PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

Perniagaan Sebagai Satu Ibadah

9 per 10 rezeki dalam perniagaan dalam islam satu ibadah

Bagaimana yang dikatakan perniagaan itu satu ibadah?

Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ketika beliau menguruskan perniagaan, baginda tidak  pula mengabaikan urusan agama Islam di Mekah dan Madinah.

Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebagai seorang peniaga?

1. Niat berniaga mesti betul

 Misalnya hatinya berkata begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tidak ada satu kedai runcit pun. Ini hal fardhu kifayah. Jika tidak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Jika begitu saya mahu buka kedai runcit.”

Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul hatinya akan berkata, “Saya mahu berniaga supaya untung, bila untung boleh berlagak”

Tidak boleh niat sombong kerana itu niat yang tidak betul.

2. Barang perniagaan sah dan halal menurut Islam

Barangan halal adalah seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain.

Barang-barang yang tidak boleh jual ialah minuman keras seperti anchor beer, tiger beer, dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai dijalankan mengikut syariat

Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tiada unsur penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul

Hasil keuntungan mestilah disalurkan dengan kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya.

Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat hiburan, kelab malam, ke tempat peleseran dan lain-lain lagi.

5. Berniaga jangan sampai tidak solat

Hendak menegakkan fardu kifayah, fardu ain tak payah. Mana boleh fardu ain tak payah, ia lebih utama daripada fardu kifayah. Orang yang berniaga tapi tidak solat, tidak akan mendapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Bagi yang nak memulakan perniagaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehlah mendapatkan panduan INI. Semoga perniagaan anda diberkatiNya. 🙂

RAHSIA MUDAH TARIK REZEKI

Hati saya tersentuh dengan perkongsian daripada Ustaz Asraff Ayob Alhafiz berkenaan RAHSIA mudah menarik rezeki. Sesungguhnya rezeki datangnya daripada Allah, jadi cara yang terbaik untuk mudah dapat rezeki ialah:

“Kalau nak rezeki banyak, tolong jaga ‘hati’ Allah”.

Tonton video ini sampai habis, saya yakin anda pasti belajar sesuatu daripada ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Asraf. Amalkan, InsyaAllah. Pasti dapat result yang anda sendiri tak pernah jangka.

p/s: Selama ini kita banyak bergantung kepada makhluk. Banyak bergantung kepada teknik. Tapi kita lupa, The Power Of Beyond Marketing!.

3 TIP MEMILIH KAD KREDIT YANG TERBAIK

3 TIP MEMILIH KAD KREDIT YANG TERBAIK

TIP-TIP MEMILIH KAD KREDIT

Kad kredit wujud sebagai satu kemudahan kepada pemiliknya kerana kewujudannya menyebabkan pemiliknya boleh memiliki barang yang dimahukan tanpa menggunakan wang tunai. Jika berjahat untuk memohon kad kredit, adalah baik untuk anda memilih kad kredit yang paling sesuai dengan keperluan anda. Jika dilihat, setiap institusi kewangan / bank ada menawarkan beberapa pakej kad kredit yang mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Berikut adalah beberapa tip dalam memilih kad kredit:

  • Hadiah promosi
    Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Walau bagaimanapun, sebelum memohon, adalah penting untuk anda memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran tersebut. Telitilah syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadiah promosi dan denda yang akan dikenakan jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi.
  • Kadar caj rendah sementara
    Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj-caj tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yang rendah dengan saiz font yang besar dan mudah dibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput. Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dengan begitu jelas, iaitu dengan menggunakan saiz fon yang kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yang mengandungi banyak muka surat.Anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
  • Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah
    Sebahagian besar keuntungan perniagaan kad kredit adalah berpunca daripada caj kewangan. Anda akan dikenakan caj kewangan jika anda tidak membayar sepenuhnya baki belum jelas selepas tamat tempoh masa tanpa faedah berakhir. Walau bagaimanapun, bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, anda mungkin dikenakan yuran dan caj kewangan bermula dari tarikh urus niaga tersebut dibuat. Halakan tumpuan anda kepada yuran pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, caj kewangan dan tempoh tanpa faedah yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit tersebut.
    1. Tempoh tanpa faedah
      Pengeluar kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah, yang biasanya 20 hari, dari tarikh urus niaga mula direkodkan atau tarikh penyata sehingga tamat tempoh berakhir, kecuali dalam transaksi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yang menawarkan tempoh tanpa faedah yang lebih panjang.
    2. Caj untuk pendahuluan wang tunai/pemindahan baki
      Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan yuran di samping caj kewangan apabila anda menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai atau pemindahan baki. Yuran bagi pendahuluan wang tunai mungkin dalam lingkungan 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu, pilihlah kad kredit yang mengenakan yuran yang rendah bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki.

Moga bermanfaat. Pilihlah yang terbaik untuk anda. Kalau tidak betul-betul memerlukan, lebih baik jangan mohon kad kredit agar anda tidak dibebani dengan hutang. Memohon kad kredit bermaksud anda perlu bijak menguruskan hutang dan bijak mengawal nafsu untuk berbelanja.

Sumber:  website National Consumer Complaint Center.

Kongsi tip ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan like/share di bawah. Follow FB syaisya.com untuk update yang akan datang.

TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJ KAD KREDIT

TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJ KAD KREDIT

Seringkali pemilik kad kredit mengeluh kerana hutang yang sedia ada ditambah lagi dengan caj-caj tambahan yang membebankan lagi. Pemilik kad kredit perlu tahu mengenai caj-caj yang berkaitan dengan kad kredit. Ini penting bagi mengelakkan dikenakan caj-caj yang berlebihan.

Berikut ada beberapa tip untuk mengurangkan caj kad kredit tetapi dalam masa yang sama, anda masih boleh mengecapi manfaat yang diperolehi daripada penggunaan kad kredit.

  • Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluar kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
  • Gunakan kad ATM anda untuk membuat pengeluaran tunai. Pendahuluan wang tunai melalui kad kredit harus dilakukan sebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagi pendahuluan wang tunai adalah tinggi.
  • Elakkan daripada dikenakan kos kad kredit yang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan seperti yang tercatat pada penyata kad kredit. Pastikan alamat anda yang disimpan oleh pengeluar kad kredit adalah tepat agar penyata bulanan diterima dengan secepat mungkin.
  • Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempoh pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yang harus anda bayar. Langsaikan baki belum jelas anda supaya faedah tidak akan dikenakan.
  • Hadkan jumlah kad kredit yang dipegang berasaskan keperluan dan kemampuan pembayaran anda.
  • Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Sebagai contoh, pengeluar kad kredit anda mungkin akan menaikkan yuran atau menukar syarat-syarat pemegangan kad kredit.

Moga bermanfaat. Tip mengurangkan caj kad kredit ini diambil dari website National Consumer Complaint Center.

Kongsi tip ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan like/share di bawah. Follow FB syaisya.com untuk update yang akan datang.

error: Content is protected !!