AKU SEORANG BLOGGER

AKU SEORANG BLOGGER

cartoon from www.weblogcartoons.com

Ini merupakan entri contest SEO yang telah tertangguh untuk disiapkan sejak sebulan yang lalu dan contest ini akan berakhir hari ini tepat jam 11.59 malam. Jam kini menunjukkan angka 11.06. Jelas di sini menunjukkan yang aku seorang blogger yang suka menangguh kerja dan siapkan kerja disaat-saat terakhir.

Aku seorang blogger separuh masa yang terjebak dalam dunia blogging tanpa disengajakan dan tidak dipaksa oleh sesiapapun mahupun keadaan. Maknanya, aku berblogging secara suka rela dan dengan senang hatinya nak mengendalikan satu blog dengan niat suci murni untuk berkongsi ilmu yang diperolehi  kepada umum dari sebarang bahan bacaan yang dibaca terutama ilmu agama.

Namun, blog yang sepatutnya dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu telah bertukar menjadi sebuah blog yang menghimpunkan koleksi entri-entri peribadi yang menceritakan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian aku seorang blogger. Tatkala itu, blog dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan yang terbuku dihati. Cewah! 😀

Dengan berplatformkan blogspot, setiap hari, pulang dari kerja, aku akan menambahkan 1 ciri-ciri dalam blog tersebut. Oleh kerana perasan yang diri ini ibarat merpati, maka url blog diberi nama akumerpatiputih.blogspot.com dengan tagline Hidup Adalah Anugerah. Dengan penuh ketekunan, akhirnya, sebuah blog lengkap terhasil dalam tempoh 2 minggu. Maka, dengan itu, bermulalah kehidupanku sebagai aku seorang blogger separuh masa.

Perkenalan dengan blogger lain bermula di GengBlogger. Dari situ, aku mula membaca blog-blog blogger lain. Aktiviti ini dinamakan blogwalking. Dari situ, aku mula seronok meng’explore‘ tip blogging terbaik hanya dengan tujuan untuk menghasilkan blog yang lebih baik. Macam blogger lain juga, kalau baca balik entri sulung masing-masing, mesti akan senyum sorang-sorang kan. 😛

Saat paling indah dan aku merasakan kepuasan sebenar aku seorang blogger bermula sekitar bulan 10, 2010. Waktu itu aku merasa puas sangat apabila entri aku mengenai sukan mendapat perhatian peng’google‘. Seronok apabila membaca komen dari pembaca yang mengucapkan terima kasih kepadaku kerana selalu memberikan update yang terkini dan ada beberapa di antaranya yang mengaku, tidak pergi ke blog lain, sebab semua maklumat yang dikehendaki ada di sini. Aku seorang blogger rasa berbesar hati apabila terasa hasil tulisannya dibaca dan dihargai. Saat itu, aku merasakan seronoknya blogging dan terasa seperti tidak syok sendiri berblog.

Setelah setengah tahun berblog, aku seorang blogger mula terpengaruh dengan paparan earning yang ditayangkan oleh blogger-blogger lain. Walaupun niat asal berblog bukan untuk buat duit dengan blog, tapi akhirnya aku mula terfikir untuk merebut peluang buat duit dengan blog. Tapi ni secara suka-suka je. Cuba-cuba. Takde lah mengharap sangat untuk buat duit dengan blog dan mendapatkan pulangan yang lumayan setiap bulan.

Tapi Alhamdullah, sehingga kini masih mendapat duit dari blog, walaupun tak lah sampai ke tahap dapat cek setiap bulan. Setakat ni baru 3 kali je dapat duit dari Nuffnang. Setakat ini, aku belum cuba lagi teknik lain buat duit dengan blog selain dari syarikat pengiklanan PPC ni.

Aku seorang blogger yang tidak setia pada yang satu. Naluri ingin tahu dan ingin mencuba sentiasa ada dalam diriku. Beberapa kali aku menduakan Nuffnang, tapi akhirnya, aku nampak setakat ni Nuffnang lah yang paling lumayan berbanding syarikat pengiklanan yang lain.

Aku seorang blogger mula terasa blog ini adalah sesuatu yang berharga buatku, lebih-lebih lagi setelah aku berdomain dan hosting sendiri 4 bulan lalu dan memilih nama domain syaisya.com. Beli domain dan hosting ni pun hasil dari cek Nuffnang. InsyaAllah, setiap tahun, aku akan membuat renewal menggunakan hasil blogging juga.

Walaupun aku hanyalah seorang blogger separuh masa, terlalu banyak perkara yang aku pelajari setelah setahun lebih menjalani hidup aku seorang blogger. Pahit manis, masam manis, banyak dah yang aku rasa.

Apapun, aku seorang blogger merasakan tiada banyak perbezaan di antara dunia nyata dan dunia maya. Di dunia nyata, manusia yang menjadi penerajunya. Dalam dunia maya juga, manusialah penerajunya. Sifat manusia dalam dunia nyata dan dunia maya takde apa pun bezanya. Kalau nak bergaduh, bukan di alam nyata sahaja. Di alam maya, tanpa mengenali antara satu sama lain dan tanpa bersua muka pun boleh bergaduh. Aku seorang blogger, lebih suka memilih untuk menjadi pemerhati dan pembaca sahaja, memilih untuk bersikap berkecuali.

Aku seorang blogger yang suka menangguhkan kerja ini terpaksa memberhentikan jari-jemari dari terus mengetuk-ngetuk papan kekunci memandangkan jam di dashboard telah pun menunjukkan anga 11.42 malam.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

error: Content is protected !!