by syaisya | Oct 11, 2013 | Genie Bra, Tips
Ketika mengandung, perubahan saiz dan bentuk payudara akan berlaku. Ini kerana sewaktu mengandung buah dada membina tisu-tisu yang lebih banyak untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.
Terdapat pelbagai jenis bra / coli untuk wanita-wanita mengandung atau yang sedang menyusukan. Pemakaian coli semasa mengandung atau ketika menyusukan bayi adalah pilihan peribadi seseorang wanita. Walau bagaimanapun, memakai coli yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara amnya akan berasa lebih selesa jika memakai coli.

Coli Berdawai Tidak Sesuai Untuk Ibu Mengandung / Menyusukan Bayi
Ramai wanita suka memakai coli berdawai. Apabila diberitahu coli berdawai tidak digalakkan dipakai ketika mengandung atau semasa menyusukan bayi, mereka jadi keliru. Sebab utamanya ialah kerana bentuk buah dada anda sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah atau berkurangan pada waktu siang, kerana susu sedang giat dihasilkan dan dikeluarkan.
Pengumpulan cecair pada akhir kandungan juga boleh menyebabkan buah dada membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, coli berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar. Tekanan ini menyebabkan saluran susu tersekat.
Walau bagaimanapun, sekarang ini, terdapat coli penyusuan yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk buah dada.
Coli Yang Sesuai Untuk Menyusukan Bayi
Coli yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita yang menyusukan. Coli mengandung dan coli menyusukan sebenarnya adalah sama.
Tip Memilih Coli Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak
-
Ketika memilih bra, cuba buka dan tutup cawannya. Kebanyakan coli boleh dibuka untuk menyusukan dan sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain.
-
Carilah coli yang boleh dibuka keseluruhan cawannya, berbanding dengan jenis “pintu bumbung” yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan.
-
Ada juga jenis coli : yang mempunyai kancing dihadapan dan bahu.

Cara Jaga Coli / Bra
Penjagaan coli yang baik membolehkan coli anda bertahan lama sepanjang anda mengandung dan juga beberapa bulan selepas itu. Oleh itu, anda haruslah menjaganya dengan baik.
-
Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang coli kerana susu anda perlu lebih kerap menukarkannya dengan kerap kerana kadangkala susu anda meleleh.
-
Basuh coli dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat kerana ini akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit.
Waktu Yang Sesuai Untuk Bertukar Bra Yang Sesuai Ketika Mengandung
Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kandungan. Bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar lebih awal daripada wanita yang lain. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk bertukar bra adalah berbeza untuk setiap wanita.
Secara amnya, perubahan akan berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya yang sesuai untuk mencari coli mengandung, jika belum mula memakainya.
Anda boleh memakai genie bra yang sangat laris di pasaran sekarang ini. Ramai yang suka memakai genie bra ini kerana ianya sangat selesa dan menyerap peluh. Selain dari itu, bentuknya yang tak bertali seperti sport bra menampakkan bahagian payudara dan belakang badan kelihatan kemas (lemak-lemak berlebihan di belakang badan tidak kelihatan).


Sekotak mengandungi 3 helai (warna beige, putih dan hitam). Harganya juga berpatutan iaitu RM 65 untuk Semenanjung dan RM 70 untuk Sabah dan Sarawak. Kos penghantaran pula adalah PERCUMA. Genie Bra ini didatangkan dengan 5 saiz yang berbeza iaitu saiz S, M, L, XL dan XXL Anda boleh hubungi / SMS / WhatsApp ke 019 – 6263 820 untuk mendapatkan genie bra ini.

by syaisya | Jul 10, 2013 | Ihya Ramadhan, Landasan Islam, Makanan Kesihatan, Petua, Tips
Tips Berbuka Puasa

Kurma makanan terbaik untuk berbuka puasa
Pengambilan makanan di bulan puasa tidak berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.
1. Amalkan asas makan secara sihat
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.
Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
2. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
3. Jangan makan berlebihan sewaktu berbuka puasa.
Setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat.
4. Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu
Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
5. Ambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa.
Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.
Walau bagaimanapun hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
6. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur.
Elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.
Elakkan mengambil makanan yang berat, cukup sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwich, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu.
Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mee atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur.
7. Tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran
Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.
Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah-buahan atau pun sup sayur-sayuran.
Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam.
Selain daripada itu, lakukan senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.
Tip Berbuka Puasa ~ Kredit : Email dari Ikhwan Fahmi
by syaisya | Jul 7, 2013 | Ihya Ramadhan, Perniagaan Internet, Tip Kewangan, Tips, Usahawan
Perniagaan Sebagai Satu Ibadah

