-book

    25 Tip Jadikan Diri Anda 

    Calon Terbaik Temuduga 

    Berbanding Calon Lain

    We respect your email privacy