Superb Teraju – Syarat & Video Tutorial Cara Daftar

Superb Teraju – Syarat & Video Tutorial Cara Daftar

Pendaftaran Superb Teraju 2019 dibuka!

Khas buat usahawan yang KIK (KREATIF, INOVATIF & KRITIS) seluruh Malaysia. Andalah yang kami cari. Jom sertai SUPERB 2019 sebagai satu pentas permulaan kejayaan perniagaan anda.

.

Apa Itu Superb?

.

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan.”

.

Superb Teraju Programme

.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

.

Syarat Superb Teraju 

teraju superb 2019 program syarat cara daftar

.

Daftar Superb Teraju

.

Pendaftaran Superb Teraju secara online boleh dibuat di laman sesawang superb.teraju.gov.my

Anda boleh rujuk video tutorial step by step cara daftar Superb di bawah :

.

Video Tutorial Langkah-langkah Pendaftaran SUPERB 2019

.

Strategi Berkesan Menang Geran Superb RM 500,000

.

Berita baik untuk anda yang mahu memenangi Geran Superb ini, anda boleh mendapatkan strategi berkesan menang geran Superb ini :

 Ditulis oleh pemenang & panel penilai SUPERB

 Strategi yang digunapakai oleh beberapa pemenang SUPERB 

 Strategi ini diberikan juga ketika sesi konsultasi

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

SET UP KEDAI ONLINE E-COMMERCE PERCUMA

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku set up kedai online e-commerce sendiri dengan PERCUMA menggunakan ecwid. Salah satu target aku tahun ini ialah ada produk sendiri dan online store sendiri. Kini, e-commerce online store aku yang pertama telah pun siap. 🙂

Ya, aku tahu, kalau upah orang lagi senang. Jimat masa dan tenaga. Tapi aku suka buat sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Self satisfaction. Dan lagi satu, aku rasa added value pada diri sendiri. Sebab aku dah reti buat 1 lagi benda. Hehe… Skill baru lah ni kiranya. ^_^

Anyway, kedai online ni aku letakkan dalam menu di blog ini. Aku jual genie bra, slimming suit dan arm shapper (bengkung lengan). Simple je kedai ni. Nak setup pun tak susah memandangkan aku pernah set up kedai e-commerce juga sebelum ni di laman web 1nita dengan di guide oleh Noorizam Shah (pakar ebay). Cuma aku kurang berminat dengan kedai online aku yang kat laman web 1nita tu. Tapi ada juga lah sales datang dari laman web tu.

genie bra slimming suit bengkung lengan arm shapper

Genie Bra, Slimming Suit dan Arm Shapper

Tak lama pun masa yang diambil untuk set up kedai online ni. Sebab memang simple cara set up e-commerce online store di ecwid ni. Buat malam tadi, memandangkan mata dah mengantuk time tu, so pergerakan pun slow sikit. Kalau tak malam tadi lagi dah siap kedai online ni. Total adalah dalam 6 jam untuk siapkannya.

Meh datang kedai online aku ni. Cuci mata pun boleh. Klik je link di bawah ini :

Genie Bra Original Murah

SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN? | BIODATA & PROFIL DR AZIZAN

SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN? | BIODATA & PROFIL DR AZIZAN

blog dr azizan osman siapa dr azizan osman biodata profil

Nama Dr Azizan Osman memang sudah gah dan dikenali ramai. Aku mula kenal dengan Dr Azizan pun melalui kawan sekitar tahun 2011. Banyak juga seminar Dr Azizan yang aku dah pergi. Seminar pertama yang aku pergi ialah Seminar Kenali Potensi Diri. Masa tu speaker bukan Dr Azizan seorang je, tapi ada Puan Fiona Tahir, seorang Perunding Imej.

Seminar paling terkini yang aku sertai ialah Woksyop Pelaburan, di mana ketika itu para peserta didedahkan dengan 3 jenis pelaburan sebagai pendapatan pasif iaitu Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham. Banyak ilmu yang aku dapat belajar daripada Ir Sofian (Jutawan Logam), Saufi Karim dan Faizul (penulis buku WTF) dan Haji Asri (mentor saham).

SIAPA Dr AZIZAN OSMAN?

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran.

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi.

Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk. Ni memang betul. Siapa datang lambat memang kena duduk atas lantai. Aku sendiri pun pernah duduk bersila je atas lantai. Lagi best sebenarnya!. 😉

Seminar Dr Azizan Osman

Dr. Azizan seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku pemasaran bertajuk “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” serta buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan” dan usahawan yang telah mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri antaranya :

  • agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan
  • percetakan
  • rekacipta jenama & produk
  • pelaburan hartanah
  • syarikat perkhidmatan korporat.

Dr Azizan merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia.

Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

testimoni peserta seminar dr azizan osman afdlin shauki maizurah hamzah jalaludin hassan

Dr Azizan berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran. Beliau juga pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia.

Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.

Cara jana 2 ribu pertama bisnes online dengan mudah

PRINSIP DR AZIZAN OSMAN

Beliau percaya dengan prinsip sebagaimana riwayat hadis Rasulullah saw:

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN

 

biodata profil dr azizan osman

 

  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd.
  • Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”.
  • Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura.
  • Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia.
  • Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah.
  • Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi.
  • Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program university
  • Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar.
  • Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.

Semua maklumat mengenai Dr Azizan Osman ini aku perolehi dari emel yang aku terima. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Dr Azizan ni, bolehlah layari http://azizanosman.com

PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

PERNIAGAAN SEBAGAI SATU IBADAH

Perniagaan Sebagai Satu Ibadah

9 per 10 rezeki dalam perniagaan dalam islam satu ibadah

Bagaimana yang dikatakan perniagaan itu satu ibadah?

Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ketika beliau menguruskan perniagaan, baginda tidak  pula mengabaikan urusan agama Islam di Mekah dan Madinah.

Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebagai seorang peniaga?

1. Niat berniaga mesti betul

 Misalnya hatinya berkata begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tidak ada satu kedai runcit pun. Ini hal fardhu kifayah. Jika tidak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Jika begitu saya mahu buka kedai runcit.”

Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul hatinya akan berkata, “Saya mahu berniaga supaya untung, bila untung boleh berlagak”

Tidak boleh niat sombong kerana itu niat yang tidak betul.

2. Barang perniagaan sah dan halal menurut Islam

Barangan halal adalah seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain.

Barang-barang yang tidak boleh jual ialah minuman keras seperti anchor beer, tiger beer, dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai dijalankan mengikut syariat

Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tiada unsur penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul

Hasil keuntungan mestilah disalurkan dengan kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya.

Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat hiburan, kelab malam, ke tempat peleseran dan lain-lain lagi.

5. Berniaga jangan sampai tidak solat

Hendak menegakkan fardu kifayah, fardu ain tak payah. Mana boleh fardu ain tak payah, ia lebih utama daripada fardu kifayah. Orang yang berniaga tapi tidak solat, tidak akan mendapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Bagi yang nak memulakan perniagaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehlah mendapatkan panduan INI. Semoga perniagaan anda diberkatiNya. 🙂