Bagaimana yang dikatakan perniagaan itu satu ibadah?
Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ketika beliau menguruskan perniagaan, baginda tidak pula mengabaikan urusan agama Islam di Mekah dan Madinah.
Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebagai seorang peniaga?
1. Niat berniaga mesti betul
Misalnya hatinya berkata begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tidak ada satu kedai runcit pun. Ini hal fardhu kifayah. Jika tidak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Jika begitu saya mahu buka kedai runcit.”
Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul hatinya akan berkata, “Saya mahu berniaga supaya untung, bila untung boleh berlagak”
Tidak boleh niat sombong kerana itu niat yang tidak betul.
2. Barang perniagaan sah dan halal menurut Islam
Barangan halal adalah seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain.
Barang-barang yang tidak boleh jual ialah minuman keras seperti anchor beer, tiger beer, dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.
3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai dijalankan mengikut syariat
Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tiada unsur penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.
4. Natijah mesti betul
Hasil keuntungan mestilah disalurkan dengan kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya.
Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat hiburan, kelab malam, ke tempat peleseran dan lain-lain lagi.
5. Berniaga jangan sampai tidak solat
Hendak menegakkan fardu kifayah, fardu ain tak payah. Mana boleh fardu ain tak payah, ia lebih utama daripada fardu kifayah. Orang yang berniaga tapi tidak solat, tidak akan mendapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.
Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.
Bagi yang nak memulakan perniagaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehlah mendapatkan panduan INI. Semoga perniagaan anda diberkatiNya. 🙂
by syaisya | Jun 25, 2013 | Landasan Islam, Tip Kewangan, Tips
Hati saya tersentuh dengan perkongsian daripada Ustaz Asraff Ayob Alhafiz berkenaan RAHSIA mudah menarik rezeki. Sesungguhnya rezeki datangnya daripada Allah, jadi cara yang terbaik untuk mudah dapat rezeki ialah:
“Kalau nak rezeki banyak, tolong jaga ‘hati’ Allah”.
Tonton video ini sampai habis, saya yakin anda pasti belajar sesuatu daripada ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Asraf. Amalkan, InsyaAllah. Pasti dapat result yang anda sendiri tak pernah jangka.
p/s: Selama ini kita banyak bergantung kepada makhluk. Banyak bergantung kepada teknik. Tapi kita lupa, The Power Of Beyond Marketing!.
by syaisya | Jul 12, 2011 | Tips

Terdapat pelbagai jenis tuala wanita di pasaran. Jadi adalah penting juga untuk para wanita memilih tuala wanita (pad) yang sesuai dengan diri sendiri. Tip memilih tuala wanita ini aku ambil dari website kotex setelah aku klik iklan Nuffnang yang ada kat blog. Oleh kerana aku juga seorang wanita, jadi aku tertarik untuk klik iklan tu.
SAIZ TUALA WANITA
Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.
KETEBALAN
Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.
SAYAP / TANPA SAYAP
Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.
JENIS TUALA WANITA
Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan juga jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.
JENIS BAHAN LAPISAN PELINDUNG
Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!
p/s: Semoga tip memilih tuala wanita ini dapat memberikan para wanita idea untuk memakai tuala wanita yang bersesuaian.
Kongsi tips ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Klik butang +1 kalau anda ada akaun gmail. 🙂
by syaisya | Nov 9, 2010 | Hubungan, Seputar kehidupan, Tips
Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta.
Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.
1. Kenalpasti faktor penyebab
Anda harus megenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?. Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit.
2. Berfikirlah
Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa yang anda lakukan terhadap pasangan anda. Adakah betul apa yang anda lakukan terhadapnya selama ini?. Selalulah berfikiran positif dan berpandangan jauh.
3. Bina keyakinan diri
Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Oleh itu, anda perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan yakinlah bahawa anda punya keistimewaan yang tersendiri di mata pasanan anda.
4. Beri markah pada tahap cemburu
Setiap kali anda rasa cemburu, ambil kertas dan tulislah rasa cemburu anda. Kemudian, berilah markah kepada tahap cemburu anda. Tanya pada diri anda sendiri, mengapakah anda bersikap sedemikian dan berilah markah sekali lagi.
Perasaan cemburu buta boleh meretakkan hubungan baik anda dengan pasangan dan juga boleh mengundang kepada perpisahan andai cemburu buta tidak dikawal. Jadi, kawallah perasaan dan rasa cemburu anda agar hubungan anda dan pasangan berkekalan dan aman bahagia.
pssstt: Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t. (Jika tak mahu sayang melayang, sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta). =)
