AARON AZIZ PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

AARON AZIZ PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

fear factor selebriti malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia

Demam  Fear Factor Selebriti Malaysia kini sedang melanda seantero Malaysia. Kalau tengok FB Fear Factor Selebriti Malaysia, setakat hari ini, 16 Januri 2013, ada 15, 662 orang likers. Wow! Memang angka yang besar. Ini jelas menunjukkan bahawa rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia ini mendapat sambutan hangat dari penonton.

Sebenarnya program Fear Factor ini dah pun lama bersiaran di kaca saluran AXN. Konsep Fear Factor memberikan cabaran yang sangat getir untuk para peserta di mana cabaran itu menguji sejauh mana peserta melawan ketakutan seperti takut pada tempat tinggi, takut pada haiwan, takut pada tempat yang sempit dan macam-macam lagi.

Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Aaron Aziz Sebagai Pengacara Fear Factor

aaron aziz fear factor selebriti Malaysia

Aaron Aziz pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia

Aaron Aziz diamanatkan sebagai pengacara program ini. Sebagai pengacara, untuk mempromosikan rancangan ini, Aaron Aziz tidak terlepas daripada melakukan lima (5) cabaran untuk mempromosikan rancangan ini. Antaranya :

  • Melakukan cabaran jatuh daripada banngunan (free fall) setinggi 9 tingkat.
  • Melakukan aksi didalam kereta yang diterbalikkan.
  • Duduk didalam kontena yang dipenuhi dengan ular.
  • Menggantungkan dirinya pada tali helikopter yang sedang bergerak.
  • Melakukan aksi didalam air (atas sebab kesihatan, Aaron Aziz dinasihatkan untuk tidak melakukan aksi tersebut

Disamping mempunyai pakej yang lengkap untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan sebagai pengacara rancangan yang mencabar ini, Aaron Aziz menepati syarat dan kehendak program tersebut bertepatan dengan penampailan dan juga daya ketahanan yang dimilikinya selain pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen di Singapura.

Jom kita tengok dan dengar Aaron Aziz menceritakan pengalamannya bersama Fear Factor.

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Antara peserta Fear Factor Selebriti Malaysia ialah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.

Hadiah untuk juara Fear Factor Selebriti Malaysia ini memang tinggi sehingga mencecah RM 200, 000.  Siapa pula yang bakal ditabalkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia?. Siapakah artis pilihan anda?.

Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi Fear Factor Selebriti Malaysia.

Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com.

Sumber: Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia, Aaron Aziz di Fear Factor Selebriti Malaysia

error: Content is protected !!